The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPTESLD0622 Ilie Zulaikha Binti Mat Roff, 2024-03-11 11:39:51

buku log bsmm (1)_compressed (1)

buku log bsmm (1)_compressed (1)

BUKU LOG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Nama : ILIE ZULAIKHA BINTI MAT ROFF Angka Giliran : 2021212350216 Ambilan : PISMP JUN 2021-2026 Kumpulan : TESL D Pensyarah : CIK IKHA NADIA BINTI MD IDRIS INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS GURU BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR


ISI KANDUNGAN : Biodata 1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH 2.0 SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH / BSMM 3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM 4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 5.0 ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDA


BIODATA NAMA : ILIE ZULAIKHA BINTI MAT ROFF TARIKH LAHIR : 25 JULAI 2003 NAMA & ALAMAT IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR NO. TEL BIMBIT : 017-9396235 EMAIL (MOE): [email protected]


1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH 1.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH


1.1 Prinsip-Prinsip Pertubuhan Bulan Sabit Merah Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menyelaraskan 7 prinsip asas bagi setiap Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterima pakai. Prinsip-prinsip yang dinyatakan ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke-20 di Vienna, Italia pada tahun 1965.


1.1 Prinsip-Prinsip Pertubuhan Bulan Sabit Merah 1. Kemanusiaan (Humanity) Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormatmenghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia 2. Kesaksamaan (Impartiality) Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau kefahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya adalah untuk meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. 3. Keberkecualian (neutrality) Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau idealogi. 4. Kebebasan (Independence) Kami bebas. Dan sementara kita adalah pembantu dalam perkhidmatan kemanusiaan kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada undang-undang negara, kita mengekalkan autonomi supaya kita boleh setiap masa bertindak selaras dengan prinsip pergerakan itu.


1.1 Prinsip-Prinsip Pertubuhan Bulan Sabit Merah 5. Khidmat Sukarela (Voluntary Service) Ia berupa Badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. 6. Ketunggalan (Unity) Hanya ada satu persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara. 7. Kesejagatan (Universality) Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.


Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2 : Matlamat Peraturan 3 : Objektif Peraturan 4 : Keahlian Peraturan 5 :Guru Penasihat Peraturan 6 : Ahli jawatankuasa Peraturan 7 : Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8 : Kewangan Peraturan 9 : Penyertaan Peraturan 10 :Aktiviti Peraturan 11 : Peraturan-peraturan Peraturan 12 : Pindaan perlembagaan Peraturan 13 : Perbubaran persatuan Peraturan 14 : Tindakan disiplin Peraturan 15 :Hal-hal lain 1.2 Perlembagaan Pertubuhan Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Perkara - perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah : i) Lencana / logo persatuan ii) Cogan kata / moto iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,cawangan, daerah, negeri dan cawangan iv) Pendaftaran persatuan v) Jawatankuasa kecil


1.3 Lambang, emblem, logo dan cogan kata Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengikut ACT #162, Malaysia Red Cross Society (change of name) ACT 1975. Kegunaan lambang : - Lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan. - Kegunaan yang baru pula iaitu semasa aman ialah untuk pengenalan, dimana sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Rajah 1: Lambang BSMM


Ukuran Piawai Bendera BSMM Cogan Kata BSMM Rajah 2 : Ukuran piawai bendera


Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6, Ketunggalan 7. Kesejagatan 1.4 Ikrar Bulan Sabit Merah


1.5 Lagu Bulan Sabit Merah


2.0 SEJARAH PENDIDIKAN 2.0 SEJARAH PENDIDIKAN


2.1 Sejarah Ringkas Peringkat Antarabangsa Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia . • Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. • Pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang- undang antarabangsa.


2.2 Ringkasan Penubuhan Bulan Sabit Merah di Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (kini Bulan Sabit Merah Malaysia) ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Selepas 9 tahun penubuhannya, persatuan ini akhirnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan juga mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963. Sejarah penubuhan PBSM bermula apabila tertubuhnya cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1948. Seterusnya, kegiatan PBSM mula diluaskan di negeri-negeri lain di Malaysia melalui penubuhan cawangan-cawangan PBSM. Negeri Pulau Pinang menjadi negeri terawal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai cawangan PBSM iaitu pada tahun 1950. Setelah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini seterusnya menerima pengiktirafan daripada Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tanggal 4 Julai 1963 lalu menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Susulan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Akta Persatuan Palang Merah di Malaysia (Penswastaan) telah digubal pada 17 September 1963. Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia. Ianya dibentangkan di Parlimen dan seterusnya digazetkan pada tarikh 5 September 1975. Sejarah penubuhan PBSM diteruskan dengan penukaran nama Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit Malaysia sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


2.3 Tujuan Penubuhan Pertubuhan terbuka tanpa membezakan agama, bangsa atau politik kepada semua orang untuk melakukan segala hal yang ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya berfaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan usaha memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan-penderitaan di seluruh dunia dalam masa aman atau perang. Memberikan bantuan sukarela kepada orang cedera sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan. Menjalankan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah satu pihak kepada konvensyen tersebut. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspekaspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.


2.4 Istiadat-Istiadat Rasmi 1.Istiadat Perhimpunan


2. Istiadat Meningkat Naik


3. Istiadat Melantik


3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM 3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSMM


Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Marah (ICRC) 1. 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) 3. Persatuan-Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan 3.1 Pengurusan & Struktur Organisasi Pertubuhan BSMM Peringkat Antarabangsa


Peringkat Antarabangsa


Rajah 1 : Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah dan BSMM Antarabangsa


Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / BSMM Peringkat Kebangsaan dan Cawangan


Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / BSMM Peringkat Daerah


Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / BSMM Peringkat IPG


Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / BSMM Peringkat Sekolah Rendah


Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / BSMM Peringkat Sekolah Menengah


4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan hasrat dan prinsip persatuan. Pendaftaran ahli Bulan Sabit Merah Malaysia akan disimpan dalam sistem pangkalan data di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Rekod keahlian boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan jika cawangan tidak mempunyai Unit di bawah pentadbirannya. 4.1 PENDAFTARAN AHLI Proses Pendaftaran Ahli


Nombor bersiri kad keahlian boleh diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad lama perlu digantikan dengan kad baharu melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Barang keahlian harus dilengkapi dengan gambar. Borang permohonan yang telah diluluskan oleh pihak Cawangan hendaklah diserahkan kepada : - Salinan asal diserahkan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan. - Salinan kedua disimpan oleh Cawangan. - Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit. - Kad keahlian kepada ahli biasa atau ahli seumur hidup. Penyelaras Pendaftaran Keahlian


Keahlian Biasa Ahli Belia Ahli Seumur Hidup Yuran tahunan adalah sekurangkurangnya RM2.00 Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi. Syarat permohonan adalah seperti berikut: Tidak melebihi 12 tahun & berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak Tidak melebihi 18 tahun & berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior) Tidak melebihi 25 tahun & berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD) Permohonan adalah dia atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Yuran tahunan adalah sekurangkurangnya RM 1000.00


Ahli Kehormat Seumur Hidup Pasukan Bantuan Sukarela Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Tidak melebihi 4 orang setiap tahun Yuran tahunan adalah RM 2.00 Ahli digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk 5 tahun


Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan 4.2 PENDAFTARAN KUMPULAN Pasukan Kanak-Kanak (LINK) Pasukan Belia Terbuka Pasukan Bantuan Sukarela Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang Langkah pendaftaran adalah sama seperti Pasukan Kanak-Kanak


Pasukan Bantuan Sukarela ini boleh didaftarkan di institusi-institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf. Setiap pasukan mestilah mengandungi minimum 15 orang ahli. Cabang hendaklah menghantar Borang 1, Borang 2, dan Borang 3 kepada Setiausaha Cawangan setelah disemak. Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) dan dihantar kepada Cawangan untuk diserahkan kepada Cabang berkenaan. Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Terbuka (Borang 3) hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan dihantar kepada Cawangan sebelum bulan Februari bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cawangan. Cawangan hendaklah menghantar satu salinan Borang 3 kepada Cabang bersama yuran tahunan ahli yang terhak kepada Cabang. Pasukan Bantuan Sukarela di Institut Pendidikan Tinggi


4.3 KUASA PENGANJUR Meluluskan pendaftaran tahunan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK). Merupakan salah seorang daripada 2 penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi.


4.4 STRUKTUR UNIT Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit khas yang menunjukkan Cabang dan bahagian unit tersebut. Contoh: PK (Y) 118 Huruf ‘PK’ menunjukkan unit tersebut adalah dari Cabang Perak, huruf ‘Y’ merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 bermaksud unit ke-118 didaftarkan.


4.5 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


4.6 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN Pakaian seragam BSMM terbahagi kepada 2 kategori : - Pakaian seragam ahli - Pakaian seragam pemimpin Perbezaan pakaian adalah dari segi bush jacket dan pangkat.


Pakaian Seragam Ahli Belia / LINK


Lencana Pangkat Pelajar


Lencana Pangkat Pegawai


Click to View FlipBook Version