SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
GEOGRAFI
(KOD: 2280)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
Diterbitkan oleh:
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
© Lembaga Peperiksaan 2020
Cetakan Pertama 2020
Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Sijil Pelajaran Malaysia: Format Pentaksiran Mulai Tahun 2021
ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal,
rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
KATA PENGANTAR
Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal
dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan matlamat kurikulum. Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020. Perekaan
bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan
instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang
demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan
mempunyai suatu standard atau piawai. Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran,
termasuklah mata pelajaran Geografi yang merupakan mata pelajaran elektif pada peringkat SPM.
Dalam perekaan bentuk format pentaksiran, aspek penjajaran dengan kurikulum kebangsaan
sangat diberikan keutamaan. Oleh sebab itu, format pentaksiran direka bentuk berdasarkan
matlamat, objektif dan kandungan kurikulum standard seperti terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Prinsip-prinsip asas pentaksiran
terutama aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti juga amat
dititikberatkan. Pentaksiran turut memberikan fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran
dan aspek-aspek yang ditaksir, iaitu bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai di samping
memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevanan dan kecukupcakupan dari aspek
standard kandungan dan standard pembelajaran. Melalui perekaan bentuk, LP berjaya menghasilkan
format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut. Format pentaksiran ini telah diluluskan pada
21 Februari 2020 oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan (MJKK) dan digunakan
sepenuhnya dalam SPM mulai tahun 2021.
Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran
dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan. Harapan LP agar semua
maklumat yang terkandung dalam buku ini dapat memberikan huraian yang jelas tentang perkara, cara
dan bentuk pentaksiran dapat dilaksanakan. Usaha murni ini sangat penting untuk memberikan keadilan
kepada semua calon yang menduduki peperiksaan dan menjaga kewibawaan institusi LP. LP merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
perekaan bentuk dan penghasilan format pentaksiran ini. Semoga pelaksanaan format pentaksiran
ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan serta mendukung Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
DATO’ HJ. PKHARUDDIN BIN HJ. GHAZALI
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
ISI KANDUNGAN 4
4
1.0 Pengenalan 6
2.0 Asas Pertimbangan Dalam Pentaksiran 7
3.0 Punca Kuasa 7
4.0 Matlamat Mata Pelajaran 8
5.0 Objektif Mata Pelajaran (OM) 8
6.0 Objektif Pentaksiran (OP) 9
7.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 9
8.0 Aras Kesukaran Item 11
9.0 Format Pentaksiran 12
10.0 Contoh Item 14
11.0 Lampiran 1 14
12.0 Lampiran 2.
13.0 Lampiran 3
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 3
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat
mulai tahun 2017 menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang
telah dilaksanakan sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Selaras dengan perubahan itu, Lembaga Peperiksaan telah mengadakan perekaan bentuk
format pentaksiran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Seterusnya, perekaan
bentuk format pentaksiran menjadi asas kepada pembinaan instrumen pentaksiran.
2.0 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PENTAKSIRAN
Beberapa prinsip yang menjadi asas pertimbangan dalam proses perekaan bentuk format
pentaksiran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah:
2.1 KESAHAN
Kesahan merujuk ciri ujian dan melibatkan dua perkara, iaitu kerelevanan dan
kecukupcakupan. Perekaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah
memastikan semua konstruk (perkara yang ditaksir) dijelmakan berdasarkan
objektif mata pelajaran. Item-item yang dikemukakan adalah akur dengan
kurikulum standard dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi. Kandungan instrumen
pentaksiran mencakupi semua aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperoleh dalam pendidikan mata pelajaran berkenaan, seperti yang dihasratkan
oleh kurikulum standard.
2.2 KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk ciri skor ujian dan melibatkan dua perkara iaitu
ketekalan dan ketepatan. Di peringkat pembinaan, satu spesifikasi ujian direka
bentuk bagi setiap instrumen pentaksiran untuk dijadikan piawaian. Hal ini adalah
untuk memastikan ketepatan, kesetaraan dan ketekalan instrumen pentaksiran
yang dihasilkan setiap tahun. Analisis data peperiksaan juga dapat menunjukkan
tahap kebolehpercayaan sesuatu instrumen pengukuran.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 4
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
2.3 KEOBJEKTIFAN
Keobjektifan merujuk kejelasan fungsi setiap instrumen yang dibina. Setiap
instrumen pentaksiran dibina dengan tujuan khusus mengikut spesifikasi ujian
tertentu. Jadual Spesifikasi Ujian berfungsi mengawal kefungsian instrumen yang
dibina. Setiap pembina harus jelas dengan kehendak setiap instrumen pentaksiran
yang dibina. Antaranya, konstruk yang ditaksir dan inferens boleh dibuat daripada
skor yang akan diperoleh.
Dalam item berbentuk subjektif, keobjektifan juga merujuk ketepatan seseorang
pemeriksa memeriksa skrip jawapan atau ketepatan seseorang pentaksir
memberikan skor calon. Dalam konteks ini, ciri keobjektifan pemberian markah
atau skor boleh dipertingkatkan dengan menyediakan skema penskoran yang
objektif serta markah atau skor yang diselaraskan melalui mesyuarat
penyelarasan. Hal ini dapat mengurangkan perselisihan dalam pemberian markah
atau skor dalam kalangan pemeriksa atau pentaksir bagi menjamin
kebolehpercayaan skor.
2.4 KEBOLEHTADBIRAN
Kebolehtadbiran merujuk kebolehlaksanaan sesuatu program pentaksiran dari segi
kos, masa dan personel sama ada program berpusat atau pentaksiran berasaskan
sekolah.
2.5 KEMUDAHTAFSIRAN
Kemudahtafsiran merujuk keupayaan skor daripada proses pentaksiran dalam
memberikan maklumat tentang seseorang murid dalam perkara yang ditaksir.
Skor yang baik berupaya untuk mendiskriminasikan murid yang mempunyai
kepelbagaian keupayaan. Di samping itu, kemudahtafsiran dapat memberi sebab
serta tujuan sesuatu ujian dan pentaksiran itu diadakan.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 5
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
2.6 KEKOMPREHENSIFAN
Kekomprehensifan sesuatu ujian atau pentaksiran merujuk sejauh mana sesuatu
ujian itu mengandungi item yang mewakili semua objektif yang penting dalam
kurikulum. Jelasnya, prinsip-prinsip pentaksiran yang dinyatakan itu merupakan
landasan penting dalam menjalankan pentaksiran. Justeru, mereka yang terlibat
dengan proses pentaksiran dalam pendidikan sewajarnya akur prinsip-prinsip
pentaksiran yang telah ditetapkan itu agar matlamat dan objektif pentaksiran dapat
dicapai dengan jayanya.
3.0 PUNCA KUASA
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format
pentaksiran bagi mata pelajaran Geografi SPM mulai tahun 2021. Format tersebut telah
dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 6
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
4.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN
KSSM Geografi bermatlamat melahirkan insan berilmu geografi yang berupaya
berinteraksi dengan persekitaran secara berhemah ke arah kelestarian alam dan
kesejahteraan hidup.
5.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Geografi bertujuan untuk membolehkan murid
mencapai objektif berikut:
OM1: Mengumpul, menyusun dan menganalisis data serta menyampaikan maklumat
geografi;
OM2: Menghubungkaitkan kemahiran geografi dalam organisasi ruang;
OM3: Menjelaskan bentuk dan proses berkaitan geografi fizikal dan geografi manusia di
Malaysia dan negara-negara lain;
OM4: Merumuskan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta kepentingan
menguruskan sumber secara bertanggungjawab dan bijaksana bagi melestarikan
alam sekitar;
OM5: Merumuskan keadaan saling bergantung dalam sistem alam, kegiatan ekonomi,
sosial dan politik antara sesebuah negara;
OM6: Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran ilmu geografi dalam membuat
keputusan berkaitan dengan kehidupan harian;
OM7: Menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan isu berkaitan
alam sekitar;
OM8: Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta
menghargai ciri-ciri persamaan dan perbezaan dengan negara Malaysia;
OM9: Menilai amalan sikap menghargai kualiti alam sekitar setempat dan global; dan
OM10:Menzahirkan semangat patriotisme dan menghargai ciri-ciri geografi negara
Malaysia yang unik dan istimewa.
Sumber: DSKP KSSM Geografi 2018
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 7
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
6.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP) MATA PELAJARAN GEOGRAFI
Objektif Pentaksiran (OP) Geografi adalah seperti berikut;
OP1: Mengetahui dan memahami fakta, konsep, prinsip, fenomena, teori dan proses serta
nilai patriotisme dalam Geografi Fizikal, Geografi Manusia dan
Kemahiran Geografi;
OP2: Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran geografi dalam situasi sebenar secara
kualitatif dan kuantitatif;
OP3: Menganalisis dan mensintesis data dan fakta geografi untuk meningkatkan
pemahaman serta menghubung kait elemen-elemen geografi; dan
OP4: Menilai dan mengemukakan idea berkaitan dengan isu alam sekitar dan mampu
membuat pertimbangan yang sewajarnya.
7.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR
7.1 Mengingat dan memahami
Kebolehan murid mengetahui atau mengenal pasti pengetahuan Geografi
yang melibatkan fakta, konsep, prinsip, fenomena, teori dan proses serta nilai
patriotisme dalam Geografi Fizikal, Geografi Manusia dan Kemahiran Geografi.
7.2 Mengaplikasi
Kebolehan murid menggunakan fakta, konsep, prinsip, fenomena, teori dan proses
dalam mata pelajaran Geografi dalam situasi sebenar secara kualitatif dan
kuantitatif.
7.3 Menganalisis
Kebolehan murid untuk mencerakin/mengumpul maklumat Geografi kepada
elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga membentuk satu pertalian antara
elemen yang membina set komunikasi yang dapat dilihat dengan jelas
7.4 Menilai
Kebolehan murid membuat pertimbangan sewajarnya dengan menggunakan
kaedah dan kriteria yang tepat untuk menentukan kesesuaian, ketepatan,
kecekapan, keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat dan penyelesaian.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 8
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
7.5 Mencipta
Kebolehan murid menyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang
baharu serta memberi pendapat secara kritis dan kreatif tentang isu semasa
berkaitan isu alam sekitar
8.0 ARAS KESUKARAN ITEM
Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).
8.1 Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahagian besar calon).
8.2 Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh 40%
hingga 60% calon.
8.3 Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).
9.0 FORMAT PENTAKSIRAN
Pentaksiran mata pelajaran Geografi menggunakan dua instrumen iaitu;
9.1 2280/1 – Geografi Kertas 1 (Objektif)
9.2 2280/2 – Geografi Kertas 2 (Subjektif)
Format pentaksiran ini ditunjukkan pada halaman 10.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 9
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021
MATA PELAJARAN GEOGRAFI (2280)
Bil Perkara Kertas 1 (2280/1) Kertas 2 (2280/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis
2 Jenis Item ● Objektif Aneka Pilihan ● Subjektif Respons Terhad
● Subjektif Respons Terbuka
Bahagian A
(30 markah)
2 soalan
(Jawab semua soalan)
40 soalan Bahagian B
3 Bilangan Soalan (Jawab semua soalan) (30 markah)
3 soalan
(Jawab semua soalan)
4 Jumlah Markah 40 markah Bahagian C
(40 markah)
4 soalan
(Jawab 2 soalan)
100 markah
5 Konstruk • Mengetahui • Mengetahui
• Memahami • Memahami
• Mengaplikasi • Mengaplikasi
• Menganalisis • Menganalisis
• Menilai
• Mencipta
6 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit
7 Cakupan Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen
Konteks Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
(Tingkatan 4 dan 5)
8 Aras Kesukaran Rendah : Sederhana : Tinggi
5:3:2
9 Kaedah Dikotomus • Analitik
Penskoran • Holistik
10 Alatan Kalkulator dan Alat Geometri
Tambahan
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 10
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
10.0 CONTOH ITEM
10.1 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada
keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1 dan 2.
10.2 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut
tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 11
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
LAMPIRAN 1
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
GEOGRAFI
(2280)
CONTOH-CONTOH ITEM
2280/1 – GEOGRAFI KERTAS 1
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 12
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
1 Rajah 1 menunjukkan proses pembentukan batuan.
Batuan Batuan
Enapan Metamorfosis
Rajah 1
Apakah proses pembentukan batuan tersebut?
A Hakisan dan pemendapan
B Penyejukan dan pemejalan
C Pemadatan dan penyimenan
D Tekanan dan haba yang tinggi
2 Apakah kepentingan luluhawa kimia kepada ekonomi Malaysia?
A Menghasilkan batu granit untuk sektor pembinaan
B Membentuk gua batu kapur sebagai lokasi pelancongan
C Menghasilkan garam akibat proses penghabluran garam
D Mempercepatkan aktiviti kuari dengan pemecahan bongkah
3 Foto 1 menunjukkan pandang darat fizikal.
Foto 1
Apakah proses luluhawa yang membentuk pandang darat dalam Foto 1?
A Pengkarbonan
B Tindakan Ibun
C Kembang kecut
D Penghabluran garam
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 13
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
LAMPIRAN 2
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MULAI TAHUN 2021
GEOGRAFI
(2280)
CONTOH-CONTOH ITEM
2280/2 – GEOGRAFI KERTAS 2
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 14
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
Bahagian A
Soalan 1 berdasarkan peta topo siri 2280/17/06/2003 peta topo siri 228017062003.pdf yang
disediakan di halaman 20 (Lampiran 3). Kaji peta ini dengan teliti sebelum menjawab soalan
berikut.
1(a) (i) Berapakah bearing Tiang Wayarles (RG896553) dari puncak Bkt. Lentik
(RG858523)?
…..………………………………………………………………………………….
[2 markah]
(ii) Mengapakah kerajaan mewujudkan Ladang Rimba di sekitar Bkt. Lentik?
…………….…………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[4 markah]
(b) (i) Mengapakah taburan penduduk banyak tertumpu di kawasan pinggir pantai?
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[4 markah]
(c) (i) Apakah bentuk muka bumi pinggir pantai di RG901555?
…..………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(ii) Apakah proses fizikal yang mempengaruhi permukaan bentuk muka bumi di c(i)?
…..………………………………………………………………………………….
[1 markah]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 15
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
(iii) Cadangkan kegiatan ekonomi yang sesuai dimajukan di Kuala Bayu.
Beri alasan anda.
…………………………….……………………………………………………….
…………………………….……………………………………………………….
[3 markah]
Soalan 2 berdasarkan Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: IPU di Kuala Lumpur dan Indera Mahkota, Pahang.
MASA (Pagi)
LOKASI 5.00 6.00 7.00 8.00
Kuala Lumpur 93 104 111 106
Indera Mahkota, Pahang 42 41 41 41
Jadual 1
(Sumber: Jabatan Alam Sekitar,17 April 2019)
2 (a) Berdasarkan data Indeks Pencemar Udara (IPU) dalam Jadual 1, bina sebuah graf
bar berganda dengan menggunakan skala 1cm mewakili 10 IPU. [7 markah]
(b) Merujuk kepada graf bar berganda yang telah anda bina, huraikan bacaan Indeks
Pencemar Udara (IPU) tersebut.
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[4 markah]
(c) Pada pendapat anda, mengapakah kedua-dua kawasan menunjukkan bacaan
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang berbeza?
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[4 markah]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 16
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
Bahagian B
Soalan 3 berdasarkan Foto 1
Foto 1
3 (a) Namakan fenomena cuaca yang boleh dikaitkan dengan Foto 1.
…..………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(b) Bagaimanakah keadaan cuaca semasa berlakunya fenomena tersebut?
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[3 markah]
(c) Jelaskan kesan fenomena cuaca tersebut terhadap alam sekitar dan manusia.
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[3 markah]
(d) Kemukakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko
akibat fenomena cuaca tersebut.
…………………………………………………………………..…………………
…………………………….……………………………………………………….
………………………………………………………………………….…………
[3 markah]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 17
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
Bahagian C
Soalan 6 berdasarkan Peta 1
Peta 1: MALAYSIA
(a) Berdasarkan peta 1, namakan lokasi perindustrian bertanda
PR
QS
[4 markah]
(b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor pembuatan di Malaysia.
[6 markah]
(c) Huraikan sumbangan sektor perindustrian terhadap kemajuan sosio ekonomi negara Malaysia
[6 markah]
(d) Kemukakan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan sektor pembuatan terhadap
alam sekitar. [4 markah]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 18
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
7 Soalan 7 berdasarkan Foto 4 dan Jadual 2.
Foto 4
Tahun Keluasan (Hektar)
1950 800,000
2013 575,000
Jadual 2: Keluasan Tumbuhan Semula Jadi dalam Foto 4
Sumber: Sinar Harian 3 September 2013
(a) Mengapakah berlaku perubahan keluasan tumbuhan semula jadi di atas dari tahun 1950
hingga 2013?
[4 markah]
(b) Jelaskan kesan perubahan keluasan tumbuhan semula jadi dalam Jadual 2 terhadap
alam sekitar.
[6 markah]
(c) Cadangkan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bagi mengekalkan
keseimbangan ekosistem tumbuhan semula jadi tersebut.
[4 markah]
(d) Pada pendapat anda, wajarkah kawasan tumbuhan semula jadi dalam Foto 4 ditebus
guna untuk kegiatan ekonomi?
Kemukakan alasan anda.
[6 markah]
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 19
Peta Topo Siri 228017062003.pdf
SULIT SEMENANJUNG MALAYSIA 91
"'"'"990000
84 85
86 87 88 89
61
-560ıx•
LAUT
Meter 500 Skala (Scale) 1
MBlrN 1 0 0 0
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SELA TEGAK KONTUR
20
FORMAT PENTAKSIRAN GEOGRAFI
LAMPIRAN 3
92 93 94 PETUNJUK
62
61 CIRI BUATAN CIRI BUATAN LAiN DAN CIRI HiDROGRAFi BUATAN
JALANRAYA TalianPapM
uıbıl'ı Raya Kembar PELBAGAl BINAAN _ . _ A _r _ Takı.ıııgı,,Bek.ı
IAbı.tıRayaTı.ınggal Tarıgklflw
JalıınRayaKarrbar TıMn Elektmc o Terusarv'TallAlr/Paril
o
JalıınRııyıTuoggal .-.__TıiıınTelıı,ton .....CIAI BEAKAITAN OENGAN
JıılanTldıkBıırtunıp _r j
TalanPaiı,(SolalnDaf1)a(laAi') HiDROGRAFi
.....,....J.a.lı.n,.S.e.d.a.n.g..D.,ib.in..i..,_ ·-ı:ı-ı:ı-ı:ı-ı:!•1 TembokKonkrit
Pıgıır - -1.P_. 2.l..umpuf
....... ,A.. PııdangTerbang
Jeci/Oerrneg&ITeıTtıokGebTt)ang
- --JAL.AN KERETAAPI + ....,..,.,.. ..s....a, 'K AtmatıApfe.rup&.1eops...
59
--+-+--+-+- T - ı,. Slıeer'l 8umi G "-"-""'REUEF
ı,.
-T- -w- cım RELIEF SEMUl.AJADt
CIRI BERKArTAN OrlSejar;W'I \. ,,,. J Tanıtı
0ENGAN JALAN RAYA DenlıMinyıılı \ '" J
DAN JALAN KEAETA API ··--T.,,.,Ber)lldı
58 A c.vım Tııgııık
57 ·- Tııngld(Selııin Aiı')
Ba-.nBoılO-Pac:ul
=.:Betıı3 TUMBUH-TVMBUHAH
Jambaıan KeteıaApi OANTANAMAN CIRI RELIEF BUATAN
TUMBUH-TUMBUHAN
T N�SANTARA +-+-l !+-+- T , _ , , , , Hu'AnPnmıw CIRI BERKA/TAN DENGAN
Hu'..ıııı Selwnclef, BeUıar, RELJEF
ı JılanRayaAtas 62187 Sıos.ıTrlgotıomelr1
2 Jalan Raya Bawah ---Riırıgôan..ı.raml
oG T - ,._,GPS
Ru-
..ıiı.......A. 1Siesen2PertıerıNn ·12345 T..,,..,_
......--.:,.,.BANGUNAN _ ,TANAMAN
"' rıtilr.Kelr'ıggıWI
56 e.ıdıır clıı'I Kawasan Tepıbna
-T- ...SINGKATAN .----...--""""
...,._..-..HiDROGRAFi
"""" CIAI HiDROGRAFi -·B.P. _...."-_",",
• ...T..... SEMULAJADI
55 1 _w•, , B.A blıtPoıTelegral
f &,ıoııi(TıdııkTwıtu) Blo. Pangkalanı'Pengkalen
&,ıoa!BııwatıTanatı OOp
SEMPAOAN Hııd PuangSuıu .........,,...,.,
HakıııınAruı; """"·
""'"'"'""' 1.PaıangSı.ıruı -.-... --......,.._,
2TidılıPuangSı.nıt -.Log
rtıim --- mTl w
pp TaliAw
54 GarlNr'IPesiı!ıir(TidııkTenıu) r....,..
.,,.P,P,T
1 . 2 .., .......... TaııııJKCQITVTıın T.....,.,.
TS 47 T.S.48 Pdg.
1 Tıwıg • ,,,_Taıiıı/KolMVTaklııgıln w. . . . .
2. Tqclın (TldııkTentu) "·'
SleMrıTrıgcınt'ffl9'J' S.K.
S.K<
s,
TA
To
n..
u
WP
52 . 'UMeg UG'ld UBeıw Hakclpla Kerajaan Terpelihara
51 Kebenaran Pengarah Pemetaan Negara, Malaysıa, waııb dKiapatı
Kilometer aobelum peta ıni aıau sebahagian daripadanya disalin
4 Kılometres CAAAr.lFYFIFRAU.Jtl'AHOIATASPfTANSft!AMPIA IOOYfTfFI
TITIKCOHTOH 8.Bkt.Lenlııı.
0038 '...- 0109" 1 LJNı·aıtuuoı,'l...,Of'ICI fl:GAK s.ıo.ıatıuı lıbk
(05t1Wı ,00,rw) IWMOUlOıırı t>acı Oi)ldııı ıt•.u a1;wbıtw.ıh•rıgk,ıı v.ıııv
DCSAR yııng tert.ılis baıgı gııını.a grd tJ:
Tıı,111'"""1bafapııı:,a,a,opuutııı. llııOlulMjı ",
:, 1"-dıWıul.ı or,oOATAROıb«wahl·
""4ıtı .diıl'IDK.ı0ı',cı,,ı-wa.uwıanı"Qkl,._""Q
BE.SAnv.-.gwtu•bı'V' i"'dıt.ı
f..ı.a,,tıa,ı».. . . pıı,IN&JUUı ııe--ıllf10NL,o<.
JUPEM OOS4 2017
: 50)0 SULIT
R 20 :TER
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia