The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by limvasile, 2022-12-24 01:57:07

Amalan Teknologi Hijau di Taman Abad

Amalan Teknologi Hijau di Taman Abad

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

TAMAN ABAD

DISEDIAKAN OLEH:

VASILE LIM

TINGKATAN:

2 PEARL

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

HARI/BULAN/TAHUN
24/12/2022


Isi Kandungan

KANDUNGAN MS
1) PENGHARGAAN GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFI 3
4
DAN PENGETUA SEKOLAH 5
2) PENDAHULUAN 6

3) OBJEKTIF KAJIAN

4) JADUAL KERJA

KAJIAN KES

4) KAWASAN KAJIAN 7
8
5) KAEDAH KAJIAN 9-15

6) HASIL KAJIAN
I. Definisi teknologi hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau
di Taman Abad
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah /strategi bagi
meningkatkan penggunaan teknologi hijau

7) RUMUSAN 16
8) BAHAN/SUMBER RUJUKAN 16
9) LAMPIRAN 17-19


Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah
binti Jamaluddin yang sudi memberikan ilmu
pengetahuan kepada kami yang belajar di kelas 2
pearl. Jasa cikgu amat dihargai bagi penyiapan kerja
lapangan kerja khursus tingkatan 2 ini.

Selain itu, selaku murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail saya juga ingin membuka
kecil tapak tangan tetapi nyiru saya tadahkan kepada
pengetua sekolah iaitu Encik Razali Bin Tamadi. Tanpa
usaha beliau dalam mentadbir sekolah, saya pasti kami
tidak dapat melaksanakan aktiviti yang seronok seperti
ini.

Akhir sekali, menghormati ibu bapa merupakan antara
ikrar hidupan saya kerana merekalah yang melahirkan
kita dan membesarkan kita dengan seeloknya dengan
harapan kita dapat berjaya serta menjadi seorang yang
berguna dalam masyarakat ini. Kelahiran saya juga
merupakan kurniaan tuhan dengan adanya kawan-
kawan yang sudi menolong saya apabila saya
memerlukan bantuan.


Pendahuluan

Saya Vasile Lim dari kelas 2 Pearl. Saya akan menjalankan
kerja khusus saya di kawasan kediaman saya iaitu Taman
Abad.Saya telah menggunakan tempoh selama seminggu
untuk menyiapkan kerja khusus ini.

Kerja khusus ini meliputi penggunaan teknologi hijau
yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah alam
sekitar yang dihadapi di kawasan kediaman mereka.
Sebagai contoh, pemasangan panel solar di atas bumbung
rumah untuk menjimatkan kebanyakan tenaga eletrik
yang digunakan. Usaha ini bukan sahaja boleh mendatang
kebaikan kepada alam sekitar bahkan kepada kita sendiri
juga. Kita tidak dapat menafikan bahawa bumi kita
sedang menghadapi cabaran yang akan mengundang
kemusnahan semua benda hidup tidak kira kecil atau
besar. Bumi yang berusia 4.54 bilion tahun ini haruslah
dilindungi sehingga akhirat. Setiap usaha yang dilakukan
pasti akan berbuah jika kia bersatu dan memiliki
matlamat yang sama. Oleh itu, marilah kita bersama-
sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang
penduduk bumi dalam menjaga bumi dengan seeloknya
agar berkekalan.


Objektif Kajian

Kajian kes ini dilaksanakan dengan beberapa
objektif yang perlu dicapai. Berikut merupakan
objektif- objektif tersebut

1) menjelaskan konsep dan definisi Teknologi
Hijau
2) mengenal pasti 3 jenis dan contoh teknologi
hijau yang terdapat di Taman Abad
3) menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
4) menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
5 mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan teknologi hijau yang sesuai


Jadual Kerja

BIL. TARIKH AKTIVITI

1. 4/12/2022 Penerimaan kerja
2. 6/12/2022 lapangan
3. 9/12/2022
4. 10/12/2022 Penerangan kerja
lapangan

Pencarian
maklumat

Membuat
pemerhatian di
kawasan kajian

5. 10/12/2022 Merekodkan
6. 11/12/2022 kajian

Menulis
penghargaan dan
pendahuluan

7. 12/12/2022 Membuat dan
8. 14/12/2022 mengedarkan
soal selidik
9. 15/12/2022
10. 24/12/2022 Mengumpul dan
membuat
penulisan

Menaikkan
lampiran

Penghantaran
kerja lapangan


Kawasan kajian

Saya memilih Taman Abad sebagai kawasan
kajian saya kerana tempat ini merupakan
kawasan tempat tinggal saya. Bentuk muka
bumi di Taman Abad merupakan tanah pamah
yang sesuai untuk pembinaan kawasan
perumahan,kemudahan serta perkhidmatan
lain


Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat tentang penggunaan
teknologi di Taman Abad,Johor Bahru seperti:

a) Pemerhatian
- Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu

Taman Abad.Saya mengumpul data dan maklumat
yang terdapat di kawasan kajian melalui
pemerhatian saya.

b) Temu bual
- Saya telah berjumpa dan bersoal jawab

dengan salah satu daripada penduduk
Taman Abad untuk mendapatkan data dan
maklumat

c) Soal selidik
- Saya membuat soal selidik terhadap 10

orang responden di Taman Abad untuk
mengenal pasti bilangan penduduk yang
mengamalkan penggunaan teknologi hijau
di kawasan tempat tinggal mereka.

d) Rujukan
- Saya telah melayari internet dan merujuk

buku-buku untuk mencari maklumat
tentang penggunaan teknologi hijau
dalam kalangan penduduk serta sebagai
maklumat tambahan.


Temu bual bersama seorang penduduk
Taman Abad

Berikut merupakan perbualan antara saya dengan Encik
Muhanesh A/L Damendhran

Vasile: Selamat pagi, encik

Encik Muhanesh: Selamat pagi.

Vasile: Adakah encik mengamalkan penggunaan teknologi
hijau?

Encik Muhanesh: Ya,saya ada mengamalkan penggunaan
teknologi hijau.

Vasile: Bolehkah encik memberikan beberapa amalan
teknologi hijau yang dilaksanakan oleh encik?

Encik Muhanesh: Tiada masalah,adik. Antara teknologi
hijau yang diamalkan oleh encik adalah seperti menanam
pokok-pokok di sekeliling rumah serta mengamalkan kitar
semula.

Vasile: Oh,begitu.Bolehkah encik memberikan beberapa
cadangan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau di kawasan perumahan kita?

Encik Muhanesh: Boleh. Antaranya ialah pihak sekolah
haruslah memberikan pendidikan kepada anak murid
tentang kebaikan teknologi hijau.Selain itu,ibu bapa juga
harus mengamalkan penggunaan teknologi hijau kerana
mereka akan dijadikan teladan kepada anak-anak.Di
samping itu,pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen
untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan
penggunaan teknologi hijau.

Vasile: Baiklah,encik. Terima kasih banyak-banyak kerana
bersetuju untuk membalas soal selidik saya.

-anak.Akhirnya, Encik Muhanesh: Sama-sama,adik.


Soal Selidik

Gambarajah di bawah menunjukkan amalan
Teknologi Hijau yang diamalkan oleh penduduk
Taman Abad


Hasil Kajian

Konsep Teknologi Hijau

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Teknologi
Hijau atau teknologi alam sekitar adalah
penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula
jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti
seharian untuk spesies bangsa keturunan
manusia.
Menurut Buku Teks Geografi pula, Teknologi
Hijau merujuk pembangunan produk,peralatan
dan sistem untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar serta sumber semula jadi

Kepentingan Teknologi Hijau

1.Meningkatkan keselesaan dan kesihatan
masyarakat
2.Melindungi alam sekitar dan sumber semula
jadi
3.Meningkatkan kualiti udara dan air
4.Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara


Punca amalan teknologi hijau kurang
diterapkan dan langkah-langkah untuk

mengatasinya

1. Kurang Pendidikan

Langkah penyelesaian: Pihak sekolah haruslah memberikan
Pendidikan yang secukupnya berkaitan teknologi hijau
untuk melahirkan generasi muda yang peka terhadap
kelestarian alam sekitar

2. Kurang kesedaran

Langkah penyelesaian: Badan kerajaan mahupun Badan
Bukan Kerajaan haruslah mengadakan kempen-kempen
kesedaran untuk meningkatkan pengetahuan rakyat
tentang betapa pentingnya teknologi hijau

3. Kekurangan bajet/wang

Langkah penyelesaian: Pihak kerajaan bolehlah
menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam secara
percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan

4. Bilangan tong kitar semula terhad

Langkah penyelesaian: Pihak kerajaan haruslah
menyediakan tong kitar semula di setiap taman perumahan
untuk menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan
penduduk


Contoh teknologi hijau di
Taman Abad

1) Penduduk Taman Abad memasang
panel solar pada bumbung rumah


2) Penduduk Taman Abad menanam
tumbuh-tumbuhan di sekeliling rumah


3) Sebahagian kecil penduduk tidak
memasang pendingin hawa untuk
mengurangkan pembebasan CFC ke udara


Rumusan

Setelah tugasan kerja lapangan ini telah selesai
disiapkan,saya telah menemui beberapa
dapatan berkaitan dengan penggunaan
teknologi hijau di kawasan tempat tinggal
saya.Dapatan ini dapat membantu saya
memahami lebih mendalam tentang amalan
teknologi hijau di sekitar kawasan perumahan
saya.Saya juga dapat mengenal pasti punca-
punca amalan teknologi hijau kurang diamalkan
dan langkah-langkah yang dapat dilakukan
untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau dalam kalangan masyarakat.Saya berasa
bangga kerana telah berjaya menyiapkan kerja
lapangan ini.

Sumber Rujukan

1) Buku Teks Geografi Tingkatan 2

- Kang Chai Yoeng, Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan Subramaniam

2) Wikipedia Bahasa Melayu ( Internet)

- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau


Lampiran


Click to View FlipBook Version