PERATURAN PERMAINAN CATUR
Catur merupakan satu permainan yang sangat bagus untuk dipelajari
terutama untuk pelajar sekolah.
Ini kerana permainan catur dapat menyokong pengembangan kemahiran
berfikir aras yang lebih tinggi, seperti daya penyelesaian masalah,
membuat keputusan, berfikir kritis, merancang dan kreatif.
Permainan ini juga boleh membantu meningkatkan kemampuan kognitif
secara umum dan membantu pencapaian di sekolah, terutamanya dalam
subjek matematik.
Anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang perlu diketahui untuk
bermula bermain catur ini.
Sebenarnya, terdapat banyak perkara yang mesti. Ini merangkumi
pelbagai kaedah untuk belajar dan berlatih, hinggalah cara untuk
memenangi permainan.
Jadi, hari ini GPSBestari akan berkongsi beberapa tip untuk
membolehkan anda menjadi seorang pemain catur yang baik:
1. Ketahui bagaimana setiap buah catur bergerak
Bagi sesetengah orang, mungkin ini adalah pengetahuan umum namun
penting untuk asas permainan.
Setiap buah catur mempunyai keupayaan yang berbeza dan hanya boleh
bergerak mengikut keupayaan mereka. Mari kita lihat peraturan
pergerakan bagi setiap buah catur di bawah:
-Pawn hanya boleh bergerak ke hadapan sahaja, namun ada dua
pengecualian untuk peraturan ini: (1) hanya pada langkah pertama, Pawn
dapat menggerakkan dua kotak ke depan; (2) untuk memakan buah catur
lawan, Pawn boleh bergerak untuk menyerang secara menyerong.
-Knight hanya bergerak dalam bentuk L.
-Bishop hanya bergerak secara menyerong, dan boleh bergerak sepanjang
petak yang ada.
-Castle boleh bergerak dalam garis lurus sahaja, hadapan, belakang atau
ke tepi.
-Queen adalah buah yang paling kuat dan boleh bergerak ke semua arah
dan bilangan petak tidak terbatas.
-King hanya boleh bergerak satu petak sahaja ke semua arah.
2. Nilai buah catur tidak sama
Anda mesti menentukan buah mana yang anda boleh dan tidak boleh
dikorbankan. Contohnya, dalam kebanyakan situasi, anda tidak mahu
kehilangan Knight untuk menyelamatkan Pawn. Anda boleh
mengunakan sistem di bawah ikut untuk menentukan buah mana yang
patut dipertahankan.
IKLAN
Queen = 9 points
Castle = 5 points
Bishop = 3 points
Knight = 3 points
Pawn = 1 point
Namun, dalam situasi tertentu bergantung pada strategi anda,
mengorbankan buah catur yang lebih berharga mungkin adalah lebih
baik.
3. Gerakan dua petak ketika mula
Seperti disebutkan tadi, Pawn dapat bergerak sehingga dua kotak ke
depan pada langkah pertama dalam permainan. Oleh itu, mulailah
dengan menggerakkan Pawn anda (di hadapan raja atau permaisuri) dua
kotak ke depan. Ini membolehkan Bishop dan Queen memasuki
permainan. Oleh kerana para Bishop hanya boleh bergerak secara
menyerong, mereka memerlukan bukaan untuk menyerang medan
perang.
4. Pastikan Knight and Bishop berada di hadapan
Knight dan Bishop perlu berada di hadapan Pawn supaya mereka dapat
menyerang dan melindungi buah catur anda, ini sangat penting. Oleh itu,
anda perlu menggerakan mereka terlebih dahulu ketika di awal
permainan.
5. Sentiasa mengikut rancangan
Jangan buang masa dengan berusaha membuat terlalu banyak gerakan
dengan Pawn anda. Cuba untuk tidak terlalu menyeramkan Pawn lawan
tetapi perlu lebih fokus pada strategi anda..
6. Guna Castle sebaik mungkin
Pindahkan King ke kawasan selamat dengan menggerakan Castle anda.
Lakukan ini pada awal permainan dan jika lawan anda lupa melakukan
perkara ini, anda boleh melancarkan serangan terhadap King mereka.
Pergerakan ini dapat dilakukan dengan menggerakkan King dua kotak ke
arah Castle sementara Castle akan bergerak ke belakang King.
* pergerakan ini adalah satu-satunya pergerakan yang melibatkan dua
catur boleh bergerak dalam satu-satu masa.
IKLAN
7. Kekalkan dominasi di bahagian tengah
Kawasan terbaik untuk mendapatkan kawalan awal adalah empat petak
di tengah. Kerana kawasa ini merupakan ‘pintu gerbang’ ke seluruh papan
permainan dan membolehkan anda memindahkan buah anda ke mana
sahaja yang anda mahukan.
8. Pelan Serangan ‘Middlegame’.
Setelah Pawn, Knight, Bishop dan Castle anda dimainkan, anda telah
memasuki fasa yang dikenali sebagai ‘middlegame’. Pada ketika ini, anda
seharusnya sudah memikirkan strategi untuk mematikan buah lawan
anda, tanpa menjejaskan posisi permainan anda.
9. Gerakan Pawn ke hadapan untuk dinaikan pangkat
Anda dan lawan hanya tinggal beberapa kepingan catur sahaja, ini
bermaksud ‘permainan akhir’ sudah semakin hampir. Setiap Pawn sangat
penting pada masa itu. Sekiranya anda berjaya memajukan Pawn ke
petak yang paling jauh dari anda, Pawn tersebut boleh dinaikan menjadi
Queen, yang akan memberikan anda kelebihan yang besar!
10. Gunakan King untuk menyerang fasa akhir permainan
Dalam fasa akhir permainan, gunakan raja anda untuk menyerang sebaik
mungkin, selagi King itu masih jauh daripada jangkauan lawan anda,
terutama sekali Queen.
11. Bersikap Strategik!
Sebelum menggunakan buah catur anda, perhatikan pergerakan akhir
lawan dan cari sebab kenapa dia melakukan pergerakan tersebut. Adakah
pergerakan itu sebuah perangkap? Apa yang dia rancangkan? Apakah
pergerakan tersebut mampu mempengaruhi keputusan perlawanan ini?
Setelah menjawab soalan-soalan ini, barulah anda boleh fikirkan
pergerakan anda, fikir dengan mendalam setiap strategi sebelum anda
bergerak dan cuba dapatkan kemungkinan yang timbul hasil daripada
pergerakan tersebut.
12. Tenang
Berfikir dengan tenang adalah kunci utama untuk memenangi permainan
Catur. Sekiranya anda terfikir tentang satu langkah yang baik, jangan terus
bertindak! Tunggu dan fikirkan lagi apakah langkah yang lebih baik. Ambil
sebanyak masa anda perlukan dan tetap fokus.
IKLAN
13. Cari corak permainan anda
Anda mungkin merasakan strategi A berbanding strategi B. Sebagai
contoh,anda merasa paling selesa apabila bermain secara bertahan. Atau,
mungkin anda mempunyai naluri yang sangaat baik ketika menyerang,
bermainlah dengan kekuatan dan berusaha memperbaiki kelemahan
anda.
14. Kaji taktikal permainan
Kombinasi taktikal dalam permainan catur yang mengikuti corak
permainan terkenal sering disebut sebagai ‘tema’ atau motif ‘. Kaji corak
ini untuk memahami dengan lebih baik bagaimana tema motif ini
berfungsi dalam situasi yang berbeza.
15. Jangan menyerah
Semasa belajar permainan catur, jangan biarkan kesilapan membuat anda
mahu berhenti. Teruskan bermain, dan tetap positif. Kesilapan ketika
bermain tidak seharusnya membuat anda ingin menyerah tetapi
sepatutnya menjadi pembakar sehingga mendapat kemenangan.
16. Berlatih, berlatih … dan terus berlatih
Catur adalah permainan kebolehan, kemahiran, dan juga strategi.
Maknanya, ia memerlukan kerja keras yang tinggi dan latihan yang
banyak untuk berjaya! Sekiranya anda benar-benar ingin menjadi seorang
pemain yang hebat, anda perlu meluangkan masa untuk belajar, berlatih,
dan juga bermain.
17. Sentiasa berseronok!
Catur adalah satu permainan yang sangat mencabar. Jadi anda mungkin
terlupa untuk berseronok ketika bermain! Perlawanan yang baik adalah
perlawanan yang membolehkan anda tersenyum, ketawa, dan menikmati
keseronokan permainan yang kompetitif!