The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ghazalisaiful50, 2021-05-30 01:43:11

BUKU PROGRAM MAJLIS GRADUASI KALI KE-3 MRSM ARAU

Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh.




Pahit ubat buah peria,
Makan bersama ikan pelata;
Menadah tangan bersyukur pada-Nya
Allah pemerintah alam semesta.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pen-
yayang, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya, Majlis Graduasi MRSM Arau Kali
Ke-3 ini dapat dijayakan. Syabas dan tahniah kepada para Graduan MRSM Arau.
Semoga kejayaan pada hari ini menjadi batu loncatan untuk mencipta kejayaan seter-
usnya.

Cincin lama sudah ditukar
Cincin dibuat daripada suasa;
Zaman beralih musim bertukar,
Hendaklah prihatin peredaran semasa.

Dari sumur menjadi paya,
Rentang saujana tuan berjalan;
Dari fizikal ke alam maya,
Norma baharu jadi amalan.

Kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah diduga. Persekitaran selalu mendesak
supaya kita berubah. Kita haruslah sentiasa cekal dan tabah, tak dihanyut bah, juga tak
mudah rebah. Orang dahulu selalu berpesan, alah bisa tegal biasa. Sentiasalah kita
cakna dengan peredaran semasa.

Orang bertolak di Tanjung Rhu,
Sarat memuat buah perpat;
Hendaklah banyak menghadap guru,
Supaya terang jalan makrifat.

Makan ketupat berbalut palas,
Sirap pandan wangi baunya;
Alang berjawab tepuk dibalas,
Apa dibuat ada balasnya.


Kepada anakanda, ayahanda berpesan; lihatlah mega cahayanya megah, menyinari
bumi tanah bertuah. Jangan malas untuk berubah, inilah tanah tumpahnya darah. Dari
sarang tempat berteduh, diberi makan jangan bergaduh. Terbanglah anakanda
terbanglah jauh, doa ayahanda tak pernah rapuh. Kita lahir sebagai tetamu, dalam
dunia kita bertemu. Ini pesan ayahanda buatmu, jadilah insan berbudi berilmu.


Banyak ubi perkara ubi,
Ubi Daik kalian tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
Budi baik saya kenangkan.


Orang Acheh menanam padi,
Padi tumbuh nampak jarang;
Antara kasih dengan budi,
Budi juga dikenang orang.


Kepada seluruh ahli jawatankuasa Majlis Graduasi MRSM Arau Kali Ke-3, ribuan penghar-
gaan saya ucapkan. Tenang-tenang air di laut, sampan kolek hanyut ke tanjung. Budi
terkenang mulut tersebut, budi baik rasa nak junjung.




Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh


Para graduan MRSM SPM 2020 dan warga pendidik yang
dikasihi serta para ibu bapa yang dihormati, syukur
Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T dan dengan limpah
dan kurnianya, kita diberi kesempatan untuk bersama-
sama pada hari ini bagi menjayakan Majlis Graduasi
MRSM 2020.


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua
pelajar yang telah berjaya melalui sistem pendidikan
MRSM sehingga layak bergraduasi. Dalam keadaan pan-
demik yang melanda dan perubahan norma yang ber-
laku sejak awal tahun 2020, anak-anak pelajar telah mela-
lui perubahan dalam sistem pendidikan yang tidak
dijangka-jangka. Kaedah belajar secara bersemuka yang dianggap perkara biasa
menjadi satu perkara yang sangat mahal dan dirindui apabila kaedah PdP berubah
kepada sistem pembelajaran Home Based Learning. Syabas kepada anak-anak pelajar
MRSM tingkatan 5 2020 yang cekal dan sabar melaluinya. Dari SPMRSM yang tertangguh
bersambung dengan ulang kaji bersemuka dan online, anak-anak semua melaluinya
dengan tekun sekali, Alhamdulillah dan syabas anak-anak.


Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada warga pendidik dan para ibu bapa
serta seluruh warga maktab atas keprihatinan dan sokongan padu yang diberikan bagi
merialisasikan pencapaian pelajar. Pelbagai pelaksanaan program berteraskan sistem
pendidikan MRSM yang memberi manfaat penuh kepada pelajar bagi memberi sokon-
gan dan suntikan semangat untuk terus maju kehadapan sehingga berjaya di peringkat
pengajian tinggi kelak.


Anak-anak pelajar, pastikan anak-anak nyatakan secara lisan ucapan penghargaan ini
kepada semua guru dan ibu bapa yang telah memastikan anak-anak terus berseman-
gat. Kini, para gurulah antara petugas barisan hadapan dalam sektor pendidikan bagi
menggalas tanggungjawab mereka memastikan anak-anak pelajar MRSM terus kon-
sisten meraih pencapaian cemerlang dalam akademik.

Saya doakan semoga tahun 2021 menjadikan warga pendidik dan pelajar MRSM terus
cekal, tabah dan gigih menghadapi cabaran semasa. Tahniah dan sekalung penghar-
gaan sekali lagi buat para pelajar, ibu bapa dan warga pendidik.

Kejayaan para pelajar bergelar graduan MRSM menunjukkan anda sangat komited
untuk menguasai ilmu dalam keadaan apa sekali pun. Semoga pilihan kursus atau
bidang pengajian di peringkat tertiary anak-anak adalah bidang yang anak-anak
minati secara mendalam untuk dijadikan kerjaya kelak. Saya pasti anak-anak graduan
lepasan MRSM akan berjaya menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama,
bangsa dan negara.
Selamat Maju Jaya!


Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh


Asal rebung buluh dilentur,
Di dalam hutan elok berteman;
Semangat MARA tak pernah luntur,
Biar bertahun ditelan zaman.


Menuntut ilmu bekalan kekal, meneguh pendirian mena-
jam akal, menuntut ilmu perelok diri, disantun orang
serata negeri, menuntut ilmu rela berkorban, nama disan-
jung tertulis di coretan, menuntut ilmu ikhlas berteman,
budi disebut sepanjang zaman.


Buat bangsal di Pulau Daik,
Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau


Perjalanan menuju menara bukanlah mudah, harus cekal berhati tabah. Biar hujung
negeri, biar seberang laut, di MARA tempat kalian berpaut. Di sini peluang terhampar,
buat orang mahu dicabar, di sini IPMA menawan, buat pakar dan para ilmuan, melahir
usahawan juga negarawan, pemikul teras perjuangan.


Pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia. Jangan lemas bila dipuji, jangan
tenggelam dibadai keji. Biar diri dipandang rendah, asalkan ilmu terus meninggi, biar
rintangan harus diredah, asalkan selesa kemudian hari. Wahai penghafaz kalam Tuhan,
janganlah lalai terbuat dosa, wahai anak MARA sekalian, tingkatkan kualiti akhlak
diperkasa. Biar seantero dikhabar berita, anak MRSM bukan biasa, arkitek doktor atau
jurutera, mukmin profesional yang di bahu kanan agama, di bahu kirinya kerjaya.

Janganlah lupa, selagi mengalir darah merah, selagi itu tertakluknya kita, akan janji
pada ayahanda bonda, jasa guru sang waja perwira serta sumpah setia kepada MARA.
Jadilah orang mengenang jasa, pada jasad yang membela, pada tubuh menjadi
pelita, juga agensi yang memayung bangsa, menjunjung amanah mulia.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Pulanglah kalian membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.


Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu;
Adat bertemu terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.

Sekian.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera



Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-
sama meraikan Majlis Graduasi MRSM 2020 secara maya.

Dengan rasa bangga saya mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang dianugerahkan Sijil
Graduasi MRSM kerana anda telah berjaya memenuhi
syarat-syarat graduasi MRSM. Ucapan syabas dan tah-
niah juga kepada guru-guru yang gigih berusaha tanpa
jemu dalam memastikan kecemerlangan pelajar. Syabas
dan terima kasih turut diucapkan kepada Badan Permua-
fakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) dan warga MARA seluruhnya yang
begitu komited dalam apa jua perkara.

Penubuhan MRSM sejak tahun 1972 sehingga kini memberi sumbangan yang besar
kepada negara dalam mencipta modal insan melalui pewujudan Sistem Pendidikan
MRSM (SPMRSM) yang begitu komprehensif. Hasilnya, kita telah berjaya melahirkan sera-
mai 178,756 orang alumni MRSM. Pada hari ini, ada di antara mereka telah pun menjadi
tokoh negara, ahli perniagaan berjaya, ahli korporat terkenal, jurutera, doktor, dan pel-
bagai lagi kejayaan yang mereka capai.


Justeru, penerapan Sistem Pendidikan MRSM yang berteraskan kepada subjek Sains,
Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) amat signifikan dan relevan bagi me-
menuhi pasaran industri dunia yang seiring dengan agenda pembangunan negara kita.
Kita seharusnya bergerak seiring mengikut perubahan teknologi yang sentiasa berkem-
bang dari semasa ke semasa bagi memperluas akses kemudahan kepada kita semua
untuk melakukan apa jua sebarang pembangunan dan kemajuan negara.

Bermula daripada anak-anak ini lah kita perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai pent-
ing dalam aspek akademik dan sahsiah mereka melalui keberkesanan sistem pendidi-
kan MRSM iaitu STEM dan juga program-program kepimpinan serta kerohanian bagi
mencorakkan pemikiran mereka agar kelak menjadi insan yang berwibawa dan cemer-
lang.


Sememangnya itu adalah hasrat MARA bagi mewujudkan sebuah anak-anak komuniti
Bumiputera yang terdiri daripada golongan cerdik pandai, intelektual, dan menceburi
dalam apa jua bidang profesional yang akhirnya memberi sumbangan besar terhadap
sumber tenaga kerja dan meningkatkan lagi prestij Malaysia di peringkat dunia.


Saya juga difahamkan bahawa seramai 8,106 orang calon daripada 53 buah MRSM
bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 22 Februari 2021.
Perkara ini adalah cabaran besar buat guru-guru dan ibu bapa pelajar bagi memasti-
kan para pelajar bersedia menghadapi SPM di saat kita dilanda wabak pandemik
COVID-19 ini. Namun, ia bukanlah suatu penghalang buat guru dan pelajar untuk
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara online bagi memastikan anak-
anak pelajar terus mendapat input pembelajaran.

Sehubungan itu, saya juga ingin berpesan kepada semua anak-anak pelajar MRSM di
seluruh Malaysia, anda adalah harapan bangsa, agama dan negara. Manfaatkanlah
masa muda ini dengan terus menimba ilmu dan mencipta pelbagai kejayaan kerana
andalah generasi pemimpin negara Malaysia.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Gradu-
asi MRSM pada kali ini dengan norma yang baharu khususnya kepada Bahagian Pen-
didikan Menengah MARA, juga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua warga MRSM.

Selamat Maju Jaya kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar
SPM. Kejayaan pasti milik anda!


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Majlis Graduasi Maktab
Rendah Sains MARA 2020.

Sekian, terima kasih.

PARA JEMPUTAN MENGAMBIL TEMPAT


PERARAKAN MASUK GRADUAN

PERARAKAN MASUK AHLI SENAT


BACAAN DOA

UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH (BPM)
YANG BERBAHAGIA PUAN WAN AINIZAH BINTI ARIFFIN


UCAPAN KETUA PENGARAH MARA
YANG BERBAHAGIA DATO‘ AZHAR BIN ABDUL MANAF

UCAPAN KETUA PENGARAH MARA
YANG BERHORMAT DATO’ HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI
MOHD DUN

PENGISYTIHARAN GRADUASI


PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI


PERSEMBAHAN PELAJAR

PENYAMPAIAN ANUGERAH TERBAIK SUBJEK


PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SIJIL MRSM


PERSEMBAHAN PELAJAR


PENYAMPAIAN ANUGERAH TOKOH

PERARAKAN KELUAR AHLI SENAT

SIJIL GRADUASI MRSM KELAS PERTAMA
BIL. NAMA TPNG
1 NUR FARHA BINTI MOHD SANI 3.93
2 WARDAH SYAMIRAH FARIS BT FARIS DUSHMAN 3.88
3 MUHAMMAD ZUFAYRI BIN ZULHAIMI 3.85
4 ZAKIYYATULFUDHLA BINTI ABDULL RAZAK 3.85
5 FAIZAL BIN BURHAN 3.84
6 NIK ANIS SYAFIAH BINTI NIK AHMAD FARIS 3.83
7 ADDIN NAFIZ BIN MUHAMAD HESIMUDDIN 3.81
8 MUHAMMAD AZZAM BIN AZRAIMEE 3.80
9 NURUL SYAFFIQAH BINTI HEZRE SHAFFIQ 3.76
10 MOHAMMAD DANISH IKMAL BIN ASMAWI 3.76
11 MUHAMMAD SHEDY BIN MOHD SHUKRI 3.74
12 GUNAWATHI A/P SURES 3.73
13 MUHAMMAD NABIL IMAN BIN NOUR SHARIN 3.72
14 NUR ZARIDAH BINTI YUSNI 3.72
15 IKMAL BIN ABDUL RAHIM 3.72
16 AINUL MARDHIAH BINTI KHAIRUL ANUAR 3.67
17 MARYAM NAFISAH BINTI NOOR AZAM 3.66
18 MOHAMAD WAFIQ BIN MOHD ZAINUDDIN 3.65
19 SITI KHADIJAH BINTI AZHAR 3.65
20 AMEERUL AKIF BIN SHAHIZAM 3.65
21 MUHAMMAD HAZIQ FARIS BIN MOHD NORHAIZAT 3.65
22 NUR ALIEYA AQILAH BINTI EMRAN 3.64
23 MOHAMAD NASRUL AIDEED BIN HASNAN 3.64
24 NURUL NAJIHAH BINTI SAIDIN 3.64
25 NUR NABIHAH BINTI MOHAMAD ISMAIL 3.63
26 WAN NUR AWATIF SOFEA BT MEGAT ABD AZIZ 3.62
27 MITHLESHVARAN A/L DHANAJEYAN 3.62
28 SITI WAN MARIAM BINTI WAN ABDUL AZIZ 3.61
29 SITI NUR FARAHWAHIDA BINTI KAMARUZAMAN 3.61
30 INSYIRAH BINTI MOHD TAHIR 3.61
31 NURSYAFIQAH BINTI RIYADZUDDIN 3.61
32 SHAHMIE BIN ABD JALIL 3.60
33 DANIEL MELCHIZEDEK 3.59
34 NURUL IZZATI BINTI MD ZAHIR 3.58
35 SYAZA A`ISYAH BINTI KARZAMAN 3.58
36 NURSHAFIYYAH ADNI BINTI MOHD ADAN 3.58
37 MUHAMMAD HARITH HAKIM BIN NORDDIN 3.57
38 SARAH SOFEA BT MOHD SALLEHUDDIN 3.55
39 ARFA QISTINA BINTI SALEHUDIN 3.55
40 MUHAMMAD IKMAL BIN MOHD SALLEH 3.54

SIJIL GRADUASI MRSM KELAS PERTAMA
BIL. NAMA TPNG
41 MUHAMMAD SHABRUN IZZ HAIL BIN SHAHRIZAL HISHAM 3.53
42 MUHAMMAD AZIM BIN RAZALLI 3.53
43 HASANI HANIF FITRI BIN HASSAN 3.52
44 MUHAMAD ISMA HAKIM BIN MOHD ISMAIL 3.52
45 NUR ELIANI BINTI ALIAS 3.51
46 NOOR HAFIZI HASANI BIN NOORASRUL HASANI 3.50
47 NUR DANIA ZULAIKHA BINTI IDRIS 3.50



SIJIL GRADUASI MRSM KELAS DUA (ATAS)
BIL. NAMA TPNG
1 AIZANATASHA QISTINA BINTI ROSLI 3.48
2 SITI NURSYAFIQAH HUSNA BINTI ISMAIL 3.47
3 MOHAMAD NASIRUDDIN BIN HALIM 3.47
4 SITI SOLEHA BINTI MAZALAN 3.47
5 KAMILIA BADRINA BINTI MOHAMED KAMAL 3.47
6 ALYA ANISHA BINTI ABDUL MALEK 3.47
7 DARISHINA A/P SUBRAMANIAM 3.46
8 MURDIANA BINTI MOHD FAIZAL 3.46
9 ANIS ZULAIKHA BINTI AZLAN 3.45
10 NURUL SHAHFIQAH BINTI ZULKAPLEE 3.45
11 AINUL AUNI BINTI EDDYASRUL 3.40
12 NUR ALIA SHAFIQAH BINTI ABU TALIB 3.40
13 MUHAMMAD WAFIQ ALAQIL BIN SAMSUL ARIFIN 3.40
14 ELLYA ADIBA BINTI ABDUL MALEK 3.39
15 AMMAR HUSNI BIN HUSNIZAIM 3.39
16 NIVETHAH A/P S P JAGANATHAN 3.39
17 MUHAMMAD ADAM BIN MOHD DEFIHAZRI 3.38
18 LIYANA MAISARAH BINTI ABD AZIZ 3.37
19 MUHAMMAD AMIRUL AZWAR BIN CHE AZIZ 3.37
20 TAJUL AMIRUN NAJWAN B TAJUL BADRULHISHAM 3.37
21 MUHAMMAD NUR AFDHAL BIN KHIRUL SANI 3.36
22 SITI SARAH BINTI HAZIR 3.35
23 MUHAMMAD AZRI BIN HANAFIAH 3.35
24 AFFAN BIN AIRUL EZRI 3.34
25 NURUL ALIYA IZHARA BINTI ISMAIL 3.34
26 AUNI SHUHAIZA BINTI MOHD SHUKRI 3.33
27 MUHAMMAD ZAKWAN ZIKRI BIN SHAHRUL AZHAR 3.32
28 NUR INTAN NAZURAH BINTI SUHARTO 3.32
29 LEELA DARSCHENE 3.31

SIJIL GRADUASI MRSM KELAS DUA (ATAS)
BIL. NAMA TPNG
30 MUHAMMAD HARITH WAJDI BIN MOHAMAD FAUZI 3.31
31 NUR ALIA ALINA BT ABDUL RAHMAN 3.31
32 AHMAD ADAM BIN MOHD YUSOFF 3.28
33 MUHAMMAD FAKHRUL AMREE BIN MOHD NASREE 3.27
34 BALQIS BATRISYIA BINTI KASPUNI 3.27
35 PUTERA AHMAD BAZLI BIN BAHARUDIN 3.26
36 MUHAMMAD HARITH DANIAL BIN IZWAN 3.26
37 NUR AIN BINTI ABDUL AZIZ 3.25
38 AIMI NATASYHA BINTI MOHAMED ZAKI 3.25
39 NUR ADIBA BINTI APANDI 3.25
40 NUR ALIS SYAMIMI BINTI AZMI 3.25
41 NOOR ADHAM BIN NAZMI 3.24
42 NUR QISHA ATIERAH BINTI FARIDZAIL 3.24
43 MEOR DANISH NAQQIEB BIN MEOR SHAHRAM FAIZ 3.23
44 SITI MARDHIAH FASIHAH BINTI ZAKARIA 3.22
45 MUHAMAD HAFIZ BIN ISKANDAR 3.22
46 NABILAH SYAFIQAH BINTI SHUKOR 3.22
47 MUHAMMAD AIMAN NABIL MOHAMAD ALWI 3.22
48 NUR AFIQAH FARZANA BINTI MOHD FAUZI 3.21
49 NURUL FAESUHAILA BINTI AB RAHMAN 3.21
50 NUR AISHA ILYANA BINTI MARZUKI 3.20
51 UMMUL MASITAH BINTI A. RAHIM 3.19
52 MUHAMMAD AFIQ BIN MUHAMAD SHUD 3.18
53 PHIROSHAA A/P GUNASEGAR 3.17
54 YUHANIS NASUHA BINTI MOHD YUSOFF 3.17
55 SITI NURBALQIS BINTI ASFANI AZLAN 3.17
56 NOR ALIYA BINTI HAMZAH 3.16
57 MUHAMMAD HARITH UMAIR BIN ZAKARIA 3.15
58 MUHAMMAD ILHAM ANSARI BIN ILIASA` 3.14
59 MUHAMMAD ZAMIR HAZIM BIN MOHD ASYRAF 3.13
60 YEAP ZHONG XIAN 3.13
61 MUHAMMAD ARASH BIN HASZELAN 3.13
62 AHMAD ZULKARNAIN BIN MAHMAD ZUKI 3.11
63 MUHAMMAD MUNIF AIZAT BIN MUHAMAD RASHDAN 3.09
64 MUHAMMAD RASULAN BIN MUHAMAD FEDLI 3.08
65 AMIERUL DANISH BIN SYAHRUL NIZAM 3.08
66 NUR INSYIRAH NASUHA BINTI AHMAD SUKRI 3.05
67 DARREN BIN KAIRIL LIZA 3.05

SIJIL GRADUASI MRSM KELAS DUA (BAWAH)
BIL. NAMA TPNG
1 NAFIZ SYAHMI BIN SAYUTI 2.98
2 MUHAMMAD AKMAL BIN BAHARI 2.98
3 MIKHAIL SHAZARD BIN MOHD SUBBIRI 2.94
4 NOR DALILAH BINTI AZIZAN 2.92
5 MUHAMMAD ZIYAD ZOHIRUDDIN BIN YASDI 2.92
6 MUHAMMAD IZZAT FITRI BIN OMAR 2.90
7 MUHAMMAD SYABIL IMAN BIN BADROLHISHAM 2.87
8 AHMAD KUSHAIRI BIN JAINAL 2.85
9 MUHAMMAD ILHAM NUR HAKIM BIN RAMLI 2.77
10 SITI NUR SHAHIRAH BINTI ABDULLAH 2.69
11 MUHAMMAD NABIL ANIQ BIN ABDUL KARIM 2.56
12 MUHAMMAD AFHAM IDLAN BIN MOHD YUSOFF 2.22

(BERDASARKAN GRED SPM SPMRSM)
(BERDASARKAN GRED SPM SPMRSM)



ANUGERAH TERBAIK SUBJEK
(BERDASARKAN GRED SPM SPMRSM)
BIL. NAMA SUBJEK
1 NUR FARHA BINTI MOHD SANI BAHASA MELAYU
2 PUTERA AHMAD BAZLI BIN BAHARUDIN BAHASA INGGERIS
3 MUHAMAD HAFIZ BIN ISKANDAR SEJARAH
4 NUR ZARIDAH BINTI YUSNI PENDIDIKAN ISLAM
5 DANIEL MELCHIZEDEK PENDIDIKAN MORAL
6 FAIZAL BIN BURHAN MATEMATIK
MATEMATIK
7 MUHAMMAD AZZAM BIN AZRAIMEE
TAMBAHAN
8 FAIZAL BIN BURHAN FIZIK
9 MUHAMMAD ZUFAYRI BIN ZULHAIMI KIMIA
10 MUHAMMAD ZUFAYRI BIN ZULHAIMI BIOLOGI
11 FAIZAL BIN BURHAN PRINSIP PERAKAUNAN
PENDIDIKAN SENI
12 MURDIANA BINTI MOHD FAIZAL
VISUAL
PENDIDIKAN JASMANI
13 NOR DALILAH BINTI AZIZAN
& KESIHATAN
MUHAMMAD SHABRUN IZZ HAIL BIN SHAHRIZAL SIVIK DAN
14
HISHAM KEWARGANEGARAAN

(PNG 3.5 DAN KE ATAS BAGI KEEMPAT-EMPAT SEMESTER)
(PNG 3.5 DAN KE ATAS BAGI KEEMPAT-EMPAT SEMESTER)



ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
(PNG 3.5 DAN KE ATAS BAGI KEEMPAT-EMPAT SEMESTER)
SEM 1 SEM 2 SEM 1 SEM 2
NAMA TPNG
2019 2019 2020 2020
NUR FARHA BINTI MOHD SANI 3.92 3.85 3.97 3.98 3.93
WARDAH SYAMIRAH FARIS BT
FARIS DUSHMAN 3.94 3.83 3.90 3.85 3.88
MUHAMMAD ZUFAYRI BIN
ZULHAIMI 3.65 3.87 3.93 3.97 3.85
ZAKIYYATULFUDHLA BINTI ABDULL
RAZAK 3.92 3.72 3.82 3.94 3.85
FAIZAL BIN BURHAN 3.73 3.84 3.85 3.94 3.84
NIK ANIS SYAFIAH BINTI NIK
AHMAD FARIS 3.64 3.79 3.95 3.93 3.83
ADDIN NAFIZ BIN MUHAMAD
HESIMUDDIN 3.87 3.77 3.83 3.77 3.81
MUHAMMAD AZZAM BIN
AZRAIMEE 3.74 3.78 3.70 3.97 3.80
NURUL SYAFFIQAH BINTI HEZRE
SHAFFIQ 3.66 3.69 3.87 3.84 3.76
MOHAMMAD DANISH IKMAL BIN
ASMAWI 3.68 3.77 3.76 3.82 3.76
GUNAWATHI A/P SURES 3.68 3.67 3.73 3.84 3.73
MUHAMMAD NABIL IMAN BIN
NOUR SHARIN 3.73 3.67 3.65 3.83 3.72
IKMAL BIN ABDUL RAHIM 3.53 3.73 3.79 3.83 3.72
SITI KHADIJAH BINTI AZHAR 3.56 3.61 3.63 3.80 3.65
AMEERUL AKIF BIN SHAHIZAM 3.60 3.54 3.72 3.75 3.65
NUR ALIEYA AQILAH BINTI EMRAN 3.62 3.52 3.59 3.84 3.64
NURUL NAJIHAH BINTI SAIDIN 3.67 3.60 3.53 3.74 3.64
NUR NABIHAH BINTI MOHAMAD 3.62 3.53 3.74 3.65 3.63
ISMAIL
WAN NUR AWATIF SOFEA BT 3.54 3.60 3.65 3.70 3.62
MEGAT ABD AZIZ
INSYIRAH BINTI MOHD TAHIR 3.67 3.56 3.53 3.69 3.61
NURSYAFIQAH BINTI RIYADZUDDIN 3.63 3.59 3.65 3.58 3.61
MUHAMMAD HARITH HAKIM BIN 3.55 3.66 3.53 3.53 3.57
NORDDIN

MRSM (SPMRSM)



MENGIKUT GRED SPM 2020 (KESELURUHAN GRED A)
MENGIKUT GRED SPM 2020 (KESELURUHAN GRED A)



PELAJAR TERBAIK SIJIL PENDIDIKAN MRSM (SPMRSM) MENGIKUT GRED SPM
2020
(KESELURUHAN GRED A)
NAMA Bil. A+ Bil. A Bil. A-
FAIZAL BIN BURHAN 6 2 1
MUHAMMAD AZZAM BIN AZRAIMEE 5 4 0
NUR FARHA BINTI MOHD SANI 5 3 1
NIK ANIS SYAFIAH BINTI NIK AHMAD FARIS 5 2 2
MUHAMMAD SHEDY BIN MOHD SHUKRI 4 4 1
MOHAMMAD DANISH IKMAL BIN ASMAWI 3 5 1
ZAKIYYATULFUDHLA BINTI ABDULL RAZAK 3 5 1
MARYAM NAFISAH BINTI NOOR AZAM 3 3 3
GUNAWATHI A/P SURES 2 4 3













Penasihat Tn. Haji Abd. Rahim bin Ahmad
Pengerusi Encik Rozila@Rodzi bin Abu Hasan
Timbalan Pengerusi 1 Encik Idi Mohd. Shar bin Ab Talib
Timbalan Pengerusi 2 Encik Zulkifli bin Hasan Encik Mohd
Penyelaras Cik Saidah Nasra binti Salleh
Setiausaha Cik Farahanim binti Zahri
Bendahari Encik Subri bin Alias
Penolong Bendahari Puan Mariani binti Ahmad


JK Penilaian Anugerah dan Puan Siti Marliah binti Mohd Haris (K)
Data Graduan Encik Zainul Akramin bin Mahmood
Encik Mohd Helmi bin Othman
Puan Nik Hasrawati binti Nik Hassan
Puan Nur Syarima binti Shafiee
Puan Azlina binti Abdul Wahab
Encik Mohd Syahmi bin Md Isa
Encik Nurhakimi bin Mat @ Ahmad
Encik Shafizi bin Mohamad Zahari


JK Protokol dan Upacara Istiadat Puan Siti Zainab binti Che Hat (K)
Encik Syed Zuhair bin Syed Hassan
Puan Nur Fariza binti Mat Ali
Cik Nur Syakila binti Abdullah


JK Pengurusan Graduan dan Encik Mohamad Yusop bin Busrara (K)
Kawalan Pelajar Encik Rozizan bin Ramli
Puan Intan Syafinas binti Husein
Puan Saliza binti Said
Encik Mohamad Sofian bin Haji Hussain


JK Pengurusan Jubah Cik Nor Zainisham binti Muhd Zain (K)
Puan Siti Hajar binti Ali
Puan Kairosazlinda binti Kasa

JK Sijil dan Hadiah Cik Zaharin binti Othman (K)
Cik Nur Sakinah binti Amir Hakim
Puan Mazuin binti Derahim
Puan Rujita binti Samad
Puan Norimah binti Mohammad


JK Buku Program Encik Muhammad Nur Saiful bin
Ghazali (K)
Encik Nurhairy Shafzan bin Mazlan
Puan Marliana binti Halim
Puan Izyan Kamilah binti Ahmad

JK Jamuan Puan Romaine binti Mohd Anuar (K)
Puan Noor Laila Binti Sulaiman
Puan Rohana binti Man
Encik Mohamad Nizam bin Md Razi

JK Persembahan Puan Hanim Haryani binti Mohamad
(K)
Encik Ah Luqman Al-Hakim bin Che
Zahari
Puan Nuramirah binti Abd Majid


JK Teknikal, Audio Visual dan Siar Raya Encik Zairizal bin Hashim (K)
Encik Mohd Khailani bin Haron
Encik Muhammad Sharul Azam bin
Sohaimi
Encik Zaidy bin Samsu
Encik Idris bin Abdullah


JK Pengacara Majlis dan Bacaan Doa Encik Mohamad Adnan bin
Zaroei (K)

JK Persiapan Tempat Encik Fathuddin Riyadz bin Mohd
Yusoff(K)
Encik Mohd Nizar Nadzmi Abd Rahim
Encik Khairul Amin bin Abdul Wahab
Encik Mohammad Afiq bin Mohd
Tarmizi
Encik Mohamad Puad bin Daud
Encik Mohd Syanizar bin Mohammad
Nazli


JK Peralatan Encik Mohamad Faizal bin Abd
Rahman (K)
Encik Azanor Azha bin Abd Halim
Encik Muhamad Shazmir bin Jasmin
Encik Mahzal bin Mat Isa
Encik Mohd Sayuthi bin Shaari

JK Persiapan Pentas dan Backdrop Cik Rosmayani binti Abdul Rahman (K)
Puan Siti Musfirah binti Mustaffa
Puan Siti Aisyah Binti Hashim
Encik Suhaimi bin Sontary
Puan Rashnina binti Abd Rashid


JK Montaj Puan Siti Farah Aini binti Ibrahim (K)
Puan Nur Shuhada binti Jusoh
Puan Mutiah binti Murusalim

JK Fotografi Encik Mohd Hafiz bin Mohd Lahun (K)
Cik Nuraini binti Mohd Zaini
Encik Muhammad Azizi bin Rosli
Cik Anis Nadhirah binti Zeinuddin
Encik Ahmad Aiman bin Harum


JK Dokumentasi Puan Nurhazwan binti Mohd Zain
Encik Azhar bin Jasni






Click to View FlipBook Version