The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

COPING STRATEGI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU APABILA PELAJAR HILANG FOKUS SEMASA DI DALAM KELAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by u2004355, 2021-05-02 11:20:48

COPING STRATEGI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU APABILA PELAJAR HILANG FOKUS SEMASA DI DALAM KELAS

COPING STRATEGI YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU APABILA PELAJAR HILANG FOKUS SEMASA DI DALAM KELAS

Keywords: coping strategy,hilang fokus

COPING
STRATEGY

OLEH GURU KEPADA
PELAJAR YANG
HILANG FOKUS

DISEDIAKAN OLEH :
NUR FATIN SOLEHAH BINTI MOHD SALLEH

(U2004355)
X-DAMINA BINTI MOHD NOOR

(U2004376)

PIA1006 - MENTAL HEALTH AND ADJUSTMENT

ISI KANDUNGAN

Apa itu Coping? [1-2]

CS1 : Teknik Pomodoro [3]

CS2 : Permainan Kuiz [4]

CS3 : Memahami Masalah Pelajar [5]

CS4 : Mengunyah Gula-gula Getah [6]

CS5 : Berkongsi Pencapaian [7]

ISI KANDUNGAN

CS6 : Visual Dan Audio [8]

CS7 : Tukar Tempat Duduk [9]

CS8 : Berikan Ganjaran [10]

CS9 : Kehidupan Sekeliling Sebagai

Contoh [11]

CS10 : Guru Mengawal Suara [12]

Rujukan [13]

Apa itu coping?

Coping didefinisikan sebagai usaha kognitif
dan tingkah laku yang berterusan yang
dilakukan oleh seorang individu untuk
menguruskan tuntutan luaran dan / atau
dalaman tertentu yang dianggap sebagai
menuntut sumber daya orang tersebut
(Lazarus dan Folkman 1984; Lazarus 1993).

1

Bagaimana Boleh Hilang Fokus?

terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan seseorang itu hilang fokus
ketika belajar. antara sebabnya ialah
terganggu dengan persekitaran yang bising,
tiada aktiviti yang menarik, subjek
pembelajaran yang membosankan dan
sebagainya.
walau bagaimanapun, masalah kehilangan
fokus ini dapat diatasi dengan beberapa
langkah. oleh itu, sebagai seorang guru
haruslah mencuba untuk menarik perhatian
semula supaya pelajar boleh fokus semasa
waktu pembelajaran.

2

CS 1 : TEKNIK POMODORO

Antara sebab pelajar hilang fokus adalah kerana belajar dalam
sesi pembelajaran yang berterusan tanpa henti sehingga rasa
membosankan. Untuk mengatasi masalah ini, teknik Pomodoro
adalah jawapannya. Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan
masa yang diperkenalkan oleh Francesco Cirillo. Teknik ini
menggunakan pemasa untuk membahagikan sesuatu kerja yang
dipisahkan dengan waktu rehat. Formulanya ialah "25 minit
belajar dan 5 minit rehat" dan diulang sebanyak empat kali iaitu
untuk pembelajaran selama dua jam. Oleh itu, sebagai seorang
guru, mereka boleh menggunakan teknik ini sewaktu pengajaran
dan pembelajaran. Seorang guru itu boleh mengajar selama 25
minit kemudian memberhentikan sesi pengajaran selama 5 minit
supaya pelajar dapat berehat seketika dan fokus kembali untuk
25 minit yang seterusnya. Pelajar akan lebih fokus kerana
mempunyai masa rehat walaupun sekejap. Mereka tidak lagi
perlu belajar tanpa henti sehingga kehilangan fokus mereka.

3

CS 2 : PERMAINAN KUIZ

Permainan Kuiz pada setiap akhir pembelajaran sudah
semestinya dapat menarik minat pelajar untuk kekal fokus
dari awal sesi pembelajaran sehingga tamat. Hal ini bukan
sahaja dapat meningkatkan fokus mereka, tetapi dapat
mengasah pemikiran mereka untuk berfikir serta mendapat
keseronokkan sewaktu pembelajaran. Seseorang guru boleh
cuba membuat kuiz seperti Kahoot dan Quizlet yang
merupakan satu aplikasi mudah untuk membuat kuiz. Selain
itu, guru juga boleh cuba membuat satu grup telegram
bersama pelajar dan meneruskan sesi kuiz di dalam grup
pada bila-bila masa walaupun di luar sesi pembelajaran di
sekolah. Guru boleh menggunakan aplikasi bot telegram
seperti @pollrBot dan @QuizBot. Oleh itu, pelajar dapat
kekal fokus dan mendapat keseronokan semasa waktu
pembelajaran kerana pembelajaran yang tidak
membosankan.

4

CS 3 : MEMAHAMI MASALAH
PELAJAR

Pelajar yang tidak fokus dalam kelas biasanya ada perkara
yang mengganggu fikiran mereka. Guru yang bijak boleh
mengesan perkara tersebut dengan cara melihat tingkah
laku dan reaksi wajah mereka. Bagi seorang guru yang
prihatin dengan keadaan pelajar mereka, guru haruslah
menunjukkan sikap tersebut dengan cara bertanya dengan
baik untuk memahami masalah yang mereka hadapi.

Contoh situasi yang boleh guru lakukan adalah dengan
bertanya keadaan pelajar mereka sebelum
pembelajaran bermula seperti soalan "Apa perasaan
yang kamu alami sekarang dan bagaimana kamu rasa
hari ini? Gembira atau sedih?"
Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik "Kad
Traffic Light". Oleh itu, guru boleh memberi fokus yang
lebih kepada pelajar yang kurang faham.

5

CS 4 : GULA-GULA GETAH

Menurut satu kajian penyelidikan di Universiti Cardiff,
Britain mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah
dapat meningkatkan daya tumpuan seseorang. Oleh itu,
antara cara untuk meningkatkan fokus di dalam kelas juga
adalah dengan mengunyah gula-gula getah. Guru perlulah
memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar untuk
mengunyah gula-gula getah di dalam kelas. Walau
bagaimanapun, guru perlulah mengehadkan pengambilan
gula-gula getah tersebut supaya pelajar tidak mengambil
secara berlebihan. Ringkasnya, bukan sahaja dengan
meminum air mineral dapat meningkatkan daya tumpuan
malah dengan mengunyah gula-gula getah juga dapat
meningkatkan fokus ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

6

CS 5 : BERKONGSI PENCAPAIAN

Seseorang guru itu boleh menyatakan objektif pembelajaran

sebelum memulakan sesi pengajaran. Objektif tersebut

dikongsi bersama pelajar supaya mereka tahu fokus dan

tujuan pembelajaran mereka. Setelah tamat sesi pengajaran,

guru juga perlu menghuraikan semula mana-mana objektif

yang telah dicapai sepanjang pengajaran tersebut. Hal ini

supaya pelajar akan berasa lebih semangat dan kekal fokus

pada kelas yang akan datang. Pelajar juga akan berasa

gembira dan bangga dengan pencapaian yang diraih. Selain

itu, guru juga boleh menyediakan jadual pencapaian dan

diletakkan di dalam kelas. Fungsinya adalah apabila terdapat

satu objektif yang telah dicapai, guru meletakkan 'sticker"

pada objektif tersebut. Maka pelajar dapat melihat secara

keseluruhannya dan memahami tujuan pembelajaran sesuatu

subjek itu. Selain itu, pelajar akan berasa gembira apabila

melihat banyak pencapaian yang telah dicapai. Semakin

banyak 'sticker' yang diperoleh, semakin pelajar bersemangat

dan fokus di dalam kelas. 7

CS 6 : VISUAL DAN AUDIO

Sesi pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih menarik
apabila adanya visual dan audio yang menarik. Seseorang
guru itu boleh menayangkan beberapa gambar dan video
yang berkaitan dengan sesi pembelajaran. Hal ini supaya
pelajar tidak berasa bosan ketika belajar di dalam kelas.
Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap sesuatu subtopik tersebut. Pelajar juga akan lebih
fokus di dalam kelas kerana terdapat gambar dan video yang
menarik perhatian mereka. Pelajar akan lebih tertarik untuk
belajar dan mereka juga akan lebih mudah untuk mengingati
sesuatu subtopik apabila adanya gambar dan video berkaitan
pembelajaran. Selain itu, hal ini juga menunjukkan bahawa
seseorang guru itu kreatif dalam pengajarannya dan sentiasa
mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian dan fokus
pelajar di dalam kelas.

8

CS 7 : TUKAR TEMPAT DUDUK

Sekiranya seorang pelajar
sukar untuk belajar di meja
mereka, mengapa tidak
memberi mereka pilihan
untuk belajar di karpet atau
di kerusi? Duduk di satu
tempat sepanjang hari adalah
sukar bagi sesiapa sahaja.
Sebelum ini pelajar hanya

belajar di meja masing-masing sepanjang hari pembelajaran
dalam kelas. Mungkin guru-guru boleh menyediakan satu ruang
dalam kelas untuk belajar secara bersantai. Sebagai contoh,
sediakan karpet dan sofa di sudut kelas bagi pelajar yang ingin
belajar dengan lebih santai. Idea ini akan meningkatkan fokus
pelajar dalam kelas kerana mereka tidak berasa tertekan dan
terpaksa untuk belajar. Guru-guru juga haruslah faham perasaan
murid kerana pembelajaran yang terlalu formal dan tertib akan
membuat pelajar berasa semakin malas untuk belajar.
Kebanyakkan guru menekankan pelajar mereka untuk duduk
dengan tertib di meja mereka. Namun kurang guru yang
mengetahui dan faham perkara tersebut akan membuatkan
pelajar hanya boleh belajar dalam masa yang singkat kerana
mereka akan berasa letih di meja selama berjam-jam. Hal inilah
yang membuatkan mereka hilang fokus dalam kelas.

9

CS 8 : BERIKAN GANJARAN

Bila hadiah atau ganjaran terakhir yang kita dapat daripada
seorang guru? Semakin lama seorang guru menceburi
bidang mereka, semakin kurang penghargaan kepada
pelajar mereka. Kebanyakkan guru yang gemar memberi
ganjaran kepada pelajar mereka hanya guru praktikal.
Sebagai contoh, tidak salah untuk seorang guru yang telah
lama menjadi pembentuk masyarakat memberi ganjaran
kepada pelajar mereka.

Perkara ini tidak akan
menjatuhkan martabat
dan nama baik seorang
guru. Malah perkara
inilah yang menaikkan
semangat pelajar untuk
pelajar dalam kelas.

Contohnya, guru mengadakan kuiz yang berkaitan
dengan subjek mereka dan bagi pelajar yang boleh
menjawab soalan mereka akan diberikan ganjaran.
Aktiviti bukan sahaja meningkatkan ingatan pelajar
malah akan membuatkan pelajar lebih fokus untuk
bersaing secara sihat antara pelajar lain.

10

CS 9 : KEHIDUPAN SEKELILING
SEBAGAI CONTOH

Pelajar biasanya tidak fokus kerana mereka kurang faham

cara penyampaian guru. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam

menyampaikan sesuatu maklumat terutamanya berkaitan

dengan subjek sekolah yang susah seperti Matematik dan

Sains. Guru bolehlah menggunakan kehidupan sekeliling

sebagai contoh untuk meningkatkan kefahaman pelajar

dengan tidak langsung juga meningkatkan fokus pelajar

kerana mereka faham. Sebagai contoh berdasarkan kajian

dalam artikel yang telah dijalankan, sebilangan guru

menyatakan bahawa mereka menarik perhatian pelajar

terhadap penggunaan matematik dalam memahami masalah,

mereka cuba mendorong pelajar untuk mencari penyelesaian

dan logik dengan cara memberikan contoh dengan kehidupan

nyata seharian pelajar seperti "Cikgu ada duit RM5 dan kamu

ada duit RM3 jadi berapakah jumlah yang kamu ada

sekarang?" 11

CS 10 : GURU MENGAWAL

NADA SUARA

Guru haruslah mengawal nada suara terhadap pelajar yang tidak
fokus dengan menggunakan nada suara yang rendah untuk
menegur pelajar tersebut. Jika guru menggunakan nada suara yang
tinggi seperti menengking, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan
kecuali membuat fikiran pelajar tersebut semakin terganggu
dengan kesilapan yang telah dia lakukan.

Contoh situasi lain, guru boleh
menggunakan teknik berbisik
seperti "Cikgu nak cakap
perkara yang penting dengan
kamu. Jika kamu hanya fokus
dan dengar dengan teliti, kamu
boleh dengar apa yang cikgu
nak katakan kepada kamu. Ok
sedia ? 1....2....3..... Kajian telah
membuktikan bahawa teknik

berbisik ini berjaya menarik perhatian pelajar untuk membuatkan
mereka fokus. Hal ini kerana teknik ini menggunakan nada suara
yang rendah yang menarik minat pelajar untuk mendengar dengan
fokus. Ada juga sesetengah guru berpendapat teknik ini hanya
sesuai digunakan kepada pelajar yang bersekolah rendah kerana
mereka masih kanak-kanak. Ternyata teknik menggunakan nada
suara yang rendah ini juga masih berkesan kepada pelajar di
peringkat menengah kerana teknik ini bermain dengan emosi
mereka.

12

RUJUKAN

Khalifelu, Z. A. (2011). Learning styles classification:
Learner control implications in instruction and
education. International Journal of Engineering Science
and Technology, 3(12), 8538-8546.

KISANGA, S. E. (2017). Educational barriers of students
with sensory impairment and their coping strategies in
Tanzanian Higher Education Institutions. (PhD Thesis),
Nottingham Trent University,

Özreçberoğlu, N. (2018). Making It Count: Strategies for

Improving Problem-Solving Skills in Mathematics for

Students and Teachers’ Classroom Management.

Journal of Mathematics, Science and Technology

Education, 14(4), 1253-1261.

doi:10.29333/ejmste/82536

13

RUJUKAN

Burton, L. D. (2016). Can a Tomato Increase Your
Productivity? Journal of Research on Christian Education,
25(2), 95-96. doi:10.1080/10656219.2016.1191926

Figueroa-Canas, J., & Sancho-Vinuesa, T. (2021).

Investigating the relationship between optional

quizzesand final exam performance in a fully

asynchronous online calculus mode. Interactive Learning

Environments, 29(1), 33-43.

doi:10.1080/10494820.2018.1559864

Liono, R. A., Amanda, N., Pratiwi, A., & Gunawan, A. A.
S. (2020). A systematic Literature Review: learning with
visual by the help of augmented reality helps students
learn better. Procedia Computer Science, 179, 144-152.
doi:10.1016/j.procs.2020.12.019

13

COPING
STRATEGY

OLEH GURU KEPADA
PELAJAR YANG
HILANG FOKUS

TAMAT

PIA1006 - MENTAL HEALTH AND ADJUSTMENT


Click to View FlipBook Version