The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arjuna1913, 2021-01-29 15:18:52

Sejarah Tahun 4 Unit1- Cikgu Deen

Sejarah Tahun 4 Unit1

SEJARAH TAHUN EMPAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Apa khabar anak-anak pada hari ini.
Cikgu doakan semoga anak-anak semua sihat, ceria dan
bersemangat untuk terus belajar.

Minggu ini kita sambung pelajaran minggu
lepas dalam Unit 1 –Mengenali Sejarah

Minggu ini kita akan belajar :
1. Kaedah penyelidikan sejarah
2. Ruang dan masa
3. Sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah

Pelajaran
Minggu Ini.

Kaedah Ruang dan
Penyelidikan Masa

Sejarah

Sebab dan akibat dalam
peristiwa sejarah

1. Kaedah penyelidikan sejarah

Tiga kaedah utama penyelidikan atau mencari maklumat sejarah:

a) Kaedah Arkeologi- iaitu Kajian terhadap tinggalan purba. Dilakukan melalui proses cari gali
(ekskavasi).

b) Kaedah Bertulis – iaitu Kajian sumber daripada tulisan, lukisan atau lakaran. Maklumat ini
diperolehi daripada dinding gua, batu, kayu dan bahan bercetak, Langkah-langkah kaedah
bertulis:
i) Mengenal pasti sumber sejarah yang tepat.
ii) Mengumpul sumber sejarah.
iii) Mentafsir maklumat dalam sumber.
iv) Membuat penulisan.

c) Kaedah Lisan – iaitu Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Individu yang ditemu
bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber terdiri daripada mereka yang :
i) Terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu.
ii) Melihat atau mendengar peristiwa sejarah daripada orang lain.

Langkah-langkah Kaedah Lisan:
i) Kenal pasti orang sumber dan bina soalan yang berkaitan.
ii) Adakan temu bual dan buat rakaman.
iii) Menyalin rakaman, menyimpan data dan membuat penulisan.

Kaedah Penyelidikan Sejarah

a) Kaedah Arkeologi

Kajian terhadap

tinggalan purba.

Dilakukan melalui

proses cari gali c) Kaedah Lisan

(ekskavasi). Proses mendapatkan maklumat melalui

temu bual. Individu yang ditemu bual

dikenali sebagai orang sumber. Orang

b) Kaedah Bertulis sumber terdiri daripada mereka yang :
Kajian sumber daripada tulisan, i) Terlibat dalam sesuatu peristiwa
lukisan atau lakaran.
Diperolehi daripada dinding gua, sejarah itu.
batu, kayu dan bahan bercetak, ii) Melihat atau mendengar peristiwa

sejarah daripada orang lain.

4 Langkah kaedah bertulis: 3 Langkah Kaedah Lisan:
i) Mengenal pasti sumber sejarah i) Kenal pasti orang sumber dan bina

yang tepat. soalan yang berkaitan.
ii) Mengumpul sumber sejarah. ii) Adakan temu bual dan buat rakaman.
iii) Mentafsir maklumat dalam sumber. iii) Menyalin rakaman, menyimpan data
iv) Membuat penulisan.
dan membuat penulisan.

Tajuk : Ruang dan masa

Peristiwa sejarah boleh diukur dengan mengkaji sesuatu peristiwa mengikut
urutan masa. Urutan masa ini dikenali atau dinamakan kronologi. Kronologi
dibahagikan kepada Dekad, Abad atau Kurun dan Alaf.

Dalam sejarah, konsep masa dilihat mengikut ZAMAN iaitu jangka masa tertentu
(tiada had masa) yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang berkaitan dengan masa
tersebut. Zaman sebelum masihi (SM) bermaksud tahun yang dihitung sebelum
kelahiran Nabi Isa A.S. dan zaman masihi (M) adalah zaman selepas kelahiran
Nabi Isa A.S. Tahun Hijrah pula dihitung berasaskan peristiwa perpindahan atau
penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makah ke Kota Madinah.
Contoh: Zaman Paleolitik iaitu berlaku pada 200,000 tahun sebelum masihi.

Zaman Neolitik telah berlaku pada 3,000 tahun sebelum masihi.
Zaman Logam ysng berlaku kira-kira 700 tahun sebelum masihi.

KONSEP RUANG DAN MASA DALAM SEJARAH

Satu Dekad 10 Tahun
Satu Abad atau Kurun 100 Tahun
Kurun ke-21
Kurun ke-20 Tahun 2000 - 2100
Kurun ke-19 Tahun 1900 - 1999
Tahun 1800 - 1899
Satu Alaf
1000 Tahun

Zaman Jangka masa tertentu (tiada had masa)

Tahun Hijrah Selepas perpindahan atau Nabi Muhammad S.A.W
berhijrah dari Makah ke Madinah.
Tahun Masihi Selepas kelahiran Nabi Isa A.S.
Tahun Sebelum Sebelum kelahiran Nabi Isa A.S.
Masihi
Kronologi Rentetan peristiwa mengikut urutan masa kejadian

SEBAB DAN AKIBAT DALAM PERISTIWA SEJARAH

Sesuatu peristiwa yang berlaku semestinya mempunyai sebab dan akibat.

Sebab bermaksud punca peristiwa itu terjadi manakala akibat pula
bermaksud kesan yang timbul dari sesuatu sebab.

Contoh : Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu
 Penjajahan British di Tanah Melayu (sebab) > rakyat berjuang

membebaskan Tanah Melayu (akibat)
 Peristiwa perundingan Tunku Abdul Rahman dengan pihak British (sebab)

> Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Kita jumpa lagi di minggu hadapan

# kita jaga kita
# rajin rajin belajar


Click to View FlipBook Version