The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

penerangan tentang kokurikulum

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlizaz1968, 2023-03-15 18:36:14

pengurusan kokurikulum

penerangan tentang kokurikulum

1 SK Kampung Bharu, Kuala Lumpur : : : : : SK KAMPONG BHARU PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM


2 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 PENGURUSAN KOKURIKULUM Melonjakkan Kecemerlangan Kokurikulum Dan Sukan Di Peringkat Daerah Dan Negeri Melahirkan individu yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sukan serta berpendidikan, berdisiplin, mempunyai bakat kepimpinan dan berkembang secara bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi . Boleh menguasai ilmu dan kemahiran, mempunyai nilai peribadi yang murni, semangat cintakan Negara serta dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bagi mencapai matlamat dalam peningkatan kokurikulum, pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti dan program selaras dengan kehendak semasa. Setiap aktiviti dan program yang dijalankan diharap akan dapat mencapai matlamat seperti berikut:- 1. Menyemai, memupuk dan meningkatkan disiplin diri pelajar, nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. 2. Memupuk semangat perpaduan antara kaum dan semangat cintakan negara. 3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara pelajar di sekolah lain. 4. Membina dan meningkatkan minat, bakat serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari banyak kemahiran dalam bidang yang mereka minati supaya dapat bersedia dari segi kepimpinan, kemasyarakatan dan kesukanan. 5. Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. 6. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar-pelajar. 7. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan pelajar-pelajar. 8. Membina serta meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat sekitar. 9. Melatih pelajar-pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri. VISI MISI MATLAMAT


3 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 1. PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM Pemilihan aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun 3, 4, 5 & 6 adalah seperti tahun lepas. Murid -murid yang ingin membuat sebarang pertukaran dan pelajar baru sila berjumpa terus dengan SU Kokurikulum /PK Kokurikulum. 2. PENDAFTARAN AHLI DAN MESYUARAT PERTAMA 2.1 Pendaftaran ahli dan mesyuarat agung pertama akan diadakan untuk Kelab / Persatuan dan Badan Beruniform sebelum perjumpaan mingguan dilaksanakan. 2.2 Perkara yang perlu dilakukan pada mesyuarat pertama ialah : 2.2.1 Menanda kehadiran ahli 2.2.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2.2.3 Membincangkan Rancangan Tahunan 2.3 Semua Pelan Taktikal dan Minit Mesyuarat Kelab perlu disediakan dalam satu salinan (berkomputer) dan serahkan kepada PK Kokurikulum sebelum atau untuk difailkan. 3 Pakaian 3.1. Badan Beruniform - Pakaian seragam pasukan masing- masing. 3.2. Permainan/sukan - Baju T-rumah dan seluar sukan. 3.3. Persatuan/Kelab - seperti di atas – 4. Kehadiran 4.1. Kehadiran murid adalah wajib. 4.2. Kehadiran murid hendaklah disahkan oleh guru penasihat dengan menurunkan tandatangan di Kad Kokurikulum murid. 4.3. Kehadiran murid juga mesti direkodkan di dalam Buku Laporan Aktiviti. 4.4. Murid yang tidak hadir mestilah membawa surat daripada ibubapa/penjaga atau doktor menyatakan sebab tidak hadir. Bil Tahun Uniform Persatuan Permainan 1 3,4, 5 dan 6 2 jam 2 jam 2 jam


4 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 4.5. Jika murid tidak hadir TIGA KALI TANPA SEBAB, guru penasihat hendaklah hantar surat kepada ibubapa/penjaga.Satu salinan hendaklah diberikan kepada PK Kokurikulum. 5. BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 5.1.1 Setiap Kelab / Persatuan / Permainan / Unit Beruniform mesti melengkapkan butir-butir dalam Buku Laporan Aktiviti dan serahkan kepada PK Kokurikulum untuk semakan. 5.1.2 Senarai nama AJK 5.1.3 Perlembagaan Kelab / Persatuan 5.1.4 Senarai Keahlian / Daftar Kehadiran 5.1.5 Rancangan Aktiviti Mingguan 5.1.6 Rancangan Aktiviti Tahunan 5.1.7 Minit Mesyuarat Agung 5.1.8 Laporan Aktiviti Harian 5.1.9 Laporan Aktiviti Luar seperti lawatan, perkhemahan dan lainlain 5.1.10 Penyata penerimaan dan perbelanjaan 5.1.11 Kehadiran murid perlu ditandakan dalam Daftar Kehadiran pada setiap kali aktiviti diadakan. 5.1.12 Laporan bagi setiap perjumpaan / mesyuarat / lawatan / perkhemahan / pertandingan perlu ditulis dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum selepas aktiviti dijalankan. Buku ini perlu dihantar ke Pejabat Sekolah pada hari Rabu selepas aktiviti selesai dijalankan. 5.1.13 Buku Laporan perlu di simpan di Bilik PK Kokurikulum dan diambil pada hari Rabu sebelum perjumpaan diadakan. Buku Laporan ini mesti diserahkan kepada PK Kokurikulum pada akhir tahun selepas PENILAIAN dibuat untuk disimpan sebagai rujukan. 6. Penggunaan Harta Benda dan Peralatan Sekolah 6.1. Permohonan hendaklah dibuat kepada Setiausaha Kokurikulum. 6.2. Guru Penasihat bertanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjam. 6.3. Peralatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dan disimpan kembali pada tempat yang asal.


5 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 7. Aktiviti Luar 7.1. Guru penasihat yang hendak membuat aktiviti luar perlulah membuat perancangan terperinci dan mengikut prosidur yang betul. 7.2. Aktiviti anjuran sekolah: Mesti mendapat kebenaran ibubapa/penjaga dengan menggunakan borang yang disediakan oleh sekolah. Borang yang telah ditandatangani hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum. 7.3. Aktiviti pihak luar : Mestilah melalui Jabatan Pelajaran WP dan mendapat kebenaran ibubapa/penjaga. 7.4. Lawatan: Mesti membuat permohonan dengan borang yang disediakian oleh JPWP dan mendapat kebenaran ibubapa/penjaga. 7.5. Penjelasan Peraturan Pendidikan (Lawatan) Sekolah 1957 – Lawatan Bagi Murid Sekolah. Peraturan ini dan lain lain peraturan/siaran/pekeliling mestilah dipatuhi dengan ketat. Peraturan ini menjelaskan bahawasanya pihak sekolah TIDAK BOLEH memperuntukkan dalam Surat Kebenaran menyertai lawatan bahawa pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan. 8. Surat Menyurat 8.1. Segala surat menyurat hendaklah menggunakan nombor fail masing-masing. 8.2. Semua surat ditandatangani oleh Guru Besar. 9. KUTIPAN DERMA KEAHLIAN ( YURAN ) 9.1 Kelab / Persatuan / Badan Beruniform yang dibenarkan mengutip derma keahlian mestilah menyediakan satu Buku Kutipan untuk merekodkan segala penerimaan (derma keahlian & sumbangan) dan perbelanjaan. Semua penerimaan dan perbelanjaan / pembelian.


6 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 9.2 Kelab / Persatuan / Badan Beruniform yang hendak mengutip wang dari murid bagi menjalankan sesuatu aktiviti juga perlu mendapat KEBENARAN dari GURU BESAR. Guru penasihat diminta membuat permohonan secara bertulis. 10. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 10.1 Guru Penasihat perlu menilai kehadiran, jawatan, penglibatan dan pencapaian murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum yang telah diadakan sepanjang tahun. Penilaian akan diadakan pada perjumpaan akhir. 11. SIJIL PENYERTAAN, SIJIL PENGHARGAAN DAN SIJIL PENCAPAIAN 11.1 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 11.2 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada murid yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebagai pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan ahli jawatankuasa unit beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan. 11.3 Sijil Pencapaian akan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang, mewakili sekolah dalam sebarang permainan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain aktiviti. 11.4 Dua orang Tokoh Kokurikulum (L & P) akan dipilih dalam kalangan murid Tahun Enam yang aktif dalam kokurikulum dan mewakili sekolah dalam banyak pertandingan serta memperoleh pencapaian yang cemerlang samada di peringkat Zon, Negeri atau Kebangsaan. 12. Tuntutan 12.1 Guru pembimbing boleh membuat tuntutan bagi tambang, makan dan minum murid peserta pertandingan. 12.2 Tuntutan hendaklah mengikut kadar seperti yang ditetapkan oleh sekolah.


7 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 12.3 Semua tuntutan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh sekolah dengan disertai oleh Jadual Pertandingan dan senarai nama guru dan murid yang terlibat. SKALA PEMARKAHAN 13. PANDUAN PENILAIAN GERAK KERJA KOKURIKULUM 13.1. Gerak kerja Kokurikulum murid dinilai setahun sekali sahaja. Penilaian ini seharusnya dibuat di dalam penggal ke dua sebelum peperiksaan supaya dapat memberi masa yang cukup kepada guru kelas yang menyediakan Buku Laporan Kemajuan Murid. 13.2. Guru penasihat adalah bertanggungjawab untuk memberi keputusan penilaian ini kepada guru-guru kelas, Borang penilaian boleh didapati daripada PK KK 14. Penilaian bagi sesuatu aktiviti dijalankan dalam 3 aspek iaitu: 14.1. Penyertaan A. KEHADIRAN – 50% Melebihi ¾ daripada jumlah kehadiran penuh – 50% ½ hingga ¾ daripada jumlah kehadiran penuh – 30% ¼ hingga ½ daripada jumlah kehadiran penuh – 20% 1 hari hingga ¼ daripada jumlah kehadiran penuh– 10% Langsung tidak hadir – 0% B. JAWATAN – 25% Pengerusi – 25% Naib Pengerusi – 20% Setiausaha – 20% Bendahari – 20% AJK – 15% Ahli Biasa – 10%


8 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 C. SUMBANGAN – 25% Mewakili Negara – 25% Negeri – 20% Zon – 15% Sekolah / Rumah – 10% D. KEPUTUSAN 75%-100% - A 55% - 74% - B 40% - 54% - C 20% - 39% - D 0% - 19% - E 14.2 Minat dan Sikap Diberi gred A, B atau C sahaja. 14.3. BKT / BMB Murid yang ada Bakat dicatat sebagai “BKT” Murid yang tiada Bakat atau belum memperlihatkan bakat di catat sebagai“BMB”


9 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 Fungsi dan Perincian Tugas SETIAUSAHA KOKURIKULUM 1. Setiausaha kepada JK Induk Pengurusan Kokurikulum. 2. Mengemaskinikan Papan Kenyataan Kokurikulum – Info Kokurikulum. 3. Membantu PK Kokurikulum menyediakan perancangan peningkatan pencapaian aktiviti Kokurikulum Sekolah. 4. Membantu PK Kokurikulum menyediakan Buku Pelaporan Kokurikulum. 5. Membantu PK Kokurikulum mengemaskinikan fail-fail Kokurikulum. 6. Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar atau PK Kokurikulum dari masa ke semasa. PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN / KELAB & PERSATUAN / UNIT BERUNIFORM 1. Membunyikan loceng pada jam jam 1.40 petang setiap hari Rabu perjumpaan kokurikulum dan mengelolakan perhimpunan di Tapak Perhimpunan sebelum murid-murid masuk ke kelas untuk perjumpaan dan aktiviti. 2. Membantu PK Kokurikulum menyelaras dan menyelia aktiviti Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Pasukan Badan Beruniform. 3. Mengumpul Rancangan Aktiviti Tahunan dan senarai AJK dari setiap unit di bawahnya dan serahkan kepada PK Kokurikulum untuk difailkan. 4. Merancang program secara am yang melibatkan semua pelajar dan menentukan tarikh-tarikh perlaksanaannya. 5. Menyelia dan memastikan semua kemudahan dan peralatan dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas digunakan. 6. Memastikan langkah-langkah keselamatan diambil sebelum dan semasa aktiviti dijalankan. 7. Menjadi salah seorang panel pemilihan Kokurikulum untuk Anugerah Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Murid.


10 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 TUGAS GURU PENASIHAT 1. Membentuk jawatankuasa kelab / persatuan / badan beruniform / permainan pada perjumpaan pertama. 2. Memastikan aktiviti kelab / persatuan / badan beruniform / permainan yang dirancang selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan kelab. 4. Memastikan AJK menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh guru penasihat. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama guru penasihat yang lain dan menyerahkan pada penyelaras / PK Kokurikulum untuk penyelarasan dan merekodkan. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan dan jadual yang telah ditetapkan serta cara / kaedah perlaksanaannya. 7. Merancang strategi peningkatan untuk kelab / persatuan / permainan/ badan beruniform mengikut cara yang difikirkan sesuai. 8. Membuat dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan jika ada dan perlu. 9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan kelab / persatuan jika ada. 10. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan selepas perjumpaan diadakan serta ditandatangani. 11. Melaporkan kepada PK Kokurikulum tentang perkembangan kelab / persatuan / permainan / unit beruniform dari masa ke semasa. 12. Menguruskan surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan di luar sekolah. 13. Mengemaskinikan papan kenyataan yang telah disediakan. 14. Menanda kehadiran pelajar pada setiap kali perjumpaan di dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum. 15. Mengenal pasti pelajar yang berbakat untuk dipilih mewakili sekolah.


11 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 16. Membuat penilaian terhadap penglibatan setiap pelajar dalam setiap aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun dan merekodkan dalam Buku Laporan Aktiviti serta Buku Rekod Profil Pelajar. 17. Mencadangkan nama pelajar yang difikirkan sesuai dan layak untuk menerima Sijil Penghargaan pada Hari Kokurikulum Sekolah JAWATANKUASA PERTANDINGAN KOKURIKULUM Fungsi Pengurus Pasukan 1. Memilih peserta / pemain-pemain yang berbakat dan memberi latihan kepada mereka. 2. Menyediakan jadual latihan mengikut masa dan hari yang telah ditetapkan. 3. Melantik Ketua Pasukan dan Penolong Ketua Pasukan serta menentukan kedudukan (posisi) peserta / pemain. 4. Menyediakan senarai nama peserta / pemain dan nama murid-murid yang berbakat. 5. Memastikan alat permainan yang digunakan dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas latihan / pertandingan diadakan. 6. Memastikan langkah-langkah keselamatan di ambil sebelum dan semasa latihan & pertandingan diadakan. 7. Memastikan Surat Kebenaran Ibu / Bapa / Penjaga telah diedarkan, diisi dan ditandatangani oleh ibu / bapa / penjaga murid yang menyertai pertandingan di luar kawasan sekolah serta dikumpulkan & difailkan. 8. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan untuk pengangkutan dan makan minum murid sepanjang pertandingan diadakan dan serahkan kepada Guru Besar . 9. Menyediakan Laporan Pertandingan yang lengkap selepas pertandingan selesai dan serahkan kepada Setiausaha Sukan /Setiausaha Koku / PK Kokurikulum untuk difailkan 10. Menyediakan senarai nama peserta / pemain Pasukan Sekolah (nama mengikut sijil kelahiran) dan serahkan kepada Setiausaha Sukan/ Setiausaha Koku / PK Kokurikulum untuk di beri Sijil Penghargaan pada Hari Kokurikulum . 11. Menyediakan peserta untuk sebarang penyertaan atas talian yang mewajibkan penyertaan dihantar secara atas talian.


12 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021 JADUAL PERJUMPAAN KOKURIKULUM HARI 1.00 PTG – 2.30 PTG MASA PERJUMPAAN RABU SOLAT/REHAT 2.30 PETANG – 4.30 PETANG LOKASI PERJUMPAAN AKTIVITI MINGGUAN Pasukan Badan Beruniform (PBB) Pengakap 1 Al Farabi / Parkir Kelab Sultan Sulaiman Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 2 Al Farabi / Dewan SKKB Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 3 Al Farabi / Parkir Kelab Sultan Sulaiman Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) 4 Al Farabi / Gelanggang Bola Tampar SKKB Kelab dan Persatuan Persatuan Bahasa Melayu / Kebudayaan & Keseniaan 1 Al Farabi Persatuan Bahasa Inggeris 2 Al Farabi STEM Makmal Sains # Doktor Muda 3 Al Farabi Persatuan Agama Islam, Bahasa Arab & JAWI 4 Al Farabi Kelab Rukun Negara 5 Al Farabi Kelab Pencegahan Jenayah Bilik Mesyuarat Kelasb Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Bilik Bimbingan & Kaunseling Kelab Pusat Sumber Perpustakaan Sukan dan Permainan Bola Tampar Gelanggang Bola Tampar / 5 Al Farabi Bola Jaring Gelanggang KSS / 4 Al Farabi Bola Baling Parkir KSS / 3 Al Farabi Catur & Permainan Dalaman Bilik Pemulihan / 2 Al Farabi Olahraga Parkir KSS / 1 Al Farabi Sofbol Padang KSS / Bilik Mesyuarat Lompat Tali (Permainan Luar) Gelanggang Bola Tampar


13 FAIL PENGURUSAN SEKOLAH 2021


Click to View FlipBook Version