The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KK TUGASAN 3 ESEI KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by daniahazriena68, 2023-07-17 14:01:24

KK TUGASAN 3 ESEI KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU

KK TUGASAN 3 ESEI KELESTARIAN & TEKNOLOGI HIJAU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT TUGASAN KERJA KURSUS PALS1012: ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU Pengakuan Pelajar: Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Catatan (jika ada): Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: ____________ NAMA : NUR DANIA HAZRINA BINTI NORZAMBERI ANGKA GILIRAN : 2022292310016 NO. TELEFON : 01169696952 OPSYEN : BAHASA MELAYU AMBILAN : JUN 2022 KOD KURSUS : PALS1012 NAMA KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU NAMA PENSYARAH : EN. HUSSIN BIN YA’AKOB JABATAN/UNIT : JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK TARIKH SERAHAN : 18 JULAI 2023 12/7/2023


5.0 ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Hubungkait Kelestarian Dengan Teknologi Hijau 2 3.0 Kepentingan Kelestarian Dan Teknologi Hijau Terhadap Alam Sekitar 2-4 4.0 Menghuraikan Isu-Isu Semasa Global Mengenai Alam Sekitar 4-5 Cadangan Inovasi Teknologi Hijau 5.1 Nama Peralatan Teknologi Hijau 5.2 Gambar dan Rajah 5.3 Cara Pengeoperasian 5.4 Kekuatan 5.5 Kelemahan 5.6 Prospek 6-9 6.0 Kesimpulan 10 Rujukan 11-12


1.0 Pengenalan Kelestarian bermaksud proses mengekalkan perubahan dengan cara yang seimbang tanpa menjejaskan kobolehan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka dalam pertumbuhan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kebajikan sosial. Hal ini berkait rapat dengan pertumbuhan dan keseimbangan persekitaran, ekonomi dan sosial di mana eksploitasi sumber semula jadi, arah pelaburan, orientasi pembangunan teknologi dan perubahan institusi semuanya harmoni dan meningkatkan potensi masa kini dan masa depan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi manusia. Kegagalan untuk memastikan kelestarian sebenarnya secara langsung akan menjejaskan kehidupan seharian kita. Kesejahteraan, ketenangan, keselamatan, kesihatan serta kesenangan hidup manusia akan terganggu jika kelestarian terus diabaikan dan tidak dititikberatkan. Teknologi hijau adalah pertumbuhan pembangunan dan aplikasi produk serta peralatan memelihara sistem alam sekitar dan sumber semula jadi untuk meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Menurut Zaini (seperti yang dinyatakan dalam Karmilah Abdullah dan Jamilah Ahmad, 2014), teknologi hijau merujuk kepada teknologi alam sekitar yang mengaplikasikan sains alam sekitar untuk memulihara alam dan sumber semula jadi serta membendung kesan negatif. Teknologi hijau juga merupakan kepelbagaian produk, perkhidmatan dan proses yang menggunakan bahan-bahan yang boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan penggunaan sumber semulajadi dan bahan buangan berbahaya. Teknologi hijau menggunakan teknologi rendah karbon dan mesra alam berbanding penggunaan teknologi sedia ada. Oleh itu, perhubungan awam berperanan penting dalam menerapkan penggunaan teknologi hijau dalam masyarakat. 1


2.0 Hubungkait Kelestarian Dengan Teknologi Hijau Kelestarian dan teknologi hijau membantu membangunkan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang lebih baik. Usaha yang perlu dilakukan pada masa kini ialah memahami kelestarian dan teknologi hijau dengan memastikan ia digunakan sepenuhnya dalam aktiviti harian bagi membuat pilihan, keputusan serta mengambil tindakan. Bagi mengekalkan produktiviti dari semasa ke semasa, ianya perlu dirujuk kepada keupayaan aspek biologi seterusnya memupuk tanggungjawab terhadap ekologi bagi melindungi sumber semula jadI. Walau bagaimanapun, pelbagai teknologi dan kaedah yang berbeza telah diperkenalkan. Namun begitu, matlamat bagi semua teknologi ini adalah sama iaitu menjaga dan memelihara alam sekitar dari berlakunya pencemaran serta menjamin pengeluaran makanan yang selamat dan sihat. Menurut Ruzian Markom dan Norizan Hassan (2014), konsep kelestarian alam sekitar dapat menjadi dasar bagi pengembangan teknologi hijau. Contohnya, teknologi hijau dapat berkembang dengan mempertimbangkan kesan terhadap alam sekitar. Bagi memastikan teknologi dan kaedah dalam pertanian hijau ini berkembang dengan baik, Jabatan Pertanian telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelbagai teknologi pertanian hijau. Teknologi dan kaedah ini, diperkenalkan melalui perubahan dan penyesuaian bagi membantu serta menarik minat petani mengikut keadaan di Malaysia. 3.0 Kepentingan Kelestarian Dan Teknologi Hijau Terhadap Alam Sekitar Dalam merentas era globalisasi ini, teknologi hijau semakin mendapat perhatian yang serius dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, teknologi hijau memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kualiti hidup dan memastikan kelestarian alam sekitar. Perkara ini membuka mata manusia untuk menyumbangkan kepada kesejahteraan diri dan memperbaiki kualiti hidup dalam jangka masa yang lama. Kelestarian ini perlu ambil berat kerana ia bukan sahaja untuk kualiti kehidupan masyarakat kini tetapi ia juga membawa kepada generasi yang akan datang. Teknologi hijau telah memberi kesan yang positif kepada manusia kerana ia tidak menjejaskan alam sekitar dan bumi yang menjadi tempat tinggal. Menurut Ahmadi, Dincer dan Rosen (2011), tenaga dan teknologi hijau dijangka memainkan peranan penting dalam kestabilan sektor kelestarian tenaga dan teknologi. Selain itu, teknologi turut berperanan dalam pembangunan mampan dan digunakan dalam proses sumber semula jadi bagi keperluan manusia untuk meningkatkan kualiti hidup. Justeru, apakah kepentingan kelestarian dan teknologi hijau terhadap alam sekitar? 2


Antara kepentingannya ialah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana dengan melaksanakan amalan mapan dan teknologi hijau, kita boleh meminimumkan eksploitasi sumber asli yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral, minyak dan gas. Contohnya, bahan api fosil digantikan dengan penggunaan tenaga lain yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, tenaga angin dan menggalakkan pengangkutan awam bagi mengurangkan pelepasan karbon yang akan meningkatkan kadar pencemaran udara dan perubahan iklim di muka bumi ini. Penggunaan bahan api fosil yang berlebihan memberi impak sosial dan persekitaran yang serius, termasuklah pencemaran alam sekitar dan pemanasan global (Maulud seperti yang dinyatakan dalam Fairuz Suzana et al., 2020). Oleh hal yang demikian, kebergantungan terhadap penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan semakin berkurang. Penggantian tenaga tersebut tidak memberi kesan yang ketara terhadap sesuatu bahan malah ia memberi kesan yang positif kepada kelestarian alam. Dengan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui, kita juga dapat menguruskan air dengan cekap dan pemulihan tanah yang terdegradasi bagi membantu memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang. Seterusnya, teknologi hijau turut menggalakkan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam serta melakukan pengurusan sisa dengan cekap dan lancar. Oleh itu, pengurangan kadar pencemaran alam sekitar memberi manusia menikmati udara yang segar, air yang bersih dan kehidupan yang selesa. Di samping itu, kelestarian dan teknologi hijau memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem bumi sentiasa terpelihara. Keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan dengan cara mengurangkan penebangan hutan secara tidak terkawal yang boleh menjejaskan ekosistem semula jadi dan habitat haiwan. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penggunaan teknologi hijau seperti pertanian organik, pemuliharaan hutan dan pengurusan sisa mampan membantu mengekalkan biodiversiti dan melindungi spesies yang terancam serta keseimbangan ekosistem. Contohnya, kerajaan perlu mewartakan lebih banyak hutan simpan bagi mengurangkan kadar penebangan pokok secara haram yang boleh mengancam hidupan haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan. Kadar penggunaan sumber alam jauh melebihi kadar penggantian yang berlaku secara semula jadi menyebabkan permintaan ke atas sumber-sumber alam seperti sumber hutan, air dan sumber fosil bagi menghasilkan produk juga meningkat sehingga mengakibatkan kemerosotan kualiti alam sekitar sekiranya tidak diuruskan dengan baik (Nik Fuad et al., seperti yang dinyatakan dalam Raman Mariyappan 2017). 3


Kestabilan ekosistem memberikan manfaat kepada manusia dalam jangka masa panjang seperti sumber makanan yang mencukupi dan keseimbangan alam yang sejahtera. Oleh itu, penting untuk kita semua menjaga kelestarian dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian demi masa depan yang lebih baik. 4.0 Menghuraikan Isu-Isu Semasa Global Mengenai Alam Sekitar Terdapat pelbagai isu alam sekitar di Malaysia sejak kebelakangan ini yang menarik minat pelbagai pihak. Terdapat isu-isu alam sekitar yang semakin serius hasil daripada penggunaan dan eksploitasi akibat daripada sumber alam yang tidak terurus. Isu-isu ini melibatkan alam sekitar dari pelbagai aspek dan sudut antaranya termasuklah dari segi perubahan iklim, pengurusan sisa yang tidak terancang dan penebangan hutan secara besar-besaran. Isu seperti ini terjadi disebabkan oleh perlakuan manusia itu sendiri terhadap alam sekeliling. Hal ini secara tidak langsung membawa masalah kepada keupayaan bumi untuk membekalkan permintaan terhadap sumber bahan mentah bumi. Kesan daripada sikap tamak dan rakus masyarakat mewujudkan pelbagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar sama ada di tanah, air dan udara. Perubahan iklim adalah salah satu isu global yang terbesar pada hari ini. Peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dioksida menyebabkan pemanasan global dan memberi kesan yang amat ketara kepada bumi. Perkara ini menyebabkan suhu purata global meningkat, perubahan dalam corak cuaca ekstrem, pencairan topi ais kutub dan peningkatan paras laut. Menurut Royer (seperti yang dinyatakan dalam Hukil Sino et al., 2020), kajian yang dibuat menunjukkan 98 peratus pemanasan global adalah berpunca daripada pelepasan karbon dioksida ke atmosfera akibat pembakaran bahan bakar fosil. Ini turut menjelaskan peranan karbon dioksida dalam meningkatkan suhu dunia. Bagi merealisasikan matlamat rendah karbon di Malaysia, masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam mengubah gaya hidup ke arah penggunaan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui atau membudayakan amalan 3R iaitu mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula dalam kehidupan seharian mereka. Bukan itu sahaja, sektor perindustrian seperti penjanaan kuasa elektrik, pengangkutan jalan raya, pelupusan sisa pepejal, pelepasan asap daripada operasi minyak dan gas serta industri perkilangan dan pembinaan juga memberi impak yang besar terhadap kesan rumah hijau di Malaysia. Oleh itu pengusaha sektor industri perlu bertindak pantas dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon yang berbahaya di negara ini. 4


Sektor perindustrian perlu membuat pelaburan ke atas kecekapan tenaga, kitar semula dan guna semula bahan, menggunakan teknologi mesra alam, latihan dalaman ekonomi hijau serta pembelian bahan-bahan yang kurang menjejaskan alam sekitar. Seterusnya, masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak terancang menjadi semakin kritikal dengan peningkatan penggunaan dan pengeluaran manusia. Kebanyakan negara menghadapi cabaran dalam menguruskan sisa pepejal, sisa plastik, e-waste dan sisa sanitasi dengan cara yang selamat. Menurut Tiew et al., (2019), sisa pepejal akan mengakibatkan kesankesan yang memudaratkan kepada alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan masalah kesihatan sekiranya tidak diuruskan secara sistematik. Konsep kelestarian melalui pengurusan sisa pepejal dengan mengambil kira proses dan prosedur pengurangan sisa pepejal yang melibatkan elemen pengurusan sisa pepejal penjanaan, kutipan, pengangkutan, perolehan semula atau rawatan dan pelupusan perlu dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab bersamasama masyarakat mengikut hierarki pengurusan sisa pepejal. Bagi menangani masalah ini, terdapat enam teras yang perlu dipatuhi iaitu mengoptimumkan sumber, pengendalian sisa pepejal secara sistematik, pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang, pendidikan dan kesedaran, pengurusan data dan maklumat serta peningkatan kapasiti dan pembangunan modal insan. Sisa Pepejal ini perlu diuruskan dengan baik untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat dan menggalakkan cara hidup yang lestari dalam kalangan masyarakat. 5


5.0 Cadangan Inovasi Teknologi Hijau 5.1 Nama Peralatan Teknologi Hijau -Vakum Daun Kering 5.2 Gambar dan Rajah Rajah Lakaran Vakum Daun Kering Protaip Vakum Daun Kering 6


Contoh Penggunaan Vakum Daun Kering 5.3 Cara Pengeoperasian 1. Pastikan vakum rumput dalam keadaan mati sebelum menghubungkannya ke sel kering. 2. Nyalakan vakum dengan menolak besi yang terdapat di pemegang bateri kemudian menggunakannya dengan menggerakkannya ke hadapan di kawasan yang mempunyai daun kering seperti halaman rumah, sekolah dan sebagainya. 3. Hindari penggunaan vakum daun kering pada kawasan yang terlalu berbatu atau terdapat benda-benda keras lainnya yang dapat merosakkan vakum. 4. Jika hendak membersihkan daun kering dikawasan yang tidak rata pastikan angkat vakum tersebut bagi memudahkan kerja pembersihan manakala apabila di kawasan rata vakum tersebut boleh ditolak maju dan melaraskan mengikut keperluan. 5. Setelah selesai digunakan, matikan vakum daun kering dengan menarik semula besi tadi dan bersihkan vakum yang digunakan dengan cara yang betul. Kemudian, letakkan di tempat yang selamat. 7


5.4 Kekuatan 1. Vakum dapat digunakan untuk membersihkan pelbagai jenis sampah, termasuk daun kering, kertas, dan sebagainya. 2. Vakum daun kering ini dapat memudahkan pekerja pembersihan untuk membersihkan perkarangan, halaman rumah, dan kebun dari sampah dan daun kering. 3. Vakum daun kering dapat digunakan sebagai mesin vakum pengumpulan dengan ruang pengumpulan yang dapat menampung banyak daun kering. 4. Vakum daun kering dapat membersihkan daun kering dan sampah yang lain dengan efektif, bahkan di kawasan yang sukar seperti kawasan kecil. 5. Vakum daun kering dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana dapat bekerja secara automatik tanpa perlu menggunakan kaedah secara manual seperti menggunakan pencakar rumput untuk membersihkan daun kering. 5.5 Kelemahan 1. Tidak dapat digunakan untuk membersihkan debu dan kotoran pada lantai konkrit atau permukaan lainnya seperti vakum biasa. 2. Debu yang kecil tidak dapat dibersihkan dengan sempurna kerana nozzlenya besar. 3. Bentuk nozzle yang besar membuatkan ia tidak mungkin untuk menyedut debu yang halus. 4. Vakum daun kering memerlukan bateri yang berkuasa tinggi untuk menghidupkannya. 5. Vakum daun kering yang menggunakan motor vakum elektrik menghasilkan bunyi yang bising dan mengganggu orang lain. 8


5.6 Prospek Dalam era perubahan iklim dan peningkatan kesedaran akan kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, vakum daun kering merupakan alternatif yang mesra pengguna untuk membersihkan daun kering. Dengan menggunakan vakum ini, daun kering dapat dikumpulkan menjadi baja organik atau bahan bakar biomas. Selain itu, vakum daun kering dapat memberikan efisien dan produktiviti yang lebih tinggi dalam membersihkan daun kering daripada model tradisional seperti menyapu atau menggunakan pencakar daun kering. Dengan kemajuan teknologi, vakum daun kering dapat dirancang untuk bekerja secara automatik dan mengumpulkan daun dengan cepat dan bersih. Dapat kita lihat dalam beberapa tahun terakhir ini, kemajuan teknologi telah menghasilkan pengembangan vakum daun kering yang lebih canggih. Beberapa vakum yang dilengkapi dengan sensor dan sistem pengenalan gambar untuk mengidentifikasi daun kering dengan prestasi yang lebih tinggi. Seterusnya, bateri yang lebih baik dan teknologi yang pantas membuatkan penggunaan vakum daun kering yang lebih memudahkan dan tanpa kabel. Seiring dengan perkembangan teknologi dan peningkatan permintaan, produksi pencakar daun kering kemungkinan akan turun. Hal ini akan membuat vakum daun kering lebih terjangkau dan dapat digunakan oleh lebih banyak orang. Dengan harga vakum yang rendah, lebih ramai pengguna dan masyarakat dapat menjadikan vakum daun kering sebagai alternatif yang terbaik untuk membersihkan daun kering. Prospek vakum daun kering juga termasuk potensi inovasi yang lebih baik. Perusahaan dapat terus mengembangkan komponen-komponen baru, seperti kemampuan pengolahan vakum daun kering yang lebih baik dan mengurangkan kadar kebisingan mesin tersebut. Dengan inovasi yang ini, vakum daun kering dapat menjadi alat yang lebih efektif dan mudah digunakan oleh masyarakat. Selain itu, kemajuan dalam teknologi, penurunan kadar faedah dan keupayaan dalam inovasi prospek vakum daun kering untuk generasi yang akan datang lebih efektif. Vakum daun kering memiliki potensi untuk menjadi alat yang penting dalam menjaga kebersihan persekitaran secara efisien dan cekap. 9


6.0 Kesimpulan Dalam usaha memelihara alam sekitar, teknologi hijau memainkan peranan penting dalam meminimumkan kesan negatif dari kegiatan manusia. Kecekapan tenaga dan penggunaan sumber tenaga yang tidak bergantung merupakan salah satu aspek penting dalam mencapai matlamat kelestarian alam sekitar. Dengan pelaksanaan inisiatif dan usaha seperti label kecekapan tenaga, indeks bangunan hijau, dan kempen kesedaran pengguna kini Malaysia sedang berusaha untuk menjadi negara yang menonjol dalam bidang teknologi hijau. Dalam jangka panjang, pembangunan lestari yang berterusan akan memastikan kelestarian alam sekitar terjamin untuk generasi akan datang. 10


Rujukan Ahmadi, P., Rosen, M. A., & Dincer, I. 2011. Greenhouse gas emission and exergo-environmental analyses of a trigeneration energy system. International Journal of Greenhouse Gas Control, 5(6), 1540- 1549. Fairuz Suzana Mohd Chachulia, Sohif Mat, Norasikin Ahmad Ludina & Azami Zaharim. (2020). Kecekapan Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui di Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, 32(1), 121-130. http://journalarticle.ukm.my/14850/1/15.pdf Hasnah Ali, Dermawan, D., Ali, N., Ibrahim, M., & Yaacob, S. (2012). Masyarakat dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal ke Arah Kelestarian Komuniti: Kes Isi Rumah Wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 8(5), 64-75. http://journalarticle.ukm.my/5515/1/artikel6.pdf Hukil Sino, Nur Alyssa Azahari, Norwahida Zamani, AB Aziz Ishak, Muhammad Hilmi Baba, Atiah Ayunni Abdul Ghani & Muhammad Hasamizi Mustapa. (2020). Kesediaan dan Potensi Masyarakat di Malaysia ke Arah Negara Rendah Karbon. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 21, 117-125. http://journalarticle.ukm.my/15686/1/44174-141873-1-PB.pdf Kamilah Abdullah & Jamilah Ahmad. (2014). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39. file:///C:/Users/user/Downloads/Impakpemerkasaanteknologihijauterhadapamalanpengam alperhubunganawamhijaudiMalaysianGreenTechnologyCorporation..pdf Khairul Baharudin & Sarah Aziz. (2020). Menganjak ke Satu Pengurusan Sisa Pepejal Secara Lestari di Kampus UKM Bangi, Selangor: Pertimbangan Awal. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2), 155-164. https://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2021/02/Artikel18_Ahmad-Khairul-Safuan_LESTARI.pdf Nor Azilah Ahmad, Ahmad Fariz Mohamed, Norfazilah Abdul Hamid, Siti Rohana Omar & Norunnajah Ahmat. (2016). Transformasi ke Arah Pembangunan Bandar Berteknologi Hijau di Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor & Universiti Teknikal Malaysia Melaka file:///C:/Users/user/Downloads/1930-5168-1-SM%20(1).pdf 11


Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan Aplikasi Teknologi Hijau dalam Konteks Melestarikan Alam Sekitar Menurut Perspektif Islam. e-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 4(1), 1-12. file:///C:/Users/user/Downloads/NORIZAN-HASSANfinal-1-12.pdf Nur Hidayah Baharudin & Noor Banu Mahadir Naidu. (2021). Penerapan konsep REP kewarganegaraan digital dalam kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai warganegara digital. Journal of Social Science (EJOSS) 7(1), 30-44. file:///C:/Users/user/Downloads/admin,+NUR+HIDAYAH+BAHARUDIN.pdf Nur Fatini Rosman & Shahrul Nizam Salahudin. (2021). Hubungkait antara Tahap Kefahaman dan Kesediaan Pelajar UTHM terhadap Revolusi Industri 4.0. Research in Management of Technology and Business, 2(2), 34–47. file:///C:/Users/user/Downloads/penerbit,+34- 47.pdf Nurul Syuhada Mokhtar & Helmi Norman. (2023). Kepimpinan Teknologi Pengetua Dan Hubungannya Dengan Kompetensi Digital Pelajar. International Conference on Business Studies and Education (ICBE). https://www.icbe.my/wp-content/uploads/2023/04/4-2.pdf Raman A/L Mariyappan. (2017). Penglibatan Pihak Berkepentingan dalam Pengurusan Alam Sekitar Tanah Tinggi di Pulau Pinang. Doktor Falsafah, Universiti Utara Malaysia. https://etd.uum.edu.my/9018/1/s94716_01.pdf Siti Nurul Annisa Temrin & Azahan Awang. (2017). Bencana Banjir dan Tahap Pengetahuan Penduduk terhadap Pengurusan Banjir di Serian, Sarawak. Malaysian Journal of Society and Space, 13(4), 22-36. http://journalarticle.ukm.my/12570/1/22233-63939-1-PB.pdf Shahrul Nazmi Sannusi. (2020). Literasi Media dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Isu Alam Sekitar. Jurnal Komunikasi, 36(2), 124-142. http://journalarticle.ukm.my/16045/1/40637-129742-1-SM.pdf Tiew, K. G., Ahmad Basri, N. E., Watanabe, K., Md Zain, S., Er, A. C., & Deng, H. (2019). Higher Educational Institutions Recycling Management in Malaysia. International Journal of Business and Society, 20(1), 277-285. http://www.ijbs.unimas.my/images/repository/pdf/Vol20-no1-paper17.pdf 12


Click to View FlipBook Version