The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 BMMB 3163 Kebudayaan Kebangsaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMM-0619 Toh Qian Wei, 2023-10-23 01:25:49

Tugasan 2 BMMB 3163

Tugasan 2 BMMB 3163 Kebudayaan Kebangsaan

Keywords: Ebook

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN BMMB 3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PENULISAN REFLEKTIF Nama : TOH QIAN WEI No. K/P : 001204070858 Angka Giliran : 2020242340105 Program : PISMP Ambilan : JUN 2020 Unit : V5 Nama Pensyarah : PN ROS ANITA KARTINI MOHAMED Tarikh Hantar : 17 OKTOBER 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____________________ Tarikh : 17 OKTOBER 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Penghargaan Dengan segala hormatnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus bagi subjek BMMB 3163 - Kebudayaan Kebangsaan. Saya juga bersyukur kerana dianugerahkan kesempatan masa dan tenaga bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah subjek iaitu Pn Ros Anita Kartini Mohamed kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau dalam subjek ini dapat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Ucapan penghargaan ini turut didedikasikan kepada ibu bapa saya atas berkat doa dan motivasi mereka merangsang semangat saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka juga memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa. Seterusnya, kepada rakan-rakan yang sudi berkolaborasi dalam pencarian maklumat dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melengkapkan kerja kursus ini. Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.


TUGASAN 2 : Penulisan Reflektif (25%) Tugasan Individu Jika dilihat pada penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pembangunan negara sebenarnya telah meminggirkan budaya dan kerangka pembangunan negara. Hari ini, orang tidak lagi bercakap tentang kepentingan budaya dari segi warisan bangsa atau peranan perpaduannya kerana budaya sudah dilihat dari dimensi lain sebagai sumber pembangunan dalam bidang Sains, Pendidikan, Perusahaan dan Teknologi (A. Wahab Hamzah, 2015). i. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengaruh-pengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. ii. Penulisan reflektif mestilah mengikut format yang spesifik dan dipersembahkan dalam bentuk ebook.


Isi Kandungan Bil Tajuk Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Pengaruh-Pengaruh Yang Mencabar Keharmonian Kebudayaan Kebangsaan Di Malaysia 1 2.1 Pengaruh Media Sosial 1 - 2 2.2 Pengaruh Pendidikan 2 - 3 2.3 Pengaruh Agama 3 - 4 5.0 Penutup 4 Rujukan 5


1 Penulisan Refllektif (25%) 1.0 Pengenalan Negara Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara unik kerana ia terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Keunikan ini secara tidak langsung telah menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik negara yang mampu hidup secara aman dan harmoni walaupun masyarakatnya lahir daripada pelbagai etnik. Menurut Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (1997), perpaduan di Malaysia membawa maksud satu proses penyatuan semua anggota masyarakat yang berbilang kaum dan agama melalui idealogi negara supaya satu identiti yang sama dapat dibentuk dalam setiap anggota masyarakat. Malaysia yang mempunyai kepelbagaian budaya sememangnya tidak terlepas daripada cabaran-cabaran dalam mengekalkan keharmonian budaya kebangsaan. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), cabaran ditakrifkan sebagai sesuatu yang menguji ketabahan dan kemampuan seseorang atau organisasi. Mari kita lihat apakah pengaruhpengaruh yang mencabar keharmonian Kebudayaan Kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan. 2.0 Pengaruh-Pengaruh Yang Mencabar Keharmonian Kebudayaan Kebangsaan Di Malaysia 2.1 Pengaruh Media Sosial Pengaruh media massa akan menghakis nilai kebudayaan apabila ledakan Internet yang mengakibatkan masyarakat mudah percaya kepada sesuatu maklumat yang tidak tepat. Pengaruh ini akan menjadi salah satu ancaman baharu apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian. Kemodenan daripada internet seperti penggunaan Facebook, Youtube yang meluas telah mengakibatkan sesuatu budaya hilang puncanya. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (2016) menyatakan bahawa pepecahan sosial akan berlaku sekiranya pengguna media sosial terus menyebarkan berita yang tidak disahkan kebenarannya. Hal ini demikian kerana, masyarkat akan mudah tunduk dan terpengaruh oleh ideologi yang bertujuan menyebarkan kebencian dan ketidakpercayaan antara kaum.


2 Akibatnya, pengorbanan orang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara akan sia-sia sahaja. Media sosial mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam era teknologi komunikasi dan maklumat ini (Fan & Gordon, 2014). Sebagai masyarakat yang rasional, kita mestilah mendapatkan berita melalui saluran yang betul. Dalam kehidupan seharian, media massa memainkan berperanan penting sebagai pemberi maklumat. Sebuah agensi penyiaran yang bernama Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah seliaan Jabatan Penyiaran Malaysia. Penubuhan agensi ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan serta membekalkan bahan hiburan seperti filem dan drama. Dalam hal ini, kerajaan telah menyebarkan maklumat berkaitan kebudayaan kebangsaan melalui drama, berita dan kempen yang bertujuan mempengaruhi masyarakat Malaysia ke arah perpaduan dan keharmonian negara. Selain itu, pengaruh ini mampu menerapkan nilai murni seperti drama yang memaparkan kisah yang bertemakan kasih sayang, menjaga kebersihan, perpaduan kaum, kerjasama dan sebagainya. 2.2 Pengaruh Pendidikan Cabaran hubungan masyarakat semakin renggang wujud apabila sistem sekolah vernakular yang berasaskan kaum telah diperkenalkan. Sekolah pelbagai aliran serta pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan dalam Akta Pendidikan 1957. Dalam hal ini, sistem pendidikan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik hanya akan memberikan kesan negatif kepada negara Malaysia. Keadaan sedemikian telah mengehadkan pergaulan dan interaksi murid kepada etnik yang sama sahaja. Hal ini akan mewujudkan satu fenomena iaitu semua etnik akan mempertahankan bahasa ibunda masing-masing dan bersikap kurang bersedia untuk mempelajari bahasa lain. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa mempelajari bahasa lain adalah tidak penting bagi mereka. Tambahan pula, cabaran yang dihadapi ialah memperkasakan sekolah kebangsaan dengan menarik minat orang bukan Melayu untuk belajar di sekolah-sekolah tersebut. Sistem


3 pendidikan yang menggunakan bahasa penghantar mengikut bahasa ibunda mereka sering disukai dan disokong oleh ramai ibu bapa dari golongan bukan Melayu. Mereka mempunyai tanggapan yang tidak disahkan kebenaran iaitu anak mereka akan lebih berjaya sekiranya dimasukkan ke sekolah rendah jenis kebangsaan sama ada Cina atau Tamil. Selain itu, dalam pelaksanaan sekolah wawasan, pihak sekolah menggalakkan pelajar pelbagai kaum berinteraksi sesama lain, namun ia tidak menerima hasil yang dikehendaki oleh mereka. Walaupun murid-murid berada dalam satu kawasan yang sama, tetapi mereka duduk sesama kaum sendiri dan bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Hal ini telah menunjukkan bahawa usaha kerajaan tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Bagi mengatasi cabaran tersebut, satu bahasa tunggal digunakan untuk menyatukan kanak-kanak pelbagai etnik dalam satu sistem pendidikan (Wan Hashim, 1983). Memandangkan Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, sekolah Cina dan Tamil mempunyai kewajipan untuk manawarkan Bahasa Melayu dalam kurikulum. Menurut Teo (2010), perpaduan akan wujud apabila masyarakat yang terdiri daripada pelbagai asal keturunan dan bahasa pertuturan dapat disatukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan. Sekolah Bestari yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal tahun 1999 bertujuan untuk mengubah budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran (Ab. Rahim, 2000). Dalam hal ini, penggunaan ICT dalam pengajaran sangat digalakkan dalam sekolah bestari telah memberi peluang kepada pelajar menggunakan internet dan sumber bercetak untuk meneroka lebih banyak maklumat. Kaedah ini dianggap lebih berkesan kerana ia dapat menggalakkan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar di bidang komputer (Sauder et al., 2000). Tamsilnya, Sekolah Seri Bintang di Cheras telah dilengkapi oleh 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh semua warga sekolah tanpa mengira kaum. Dengan ini, semua pelajar boleh berkongsi maklumat dan kemahiran sesama lain dalam satu sistem pendidikan yang sama. Keadaan ini bukan sahaja menggalakkan semangat perpaduan antara kaum malah dapat memupuk nilai bertoleransi dalam kehidupan. 2.3 Pengaruh Agama


4 Kepelbagaian agama terhasil daripada kepelbagaian bangsa. Menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, agama Islam telah diiktiraf sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan Malaysia. Dalam hal ini, penganut-penganut agama-agama lain masih dibenarkan bebas beragama. Namun begitu, isu-isu yang sensitif antara agama kadangkala dibangkitkan, jika isu tersebut tidak ditangani dengan baik, ia akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham, konflik dan rusuhan kaum. Contohnya, isu-isu yang berkaitan dengan sensitiviti agama yang pernah timbul ialah pembinaan rumah ibadat oleh orang bukan Islam di kawasan yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, tuntutan jenazah individu yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang bukan beragama Islam, dan iklan Hari Raya Aidilfitri yang menggabungkan elemen agama lain seperti Santa Claus. Dalam hal ini, sebuah syarikat televisyen swasta telah menyiarkan iklan tersebut dan menyebabkan umat Islam serta pihak yang memperjuangkan agama Islam menjadi marah dan membantahnya dengan keras. Bagi mengatasi cabaran ini, seminar atau dialog antara agama harus dianjurkan secara berkala untuk membantu masyarakat khususnya masyarakat yang berkonflik dengan memberikan pemahaman agama yang lebih mendalam. Dialog adalah cara yang sangat berkesan untuk menangani isu sensitif yang timbul dalam masyarakat multicultural. Menurut Suraya et al. (2013), dialog adalah penting untuk mengelakkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan menyuburkan persefahaman mereka. Sesungguhnya, komunikasi tidak akan berlaku sekiranya tiada perbincangan dan ini akan mendorong kepada wujudnya prejudis dan prasangka antara kaum dan agama. Lantaran itu, pelajar di universiti awam dan swasta di Malaysia dikehendaki mengambil kursus umum seperti Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kursus ini mengajar pelajar tentang perbezaan agama dan tamadun yang wujud serta cara bercakap untuk mengelakkan konflik berlaku. Justeru, persefahaman antara agama dapat mengurangkan salah faham, contohnya dengan saling menghormati kepelbagaian agama, memahami nilai-nilai agama, perayaan serta kepercayaan agama lain. 3.0 Penutup Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlulah berasa bersyukur atas kejayaan yang dicapai oleh negara kita. Kebudayaan kaum lain harus didedahkan sejak awal lagi bagi membolehkan masyarakat lebih memahami dan menghormati budaya sesama lain. Untuk melindungi negara kita daripada dijajah secara langsung atau mental oleh negara asing, semangat patriotisme mesti ditanam dalam setiap kumpulan ras.


5 Rujukan Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran dalam sekolah bestari. Badan Cemerlang Sdn. Bhd. Fan. W.F & Gordon. (2014). The power of social media analytics. Journal Communications of the Acm. 57 (6): 74-81. Institut Tadbiran Awam Negara (1997). INTAN: Milestones of success. National Institute of Public Administration, Public Service Department. Kamus Dewan. Edisi keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sauder, D., Towns, M., Derrick, B., Grushow, A., Kahlow, M., Long, G., Miles, D., Shalhoub, G., Stout, R., Vaksman, M., Pfeiffer, W. F., Gabriela Weaver, G., & Zielinski, T. J. (2000). Physical chemistry online: Maximizing your potential. Chemical Educator 5: 77- 82. Seri Musa Aman. (2016, Disember 25). Pengaruh media sosial ancaman baharu perpaduan-Musa. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosialancaman-baharu-perpaduan-musa Suraya Sintang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Azizan Baharuddin, Nurhanisah Senin, Suhaida Shaharud- Din, Mahmud Ahmad, Mohd Roslan Mohd Noor, Wan Ariffin Wan Yon, Baharuddin Malek. (2013). Dialogue of al-Hikmah: Generating Harmony Between Muslim-Non- Muslim Relations. Journal of Islam and Christian- Muslim Relations, 24 (2), 213-224. Teo Kok Seong (2010). Lokus Bahasa Melayu dalam Gagasan 1 Malaysia: Alat Perpaduan Bangsa Dan Kemajuan Negara. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Nasional Paradigma Baru Perpaduan Bangsa (hlm. 76-86). Majlis Profesor Negara. Wan Hashim. (1983). Race Relations In Malaysia. Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.


6


7


Click to View FlipBook Version