The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD HAFIZ BIN AMRULLAH / BURSAR, 2022-09-09 10:23:34

STRUKTUR TADBIR URUS PEJABAT BURSAR UPM

STRUKTUR TADBIR URUS PEJABAT BURSAR UPM

Keywords: PEJABAT BURSAR

Tarikh Kemaskini : 7 September 2022

Pejabat Bursar merupakan jabatan

yang bertanggungjawab memberi
perkhidmatan kewangan kepada
Universiti Putra Malaysia yang
merangkumi pengurusan belanjawan,
pengurusan perolehan, pengurusan
pembayaran, pengurusan aset,
pengurusan hasil dan penjanaan serta
pengurusan akaun.



1) BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR DAN PENGURUSAN HASIL

FUNGSI :

❖ Mengurus tuntutan dan terimaan penajaan serta memproses bayaran pinjaman dan biasiswa kepada pelajar
❖ Memantau dan mengemaskini lejer pelajar
❖ Membantu dalam aktiviti utama universiti yang melibatkan pelajar (cth : pendaftaran, konvokesyen dan

pilihanraya kampus)
❖ Memantau dan mengurus hutang universiti secara keseluruhan
❖ Memantau pengeluaran inbois universiti
❖ Memantau dan memastikan rekod terimaan hasil universiti dibuat dalam tempoh yang ditetapkan

2) BAHAGIAN KEWANGAN PERAKAUNAN

FUNGSI :

❖ Mengendalikan urusan penyimpanan dokumen kewangan seperti baucar bayaran, resit dan jurnal dengan
mengambil kira ciri – ciri kawalan dalaman dan keselamatan dokumen

❖ Mengurus dan memantau aliran tunai dan perjalanan akaun bank utama Universiti dari segi rekod terimaan
dan pindahan keluar wang Universiti

❖ Memantau daftar pengguna dan menentukan had akses mengikut bidang tugas untuk sistem perakaunan
teras Pejabat Bursar

❖ Memantau dan menyediakan penyata penyesuaian dan laporan prestasi bagi akaun-akaun bank, akaun
pelaburan dan akaun amanah Universiti yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Perakaunan

❖ Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat Universiti dan
menyediakan laporan JPKA kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

❖ Mengendalikan urusan berkaitan simpanan tetap Universiti dan memantau aktiviti pasaran wang yang
diuruskan oleh Seksyen Penjanaan Pendapatan

❖ Mengurus permohonan pembukaan panjar wang runcit PTJ dan menyelaras penyerahan penyata
pengesahan baki panjar setiap akhir tahun

❖ Mengurus permohonan pembukaan Akaun Amanah PTJ dan perkara berkaitan pengurusan Akaun Amanah
Universiti

❖ Mengurus proses berkaitan di bawah Akta Wang Tak Dituntut (WTD) 1965
❖ Mengurus proses pemberian biasiswa kepada pelajar yang menerima Biasiswa Endowmen Yayasan Tan Sri

Dr. Lim Goh Tong
❖ Mengurus hal berkaitan kewangan dan penyediaan penyata kewangan tahunan untuk Yayasan Pak Rashid

(YPR)
❖ Menyelaras penjadualan, proses dan aktiviti berkaitan penutupan akaun bulanan dan akhir tahun bagi

penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Universiti dan Kumpulan serta persediaan tahun kewangan baharu

❖ Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan lejar am, perekodan dan pelaporan semua transaksi kewangan
Universiti termasuk laporan tahunan Universiti, Nota dan Memorandum Jemaah Menteri yang berkaitan
dengan hal-hal kewangan

❖ Mengurus hal-hal berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Tahunan UPM

3) BAHAGIAN KEWANGAN PEMBANGUNAN

FUNGSI :

❖ Menyediakan maklumat-maklumat kewangan yang akan dijadikan sebagai input kepada permohonan geran
pembangunan Rancangan Malaysia melalui pejabat Pembangunan Pengurusan Aset (PPPA)

❖ Memastikan kemaskini transaksi di dalam sistem Pemantauan Projek (SPP II) dibuat setiap bulan.
❖ Memproses semua bayaran yang berkaitan dengan projek-projek fizikal dan perundingan samada daripada

peruntukan geran pembangunan atau sumber dalaman universiti.
❖ Menyediakan laporan secara berkala untuk dikemukakan kepada pihak agensi pusat
❖ Memastikan semua rekod-rekod pembayaran dan fail-fail projek juga diuruskan dengan cermat dan teratur

dan disimpan dengan baik untuk sebarang rujukan
❖ Memproses pesanan belian dan bayaran melalui pesanan belian atau tnpa pesanan belian untuk PTJ di

bawah seliaan.

❖ Menguruskan perolehan kerja secara undian
❖ Menguruskan pembayaran panjar wang runcit melalui Kaunter Wang Runcit Berpusat di Bendahari III
❖ Memberi khidmat nasihat kewangan kepada PTJ yang berkenaan
❖ Menyelia perkhidmatan kewangan yang diberikan oleh seksyen di bawah seliaan iaitu Seksyen Kewangan

Canselori dan Seksyen Kewangan Fakulti Kejuruteraan

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA :

1. Pejabat Naib Canselor
2. Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
3. Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
4. Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat
5. Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset
6. Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
7. Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm)
8. Bahagian Audit Dalam
9. Pusat Hubungan dan Jaringan Industri
10. Fakulti Kejuruteraan

4) BAHAGIAN KEWANGAN KEMUDAHAN STAF

FUNGSI :

❖ Mengurus dan memproses emolumen serta bayaran lebih masa bagi staf tetap, kontrak, Sambilan dan RA
❖ Mengurus bayaran elaun SGRA, GRA dan TAM
❖ Menguruskan potongan gaji bagi KWSP, PCB, PERKESO, Pencen, Tabung Haji, Zakat, Pinjaman Perumahan

Sektor Awam dan lain-lain
❖ Mengurus bayaran Ganjaran staf kontrak dan ganjaran gantian cuti rehat
❖ Penyediaan slip gaji bulanan (online)
❖ Penyediaan Penyata pendapatan tahunan (online)
❖ Mengurus Pinjaman Kenderaan dan komputer staf
❖ Menguruskan bayaran biasiswa, yuran pengajian serta elaun-elaun yang berkaitan untuk staf cuti belajar

dalam dan luar negara
❖ Menguruskan bayaran biasiswa staf cuti sabatikal
❖ Penyediaan penyata perbelanjaan pecah kontrak cuti belajar

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA

1. Pejabat Bursar
2. Pusat Antarabangsa

5) BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN

FUNGSI :
❖ Memproses dan menguruskan pendaftaran syarikat dan individu yang ingin bertransaksi dengan Universiti

Putra Malaysia.
❖ Menguruskan dan memantau perolehan Universiti seperti pembelian terus, sebut harga, tender, rundingan

terus, kontrak pusat, kontrak pusat sistem panel dan ebidding termasuk perolehan secara elektronik.
❖ Menguruskan dan memantau penyediaan surat setuju terima dan kontrak perjanjian perolehan.
❖ Menguruskan dan memantau rekod bon pelaksanaan yang berkaitan dengan kontrak perolehan.
❖ Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga A, Jawatankuasa Sebut Harga B, Lembaga Perolehan dan

Jawatankuasa Perolehan Anak Syarikat.
❖ Memantau penilaian prestasi syarikat.

6) BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN OPERASI BERPUSAT

FUNGSI :

❖ Bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan untuk Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Bahagian Kewangan
Operasi Berpusat (BPOB)

❖ Memberi khidmat nasihat di dalam urusan kewangan seperti penyediaan belanjawan, perolehan, pembayaran
serta memantau peruntukan mengurus dan aktiviti-aktiviti yang dibiayai oleh peruntukan penyelidikan dan
tabung amanah PTJ;

❖ Merancang dan mengurus operasi pembayaran Bahagian Kewangan Operasi Berpusat (BPOB);
❖ Memantau dan melaksanakan operasi perolehan aktiviti PTJ dan menguruskan pesanan belian;
❖ Membantu dalam pengurusan kutipan hasil PTJ;
❖ Membantu dalam pengurusan aset PTJ;
❖ Menyediakan laporan kewangan mengikut keperluan;

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA

1. Bahagian Akademik
2. Bahagian Hal Ehwal Pelajar
3. Bahagian Kaunseling
4. Bahagian Pembangunan Akademik (CADE)
5. Fakulti Bioteknologi & Sains Biomolekul (FBSB)
6. Fakulti Ekonomi & Pengurusan
7. Fakulti Sains
8. Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
9. Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

10. Institut Biosains
11. Institut Kajian Perladangan (IKP)
12. Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
13. Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan(INTROP)
14. Institut Teknologi Maju (ITMA)
15. Institut Pertanian Tropika & Sekuriti Makanan (ITAFOS)
16. Kolej Mohamad Rashid
17. Kolej Kedua
18. Kolej Tun Dr ismail
19. Kolej Canselor
20. Kolej Kelima
21. Kolej Keenam
22. Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah
23. Kolej Tun Perak
24. Kolej Pendeta Za'aba
25. Kolej Sepuluh
26. Kolej Sebelas
27. Kolej Dua Belas
28. Kolej Tiga Belas

29. Kolej Empat Belas
30. Kolej Lima Belas
31. Kolej Enam Belas
32. Kolej Tujuh Belas
33. Pusat Islam
34. Pusat Alumni
35. Pusat Asasi Sains Pertanian
36. Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi (IDEC)
37. Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar
38. Pusat Jaminan Kualiti
39. Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehapasaran Graduan (CEM)
40. Pusat Kesihatan Universiti
41. Pejabat Pendaftar
42. Pejabat Perundang-undangan
43. Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)
44. Akademi Sukan
45. Bahagian Keselamatan
46. Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi
47. Fakulti Pertanian

48. Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan
49. Fakulti Ekologi Manusia
50. Fakulti Pengajian Pendidikan
51. Fakulti Rekabentuk & Senibina
52. Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
53. Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
54. Institut Kajian Dasar Pertanian & Makanan (IKDPM)
55. KORSISPA
56. PALAPES
57. Penerbit
58. Perpustakaan (PSAS)
59. Pusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional (UCTC)
60. Pusat Kompetensi Bahasa (CALC)
61. Pusat kebudayaan (PKKSSAAS)
62. Pusat Sukan
63. SUKSIS
64. Taman Pertanian Universiti

7) BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN BELANJAWAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN

FUNGSI :

❖ Menyelaras aktiviti pengurusan belanjawan operasi Universiti.
❖ Membantu PTJ menyelaraskan isu berkaitan peruntukan operasi.
❖ Urusetia aktiviti penjanaan Universiti.
❖ Membantu PTJ dalam pengurusan aktiviti penjanaan pendapatan.
❖ Menyelaras kadar/caj bagi aktiviti penjanaan mengikut skop.
❖ Menyelaras program Bakti Putra untuk pelajar asnaf UPM

8) BAHAGIAN KEWANGAN PENGURUSAN ASET

FUNGSI :

❖ Penyelaras Sistem Pengurusan Aset Tetap UPM (FAMS) dan Sistem Pengurusan Stor UPM (E-Stok)
❖ Penyelaras bagi perkhidmatan perlindungan insuran bangunan universiti
❖ Penyelaras bagi perkhidmatan perlindungan insuran kenderaan universiti dan pembaharuan cukai jalan

kenderaan universiti
❖ Melaksanakan verifikasi stor PTJ mengikut tempoh yang telah ditetapkan

❖ Urusetia Kehilangan dan Hapuskira Universiti
❖ Sebagai Urusetia Pelupusan Aset Universiti
❖ Sebagai Urusetia Program Skrap Bursar bagi pelupusan aset alih PTJ
❖ Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Aset Tak Alih Universiti
❖ Melaksanakan taklimat dan kursus berkaitan pengurusan aset dan stor
❖ Memastikan pekeliling pengurusan aset dan stor adalah terkini

9) BAHAGIAN KEWANGAN PENYELIDIKAN

FUNGSI :

❖ Melaksanakan aktiviti perkhidmatan kewangan peruntukan Penyelidikan dan Mengurus PTJ ke arah
pencapaian matlamat dan petunjuk prestasi utama yang telah ditetapkan melalui penyeliaan Seksyen
Kewangan Pengurusan Penyelidikan, Seksyen Kewangan Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNCPI) dan
Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar

❖ Menyelaras perkhidmatan kewangan aktiviti Penyelidikan meliputi pengurusan agihan dan pindahan
peruntukan, pemantauan pengwujudan pusat kos dan kombinasi akaun bagi projek Penyelidikan, penyediaan
laporan kewangan projek Penyelidikan termasuk laporan bagi Penyata Kewangan tahunan, serta pemantauan
penutupan akaun amanah siri 5xxxxxx dan 9xxxxxx

❖ Menguruskan proses perolehan dan pembayaran bagi Pusat-pusat Tanggungjawab di bawah seliaan BKPP
iaitu Pejabat TNCPI, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Putra Science Park (PSP), Unit Pertanika dan
Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) yang merangkumi pembayaran kepada
pembekal, staf, bayaran untuk akaun amanah, wang pendahuluan, penerbangan dan melalui bank deraf

❖ Memberi khidmat nasihat, maklumat kewangan serta penyediaan laporan kewangan berkaitan kedudukan
dan prestasi peruntukan dan geran Penyelidikan, belanja mengurus, akaun-akaun amanah, maklumat
perolehan dan pembayaran untuk makluman PTJ, Jawatankuasa berkaitan, pihak Pengurusan Universiti,
serta Kementerian

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA

1. Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi
2. Pusat Pengurusan Penyelidikan
3. Putra Science Park
4. Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik
5. Fakulti Perubatan Veterinar

10) BAHAGIAN KEWANGAN UPM KAMPUS BINTULU

FUNGSI :

❖ Pengurusan Aset dan Setor
❖ Pengurusan Perolehan
❖ Pengurusan Belanjawan
❖ Pengurusan Gaji, Pembayaran dan Tuntutan
❖ Pengurusan Panjar Wang Runcit dan Waran Penerbangan
❖ Pengurusan Akaun, Tabung Amanah dan Geran Penyelidikan
❖ Pengurusan Akaun Pelajar
❖ Pengurusan Kutipan Hasil

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA

1. Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan
2. Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains
3. Institut Ekosains Borneo

11) BAHAGIAN KEWANGAN HOSPITAL PENGAJAR UPM

FUNGSI :

❖ Bertanggungjawab bagi pengurusan kewangan meliputi enam proses utama di HPUPM
❖ Bertanggungjawab terhadap keseluruhan pentadbiran, staf dan menyelaras semua aktiviti kewangan di

HPUPM
❖ Memberi khidmat nasihat di dalam urusan kewangan
❖ Menguruskan kutipan hasil di HPUPM
❖ Membantu dalam pengurusan aset PTJ
❖ Menyediakan laporan kewangan mengikut keperluan

SENARAI PUSAT TANGGUNGJAWAB YANG DISELIA

1. Hospital Pengajar UPM

SKOP/FUNGSI UTAMA PEJABAT BURSAR:

Belanjawan (Puan Amira)
Perakaunan (Puan Asriati)
Penjanaan dan Hasil (Puan Amira dan Puan Mazitah)
Pembayaran (Puan Yusnawati)
Pengurusan Aset (Encik ‘Akhi)
Perolehan (Puan ‘Itrah Hayati)


Click to View FlipBook Version