The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Portfolio Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Uzair Aziz, 2023-09-17 10:29:35

e-Portfolio Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

e-Portfolio Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

INSTITUT PENIDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP] AMBILAN JUN 2023/2028 SEMESTER 1 TAHUN 1 TUGASAN 2- e-Portfolio NAMA PELAJAR : MUHAMMAD UZAIR BIN CHE AB AZIZ KUMPULAN : BM4 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR ROSLI BIN AB RAHMAN TARIKH HANTAR : 17 SEPT 2023 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda Tangan Pelajar : Tarikh : 17/9/2023 Tarikh:


e-Portfolio Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu


Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi 2.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi 2.2 cabaran sistem ejaan rumi masa kini 3.0 Kesimpulan 4.0 Rujukan 5.0 Lampiran Isi Kandungan


Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan kebesaran-Nya saya masih diberi kesempatan untuk menyiapkan kerja khusus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu in dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan. Sekalung penghargaan yang amat bermakna saya ingin titipkan terutamanya kepada pensyarah kursus ini iaitu Dr Rosli bin Ab Rahman yang telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang khusus in berlangsung . Segala tunjuk ajar beliau , ilmu, dan nasihat beliau akan saya pegang sehingga akhir hayat. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih saya ingin ungkapkan kepada rakan-rakan seperjuangan PPISMP Semester 1/2023 yang banyak memberikan bantuan dan sokongan dalam mencari maklumat dan motivasi kepada saya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang tetap memberikan sokongan dalaman kepada saya sepanjang saya bergelar seorang pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail. Terima kasih juga kepada sesiapa yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja khusus ini dilaksanakan . Sekian , terima kasih. Penghargaan


1.0 Pengenalan Sejak seabad lalu, perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Kemajuan bahasa Melayu kuno bermula pada zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya iaitu kira-kira pada bad ke-7 hingga abad ke-13. Pada masa kini kemajuannya terbukti apabila bahasa Melayu mampu meniadi lingua franca serta bahasa dalam pentadbiran. Penemuan batu-batu bersurat telah menjadi bukti kepada kewujudan bahasa ini. Sebagai contoh, batu bersurat di Kedudukan Bukit, Palembang (683SM). Seterusnya ialah bahasa Melayu Klasik yang bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu pada zaman ini, banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab kerana penyebaran agama Islam secara meluas di Nusantara. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada Zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511). Penggunaan bahasa Melayu klasik ini juga boleh dibuktikan melalui penemuan batu-batu bersurat sebagai contoh penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Kuala Terengganu. Jelaslah bahawa, bahasa Melayu moden. Bahasa in bermula pada abad ke- 19 hingga sekarang. Bahasa Melayu moden ini berasaskan pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Abdullah Munsyi membuat pembaharuan dalam bahasa Melayu melalui karya-karyanya sebagai contoh, karya Kitab Adat Segala Raja-Raja Melayu dalam Segala Negeri (1837). Konsep Melayu merupakan konsep yang luas dan memerlukan ruang masa yang panjang untuk diungkaikan akibat daripada keluasan dan bilangan penuturnya.


Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan "Himalaya" yang telah disingkatkan kepada "Malaya" dan kemudian berkembang menjadi melayu. Perkataan "Himalaya" berasal daripada perkataan hima dan alaya dimana "hima" bererti salji atau salju dan "alaya" bererti tempat. Terdapat juga pengkaji yang menyatakan bahawa perkataan melayu itu berasal daripada perkataan "Malaiyur-pura" berdasarkan bukti yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyurpura bererti kota malaiyur atau kota gunung. Dari situ timbul perkataan malayiur yang menjadi malaiyu, malayu dan seterusya melayu.Asal usul perkataan Melayu mash belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan, namun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana terdapat catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.. Menurut catatan I’tsing, terdapat sejenis bahasa iaitu bahasa Kun Lun dituturkan oleh orang tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi di Sriwijaya. Keadaan in menunjukkan bahawa perkataan melayu sememangnya diambil daripada nama kerajaan dan bukan merujuk kepada sesuatu bangsa pada dasarnya. Ada juga yang mempercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, iaitu berdasarkan kepada sebatang sungai yang deras alirannya yang terdapat di situ, iaitu Sungai Melayu. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan "mlayu" bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini bole dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah melayu dvipa telah ditemui dalam sebuah kitab hindu purba.


2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, Tradisi Tulisan seperti Kawi, Batak, Lampung dan Rencong agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan JawI dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para sarjana Barat, lalu mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam bentuk lebih praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia. Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu.Seterusya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa mengetahui ejaan Jawi sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah sistem ejaan bahasa Melayu. Hal sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Pada zaman penjajahan ,Portugis dan Inggeris telah menyogokkan sistem ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun pada masa itu penduduk sudah mempunyai sistem ejaan jawi yang lengkap. Sistem ejaan bahasa Melayu terus berkembang sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing. Ejaan Rumi pertama wujud di alam Melayu dengan menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang pentadbir Belanda pada tahun 1901.Pada abad ke- 19 dan awal abad ke-20, usaha menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu. Usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar. Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan, walaupun terdapat beberapa kajian dilakukuan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.


Dalam pembelajaran mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, la dapat diteruskan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900). Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Iris, Tanjung Malim (1922). dipanggil Sistem Ejaan Sekolah atau dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Za"ba. Di antara buku-buku yang ditulis oleh Za"ba ialah; (a) Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926) (b) Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941) (c) Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949) sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Za"ba dalam buku "Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan ii" , Seterusnya ia digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru yang diisytiharkan pada tahun 1972. Walau bagaimanapun sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja dan oleh itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan. Oleh itu, pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan perundingan dan termaktublah perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia .Dengan ini ,satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tua Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slametmuliana, yang diadakan di Jakarta pada tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan disambung semula pada 1966.


Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu dilaksanakan. Begitu juga dengan istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu. Di samping itu , beberapa perundingan terus disusunatur yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa. Kesan dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia laitu Dato Hussain On dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut distiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah " Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia" diterbitkan oleh DBP untuk kegunaan ramai. Sistem ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya , terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember 1972. Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia in berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap iaitu "Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5 Disember 1974.


PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Antara peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi adalah membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang signifikan dengan memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan mahupun digunakan dalam bidang-bidang yang pesat berkembang seperti bidang sains dan teknologi. Seterusnya, memajukan bakat kesusasteraan terutama sekali dalam bahasa kebangsaan. Menurut Berta Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa dengan melaksanakan Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Tujuan program in dilaksanakan untuk melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga begitu penting sehingga ia diktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Aka Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera dan juga dalam pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik. Sebagai contoh, mencetak, menerbitkan, membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalahrisalah dan lain lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.


Selain itu, pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalahrisalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, pihak DBP banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan dalam bentuk bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato' Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun yang lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Dengan ini, ia. menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Di samping it, DBP patutlah membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) adalah vital supaya dapat menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Dengan perubahan ini, perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.


Dari sudut perspektif yang berbeza, DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul seperti mana yang sedia maklum namun tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan bahasa rojak atau bahasa ibunda masing-masing. Antara contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan konteks Bahasa Melayu yang betul. Misalnya, risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Ole itu, pihak DBP perlu mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini dengan mewujudkan bukubuku dan risalah-risalah seta akhbar-akhbar yang menggunakan Bahasa Melayu yang tepat. Implikasiya, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Seterusya, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contonya, singkatan bagi sungai, bukit dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan. Di sebalik itu, DBP harus menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dari bangku sekolah supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu, DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasa dan stereotaip yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisen serta radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.


2.2 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini Salah satu isu dan cabaran tersebut ialah persaingan dengan bahasa inggeris di tanah air sendiri, Malaysia. Ini disokong oleh Ridzuan Kamis (2012) yang menyatakan bahawa bilangan pengguna bahasa Melayu semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai kuasa bahasa utama kerana terpaksa bersaing atau dalam erti kata lain, dinafikan hak dan sedaya-upayanya dalam kehadiran bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris begitu sukar ditepis, malah terpaksa diterima kerana bahasa itu merupakan bahasa ilmu dan komunikasi sejak berzaman lamanya. Dalam erti kata lain, bahasa Melayu sendiri banyak meminjam perkataan daripada bahasa Inggeris lalu diserapkan ke dalam kosa kata bahasa Melayu. Antara contoh kosa kata bahasa Inggeris yang dipinjamkan itu termasuklah catalog (catalog), number(nombor), activity (aktiviti) dan message (mesej). Ini sangat mengecewakan penulis kerana walaupun secara dasarnya bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa ilmu. Persaingan dengan bahasa Inggeris Persepsi negatif terhadap bahasa Melayu Kemampuan guru mengajar bahasa melayu Pengaruh teknologi Bahasa rojak Pengaruh dialeklsu dan cabaran Bahasa Melayu pada masa kini. Bak kata pepatah Melayu , " gajah berak besar ,kancil pun hendak berak besar" Usaha - usaha yang dilakukan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu oleh (DBP) ialah memastikan urusan rasmi negara menggunakan bahasa Melayu, menerbitkan buku, seni dan kandungan dalam bahasa Melayu serta menguatkuasakan bahasa Melayu dalam penyiaran dan pengiklanan.


3.0 KESIMPULAN Tulisan ejaan rumi mengalami banyak perubahan seiring dengan perubahan zaman untuk mendapatkan ejaan rumi yang baik dan mantap. Akhirnya, tahun 1972 sistem ejaan rumi mencapai kemuncak kejayaan dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu. Tokoh asing dan juga tokoh tempatan memainkan peranan dalam menghasilkan karya yang dapat dijadikan rujukan berkaitan bahasa Melayu. Terdapat juga sumbangan daripada pertubuhan dan institusi untuk mengangkat dan memartabatkan serta mengatur peraturan-peraturan bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan satu badan induk yang penting dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perancangan yang telah dilakukan berjaya untuk membina dan mengembangkan aspek bahasa Melayu. Malahan, bahasa Melayu moden juga mempunyai pelbagai fungsinya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Namun, terdapat beberapa cabaran yang menjadi halangan untuk masa depan bahasa Melayu terus berkembang. Maka, kita bertanggungjawab untuk memastikan bahasa Melayu pesat berkembang dengan jayanya agar dapat diwariskan kepada generasi kelak.


4.0 RUJUKAN Ahmad Kamal.(n,d). KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI https://www.academia.edu/13588718/KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NE GARA MASA KINI Aram. (2013). Seiarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu http://bujangeta.blogspot.com/2013/10/seiarah-perkembangan-sistem-ejaan-rumi.html? m=1 Izzah Zah. (2013).Sejarah Dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. https://www.slideshare.net/izzahzahh/selarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumi-bahasa-melavu Kongres Bahasa dan Persatuan Melayu (2021, November 12). Wikipedia, ensiklopedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Muhamad Al Afzan.(2018) . Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa MelavU https://cikguafzan96.blogispot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.htmi?m=1


Muhammad Ariff Ahmad. (1984). Ejaan Rumi Bahasa Melayu. 43-67 https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-/media/mic/documents/penerbitan_ejaan-rumi-bahasa-melavu muhammad-ariff-ahmad.pdf Muhammad Balehuddin Aman.(n.d). Binopsis sistem ejaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://klikweb.dbp.my/2p=6003 Saberi. (2010). Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html


5.0 LAMPIRAN


LAMPIRAN


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version