The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis13-524, 2021-09-02 05:47:32

BUKU LOG - MPU3062 UNIT BERUNIFORM (BSMM)

BM5_ANIS NADIA BINTI MOHD NOR_BUKU LOG

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA : ANIS NADIA BINTI MOHD NOR
UNIT : PISMP BAHASA MELAYU 5 JUN2020

ANGKA GILIRAN : 2020142340102
KOD DAN NAMA KURSUS :

MPU3062 KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM
NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAHRIN BIN ABIDIN

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S
1 BIODATA 2
2 PENGENALAN 3
3 SEJARAH PENUBUHAN BSMM
4-11
4 SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA 12-14
5 LOGO DAN LAMBANG BSMM 15-20
6 LAGU BSMM
7 IKRAR BSMM 21
8 PRINSIP-PRINSIP BSMM 22
9 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 23-24
25-28
(UUKA)
29-46
10 PENGURUSAN PENTADBIRAN 47-67
11 PAKAIAN SERAGAM BSMM 68-72
12 AKTIVITI / PROGRAM
73
RUJUKAN

1

NAMA : ANIS NADIA BINTI MOHD NOR
UMUR : 20 TAHUN
NO. KAD PENGENALAN : 010909-04-0186
PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) AMBILAN JUN2020
UNIT : BAHASA MELAYU 5
TARIKH LAHIR : 9 SEPTEMBER 2021
ALAMAT : BATU 3 ½, LORONG IMAM SHEIKH IBRAHIM, JALAN
POKOK MANGGA, KAMPUNG PADANG, 75250 MELAKA.
NO. TELEFON : 017-9357669
E-MEL : [email protected] / [email protected]

2

Sudah lazim dalam fikiran semua bahawa lambang bulan sabit merah adalah
lambang-lambang sejagat membawa harapan serta keamanan untuk manusia. Hal ini sinonim
dengan sebuah organisasi yang telah diwujudkan bagi yang memerlukan pertolongan dan
belas kasihan iaitu Bulan Sabit Merah. Tambahan pula, palang merah dan bulan sabit merah
banyak mengakhiri penderitaan individu tertentu dengan memberi pertolongan dalam
pelbagai rupa bencana, kempen-kempen menderma darah, program-program perkhidmatan
masyarakat, program- program anti dadah dan sebagainya. Secara umum, ahli-ahli persatuan
bulan sabit merah juga mampu belajar untuk menguruskan kebersihan diri dan pertolongan
cemas kepada mangsa-mangsa. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) atau pada awalnya
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Malaysia pada tahun 1965 di bawah akta dan
perlembagaan BSMM iaitu Akta 47/65. Kemudiannya, pertukaran namanya kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia pada 4 September 1975 dan juga lambang yang telah
sah menjadi hak milik persatuan. Persatuan ini ditubuhkan dengan pelbagai objektif dan
tujuan antaranya seperti berikut:

Objektif dan Tujuan BSMM

• Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk mengurangkan penderitaan, penyakit
• Mempromosikan pembentukan cawangan dan cabang serta latihan dan mempunyai

kawalan umum ke atasnya
• Mempromosikan serta mengekalkan minat masyarakat
• Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain serta agensi kerajaan untuk

mengekalkan kawalan pentadbiran sendiri
• Menjalankan aktiviti secara sukarela
• Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip
• Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang
• Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes yang sesuai yang diadakan oleh

masyarakat
• Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan mengurangkan

penderitaan sama ada dalam masa aman atau perang
• Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan cedera
• Menjalankan tanggungjawab dalam negara.

3

Sejarah Pengasas - Jean Henry Dunant

Rajah 1 : Jean Henry Dunant (Pengasas Palang Merah)
Siapakah Jean Henry Dunant?

- Beliau lahir pada 8 Mei 1828 dan dikenali atau digelar sebagai bapa
palang merah. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta. Ibunya
seorang yang penyayang dan patuh pada arahan agama. Aktif dalam
pelbagai kegiatan amal dan agama.

- Beliau telah dididik sebagai seorang yang mentaati agama serta berjaya
menjadi seseorang yang berpengaruh di kalangan komunitinya kerana
mempunyai disiplin yang tinggi.

- Dari segi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan,
beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai pergerakan
amal dan keagamaan sehingga menjadi ahli kepada League of Aims di
Geneva, sebandaraya kelahirannya.

- Tujuan beliau menyertai aktiviti-aktiviti jasmani dan kerohanian sebegini
adalah membantu penduduk miskin dan orang-orang yang ditimpa
kesusahan, musibah serta kesakitan. Selain itu, beliau juga sering
membantu banduan-banduan yang berada di penjara-penjara berdekatan

4

untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik melalui pendekatan
perubahan sikap dan perangai.
- Pada usia 30 tahun, minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di
Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young
Mens Christian Union dan di England di kenali sebagai Young Mens
Christian Assosiation (YMCA)

Ø 1853
- Satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah
dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan
sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak
terhad di Eropah sahaja. Hasil desakan Dunant, satu persidangan
YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

Ø 1849
- Dunant bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat di bank di
Geneva untuk pelajari perniagaan bank
- Disebabkan ketekunannya itu, dia telah di beri tugas sementara
sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali
sebagai Colonies Suises di Setif. Kemudian, beliau berhenti bekerja
dan bekerja sendiri dengan membuka perniagaan.

Ø 1859
- Dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali dan tiba di
Castiglione della Piere ketika pertembungan di Solferino mula
meletus. Beliau mendapati banyak mangsa peperangan yang mati
dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya
upaya.
- Pengalaman tersebut telah menyebabkan beliau meninggalkan hal
perniagaan. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang
bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringankan

5

- “Kenangan di Salfarion” buku yang ditulis olehnya adalah permulaan
bagi kejayaan kerjayanya. Beliau menyuarakan agar pasukan yang
mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk menolong
anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat
sambutan yang luar biasa. Konsep trinity antarabangsa antara negara
untuk menentukan penjagaan orang sakit telah menarik minat ramai.

Ø 1863 & 1864
- Kejayaan meningkat dan selepas itu menurun adalah kerana orang
ramai memberi sokongan kepada beliau. Setelah itu, jawatankuasa
Palang merah ditubuhkan. Setelah persidangan diadakan dalam
transformasi itu, beliau menyepikan diri dan tempatnya digantikan
dengan orang yang lebih praktikal.

Ø 1856 & 1866
- pernyataan semakin merosot ini kerana perasaan malu dan kurang
yakin terhadap diri sendiri.

Ø 1867
- Merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant. Urusan perniagaan
yang diabaikan juga turut merosot. Beliau terpaksa menggunakan
hartanya untuk membayar hutang-piutang ekorang daripada beliau
mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva pada usia 39
tahun.

Ø 20 Tahun kemudian
- Dunant menghadapi hidup yang paling malang, beliau terpaksa hidup
dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya. Kadangkala
beliau muncul di khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan
England untuk diberi penghormatan atas sumbangan tertubuhnya

6

Palang Merah dan projek lain-lain. Walaubagaimanapun beliau
terpaksa hidup keseorangan.

Ø Julai 1887 dan usia 59 tahun
- Beliau kelihatan sangat tua akibat kekecewaan yang dialami selama
20 tahun. Namun, penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerlangd
mengenalinya di tempat tinggalnya itu ramai orang yang
menghormatinya.
- Pada suatu hari beliau menaruh minat dalam pergerakan yang beliau
pelopori. Beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892,
kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan
hidul di sana selama 18 tahun.

Ø 1895
- Seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat
tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant.
Ekoran wawancara itu seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant
masih hidup walaupun dalam keadaan daif.
- Berbagai pihak mahu membantu beliau. Pengiktirafan terhadap
khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan dari
jauh dan dekat
-

Ø 1901
- Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace
Prize) yang pertama oleh Jawatankuasa Nobel yang dikongsikan
dengan Frederic Passy, tetapi beliau tidak dapat hadir untuk
menerimanya.

Ø 30 Oktober 1910
- Pada hari Ahad, bertarikh 30 Oktober 1910 di Heidden, Jean Henry
Dunant telah meninggal dunia di sebuah perkampungan pergunungan

7

yang tenang serta di kelilingi para penduduk yang sangat
mengaguminya.
Ø Hari lahirnya 8 Mei diisytiharkan sebagai Hari Palang Merah / Bulan
Sabit Merah Antarabangsa.
Ø Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak
bangunan, sekolah, jalan di Geneva dan pelbagai tempat di serata dunia
dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant
dikurniakan oleh ICRC kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja
kemanusiaan. Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah
diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau.

8

Sejarah Penubuhan

Ø Jawatankuasa Berlima

- Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan
Kebajikan Awam Geneva telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri
dari Gustava Moynier, Dr. Maunior,Dr. Louis Appia, General Dufour
dan Henry Dunant.

- Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Berlima.
Matlamat jawatankuasa ini ialah untuk merangkaperaturan-peraturan
bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang
terkandung dalam buku ‘Kenangan di Solferino’.

- 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen Antarabangsa telah
diadakandi Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah
negara. Di akhir konvensyen ini,para perwakilan telah menerima dan
bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan 3 cadangan untuk
merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah.

- Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang dihadiri
oleh 16buah negara telah memberi peruntukan seperti berikut:

1) Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan
yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa
peperangan.

2) Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan adalah
dilindungi semasa peperangan.

3) Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam iaitu gelangan
tangan dengan lambang palang merah yang berlatarbelakangkan
putih.

9

Ø Konvensyen-konvensyen Geneva 1949

- Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh
penting dalam sejarah kemanusiaan bagi “memperbaiki keadaan
anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang”.

- Sebelum itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undang-
undang tidak dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-dua
mempunyai tujuan yang dianggap pada masa itu adalah bertentangan
di antara satu sama lain.

- Walau bagaimanapun, Pengasas Persatuan Palang Merah, Jean
Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh
digunakan semasa peperangan, dan ianya mampu memberi
perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak
berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan.

- Secara keseluruhannya, terdapat empat Konvensyen Geneva
kesemuanya. Inimerupakan usaha berpanjangan menjangkau masa
selama satu abad untukmemperbaiki aspek-aspek perlindungan yang
digubal semasa Konvensyen Geneva Pertama. Juga adalah dirasai
bahawa terdapat keperluan untuk meluaskan lagi perlindungan
tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.

- Konvensyen Geneva Pertama (1864)
• Palang Merah sebagai perlindungan atas anggota tentera yang
cedera dan sakit di daratan dan kepada pegawai perubatan

- Konvensyen Geneva Kedua (1899)

10

• Melindungi anggota tentera yang cedera, sakit dan yang karam
di laut.

- Konvensyen Geneva Ketiga (1929)
• Memberi perlindungan kepada tawanan perang dan berhak
menerima berita daripada keluarga.

- Konvensyen Geneva Keempat (1949)
• Melindungi orang awam dan harta benda mereka semasa
berlaku peperangan.

11

Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia

1948 – Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan.
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang.
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor.
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.
1961– Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang

Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di
Parlimen.
1962– 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan
Tanah Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No.4 tahun 1962) telah
berkuatkuasa.
1963 – Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
(ICRC) menerima dan mengiktiraf secara rasmi sebagai satu
Persatuan Palang Merah.
– Pada 24 Ogos 1963, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC)
1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan akta

12

Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965)
1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah
ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah dan diwartakan pada 04 September
1975, (Akta 162 – pertukaran nama dan lambang persatuan).
2007 – Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-116 telah
memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM).

Ringkasan Penubuhan

Cawangan Sabah
§ Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan palang Merah
British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah
adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
§ Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April/ Mei tahun
1948. Walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi,
mewujudkan cawangan palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih
awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
§ Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada
tahun 1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan
Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah
ditubuhkan dengan batuan Miss 30 Jordan dan Miss Johnson serta
dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang
Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

13

Tujuan Penubuhan

Matlamat Pergerakan adalah:
• Memberi perlindungan dan meringankan kesengsaraan manusia
di mana sahaja
• Melindungi nyawa dan kesihatan
• Memberi galakan perkhidmatan sukarela dan kesediaan
berterusan untuk membantu ahli-ahli Pergerakan
• Menentukan penghormatan diberi kepada manusia, terutamanya di
waktu konflik bersenjata dan juga kecemasan
• Berusaha ke arah pencegahan penyakit-penyakit dan kebajikan
sosial
• Menghayati perasaan perpaduan yang menyeluruh kepada mereka
yang memerlukan perlindungan dan pertolongannya

Dalam mengejar matlamat ini, Pergerakan akan sentiasa berpandukan
kepada Prinsip-prinsip Asas pergerakan dengan peranan-peranan yang
berikut :

- Melindungi dan menolong orang-orang awam dan anggota-
anggota tentera yang cedera.

- Membekalkan bantuan kecemasan
- Menggalakkan penubuhan dan pembangunan persatuan
- Menjalankan kerja-kerja kemanusiaan

14

Cogan Kata

Cogan kata primer untuk The International Committee of the Red Cross
(ICRC)/Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ialah:

“Inter Arma Caritas”
(In War, Charity)

Cogan kata primer untuk The Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies (IFRC) /Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
ialah:

“Per Humanitatem ad Pacem”
(With humanity, towards peace)

15

Lambang Palang Merah

• Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada
negara Switzerland kerana simbol palang berwarna merah yang
berlatarbelakangkan putih seperti mana warna bendera negara
Switzerland yang diterbalikkan.

• Lambang ini diwujudkan untuk mengenal pasti perlindungan bagi
mereka yang tercedera di masa perang dan kakitangan-kakitangan
yang menjaga dan merawat mereka.

16

Lambang Bulan Sabit Merah

• Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan
Russia, mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai
penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah
menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka
menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan
ambulans mereka.

• Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara Arab dan
negara-negara yang majoriti penduduknya adalah beragama
Islam.

• Kini, sebanyak dua puluh sembilan buah negara telah menggunakan
lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-
kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.

17

• Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva
mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut.

• Lambang hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal
terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-
orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka
yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang menggunakan
lambang ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti.

• Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan
menggunakan lambang ini untuk mengenal pasti bangunan, barang
dan kenderaan kepunyaan mereka. Konvensyen Geneva 1949
menetapkan penggunaan lambang ini sebagai Perlindungan.

• Protokol Tambahan III
§ Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang bebas
daripada konotasi agama, budaya atau politik, dengan status
yang sama di sisi undang-undang seperti Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah
§ Meningkatkan perlindungan untuk pekerja kemanusiaan dan
mangsa konflik bersenjata
§ Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak mahu
menggunakan palang merah atau bulan sabit merah untuk
menyertai Pergerakan ini

18

§ Membolehkan Persatuan untuk menggunakan palang merah
dan bulan sabit merah bersama-sama

§ Mencegah pembiakan lambang.

Mengenalpasti
seseorang atau
objek sebagai

tidak boleh
diserang (tanda
perlindungan).

menunjukkan Peranan memberitahu
bahawa orang Lambang bahawa seseorang
atau objek adalah
berkaitan dengan Palang atau obejk itu
Merah/ adalah di bawah
Pergerakan Bulan Sabit
Palang Merah Merah perlindungan
atau Bulan Sabit undang-undang
Merah (tanda Kemanusiaan
pengenalan).
(tanda
perlindungan).

19

Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia

Ukuran piawai bendera

20

LAGU RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

21

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,
Dengan ini berjanji,
Akan taat setia kepada Tuhan,
Kepada Duli Yang Maha Mulia,

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Pemerintah-pemerintah
Di negeri kami,

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar,

akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-undang yang lain

dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,

akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman dan bencana,

berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia seperti
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN

KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN

22

Prinsip-prinsip Asas BSMM

Terdapat 7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa yang diterima bersama pada tahun 1965 dalam
Persidangan Antarabangsa ke-20.

1. KEMANUSIAAN (Humanity)
- Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka
yang tercedera di medan peperangan serta mencegah dan
meredakan kesengsaraan manusia.
- Menyelamatkan serta melindungi nyawa dan kesihatan,
memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan
kedamaian berkekalan sesama manusia.

2. KESAKSAMAAN ( Impartility)
- Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum,
agama, darjat atau pun fahaman politik dalam kegiatannya.

23

3. KEBERKECUALIAN (Neutrality)
- Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan serta tidak
menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama
dan ideologi.

4. KEBEBASAN ( Independence)
- Palang Merah atau Bulan Sabit Merah bertindak mengikut
prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan
badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.

5. KHIDMAT SUKARELA ( Voluntary Service)
- Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan
badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan
mencari keuntungan.

6. KETUNGGALAN (Unity)
- Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan
Sabit Merah di sesebuah negara.
- Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya
meliputi seluruh negara.

7. KESEJAGATAN (Universality)
- Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa meliputi seluruh dunia.
- Mempunyai dan memegang tanggungjawab bersama serta
saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.

24

APA ITU UUKA?

• Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) adalah
peraturan atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk
menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. Ia melindungi
mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam
peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA
juga dikenali sebagai Undang-undang Peperangan atau Undang-
undang Konflik Bersenjata.

• UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa
awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau
konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim
yang diterima pakai oleh semua negara.

• UUKA tidak menentukan samada sesebuah negara boleh
menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam
Bangsa-bangsa Bersatu dan lain undang-undang lain yang menjadi
kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Akan tetapi,
sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA diguna
pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah
peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata – konflik
antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa.

25

APAKAH PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA?

• UUKA terdiri daripada pelbagai perjanjian antarabangsa yang wujud
sejak 150 tahun yang lalu. Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah
empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada
konvensyen tersebut. Konvensyen Geneva merupakan perjanjian
antarabangsa pertama dalam sejarah moden yang diterima sejagat oleh
semua negara.

• Perjanjian lain menghadkan atau melarang penggunaan senjata dan
taktik ketenteraan tertentu dan melindungi orang dan hartabenda dalam
kategori tertentu. Perjanjian-perjanjian ini termasuklah:
ü Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda
Warisan dalam Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua
protokolnya;
ü Konvensyen Senjata Biologi 1972;
ü Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima
protokolnya;
ü Konvensyen Senjata Kimia 1993;
ü Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api; • Protokol 2006
mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang (Explosive
Remnants of War/ERW).

• Kebanyakan peruntukan UUKA telah diterima pakai sebagai undang-
undang lazim – iaitu sebagai peraturan am di mana semua negara
adalah terikat olehnya. Undang-undang lazim tidak bertulis tetapi oleh
kerana ia diikuti secara sukarela, ia dianggap sebagai undang-undang
yang mengikat kesemua pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata.

26

BILAKAH UUKA DIGUNA PAKAI?

• Undang-undang ini diguna pakai hanya apabila sesebuah konflik
tercebus dan diguna pakai ke atas semua pihak, tanpa mengira siapa
yang memulakan persengketaan tersebut.

• UUKA diguna pakai hanya ke atas konflik bersenjata; ia tidak
merangkumi ketegangan atau kekacauan dalaman seperti tindakan
keganasan berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama lain.

• Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa,
semua pihak mesti mematuhi peraturan-peraturan UUKA, yang mana
membezakan kedua-dua jenis konflik tersebut.

Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya
dua buah negara terlibat. Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-
peraturan yang luas, termasuk keempat-empat Konvensyen Geneva dan
Protokol Tambahan I.

Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah
terbatas dalam sempadan sesebuah negara, yang melibatkan samada antara
angkatan bersenjata dengan kumpulan pemberontak bersenjata, atau
kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu rangkaian
peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan
tersebut terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan
Protokol Tambahan II, yang mana mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat
juga undang-undang lazim yang diguna pakai kepada konflik bersenjata
bukan antarabangsa.

27

PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS

1. Pembatasan:
Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara (senjata)
dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh
adalah TERBATAS.

2. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar:
Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak
wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah, adalah dilarang.

3. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek
awam:
Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah
dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti perbezaan diantara
anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam yang tidak bersalah.

4. Pertimbangan:
Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan
dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara
langsung.

5. Keperluan ketenteraan:
Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik
bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini bukanlah satu alasan
untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang aktiviti yang
dilarang oleh UUKA. Ia juga bukan satu alasan bagi menyokong
kepimpinan yang buruk atau perancangan yang tidak baik. Keperluan
ketenteraan diwajarkan bagi langkah-langkah yang tidak dapat dielakkan
dalam menjayakan misi mereka.

28

Pengurusan Pentadbiran Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah (JAPM) / The International Committee of the
Red Cross (ICRC)

• Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) ICRC
ditubuhkan pada 1863 dengan nama “Jawatankuasa Lima Orang”.
Pada tahuun 1876, jawatankuasa ini dinamakan sebagai
INTERNATIONAL COMMITTEE OF THE RED CROSS (ICRC).
ICRC merupakan sebuah institusi yang bebas dan berkecuali dari
segi politik, ideologi dan agama. Ibu pejabat terletak di Geneva,
Switzerland.

• Bilangan maksima anggota ialah 25 orang dan mereka terdiri
daripada warga Switzerland. Struktur tertinggi organisasi tertinggi
ICRC ialah “PERHIMPUNAN” yang mana anggota ICRC akan
berjumpa lebih kurang 8 kali setahun.

• Struktur kedua ialah “LEMBAGA EXCO” yang terdiri daripada 7
orang anggota yang bertugas untuk mengawasi pentadbiran ICRC
dan melaksanakan dasar-dasarnya.

29

• “DIREKTORAT” ialah bahagian yang bertanggungjawab atas hal
pengurusan dengan dianggotai oleh 2 orang pengarah iaitu Ketua
Pengarah dan Pengarah Operasi.

• Pengarah Operasi menerajui bahagian Operasi dan Agensi Pusat
Mencari manakala Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab atas
bahagian Kewangan & Pentadbiran, Prinsip & Undang- undang,
Penerangan dan Perjawatan.

Peranan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)
Kemanusiaan Antarabangsa

1) Pemaju Konvensyen Geneva:
- Memajukan Undang-Undang Kemaunusian Antarabangsa untuk
kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva.

2) Orang tengah yang berkecuali:
- Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang
bermusuhan;
- Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu
peperangan mendpat perlindungan dan pertolongan.

3) Penjaga prinsip-prinsip:
- Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati;
- Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan
kebangsaan.

30

Kewangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber:

ü Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak
kepada konvensyen Geneva dan European Community (EC);

ü Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Kebangsaan;

ü Sumbangan persendirian;
ü Sumber-sumber lain.

Aktiviti-Aktiviti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM)

1. Perlindungan
- Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat
makanan, tempat kediaman, layanan dan keadaan kerja yang
sepatutnya.
- Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil
tindakan oleh pihak berkuasa.

2. Pengesanan
- Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga
masing- masing.
- Mendapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang
bermusuhan dan memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan
yang terlibat.

31

3. Bahagian Bantuan Umum
- Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai
kepada pihak yang memerlukan.
- Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih
delegasi- delegasi tertentu.

4. Bahagian Perubatan Umum
- Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi.
- Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta
pengeluaran alat-alat prothesis dan ortopedik yang diperlukan
oleh mereka.

32

Pengurusan Pentadbiran Persekutuan Antarabangsa
Palang Merah & Bulan Sabit / The Federation of Red Cross
and Red Crescent Societies (IFRC)

• Persekutuan ini ditubuhkan pada 05 Mei 1919 di Paris secara tidak
langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan
aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan
tawanan perang. Pengasas IFRC, Henry Pomeroy Davison
mengesyorkan agar pertubuhan-pertubuhan disatukan di
persidangan perubatan antarabangsa.

• Nama asal ialah Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah yang mana ahli-ahli pengasas ialah Persatuan Palang
Merah Amerika, England, Perancis, Itali dan Jepun. Pada November
1991, nama Liga Persatuan-persatuan

• Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ditukarkan kepada
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah.

33

Untuk mencapai tujuan utama seperti yang digariskan dalam Artikel
Perlembagaan Persekutuan, fungsi-fungsi persekutuan adalah
seperti yang berikut:

- Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan,
penyelarasan dan pengkajian di antara Persatuan-persatuan
Kebangsaan dan untuk memberi mereka apa jua pertolongan
yang diminta;

- Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap
negara penubuhan & pembangunan Persatuan Kebangsaan
yang bebas serta diikiraf;

- Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua
mangsa-mangsa bencana alam.

- Untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam
persediaan bantuan bencana dan juga dalam operasinya;

- Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan
antarabangsa selaras dengan “Prinsip-Prinsip dan Peraturan-
Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah” yang diterima pakai oleh Persidangan
Antarabangsa;

- Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-
Persatuan Kebangsaan dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga
kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat dengan
kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu;

34

- Menggalak dan menyelaras di antara Persatuan-persatuan
Kebangsaan,pertukaran idea bagi pendidikan kanak-kanak dan
belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk menjalin
perhubungan persaudaraan di antara belia-belia daripada
semua negara;

- Membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk
pengambilan masuk ahli-ahli daripada penduduk dan memupuk
prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pergerakan;

- Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik
bersenjata selaras dengan perjanjian–perjanjian yang dibuat
dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(JAPM/ICRC);

- Membantu JAPM/ICRC memaju dan membangunkan undang-
undang kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama dalam
penyebaran undang-undang ini & Prinsip-prinsip Asas di antara
Persatuan-persatuan Kebangsaan;

- Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-persatuan di peringkat
antarabangsa. Di antaranya adalah dalam urusan yang
bersangkutan dengan keputusan & perakuan yang diterima-
pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan serta menjadi
penjaga kepada keutuhannya dan pelindung kepada
kepentingannya;

- Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh
Persidangan Antarabangsa.

35

IFRC ditadbir melalui:

1. Perhimpunan Agung
- 2 tahun sekali.
- Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan yang diihadiri oleh
perwakilan daripada Persatuan-Persatuan Kebangsaan.

2. Majlis Eksekutif
- Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan
Agung.
- Terdiri daripada Presiden, 8 orang Timbalan Presiden yang
dilantik olehmpersatuan-persatuan kebangsaan yang dipilih dan
16 Persatuan Kebangsaan yang dipilih oleh Perhimpunan
Agung.

3. Suruhanjaya Statut (Statutory Commissions)
- Terdapat lima suruhjaya iaitu Kewangan, Belia, Bantuan
Bencana, Pembangunan dan Kesihatan & Perkhidmatan
Masyarakat.

4. Sekretariat
- Beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
- Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan
Agung atas nasihat Majlis Eksekutif.
- Menghantar Laporan Tahunan kepada semua Persatuan-
persatuan Persekutuan.
- Sebagai jurucakap kepada Persatuan-persatuan dalam hal-
ehwal antarabangsa.

36

Struktur dan Organisasi Peringkat Institusi Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM)

STRUKTUR CAWANGAN LATIHAN BSMM INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENAUNG
Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong

PRESIDEN
Perdana Menteri

TIMBALAN PRESIDEN
Menteri Pendikan

KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN

MAJLIS INSTITUT
PENDIDIKAN GURU

27 KAMPUS IPGK
(19 SEMENANJUNG)

(4 SABAH)
(4 SARAWAK)

DALAM PEKHIDMATAN PRA PERKHIDMATAN
SISWA IPG KAMPUS
SEKOLAH-SEKOLAH DI 37
BAWAH ZON IPGK

MELALUI LATIHAN CPD

Senarai Nama Ahli-ahli - IPGM
- IPGM
Jawatankuasa Majlis Tadbir IPGM - Lantikan
- Lantikan
1. Penaung - REKTOR - Lantikan
2. Pengerusi - Timbalan Rektor Kanan - Lantikan
3. Timbalan Pengerusi - Lantikan
4. Naib Pengerusi I - Lantikan
5. Naib Pengerusi II - Lantikan
6. Setiausaha - Lantikan
7. Bendahari - Lantikan
8. Pengarah Latihan - Lantikan
9. PP Pertolongan Cemas - Lantikan
10. PP PEND. PM/BSM & UUKA - Lantikan
11. PP Pengurusan dan Pentadbiran - Lantikan
12. PP UUKA - Lantikan
13. PP Pendidikan Kesihatan - Lantikan
14. PP BOM - Lantikan
15. Ketua Zon Tengah - Lantikan
16. Ketua Zon Utara
17. Ketua Zon Selatan
18. Ketua Zon Sabah
19. Ketua Zon Sarawak

38

ORGANISASI BSMM PERINGKAT INSTITUSI
(CABANG/CHAPTER)

PENAUNG
(Pengaraj Institusi)

PENGERUSI Ex- Officio
(Ketua Pensyarah Penasihat) SUG & Penyelaras Unit
Beruniform, Ketua ZON
NAIB PENGERUSI
(tidak melebihi 2 pensyarah jurulatih)

SETIAUSAHA KEHORMAT
(Pensyarah Penasihat)

BENDAHARI KEHORMAT
(Pensyarah Penasihat)

QUARTER MASTER
(Pensyarah Penasihat/ Jurulatih)

PENGERUSI / PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL

(boleh dipegang oleh pensyarah / Ketua Guru Pelatih
mengikut semester)

1-UNTUK 2-UNTUK 3-LATIHAN 4-PENERANGAN
TINDAKAN DAN SUMBER
KECEMASAN DERMA DAN KUTUPAN
DARAH TENAGA DERMA

39

Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan

STRUKTUR ORGANISASI DAN PANGKAT PASUKAN
BSMM SEKOLAH RENDAH
PENAUNG
Guru Besar
(3 bintang)

PEMIMPIN
Ketua Guru Penasihat

(2 bintang)

PENOLONG PEMIMPIN
Guru-Guru Penasihat
(1 bintang)

Fungsi Majlis Tadbir Kebangsaan

Majlis Kebangsaan
• Mempunyai kuasa tertinggi untuk menentukan semua urusan dalam
persatuan.

Komponen
• Pengerusi Kebangsaan
• Timbalan Pengerusi Kebangsaan
• 4 orang Naib Pengerusi (Pengerusi Cawangan + Bendahari Kebangsaan)
• Pengerusi bagi
• Tindakbalas kecemasan
• Perkhidmatan ambulans
• Program darah
• Perkhidmatan masyarakat dan kesihatan
• IHL dan hal undang-undang
• Latihan dan sumber manusia
• Hal antarabangsa

40

• Tabung kewangan
• Bangunan
• Pengurusan
• 5 orang ahli yang dilantik.
• 2 wakil daripada Cawangan.
• Ketua pegawai perubatan bahagian Tentera.
• Ketua Persatuan Perubatan Malaysia.
• 1 wakil daripada Kementerian Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar
Negeri, Kesihatan, Dalam Negeri, Kebajikan dan Belia dan Sukan.

Kuasa Majlis
• Pengurusan, harta benda persatuan.
• Keahlian.
• Mencadangkan Setiausaha Agung Persatuan
• Menambahkan dan mengubahkan peraturan

Pengurusan dan Pentadbiran

Pendaftaran ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)

Penerimaan dan Yuran Keahlian
• Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di Sekolah Rendah

samada sekolah tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah swasta atau
sekolah Persendirian di dalam negara Malaysia.
• Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6
dikategorikan sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam Keahlian
Bulan Sabit Merah (Sekolah Rendah) atau dipanggil “Red Cross Link”

Kaedah Pendaftaran Unit
• Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada setiap murid sebanyak

RM1.00 (Satu Ringgit) setahun.

41

• Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu
Pejabat Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya 12 orang ahli kanak-kanak.

• Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
Ibubapa/Penjaga masing-masing sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di
sekolahmasing-masing.

Sijil Pendaftaran Unit Kanak-Kanak
• Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan

diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit
melalui Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.

Borang-Borang BSMM Mengenai Unit Kanak-Kanak
• Guru pemimpin unit kanak-kanak hendaklah mengisikan borang pendaftaran
unit dan menyerahkan borang tersebut bersama-sama borang keahlian
tahunan kepada cabang dan seterusnya kepada cawangan untuk disahkan.

Sijil Keahlian Kanak-Kanak
• Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-12 (tahap 4,5,6) yang
didaftarkan didalam Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan diberikan Sijil
Keahlian Kanak-Kanak.
• Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang
diselaraskan bersama oleh Cabang.
• Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah rendah selepas tamat Darjah 6
boleh menyambung keahlian mereka di sekolah menengah dengan
mendaftarkan diri di Pasukan Belia Sekolah Menengah.

42

Struktur dan Organisasi Di Sekolah Menengah

STRUKTUR ORGANISASI DAN PANGKAT PASUKAN
BSMM SEKOLAH MENENGAH
PENAUNG
Pengetua
(1 mahkota)

PEMIMPIN
Ketua Guru Penasihat

(3 bintang)

PENOLONG PEMIMPIN
Guru-Guru Penasihat
(2 bintang)

KETUA UTAMA SEKSYEN
Pengerusi Unit
(Sarjan Mejar)

KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN
Naib Pengerusi Unit Naib Pengerusi Unit Naib Pengerusi Unit

(Sarjan) (Sarjan) (Sarjan)

PENOLONG-PENOLONG PENOLONG-PENOLONG PENOLONG-PENOLONG
KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN KETUA SEKSYEN

Mengikut keperluan sekolah Mengikut keperluan sekolah Mengikut keperluan sekolah
(Koporal/ Lans koporal) (Koporal/ Lans koporal) (Koporal/ Lans koporal)

AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI
AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI AHLI

43

Tanggungjawab Pemimpin

Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai dan ahli mengetahui
dan memahami peraturan dan undang-undang Persatuan. 'Kejahilan atau
Tidak Tahu' tidak boleh diterima sebagai alasan tidak mematuhi peraturan
dan undang-undang.

1) Pentadbiran
- Pendaftaran Ahli
- Insuran Ahli
- Kad Ahli
- Kewangan
- Perlantikan
o Ketua Utama Seksyen
o Ketua Seksyen
o Penolong Ketua Seksyen
- Tauliah

2) Latihan
- Perjumpaan mingguan
- Program Latihan dan
- Peperiksaan
- Kursus
- Kecekapan Ahli
- Lencana kecekapan

3) Tatatertib
- Tatatertib dalam pasukan.

44

- Melahirkan ahli yang berdisplin
4) Aktiviti

- Kerja Kemasyarakatan
- Pembangunan Belia
- Program Darah
- Menjaga Kesihatan Asas
- Program Anti-Dadah
- Lawatan ke Hospital
- Lawatan ke rumah orang tua
- Perkhemahan
- Lawatan sambil belajar
- Gotong royong dan lain-lain

5) Pakaian Seragam
- Menentukan ahli mempunyai Pakaian Seragam mengikut
peraturan

6) Kebajikan Ahli
- Masalah,
- Sakit dan lain-lain

45

Ketua Utama Seksyen

Ketua Utama Seksyen bertanggungjawab menjaga semua Seksyen
dalam pasukannya. Dia akan menjalankan semua tugas yang
diamanahkan oleh Komandan. Semasa ketiadaan semua pegawai tinggi
dalam pasukannya, tugas-tugas pasukan akan dipikul oleh Ketua Utama
Seksyen.

Ketua Seksyen

Ketua Seksyen biasanya bertanggungjawab menjaga Seksyen atau
Seksyen-seksyen dan membantu melatih dan menjaga displin ahli-ahli
Seksyen di bawah jagaannya. Selain dari tugas-tugas itu, ia mungkin
dikehendaki melaksanakan tugas kesetia-usahaan seperti yang
diarahkan oleh Komandannya. Semasa ketiadaan semua pegawai kanan
dan Ketua Utama Seksyen, tugas dan tanggungjawab pasukan akan
dipikul oleh Ketua Seksyen.

Pengurusan folio/Buku Log
Kandungan buku log / folio yang dilengkapi dengan butiran:

- Biodata
- Laporan bagi setiap aktiviti / perjumpaan mingguan
- Nota bagi tajuk-tajuk yang berkaitan
- Bahan-bahan lampiran serta gambar / grafik
- Sumber rujukan

46

PAKAIAN SERAGAM BSMM – LELAKI

47

48

49


Click to View FlipBook Version