The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AFIFAH BINTI AHMAD IPG-Pelajar, 2024-03-21 15:07:31

RPH Maharat Al-Quran Tingkatan 4

RPH MAHARAT TING 4-merged

RANCANGAN PEGAJARAN HARIAN MAHARAT AL-QURAN TINGKATAN 4 IBNU SINA 1. Mata Pelajaran Maharat al-Quran (Qiraat) 2. Kelas/Tingkatan Tingkatan 4 Ibnu Sina 3. Tarikh/Hari 20 Mac 2024/ Isnin 4. Masa 10.00 pagi hingga 11.00 pagi 5. Bilangan Pelajar 25 orang 6. Tajuk Biodata Imam Qalun Dan Manhajnya Dalam Qiraat 7. Pengetahun Sedia Ada Murid-Murid Telah Belajar Pengenalan Ilmu Qiraat Dan Biodata Imam Nafi’. 8. Standard Kandungan 8.0 Biodata Imam Nafi’ Al-Madani Dan PerawiPerawinya Dan Manhaj Qiraat Kedua-Duanya Beserta Aplikasi 9. Standard Pembelajaran 8.2 Menerangkan Biodata Imam Qalun 8.3 Menjelaskan Manhaj Giraat Bagi Imam Qalun Pada: 8.3.1 Bab Basmalah 8.3.2 Bab Mim Jama' 8.3.3 Bab Mad Dan Qasr 10. Objektif Pembelajaran Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Dapat: 1. Menyatakan Biodata Ringkas Imam Qalun Dengan Betul Setelah Aktiviti Penerangan Dan Perbincangan. 2. Menerangkan Bacaan Qalun Pada Bab Basmalah, Bab Mim Jama' Dan Bab Mad Dan Qasr Dengan Jelas Setelah Tayangan Video Dan Audio.


3. Membezakan Bacaan Qalun Dengan Bacaan Hafs Dengan Tepat Setelah Aktiviti Aplikasi Interaktif. 4. Menganalisis Manhaj Imam Qalun Pada Ayat Al-Quran Dengan Tepat Setelah Penerangan Guru. 11. Kemahiran Berfikir Menjana Idea: Menghubungkait dan membanding beza manhaj bacaan Qiraat Qalun dan Hafs 12. Gabungjalin Tajwid: Aplikasi hukum tajwid dalam bacaan AlQuran 13. Penyerapan Teknologi Penerapan Nilai Bersungguh-sungguh, khusyuk, bertanggungjawab, bersemangat. 14. E.M.K Teknologi Maklumat dan Komunikasi 15. Penilaian PdP Pemerhatian: Melihat pelajar menjawab soalan yang telah diberikan Kerja Berkumpulan: Pelajar saling bekerjasama dalam menjawab soalan yang diberikan Perekodan data: Mengambil dan menilai data terkumpul melalui aktiviti interaktif yang telah dijalankan 16. Bahan Bantu Mengajar 1. Google Site 2. Slaid 3. Audio 4. Video


LANGKAH/ MASA ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Mukadimah 2 MINIT Memahami dan menghayati bacaan doa sebelum belajar. 1. Pelajar membaca doa belajar 2. Pelajar ditanya tentang kesediaan untuk belajar Penerapan Nilai: 1. Khusyuk 2. Adab BBM: Poster doa belajar Set Induksi 5 MINIT Tayangan video bacaan Qalun pada surah AlFatihah 1. Pelajar ditayangkan sebuah video bacaan Qalun pada Surah AlFatihah 2. Pelajar menjawab set soalan pencetus idea yang disediakan dalam Jamboard Kaedah: Berpusatkan bahan Penerapan Nilai: Ketelitian BBM: 1. Youtube 2. Jamboard Langkah 1 11 MINIT Penerangan biodata imam Qalun 1. Pelajar diberi penerangan mengenai biodata ringkas mengenai imam Qalun dalam bentuk slaid 2. Pelajar menjawab soalan daripada aplikasi Quizizz dan Hot Potatoes Kaedah: 1. Berpusatkan bahan 2. Soal Jawab Penerapan Nilai: Fokus BBM: 1. Slaid Canva 2. Quizizz 3. Hot Potatoes


Langkah 2 11 MINIT Manhaj Basmalah, Mad Qasr dan Mim Jama’ bagi imam Qalun 1. Pelajar diberi penerangan manhaj bacaan Qalun iaitu Manhaj Basmalah, Mad Qasr dan Mim Jama’ dalam bentuk video 2. Pelajar menjawab soalan dalam aplikasi Nearpod dan Wordwall. Kaedah: 1. Berpusatkan bahan 2. Soal Jawab Penerapan Nilai: 1. Teliti 2. Fokus BBM: 1. Nearpod 2. Wordwall Langkah 3 15 MINIT Membezakan manhaj imam Qalun dan imam Hafs 1. Pelajar diperdengarkan petikan ayat Quran Surah Quraisy bagi Riwayat Hafs dan Qalun 2. Pelajar menjawab soalan di dalam Padlet dan Hot Potatoes. Kaedah: 1. Pengukuhan 2. Soal Jawab Penerapan Nilai: 1. Kerjasama 2. Berani BBM: 1. Padlet 2. Hot Potatoes Pentaksiran 5 MINIT 1. Pelajar menjawab soalan Pentaksiran Formatif yang telah disediakan oleh guru iaitu membaca Surah Al-Baqarah ayat 1-5 dengan bacaan imam Qalun menggunakan Mushaf Riwayat Qalun. Penerapan Nilai: 1. Jujur 2. Teliti 3. Amanah 4. Bertanggungjawab BBM: E-Mushaf Google Form


2. Pelajar membuat rakaman bacaan dan penghantaran audio di dalam Google Form menguji pemahaman pelajar secara individu. Penutup 2 MINIT 1. Pelajar membuat rumusan sepanjang pembelajaran interaktif di dalam aplikasi Google Slide 2. Pelajar diberi tugasan untuk membuat persediaan bacaan Riwayat Qalun bagi Surah Al-Baqarah ayat 6-10. Penerapan Nilai: 1. Jujur 2. Berusaha 3. Amanah 4. Menuntut ilmu BBM: Google Sheets Google Form


Click to View FlipBook Version