The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROJEK PANDUAN TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adminpss, 2021-09-05 06:21:21

BUKU PROJEK PANDUAN TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

BUKU PROJEK PANDUAN TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PANDUAN SUDUT PIDATO

1- Ambil buku laporan sudut pidato yang terletak di dalam laci
kaunter pusat sumber sekolah pada waktu rehat pengawas PSS
ataupun sebelum rehat untuk mengelakkan terlambat.

2- Bagi mereka yang menjaga tugas dalam waktu rehat satu pastikan
anda berada di foyer kantin pada atau sebelum:
REHAT 1: 10.00a.m. (Isnin hingga Khamis)
REHAT 1: 9.30a.m. (Jumaat)
REHAT 2: 10.30a.m. (Isnin hingga Khamis)
REHAT 2: 10.00a.m. (Jumaat)

3- Sediakan mikrofon dan pembesar suara sebelum murid mula
membaca teks mereka. Pastikan speaker tidak diturunkan dan wayar
mic digulungkan dengan kemas.

4- Sementara menunggu ketibaan murid, tulis tarikh, minggu dan
menyediakan semua maklumat yang diperlukan pada buku.

5- Tuliskan nama penuh, kelas dan remarks ucapan yang diberikan
oleh murid tertentu.

6- Tulis perkara yang penting sahaja dan pastikan suara murid boleh
didengar daripada mikrofon.

7- Pinjam teks yang dibaca oleh murid tertentu jika tidak sempat
menyalin semua perkara yang penting dan memulangkannya semula
setelah digunakan.

8- Pastikan menulis tandatangan dan nama, dan jika anda ganti untuk
seseorang menulis tandatangan dan nama anda dan nama orang yang
anda ganti untuk.

9- Lukis garisan pada akhir laporan sebagai tanda penamat laporan.

10- Selepas itu perlu meletakkan mikrofon dan pembesar suara di
tempat yang betul dan dengan cara yang teratur.

11- Kemudian anda boleh kembali ke perpustakaan dan letakkan buku
itu di tempat yang betul.

➢ Sekiranya anda tidak dapat melakukan tugas anda dengan
alasan apa-apa pastikan anda mempunyai seseorang untuk
menggantikan anda.

➢ Cuba pastikan anda tidak lewat untuk tugas anda dan cuba
untuk tidak melupakan tarikh yang anda telah tugas
menyebabkan ia memberi kesan kepada imej PSS.

➢ Setiap hari bahasa yang berbeza akan digunakan.
Isnin – Bahasa Melayu
Selasa – Bahasa inggeris
Rabu – Bahasa Melayu
Khamis – Bahasa Inggeris
Jumaat- Bahasa lain (bahasa Cina, Arab, Jepun , dll…)

versi lengkap daripada laporan sudut pidato

Sistem Pinjam-Pulang Buku
1. Membuka Google Chrome & taip ‘Tarantula’ atau memasuki
link http://pss.tarantula.my/

2. Kemudian, pasti lokasi, negeri & sekolah adalah seperti berikut
dan klik ‘Login Now’

3. Masukkan nombor kad pengenalan ke dalam No. Ahli &
Katalaluan (999). Kemudian klik ‘Login’

4. Klik kepada Pinjam-Pulang Bahan yang boleh dijumpai dalam
bahagian Sirkulasi

5. Kemudian, pilih kelas pelajar serta nama pelajar dalam Carian
Ahli (Secara Manual) ATAU memasukkan nombor kad
pengenalan pelajar dalam Carian Ahli (Auto Scan).
*Jika sistem belum dikemaskini, gunakan kelas tahun
sebelumnya.

6. Bagi pinjaman, anda perlu masukkan Barcode Bahan (terdapat
dalam muka surat pertama pada buku) pada kotak kosong
sebelah Imbas Barcode Bahan. Anda juga perlu memastikan
Tarikh Pulang adalah pada hari bersekolah

7. Bagi pulangan, anda perlu memasukkan Barcode Bahan yang
hendak dipulang pada kotak kosong sebelah Imbas Barcode
Bahan. Jika murid tersebut lambat pulang, mereka akan
mendapat denda tertunggak yang berjumlah RM 0.20 satu hari.

Denda Tertunggak
1. Apabila pelajar pulang lambat, maka mereka dikenakan

bayaran denda.

2. Pelajar perlu membayar denda tersebut. Klik pada Bayaran
Denda. Kemudian, masukkan tarikh bayaran, jenis bayaran
dan jumlah bayaran. Murid boleh bayar secara ansuran. Duit
tersebut perlu diserahkan kepada GPM untuk disimpankan
dalam Tabung PSS.

Laminate & Binding:

LAMINATE/LAMINA:

Barang-barang yang perlu disediakan:

~Kertas untuk dilamina
~Plastik lamina
~Mesin lamina

Langkah:
1)Masukkan kertas yang harus dilamina ke dalam plastik lamina.

Plastik lamina
2)Sediakan mesin lamina ,seterusnya panaskan mesin tersebut
sehingga lampu warna hijau menimbul .

3)Selepas itu,menutup suis yang memanaskan mesin tersebut untuk
mengelakkan kebakaran.

4)Kemudian,letakkan kertas yang perlu dilamina ke dalam mesin
lamina itu.

5)Di samping itu,selepas mesin dipanaskan anda diminta untuk
menekan button COLD.

6)Akhir sekali,mesin akan mengambil masa lebih kurang seminit
untuk lamina kertas itu dan kertas itu akan dikeluarkan daripada
belakang mesin.

BINDING

Barang -barang yang perlu disediakan:
~Mesin binding
~Binder
~Kertas untuk binding
Langkah:
1)Menebuk dahulu kertas yang perlu bind.

2)Letakkan pembinder dalam mesin binding.
3)Pembinder itu haruslah diletakkan di belakang mesin.

4)Selepas itu,tarik pemegang itu belakang.

5)Kemudian,letakkan kertas di atas mesin binder .
6)Seterusnya,tarikkan pemegang ke depan.

7)Akhir sekali,keluarkan kertas yang telah siap binding.

CARA FOTOSTAT DOKUMEN, KAD PENGENALAN DIRI MENGUNAKAN MESIN
CETAK. (HITAM PUTIH / WARNA)

PROSEDUR SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN PENCETAK.

1. PASTIKAN MESIN CETAK BERADA DALAM KEADAAN BAIK.
2. PASTIKAN SUIS KUASA ELEKTRIK TELAH DIHIDUPKAN.
3. PASTIKAN KERTAS BERSAIZ A4 DISEDIAKAN DI TRAY PAPER SUPPLY.
4. PASTIKAN MESIN CETAK DIPASANG DENGAN KABEL KE CPU KOMPUTER

PROSEDUR SEMASA MENGGUNAKAN MESIN PENCETAK.

1. SEDIAKAN DOKUMEN UNTUK DI FOTOSTAT.
2. LETAKKAN DOKUMEN YANG HENDAK DICETAK/FOTOSTAT DI PERMUKAAN CERMIN

PENGIMBAS UNTUK DI FOTOSTAT. TUTUP PENGIMBAS.
3. PASTIKAN BILANGAN CETAKAN DIKEHENDAKI DIMASUKKAN DI BUTANG HITAM

PUTIH ATAU WARNA.
CONTOH : BILANGAN YANG DI KEHENDAKI 3 HELAI, TEKAN (3) KALI PADA BUTANG
‘BLACK’ UNTUK CETAKAN HITAM PUTIH ATAU BUTANG ‘COLOUR’ JIKA MAHUKAN
DOKUMEN BERWARNA.

PROSEDUR FOTOSTAT KAD PENGENALAN DIRI DI MESIN PENCETAK.

1. LETAKKAN KAD PENGENALAN DIRI BAHAGIAN YANG MEMPUNYAI MUKA TERLEBIH
DAHULU DI ATAS CERMIN PENGIMBAS. TUTUP PENGIMBAS. TEKAN BUTANG ‘BLACK’
ATAU ‘COLOUR’ UNTUK CETAKAN.

2. AMBIL SEMULA KERTAS YANG TELAH ADA CETAKAN BAHAGIAN MUKA DAN
LETAKKAN DI ‘TRAY PAPER SUPPLY.’

3. TUKAR KEDUDUKAN KAD PENGENALAN KEPADA BAHAGIAN BELAKANG DAN
LETAKKAN DI SEBELAH BAWAH SEDIKIT BERBANDING KEDUDUKAN BAHAGIAN MUKA
HADAPAN.

4. TUTUP PENGIMBAS. TEKAN BUTANG ‘BLACK’ ATAU ‘COLOUR’ UNTUK CETAKAN.


Click to View FlipBook Version