The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dec09212127, 2023-08-27 06:05:23

BOOK PORTFOLIO ART & CRAFT

BOOK PORTFOLIO ART & CRAFT

Portfolio Journey Art DECE4213 ART CRAFT FOR YOUNG CHILDREN DISEDIAKAN OLEH: SHARIFAH NURIN NABILAH BINTI SYED SUHAIMI DEC09212127 SEPTEMBER 2021 SEMESTER 6 DISEDIAKAN UNTUK: PUAN SYAZA NAJIHAH RAHIM


Minggu 1 Kad Ucapan Hari Guru Objektif Membuat kad hari guru merupakan tanda penghargaan kepada guru atas segala ilmu dan bakti mereka kepada saya. Ini merupakan salah satu cara untuk membalas jasa guru dan dapat menghargai para guru yang memberikan bimbingan dan pengajaran kepada saya. Selain itu, dapat meningkatkan kesedaran diri dan masyarakat tentang peranan penting para guru dalam membentuk masa hadapan generasi muda. Seterusnya, membuat kad hari guru ini dapat memberi peluang kepada saya untuk memupuk minat dan memperkembang kemahiran dalam bidang seni visual. Ia juga dapat berfikir secara kreatif untuk mengembangkan kemahiran asas dalam kegiatan seni visual serta mencungkil bakat terpendam dalam diri. Contohnya, pemilihan


Kertas lukisan Kertas warna Krayon Sticker Pen warna Gam Gunting Bahan-bahan Kanak-kanak dapat meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan kad ucapan yang menarik Kanak-kanak dapat menggunakan kemahiran motor halus Kanak-kanak dapat menikmati perasaan gembira semasa menghasilkan kad ucapan Kanak-kanak dapat berdikari dan akan lebih menghargai guru di masa akan datang Faedah kepada kanak-kanak warna, bahan dan kata-kata positif. Di samping tu, membuat dan menghasilkan kad ucapan ini sangat menyeronokkan bagi saya kerana boleh lakukan secara bebas mengikut kreativiti dan cara masing-masing bersama rakan di dalam kelas. Akhir sekali, daripada membuat kad hari guru ini saya dapat memupuk perasaan sayang dan menghargai guru-guru dengan lebih mendalam.


Capan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan medium basah dan di sapukan pada sesuatu pemukaan. Melalui teknik mengecap capan ini saya berasa gembira dapat meluahkan emosi dan perasaan semasa melakukannya. Capan selalunya menceritakan sesuatu peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud, capan juga membolehkan seseorang meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui imej visual. Ia juga, dapat mengasah kreativiti dan memupuk minat saya untuk menyelesaikan capan ini dengan sempurna dan sehabis baik. Selain itu, saya juga mempelajari jenis media catan iaitu capan cat air yang menggunakan teknik basah atas basah, basah atas kering dan kering atas kering. Teknik basah atas basah ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. MINGGU 2 CAPAN DAN MESYUARAT TEATER Definisi


Warna air Berus cat Span Kentang Bendi Carrot Daun kering Teknik ini sesuai apabila mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding serta latar belakang untuk lukisan alam benda. Selain itu, teknik basah atas kering merupakan lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini sesuai digunakan pada permukaan yang luas, cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada. Di samping itu, teknik atas kering ini pula adalah warna yang melekat pada berus tidak banyak jika banyak perlu sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain tetapi tidak tebal dan sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana persekitaran. Bahan-bahan


Lukis corak bunga pada kentang atau carrot menggunakan pen Ukir corak bunga yang dilukis menggunakan pisau yang tajam Warnakan kentang dan carrot pada bahagian yang bercorak sahaja Tekap kentang, bendi atau carrot pada kertas lukisan dengan kemas Tunggu beberapa saat supaya tekap tidak comot Langkah-langkah Pertama, saya dapat menambah ilmu pengetahuan baharu tentang teknik capan dan cara merancang tugasan kerja saya dengan baik. Selain itu, saya dapat mempelajari dalam dalam merancang masa, bahan-bahan yang sesuai dan berkesan semasa menjalankan aktiviti capan ini. Kesimpulan Aktiviti Capan


Selepas membuat aktiviti capan saya dan rakan-rakan dikehendaki hadir untuk mesyuarat persembahan teater bersama pihak pensyarah untuk menjayakan program kami 'The Childhood-preneur Days'. Selain itu, pemilihan jawatankuasa juga dilaksanakan dan kami membuat perbincangan di dalam kumpulan unit masing-masing. Saya dan rakan-rakan mengambil bahagian setiap satu unit selepas mendengar taklimat yang di sampaikan oleh pensyarah. Antara unit yang diperlukan adalah unit kostum, unit prop, unit multimedia, unit pementasan, unit tatarias, unit merchandise dan lain-lain. Mesyuarat teater


Batik merupakan salah satu teknik popular dalam penghasilan kain batik dalam industri tempatan masa kini. Aktiviti mencanting batik ini didedahkan dengan kraftangan tradisional warisan negara. Pada 25 Mei saya dan rakanrakan telah pergi ke ‘Cwoks Batik Workshop’ di Jalan Conlay untuk melakukan aktiviti mencanting batik. Kedai ini dibuka pada 10:00 pagi hingga 5:30 petang pada setiap hari. Sebelum datang, perlu membuat temujanji terlebih dahulu disebabkan guru di sini mengajar kelas di luar. Di sini juga boleh menempah lukisan muka yang dikehendaki mengikut saiz dan citarasa serta menjual hasil mencanting batik sebagai perhiasan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, jenis batik terbahagi kepada dua iaitu batik canting atau lukisan tangan dan batik blok atau terap seperti mengecap. Batik canting atau lukis tangan ini biasanya satu corak sahaja dalam dunia yang telah dilukis. Sebelum mencanting batik saya diperkenalkan dengan maklumat mengenai batik terlebih dahulu dan bahan-bahan iaitu pen khas untuk mencanting yang menggunakan dakwat lilin yang telah dipanaskan, pewarna air dan berus warna air .Untuk membezakan produk batik canting dengan batik cetak, batik canting mempunyai corak yang sama di hadapan dan di belakang fabrik kerana dakwat digunakan menembusi fabrik tersebut. Sebaliknya, batik cetak mempunyai corak berbeza di hadapan dan di belakang fabrik. Contoh batik cetak yang ada di pasaran ialah kebanyakannya tudung bawal bercorak. Jadi perlu berhati-hati jika ingin membeli di luar bagi mengelakkan diri tertipu. Seterusnya, sebelum memulakan proses mewarna saya diberi arahan untuk melukis corak batik yang ringkas di MINGGU 3 MENCANTING BATIK Refleksi Mencanting Batik


atas kertas yang bersaiz A4 dan menekap di atas kain yang telah disediakan oleh guru. Guru mengajar cara menekap dengan betul menggunakan pensel terlebih dahulu dan boleh memilih sama ada mahu menekap di bahagian depan atau belakang kanvas kain, tetapi selepas menggunakan pensel perlu menggunakan lilin untuk melukis ‘boarder’ mengelilingi bingkai kanvas kain. Proses melilin mengikut hasil lukisan di atas kanvas kain bertujuan untuk menghalang warna daripada merebak. Lilin batik ini terdiri dari campuran pelbagai bahan pokok lilin seperti damar, gondorukem dan parafin. Selain itu, cara untuk memegang pen canting itu boleh mengikut keselesaan masingmasing semasa mencanting batik. Apabila mengambil lilin, goyangkan pen dan tuang lilin kembali ke dalam bekas agar lilin cair semula dan tidak kering serta perlu lakukan beberapa kali sebelum mula mencanting. Pada awalnya cecair lilin itu akan keluar besar, jadi saya perlu mengelap terlebih dahulu dan memulakan lilin di corak yang lebih besar. Di samping itu, warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah serta untuk mendapatkan kontra warna cerah dan gelap, ia perlu menggunakan pelbagai teknik warna untuk mewarna batik. Jika hendak mencampur warna lain berus perlu di basuh dahulu dan jika ingin kelihatan kontra perlu campur air ketika warna. Antara teknik-teknik batik adalah teknik semburan iaitu menggunakan berus dan air dan teknik menarik. Seterusnya, sodium silikat digunakan untuk mematikan warna supaya warna tidak luntur apabila di basuh dan dibiarkan beberapa minit sehingga kering. Akhir sekali, hasil kerja mencanting batik itu boleh di simpan menjadi koleksi hasil tangan sendiri dan boleh juga menjual kepada orang yang hendak membelinya. Aktiviti mencanting batik ini sangat menyeronokkan dan disyorkan kepada kanak-kanak dan pelancong juga. Ia dapat meransang kanak-kanak untuk menghasilkan karya kreatif dan didedahkan dengan domain pembelajaran secara kognitif dan juga secara psikomotor.


GAMBAR Saya dan jannah melukis corak bunga yang ringkas di atas kanvas kain menggunakan cairan lilin yang telah di panaskan. Guru menunjukkan cara untuk menekap corak batik dan garisan yang putus di atas kanvas dengan betul dan cara mewarnakan corak dengan campuran air.


GAMBAR Hasil kerja saya dan jannah Guru sedang menunjukkan cara mengikuti garisan corak yang dilukis dengan pensel menggunakan cecair lilin.


Minggu 4 Face Painting Face painting adalah seni melukis dengan menggunakan wajah. Tujuan face painting adalah untuk munculkan karakter dari seseorang, biasanya wajah di lukis dengan berbagai karakter seperti bentuk haiwan, bunga, kartun dan sebagainya. Ia juga digunakan dalam drama lakonan, persembahan tarian dan drama muzikal tetapi boleh juga untuk malakukan aktiviti face painting ini pada masa lapang bersama rakan dan keluarga. Seterusnya, face painting hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang singkat tetapi jika menjaga dengan cara yang betul boleh bertahan seharian tanpa comot. Semasa melakukan face painting di dalam kelas pada rakan, saya berasa teruja untuk mencuba melukis pada wajahnya dengan corak bunga yang dipilih, saya lukis pada pipi dengan menggunakan berus yang disediakan. Objektif


Aktiviti face painting ini dapat mengasah kemahiran dan bakat serta imaginasi yang ada pada diri seseorang. Ia juga memerlukan kesabaran dan ketelitian semasa melukis pada wajah seseorang untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Di samping itu, untuk memilih cat face painting tidak boleh sebarangan kerana bimbang jika mengandungi bahan merkuri dan arsenik, bahan yang berbahaya ini boleh menyebabkan ruam merah atau gatal-gatal pada kulit. Untuk membeli cat face painting perlulah membaca terlebih dahulu pada label dan ia perlu memiliki bahan-bahan yang boleh digunakan untuk kulit manusia serta tidak menimbulkan iritasi pada wajah dan mudah untuk dibersihkan. Akhir sekali, hindari penggunaan di sekitar mata bagi mengelakkan mata pedih. Dapat menguatkan jari jemari dan mengembangkan kemahiran motor halus dan motor kasar kanakkanak Kanak-kanak dapat mengenal warna dan mengenal bentuk lukisan yang mereka bayangkan Dapat meransang kreativiti kanak-kanak Dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak Dapat meningkatkan tumpuan kanak-kanak dan kawalan tangan semasa melukis Meransang koordinasi mata dan tangan kanakkanak Faedah pada kanak-kanak


Bahan-bahan Cat face painting Berus cat Air Palet Isi kan air kosong ke dalam satu cawan kosong untuk membersihkan berus yang bercampur warna Basahkan berus cat dengan air dan campurkan dengan warna yang hendak digunakan Mulakan dengan lukisan corak yang kecil Sediakan tisu untuk mengelap muka jika comot dengan secukupnya Langkah-langkah


Topik warna Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna dapat dikesan melalui deria penglihatan kita. Definisi warna Warna kuning - keceriaan dan kegembiraan Warna merah - keberanian, kekuatan dan semangat Warna putih - kesucian dan kebebasan Warna hijau - indah, damai, segar dan ketenangan Warna biru - damai, sejuk dan tenang Warna hitam - sedih Warna jingga - kepanasan Psikologi warna Warna primer terdiri daripada merah,biru dan kuning Warna sekunder adalah campuran antara dua warna primer Hijau (biru + kuning) Ungu (merah + biru) Oren (kuning + merah) Warna tertier sangat halus ia dihasilkan dengan mencampurkan satu warna primer dan satu warna sekunder yang berdekatan pada roda warna Roda warna 1. 2. 3.


Teater Muzikal Kami Minggu 4 , 4 jun 2023 Teater Muzikal Kami ini telah dipersembahkan oleh pelajar Aswara Fakulti Teater dan Fakulti Muzik. Persembahan ini memartabatkan dan mengangkat kesenian tari dan lagu tradisional dalam sebuah bentuk pementasan muzikal. KAMI diperlambangkan sebagai "rumpun kita, cara kita, adat kita, tradisi kita, warisan kita". Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia melalui sebuah cerita di kampung tokwan yang memperjuangkan kesenian turun temurun kepada warisan anak cucunya. Gambar saya dan rakan-rakan bersama cikgu Iqram yang mengajar kami beberapa rentak tarian pada Team D'Energizer.


Dalam persembahan teater muzikal kami ini juga melibatkan persembahan silat dan penghasilan semua tarian tradisional dengan menggunakan kepelbagaian lagu. Gambar saya bersama Syeik Putra Halim sebagai adam di dalam persembahan teater ini yang merupakan watak utama serta cucu kepada tokwan. Cikgu Iqram merupakan seorang koreografer yang berkelulusan dalam ijazah sarjana muda tarian (ASWARA). Cikgu Iqram suka mencipta karya yang berdasarkan gerak geri penari dan inspirasi beliau biasanya datang dari perkara yang tidak masuk akal.


Mini Psychology Day Minggu 5, 6 &7 jun 2023 Pada hari rabu 6 jun saya dan Team D'Energizer telah telah melakukan latihan untuk persembahan yang akan diadakan pada keesokkan harinya. Kami menghadiri latihan raptai pada jam 5 petang sehingga 6 petang. Pada 7 jun, saya dan Team D'Energizer telah telah melakukan persembahan tarian 4 lagu kanak-kanak dan lagu kelentang-kelentong. Persembahan ini melibatkan 10 orang ahli Team D'Energizer. Persembahan ini juga khas untuk pelajar psikologi khususnya pelajar yang hadir dari Universiti Negeri Malang, Indonesia. Persembahan ini mendapat pujian dan sambutan daripada para penonton.


Sebelum persembahan mula kami membuat face painting dan memakai tutu skirt di luar kelas. Ini adalah corak ramarama yang mudah untuk dilukis. Saya memilih corak dan warna ini disebabkan comel dan kelihatan ceria serta saya suka haiwan ramarama.


Dapat menarik minat pelanggan dan menjual dengan harga yang berpatutan serta mencari dana untuk menjayakan program 'The Childhood- Preneur Days' yang akan diadakan. Dapat menghasilkan sekuntum bunga menggunakan alatan seni kraf seperti dawai bewarna, kertas pembalut hadiah dan sebagainya. Pipe cleaner, dawai, tali guni, kertas pembalut hadiah, gam dan gunting. Objektif 1. 2. Bahan-bahan Pipe Cleaner Flower Bouquet Mesyuarat Teater (Kostum) Pada pukul 3 petang, kami membuat perjumpaan kali pertama untuk membincangkan tentang alatan dan kos untuk menghasilkan kostum pada hari persembahan teater. Selain itu, kami membincangkan tentang draf setiap kostum dan semua ahli memberi kerjasama untuk menghasilkan semua kostum yang dikehendaki.


Origami merupakan satu teknik lipatan seni dengan menggunakan kain atau kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan kemas untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan, ia juga merupakan satu kesenian melipat kertas dan boleh dibuat dengan teknik menggunting dan menggunakan bahan-bahan lain. Selain itu, origami tidak hanya terdiri dari objek statik tetapi ada yang boleh bergerak. Gerakan origami dibantu dengan tangan untuk membuat gerakan seperti terbang, melompat dan membuka mulut. Contohnya origami katak yang dapat melompat jika hujung belakangnya ditekan. Seterusnya, origami tiga dimensi. Origami tiga dimensi adalah origami yang Definisi Minggu 5 Mobile Art Craft


Membantu mengembangkan koordinasi tangan dan mata Memupuk imaginasi dan ransangan kreativiti kanak-kanak Membangunkan kesabaran kanak-kanak Meningkatkan kepuasan emosi Melatih kemampuan mengikuti arahan dan urutan Memperkuatkan kemampuan kognitif kanakkanak Mengasah ketangkasan kanak-kanak Meningkatkan ketelitian dan fokus kanak-kanak Faedah pada kanak-kanak tersusun dari beberapa lipatan kertas yang berbentuk sama tetapi untuk menyusun menjadi objek tertentu biasanya sukar. Ketiga adalah origami basah iaitu seni melipat kertas dimana kertas yang digunakan dilembapkan atau dibasahkan. Setelah bentuk origami siap lalu dibiarkan kering. Tujuan membasahi kertas kerana akan lebih mudah dibentuk dan memiliki geometri yang lebih fleksibel dibanding dengan kertas kering. Keempat origami murni adalah jenis seni melipat kertas dengan aturan yang hanya boleh menggunakan lipatan langsung. Akhir sekali, tesselasi origami yang merupakan seni membentuk susunan.


Kertas warna Tali Hiasan Straw Gam Gunting Bahan-bahan Sediakan kertas warna berukuran 20cm x 20cm. Lipatkan kertas warna tersebut menjadi bentuk X. Bawakan bucu ke garis lipatan di tengah kertas dan lipat. Kemudian Buka semula. Lipat semula kertas menjadi separuh, selari dengan garis lipatan daripada langkah 4. Lipatkan 2/3 daripada bahagian segitiga ke atas. Sekarang, bentuk kertas adalah seperti kapal layar. Lipatkan kertas tersebut menjadi separuh, sekarang ia adalah seperti roket. Bentukkan paruh dan ekor (rujuk https://youtu.be/QJbq72yA29M pada sela masa 1:33 - 2:55) Untuk membentuk sayap, dalam pautan video yang sama pada sela masa 2:55 - 3:57) Lukiskan mata di kedua-dua belah kepala burung. Origami burung sudah siap. Proses membuat origami burung 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


MY DANCE FESTIVAL PROGRAMME B MINGGU 5 TEMPAT:1 UTAMA/PJPAC HARI: SABTU & AHAD MASA: 3PM - 5PM Refleksi Saya telah pergi ke 'One Utama' untuk menyaksikan tujuh persembahan daripada koreografer terbaik Aswara yang merupakan lulusan tarian dan aktif dalam teater muzikal. Saya berasa teruja dan gembira semasa menyaksikan persembahan daripada mereka. Selain itu, lokasi persembahan daripada koreografer ini tidak sama dan berbeza di setiap level, saya dan rakan-rakan mengikut arahan daripada ketua penari yang menguruskan tentatif program ini untuk bergerak ke level yang seterusnya. Saya mendapat inspirasi apabila melihat persembahan hebat yang ditunjukkan serta dapat meningkatkan minat saya dalam melakukan persembahan tarian dan teater dengan lebih mendalam. Akhir sekali, daripada persembahan ini saya akan mengambil contoh untuk memperbaiki diri untuk melibatkan diri dalam membuat persembahan teater dan tarian dengan lebih baik.


Minggu 6 Phone Straps Manik Tali tangsi Hiasan Gunting Plastik Tag Logo UCMI Bahan yang digunakan Meningkatkan koordinasi mata-tangan dan motor halus kanak-kanak. Meningkatkan fokus dan perhatian kanak-kanak dalam melakukan aktiviti. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi kanak-kanak dalam menghasilkan "phone straps" , cincin atau gelang. Mewujudkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti bersama guru. Objektif penghasilan


Kesimpulan Pada 12 dan 13 Jun 2023, saya dan rakan-rakan ditugaskan oleh pensyarah untuk menghasilkan "phone straps" , gelang ataupun cincin untuk dihantarkan kepada Program Madani di Perlis sebagai penghargaan. Kami menyiapkan sebanyak 315 "phone straps" sepanjang dua hari, kami berasa sangat gembira kerana mendapat pengalaman baharu dan dapat meningkatkan kreativiti dalam memilih bahan dan warna yang sesuai. Di samping itu, kanak-kanak juga boleh melakukan bersama bimbingan orang dewasa iaitu berumur 6 tahun ke atas, aktiviti ini dapat meningkatkan fokus kanak-kanak semasa mencantum manik dan aktiviti ini sangat menyeronokkan dan sesuai dilakukan untuk aktiviti seni dan kraf bersama kanak-kanak. Ukur tali tangsi yang akan digunakan dan potong mengikut kesesuaian. Pilih corak, saiz dan warna yang sesuai untuk membuat "phone straps". Masuk dan cantumkan semua manik dengan pegang tali tangsi dengan erat. Ikat tali dengan rapi dan kuat supaya tidak putus. Pasang dan gantungkan pada telefon. Langkah-langkah membuat "phone straps"


Minggu 7 Perjumpaan Teater (Kostum) Pada pukul 11 pagi khamis 22 jun 2023, kami ahli kostum mengadakan perjumpaan untuk membuat baju dan sayap gagak. Kami diminta untuk melukis dan membuat lakaran sayap gagak dan paruh gagak mengikut reka bentuk yang sudah ada, kami perlu membuat penambahbaikan sayap dan paruh gagak dan perlu mengembangkan idea mengikut kreativiti sendiri. Selain itu, kami juga perlu melabelkan setiap bahagian sayap gagak yang telah di lukis, tetapi madam zahra berkata ia tidak perlu kelihatan realistik sangat dan jangan membuat semua warna hitam. Ia perlu menambah 'glitter sparkle' serta pelbagaikan tone warna supaya tidak nampak hitam semata. Di samping itu, kami semua bercadang untuk memilih warna hitam, kelabu, putih dan campurkan sedikit 'shining atau glitter' pada sayap gagak. Pada paruhnya pula, kami memilih menggunakan topeng bewarna hitam. Refleksi


Tutu skirt warna hitam Baju warna hitam Kepak buat menggunakan span Seluar jahit menggunakan kain perca Glitter dust Dawai Veltcro tape Kertas minyak Cadangan bahan untuk gagak 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Hasil lakaran saya membuat sayap dan paruh gagak. Semua ahli kostume perlu hadir selepas ini untuk menyiapkan kostum bersama-sama. Ahli kostume sudah bahagikan kerja dan tugasan masingmasing patutnya tanggungjawab sendiri untuk hadirkan diri. Harapan saya adalah semoga selepas ini tiada lagi pelbagai alasan yang tidak munasabah. Selain itu, saya dan rakan-rakan lain akan bekerjasama menyiapkan tugasan dengan baik sehingga program berlangsung. Penambahbaikan


Untuk menyokong dan meransang perkembangan kreativiti, imaginasi, kemahiran motor halus dan membangunkan kemahiran kognitif kanak-kanak melalui aktiviti kraf dan seni. Beg kraf yang direka khas untuk kanak-kanak menggalakkan kanak-kanak untuk bermain secara kreatiif dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kertas, gam, manik dan lain-lain. Di samping itu, ia membantu memberi kanak-kanak peluang untuk belajar, berkembang dan berkongsi kegembiraan dengan mencipta sesuatu yang baru dan kreatif. Objektif Beg kraf dapat membantu kanak-kanak mengenal warna, bentuk ddan konsep lain dalam seni dan kraf. Selain itu, kanak-kanak dapat menerokai dengan pelbagai teknik dan menggabungkan bahan-bahan berbeza untuk mencipta hasil karya yang unik dan kreatif. Definisi Minggu 9: Beg Kraf


Dapat meransang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Dapat meningkatkan kepintaran emosi. Dapat merangsang pembelajaran melalui bermain. Faedah pada kanak-kanak Potong kertas warna menjadi bentuk yang diinginkan untuk membentuk beg, potong kertas menjadi bentuk segi empat, segi tiga atau bentuk lain. Gunakan gam untuk menyambungkan bahagian kertas dan membentuk beg. Pastikan sambungan kertas kukuh supaya beg dapat menampung barang dengan baik. Hias beg dengan manik, hiasan atau stiker mengikut kreativiti. Gunakan tali untuk mengikat beg dengan membentuk tali rantai bergantung pada bagaimana kanak-kanak ingin membawa beg kraf. Setelah selesai, kanak-kanak dapat menggunakan beg kraf tersebut. Proses membuat beg kraf Kertas warna Dawai bewarna Tanah liat Hiasan manik Gam Gunting Bahan-bahan


MINGGU 9: KOSTUM BAJU GAGAK Kami bersama-sama menggunting kertas minyak untuk membuat baju gagak sebanyak 5 helai. Kami juga menggunting bahagian lengan baju gagak mengikut ukuran yang ditetapkan. Selain itu, bahagian lengan dan bahagian badan gagak akan di cantumkan dan dijahit dengan kemas. Saiz baju gagak ini adalah "free size" bagi membolehkan semua ahli teater gagak memakainya. Daripada proses awal membuat baju gagak ini, ia memainkan peranan penting dan sangat memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan potongan yang sama. Refleksi Plastik Jarum peniti Kertas minyak Kain hitam Bahan yang digunakan Lukis ukuran baju pada plastik mengikut saiz yang dikehendaki. Guntingkan bahagian lengan mengikut ukuran lukisan. Jarumkan plastik baju yang digunting di atas kertas minyak dengan kemas. Gunting kertas minyak mengikut plastik baju yang sudah di jarumkan tadi. Kertas minyak yang telah siap di gunting akan di jarumkan pada kain baju gagak untuk dijahit. Langkah-langkah membuat baju gagak


Minggu 9 Projek Tahun Akhir Aswara Fakulti tari Aswara mempersembahkan 'Unleash' 2023 projek tahun akhir (PeTA) diploma seni tari pada 8 julai 2023 (Sabtu) pada pukul 8.30 malam di panggung eksperimen Aswara dan masuk adalah percuma. Selain itu, seramai 12 orang pelajar yang akan dinilai dan mereka telah mempersembahkan sembilan jenis tarian termasuk tujuh tarian tradisional dan dua tarian kontemporari. Gambar bersama rakan saya iaitu Syeik Putra Bin Halim yang dilahirkan pada 12 April 2002 dan dibesarkan di Kelantan. Di awal penglibatannya Putra menyertai pasukan kesenian sekolah "Tatih Seni" dan mewakili Malaysia ke Morocco dalam pertandingan serta mendapat tempat pertama pada tahun 2018. Putra bergiat aktif di dalam persembahan atau pertandingan sama ada di dalam mahupun di luar Aswara antaranya ialah Muzikal Kami 2023 iaitu menjadi watak utama dalam lakonan dan lain-lain.


Fakulti tari Pelajar Diploma tahun akhir ini telah mempersembahkan tarian seperti Jathiswaram, Tarian Saputangan, Ngajat iban, Tari inai, Zapin, Tari piring, Terinai, Inner space dan Tapak 4. Saya dan rakan-rakan telah dijemput oleh cikgu Iqram dan cikgu Jaabar untuk bersamasama meraikan keindahan dan kemeriahan persembahan tarian yang telah dibimbing oleh Fakulti Tari Aswara dan pensyarah jemputan. Kami menghadiri pada malam itu untuk memberikan sokongan dan semangat pada kenalan kami untuk projek tahun akhirnya dalam diploma seni tari.


Fakulti tari Aswara mempersembahkan projek tahun akhir (PeTA 2023) Ijazah Sarjana Muda Tari dengan kepujian (Persembahan dan Koreografi) pada 9 Julai 2023 (Ahad). Bermula pada 6 petang di padang merbak dan pada pukul 8.30 malam di panggung eksperimen Aswara, masuk adalah percuma. Terdapat tiga orang pelajar yang dinilai di dalam modul persembahan dan seorang pelajar dinilai di dalam modul koreografi. Siti Nadhzierah Bt Mohd Sukarno dilahirkan pada tahun 1999 merupakan salah seorang pelajar yang dinilai. Minatnya telah memberi ruang kepadanya untuk memulakan langkah tari yang pertama pada usia 5 tahun, Beliau mula menimba ilmu tari di Tunas Budaya dan mengembangkan lagi pengajiannya di Aswara. Pelajar kedua yang dinilai iaitu Low Xin Ping yang berasal daripada Johor dan mula menari pada umur 4 tahun dengan menyertai latihan ballet. Beliau menamatkan Diploma dalam tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada tahun 2020. Minggu 9 Projek Tahun Akhir Aswara


Refleksi Pelajar ijazah sarjana muda yang telah membuat persembahan iaitu terdiri daripada tarian jenis jawa(barongan) yang sangat bersemangat yang memukau tumpuan dan perhatian penonton. Gambar saya dan rakan-rakan bersama cikgu Jaabar dan cikgu Iqram selepas persembahan berlangsung. Pada malam itu, cikgu Iqram juga terlibat dalam persembahan pelajar ijazah sarjana muda iaitu sebagai penari tambahan ketika pembukaan tarian.


Minggu 10 Kostum Bulu Sayap Burung Gagak Gunting Kertas eva foam hitam dan kelabu Kertas warna Bahan dan Alatan Lukis bulu sayap gagak pada kertas warna menggunakan pensel sebagai contoh bulu burung gagak untuk setiap saiz sebagai rujukan. Lukis di atas kertas foam mengikut ukuran saiz kecil, sederhana dan besar mengikut contoh kertas warna yang telah digunting. Gunting kertas foam dengan teliti dan kemas supaya saiz bulu sayap burung gagak tidak lari. Cara penghasilan bulu sayap burung gagak Untuk membentuk 5 ekor kostum bulu sayap burung gagak yang cantik dan kemas. Untuk menambah idea dan pendapat daripada ahli kumpulan yang lain tentang bulu sayap burung gagak. Objektif


Pada minggu ke 10 pukul 2 hari selasa, kami unit kostum telah berkumpul untuk menyediakan bahan untuk bulu sayap burung gagak. Pertama sekali, kami merancang untuk menggunakan bahan seperti "eva foam" bewarna hitam dan kelabu untuk menghasilkan bulu sayap burung gagak tersebut. Selain itu, kami juga menghasilkan rujukan untuk bulu sayap burung gagak seperti saiz kecil, sederhana dan besar. Seterusnya, kami membahagikan 3 kumpulan besar untuk memotong bulu sayap burung gagak mengikut saiz yang ditetapkan. Semua ahli kumpulan memberi kerjasama dalam menghasilkan bulu sayap burung gagak itu. Akhir sekali, kami membincangkan tindakan seterusnya dalam menghasilkan kostum burung gagak ini serta memberi pendapat bersama ahli kumpulan unit kostum. Oleh itu, perasaan saya semasa melaksanakan aktiviti ini ialah saya berasa seronok kerana dapat bekerjasama dan memberi pendapat bersama ahli kumpulan kostum serta dapat mengeratkan hubungan dengan ahli unit kostum yang lain. Refleksi


Minggu 11 Sayap Gagak Dawai Kain hitam gagak Jarum peniti Benang Gunting kain Bahan yang digunakan Potong dawai mengikut saiz yang telah diukur Bentukkan dawai menjadi sayap gagak di sebelah kiri dan kanan. Letakkan dawai yang sudah dibentuk di atas kain hitam Jarumkan kain hitam supaya tidak bergerak mengikut ukuran dawai Jahit jelujur halus pada kain hitam gagak dengan menggunakan jarum sehingga siap. Langkah-langkah membuat sayap burung gagak Dapat mewujudkan keseronokan apabila terjadinya sebuah seni kraf iaitu kostum burung gagak yang cantik. Dapat meningkatkan kreativiti dalam membuat sayap burung gagak yang cantik. Dapat menambah pengalaman baharu seperti menjahit sayap burung gagak dengan menggunakan jahitan jelujur halus. Objektif Penghasilan


Refleksi Pada pukul 10 pagi selasa 18 julai 2023, kami ahli kostum gagak membuat sayap gagak menggunakan dawai dan membentukkannya menjadi sayap burung gagak mengikut contoh yang dikehendaki. Sayap burung gagak dihasilkan sebanyak 5 iaitu 1 untuk bapa gagak, 1 untuk ibu gagak dan 3 untuk anak-anak gagak. Selain itu, kami juga membahagikan kumpulan untuk menjahit dan memotong kain bagi menyelesaikan tugasan dengan cepat. Semasa saya dan rakan-rakan sedang membuat sayap gagak Encik Azalan yang merupakan pensyarah daripada Aswara datang dan melihat kami melakukan kerja kostum di kampus jalan Tangsi, beliau bertanya mengenai bulu sayap gagak dan memberi idea kepada kami untuk membuat paruh burung gagak yang mudah tetapi cantik. Encik Azalan memberi pendapat untuk membuat penambahbaikan pada bahagian paruh yang tidak perlu menutup muka dan biarkan sahaja di atas kepala supaya hiasan dan lukisan 'face painting' pada muka akan kelihatan. Akhir sekali, perasaan saya ketika menghasilkan sayap ini, saya telah mendapat ilmu pengetahuan baharu tentang cara menjahit, memotong dan membuat paruh gagak dengan kemas dan cantik, saya juga berasa gembira kerana dapat menghasilkan 5 sayap burung gagak yang besar dan kemas.


Minggu 11 : sambungan sayap burung gagak dan membuat paruh burung gagak Hot glue gun Eva foam Kain felt Bahan yang digunakan Mencantumkan semua bulu sayap gagak yang sudah dipotong dan tampal pada bahagian atas kain hitam sayap gagak mengikut saiz yang betul. Susun susunan saiz sayap burung gagak dari besar ke kecil. Selang dan campurkan eva foam warna kelabu di tengah sayap supaya sayap tidak kelihatan tenggelam. Susun sehingga siap kesemuanya. Gunakan cekak dan gamkan pada kain felt supaya melekat dan boleh dipakai di atas kepala. Tampalkan potongan kecil eva foam di atas kain felt untuk dijadikan hiasan paruh Langkah-langkah membuat sayap dan paruh gagak Kami menyambung menyiapkan sayap burung gagak di Asrama Puteri Desa View dari petang sehingga malam untuk menyiapkan sayap burung gagak dan mula membuat sedikit paruh gagak bersama ahli kumpulan kostum yang lain sehingga bulu sayap burung gagak siap di tampal. Refleksi


Minggu 12 Melengkapkan Kostum Burung Gagak Untuk menambahbaik kekurangan yang ada pada setiap kostum. Untuk melengkapkan kostum burung gagak seperti sayap, baju dan paruh untuk hasil akhir. Untuk menghasilkan kostum burung gagak yang cantik. Objektif Cekak Kain felt Eva foam Pen berwarna Gunting Bahan dan Alatan Menjahit beberapa lubang dan tali di setiap sayap burung gagak untuk pelakon memakainya dengan selesa. Menghasilkan paruh menggunakan cekak, kertas warna dan kain felt iaitu dihasilkan dengan keemas supaya paruh kelihatan seragam. Menambah aksesori seperti matahari, bunga dan bintang pada paruh supaya kelihatan cantik. Menambah aksesori bintang yang besar pada sayap bapa gagak supaya kelihatan kelainan antara gagak yang lain. Cara Penghasilan Jarum Benang Kain hitam Kertas warna


Lampiran Hasil kerja saya bersama ahli unit kostum Ibu burung gagak


Refleksi Pada minggu ke 12, kami berjaya menyiapkan kostum burung gagak seperti baju, paruh dan sayap burung gagak. Saya dan semua ahli kostum bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai unit kostum sekaligus dapat menghasilkan 5 kostum burung gagak yang cantik, besar dan kemas. Selain itu, dengan bimbingan pensyarah, Encik Azalan, Prof Bustam dan rakanrakan yang lain, dapatlah saya melengkapkan kostum burung gagak ini. Seterusnya, pengajaran yang saya perolehi ialah bekerjasama untuk menyiapkan kostum tanpa mengira masa, tempat, penat lelah dan kos yang diperlukan untuk menyempurnakan teater muzikal kelak. Di samping itu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua yang terlibat. Hal ini dapat memberikan suasana yang harmoni sebelum berlangsungnya program pada bulan Ogos nanti. Akhir sekali, perasaan saya ketika menghasilkan kostum burung gagak ini sehingga selesai adalah berasa sangat gembira kerana dapat pengalaman baharu dalam mempelajari cara mengukur pakaian dengan betul, cara menghasilkan kostum untuk pelakon teater dan cara memilih bahan dan alatan yang tepat dan betul serta sesuai untuk digunakan. Selain itu, saya berasa teruja untuk melihat pelakon gagak memakainya dengan kemas semasa program berlangsung. Seterusnya, saya berasa lega dan bangga apabila pihak pensyarah dan pelakon teater berpuas hati atas hasil kerja kostum burung gagak yang telah kami siapkan. Saya juga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pensyarah, Encik Azalan dan rakan-rakan seperjuangan atas kerjasama yang diberikan dan tunjuk ajar, idea serta semangat yang diberikan yang tidak pernah putus.


Minggu 13 Program National Children's Industry Chapter 2023 Refleksi Program Pada hujung minggu 5&6 Ogos 2023 di Atrium & Blackbox, Shah Alam Selangor telah berlangsung dengan jayanya program National Children's Industry Chapter 2023 (NCIC 2023). Majlis ini dianjurkan oleh Tuanku Lailatul Shahreen Centre of Children Industry & childhood dengan kerjasama Pelajar daripada program Diploma Pendidikan Awal Kanakkanak yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan serta latihan bagi penganjuran National Children's Industry Chapter 2023. Seterusnya, Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut hadir menyerikan lagi program ini, sekaligus menyempurnakan majlis perasmian program. Program ini bertujuan untuk menghimpunkan pelbagai pemain industri berkaitan kanak-kanak bagi membantu pembangunan generasi Malaysia Madani. National Children's Industry Chapter 2023 ini bertemakan " Unleashing Creativity, Shaping for Tomorrow" Seterusnya, program ini juga merupakan langkah pertama dalam membawa industri kanak-kanak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya, pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antaranya sembang santai industri kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran industri, play area untuk kanak-kanak dan terdapat beberapa persembahan antaranya persembahan ukulele, persembahan daripada kumpulan D'energizer, persembahan daripada musician dan persembahan teater. Seterusnya, saya dan kumpulan D'energizer telah membuat persembahan tarian pada hari sabtu dan ahad. Tarian kami menggunakan lagu klasik tradisional, lemak manis, doremi, rasa sayang, gelang si paku gelang dan lagu tribute pramlee. Di dalam lagu tribute pramlee ini terdapat tiga lagu dan tarian yang berbeza yang telah direka oleh cikgu Iqram iaitu koreografer dari Aswara. Lagu yang pertama adalah bunyi gitar, kedua adalah pesta muda mudi dan ketiga lagu aci aci buka pintu. Kami membuat persembahan mengikut waktu dan masa yang telah ditetapkan mengikut tentatif program. Selain itu, semasa waktu lapang tentatif program kami diminta membuat persembahan lagu kelentang kelentong untuk menghiburkan kanak-kanak dan tetamu yang hadir pada hari tersebut.


Akhir sekali, sumbangan saya pada hari program adalah menyiapkan dan membuat solekan pada ahli D'energizer sebelum persembahan bermula.Saya sebagai ketua tatarias dalam kumpulan D'energizer bertanggungjawab menolong dan menyiapkan rakan-rakan yang lain mengikut kemahuan mereka. Terdapat beberapa orang yang berpuas hati terhadap kemahiran dan kebolehan saya dalam membuat solekan pada wajah mereka. Akhir sekali, daripada program National Children's Industry Chapter 2023 saya mendapat pengalaman baharu dan banyak perkara yang saya pelajari antaranya cara untuk mengurus dan melancarkan sebuah program dengan baik. Selain itu, dalam melancarkan sebuah program kita mesti bersungguh-sungguh dan memberikan kerjasama kepada semua pihak bagi mengelakkan sebarang masalah. Lampiran Persembahan daripada kumpulan D'Energizer. Persiapan pakaian dan solekan sebelum persembahan bermula.


Semasa aktiviti play area dijalankan bersama kanak-kanak. Persembahan semasa lagu kelentang kelentong. Persembahan semasa lagu bunyi gitar, aci aci buka pintu dan lagu malam pesta muda mudi.


Click to View FlipBook Version