P1A01L2S
HIDROPONIK BERSAMA BAJA ORGANIK
PALS 1012
➢ PENERANGAN TEKNOLOGI
HIJAU
➢ KELEBIHAN DAN
KEBURUKAN HIDROPONIK
➢ KELEBIHAN DAN
KEBURUKAN PENANAMAN
ORGANIK
➢ HASIL ANALISIS
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi hijau?. Teknologi hijau boleh juga dipanggil sebagai teknologi alam sekitar merupakan
penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies, bangsa dan keturunan. Teknologi alam sekitar dibimbing oleh pembangunan yang mampan yang memberi makna penyelesaian
perlu diambil kira dari segi sosial, ekonomi mahupun alam sekitar.
Terdapat pelbagai kelebihan yang boleh didapatkan dalam mengaplikasikan konsep teknologi hijau dalam kehidupan dan kebolehan
tersebut dapat dinikmati oleh pelbagai pihak, sebagai contoh bagi kehidupan manusia dapat menghidu kualiti udara yang bagus dan segar kesan
daripada penggunaan alatan teknologi hijau, mereka juga dapat merasakan kurangnya peningkatan suhu sekeliling kerana dengan penggunaan
alatan teknologi hijau yang mesra alam, penggunaan teknologi hijau ini dapat memanfaatkan manusia dari segi pengurangan pencemaran bunyi
yang sangat membimbangkan kerana dapat mengganggu ketenteraman dan kehidupan seharian masyarakat.
Dari segi ekonomi pula dengan mengamalkan teknologi hijau dapat mengurangkan kos operasi dan upah kerana ia menggunakan
peralatan yang berbeza dengan barangan teknologi moden seperti sekarang ini. Seterusnya teknologi hijau ini dapat meningkatkan nilai aset dan
keuntungan kerana produk teknologi hijau ini berasaskan alam sekitar dan mampu menarik minat orang untuk mempraktikkan teknologi hijau ini.
Selain itu, ia dapat meningkatkan produktiviti kerja kerana dengan adanya udara yang segar dan keadaan yang tenteram semestinya dapat
menambah hasil keluaran yang dapat memberi keuntungan yang berganda. Tambahan pula, teknologi hijau dapat meneroka peluang untuk
mengeksport produk hijau, bagi tahap antarabangsa yang mempunyai pelbagai pihak produk buatan malaysia yang menarik minat mereka akan
dijual lalu meningkatkan hasil eksport negara.
Merujuk kepada bahagian alam sekitar yang tidak dinafikan lagi dapat menambah kualiti udara dan air dan teknologi hijau ini dapat
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kerana karbon dioksida dapat dikurangkan dalam bumi hasil daripada penjagaan dan penggunaan
teknologi hijau yang juga merupakan teras kepada alam sekitar. Pengurangan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula juga tidak
bertambah lalu membawa kepada perlindungan sumber alam semula jadi, sumber asli alam semula jadi semakin berkurangan kerana terdapat
sebahagian manusia yang tidak bertanggungjawab merosakkan alam sekitar.
BIDANG TUMPUAN TEKNOLOGI HIJAU
Konsep teknologi hijau boleh dipraktikkan di tepi pantai dan kuala sungai dengan penanaman pokok bakau bagi mengelakkan hakisan air
yang lebih mesra alam dan mengekalkan ekosistem. Bagi teknologi solar pula semakin meluas di kawasan bandar dan juga pedalaman seperti
di Sabah dan Sarawak, teknologi solar ini berfungsi dengan bertindak secara langsung dengan sinaran matahari, walaubagaimanapun dengan
kos pembinaan yang agak mahal tetap berlaku usaha untuk meningkatkan taraf masyarakat yang berada di sana, sebagai contoh jalan raya
yang mempunyai lampu jalan bertenaga solar terutamanya di kawasan selekoh. Selain itu, terdapat juga nanoteknologi yang melibatkan
manipulasi bahan pada tahap nanometer dan nanoteknologi hijau adalah aplikasi teknologi hijau dalam bidang nanoteknologi. Begitu jua dengan
alamtologi yang hanya berkembang mengikut kesesuaian dengan susunan yang lebih teratur. Contoh yang boleh diketengahkan bagi teknologi
hijau ini ialah bahan yang memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin, iaitu dengan menjaga kebersihan udara, mengelakkan
pencemaran bunyi, pencemaran tanah dan mengurangkan kualiti tanah ataupun memberi peningkatan suhu terhadap bumi dengan
membebaskan gas karbon monoksida yang menjejaskan lapisan ozon secara langsung membuatkan bumi semakin panas dan contoh tersebut
ialah kereta hibrid dengan nama lainnya kereta elektrik, kereta hibrid atau kereta elektrik ini mampu dan boleh mengurangkan pencemanaran
udara kerana ia berfungsi dan mengambil tenaga dari elektrik dan bukannya diesel ataupun petrol yang membebaskan gas yang berbahaya dan
juga kereta elektrik ini mampu menjimatkan bahan api sekali lagi kerana ia mengambil tenaga melalui elektrik dan bukannya dari bahan api fosil
yang tertanam dalam bumi.
HIDROPONIK
Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman yang berasaskan air sebagai media tumbuh. Kaedah ini amatlah membantu dalam
menanam variasi jenis sayur-sayuran dan buah-buahan tanpa menggunakan tanah sebagai media penanaman. Kaedah menanam secara
hidroponik ini amatlah sesuai dan sempurna untuk menanam dalam kawasan yang sempit, lebih-lebih lagi tanaman yang menggunakan kaedah
hydroponik ini dapat memberi manfaat yang besar kepada banyak pihak seperti orang rumah yang menanam tumbuhan atau sayuran di
halaman rumah sahaja menggunakan teknik hidroponik kerana ia memerlukan ruang yang kecil sahaja untuk ditanam. Penanaman kaedah
hidroponik menjadi pilihan utama dalam pertanian bagi kawasan yang berdaerah dan kaedah ini juga merupakan antara kaedah yang digunakan
sebagai persiapan awal dalam mengatasi ketidakstabilan tanah yang mungkin rosak setelah dituai hasil sebelumnya, ataupun rosak akibat
daripada kemarau yang berpanjangan mengeringkan tanah, sebagaimana yang kita tahu, tanah yang kering tidak sesuai untuk menanam
tumbuhan kerana tanah yang kering tidak mempunyai nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran tumbuhan.
KELEBIHAN
Teknik penanaman hidroponik memiliki beberapa keuntungan jika dibandingkan dengan menanam secara konvensional di media tanah.
Antara kelebihannya ialah seperti berikut:
• Mempunyai banyak tanaman yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik ini kerana ia dapat dilipatgandakan disebabkan oleh
penggunaan tanah yang sedikit sahaja. Hal ini membawa kepada ruang kosong yang banuak untuk menambah kawasan untuk
menggunakan teknik hidroponik dan masih dapat menanam pelbagai tumbuhan lagi.
• Kualiti atau mutu tanaman dijamin lebih bersih dan tidak tercemar dari sebarang kotoran yang biasa berada di tanah, tambahan pula
semua faktor pentumbuhan dapat dikawal dan tumbuhan hidroponik mudah untuk berada dalam pengawasan dan pekebun biasanya
mengetahui keperluan nutrisi bagi tumbuhan tanamannya dan semua itu dapat diagihkan dengan mencampur nutrien tumbuhan dalam
baja dan airnya mengikut kuantiti yang sesuai dengan tanamannya. Faktor luar yang sememangnya menjadi pengacau bagi tumbuhan
dapat dikawal dan inilah yang menjadikan tumbuhan lebih berkualiti, faktor luar itu ialah seperti hujan dan haiwan perosak.
• Keperluan untuk menjaga dan membesarkan tumbuhan hidroponik memerlukan tenaga yang sedikit, hal ini sedemikian kerana
penanaman secara hidroponik dapat ditanam dengan sistematik sehingga memudahkan kerja berbanding dengan menanam di atas
tanah. Kos untuk merawat tumbuhan juga sedikit kerana tumbuhan tidak terkena dengan penyakit yang teruk-teruk disebabkan oleh
pengawalan yang baik.
• Penanaman dengan menggunakan teknik hidroponik ini tidak perlu begantung kepada musim segingga terdapat tanaman yang boleh
ditanam bila bila masa sahaja. Statistik juga menunjukkan bahawa hasil jualan hidroponik juga lebih tinggi berbanding dengan tanaman
konvensional.
KEKURANGAN
• Memerlukan ilmu yang khusus untuk mengamalkan penanaman supaya dapat mengetahui keperluan nutrisi bagi pembesaran tumbuhan.
• Sistem penanaman hidroponik menggunakan sistem pengaliran yang sama, sekiranya terdapat tumbuhan yang terkena penyakit atau
patogen, seluruh tanaman akan terkena penyakit yang sama dan merebak dengan cepat.
PENANAMAN ORGANIK
Pertanian organik merupakan sistem penanaman yang menggunakan bahan semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Hal ini
dapat meningkatkan ksihatan ekosistem kerana tidak menggunakan bahan kimia dala penanaman dapat mengelakkan bahaya bahan kimia
dalam tumbuhan dan sayur-sayuran yang akan dimakan.
KELEBIHAN
• Kos berkembang lebih rendah. Ekonomi pertanian organik dicirikan oleh peningkatan keuntungan melalui penggunaan air yang
berkurang, pengeluaran baja dan tenaga yang lebih rendah, dan peningkatan pengekalan tanah atas
• Meningkatkan khasiat tanah. Ketiadaan bahan kimia dalam pertanian organik tidak membunuh mikrob yang meningkatkan khasiat tanah.
• Ketahanan terhadap penyakit dan perosak. Memupuk dengan cara organik membolehkan para petani menyingkirkan rumpai yang tidak
menyenangkan tanpa menggunakan aplikasi mekanikal dan kimia. Lalu secara tidak langsung dapat meningkatkan ketahanan terhadap
penyakit dan perosak
• Amalan mesra alam. Penggunaan bahan kimia dalam pertanian organik adalah tidak dibenarkan ini menjurus kepada mesra alam sekitar.
KEKURANGAN
• Produktiviti lebih rendah. Ladang organik tidak dapat menghasilkan hasil sebanyak ladang konvensional atau perindustrian.
• Memerlukan kemahiran. Seorang petani organik memerlukan pemahaman yang lebih besar tentang tanamannya dan perlu mengawasi
tanamannya dengan teliti kerana tidak ada pembaikan cepat yang terlibat, seperti racun perosak atau baja kimia.
• Mengambil masa. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk melaksanakan kaedah dan teknik terperinci yang diperlukan agar ladang
dipanggil ladang organik.
ANALISIS HIDROPONIK PENANAMAN ORGANIK
PERMASALAHAN ❌ ❌
❌
TAHAP PENGGUNAAN TANAH ❌
KUALITI TUMBUHAN ❌
JUMLAH TENAGA YANG DIPERLUKAN ❌
MUSIM ❌
PENYEBARAN PENYAKIT ❌
KOS PENANAMAN
KETAHANAN TERHADAP PENYAKIT
MASA DIAMBIL UNTUK DITUAI
Jadual di atas menunjukkan kesinambungan suatu kaedah penanaman terhadap masalahnya sendiri. Sebagai contoh tahap penggunaan
tanah adalah lebih efektif sekiranya menggunakan kadeah hidroponik. Selain itu, kualiti tumbuhan akan lebih menjadi lebih baik sekiranya
diakukan dengan menggunakan kaedah penanaman organik. Dan begitu lah seterusnya mengikut tanda masing masing menentukan
kesinambungan kaedah tersebut.
Oleh itu jadual ini membuktikan bahawa penggunaan hidroponik adalah lebih baik kerana ia menggunakan tanah yang sedikit untuk
dioperasikan dan juga dapat ditanam tidak mengikut musim kerana ia menggunakan kaedah yang berbeza dengan penanaman organik.
RUJUKAN
Nadia Faradiba. (2021, Mei 16). Kelebihan dan Kekurangan Tanaman Hidroponik Halaman all - Kompas.com. Kompas.com.
https://www.kompas.com/sains/read/2021/05/16/203300023/kelebihan-dan-kekurangan-tanaman-hidroponik?page=all
Suhaimi. (2016, September 8). PENANAMAN SAYUR-SAYURAN SECARA KONVENSIONAL | MyAgri.com.my. Myagri.com.my.
https://myagri.com.my/2016/09/penanaman-sayuran-konvensional/
M. Anem (2022, April 27). PERTANIAN ORGANIK - FAKTA ASAS. Blogspot.com. http://animhosnan.blogspot.com/2017/05/pertanian-organik-
fakta-asas_29.html
Khaiz (2021, December 15). PENGENALAN TENTANG SISTEM HIDROPONIK SERTA KEBAIKAN DALAM PENANAMAN - Sabah Creative
Economy and Innovation Centre. Sabah Creative Economy and Innovation Centre. https://scenic.my/pengenalan-tentang-sistem-hidroponik-
serta-kebaikan-dalam-penanaman/
Hakim Rauf. (2021). Projek Pertanian Organik. Treasury.gov.my. https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/organicfarm