The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

kesan jenayah juvana dan langkah mengatasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mecat, 2023-10-05 13:14:55

pengajian am- jenayah juvana

kesan jenayah juvana dan langkah mengatasi

Keywords: jenayah,juvana,jenayah juvana,STPM,stpm,pengajian am,pam,kesan jenayah juvana,langkah mengatasi jenayah,ibu bapa,kerajaan

Jenayah Juvana By: Puteri Nurain Balqis Pengajian Am


48. Selain daripada menjejaskan masa depan kanak-kanak , jenayah juvana juga menimbulkan pelbagai kesan lain. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya. Bincangkan. Soalan :


Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah atau anti-sosial juvenil(remaja).Contohnya; mengambil dadah, menghisap rokok , pembuangan bayi ,dan merempit Menganalisis Definisi Jenayah Juvana:


01 Analisis Soalan: Soalan meminta kita menjelaskan tentang jenayah juvana menjejaskan masa depan kanak-kanak. Soalan meminta kita memberikan kesan lain jenayah juvana selain daripada menjejaskan masa depan kanak-kanak. Soalan meminta kita memberikan langkah mengatasi jenayah juvana. Kita diminta untuk memberikan langkah menangani jenayah juvana dari pelbagai pihak. 02 03 04


• Merosakkan kehidupan kanak-kanak • Tercicir dalam pelajaran • Sukar diterima oleh masyarakat • Sentiasa dalam keadaan bimbang 01 Jenayah Juvana menjejaskan masa depan kanak-kanak


• Keselamatan terancam • Terlibat dengan jenayah berat seperti pecah masuk rumah dan merompak 02 Kesan lain 1 : Keamanan tergugat


• Kos operasi dan pengurusan yang kompleks • Kos membaikpulih kerosakan yang tinggi • Penambahan pusat pemulihan akhlak 02 Kesan lain 2 : Tanggungan kerajaan meningkat


• Kurang modal insan berkualiti(tiada gen baik) • Tiada sumbangan kepada negara • Generasi baharu lemah jati diri 02 Kesan lain 3 : Kualiti modal insan rendah


• Memberi perhatian dan kasih saying • Memantau perkembangan anak-anak • Teladan baik dalam keluarga • Memberi nasihat dan teguran 03 Langkah Menangani 1 : Peranan ibu bapa


• Melapor kepada pihak berwajib • Menerima Kembali juvana kepangkuan masyarakat 03 Langkah Menangani 2 : Peranan masyarakat


• Mengambil langkah pencegahan melalui Pendidikan • Meningkatkan penguatkuasaan undangundang • Menganjurkan pekbagai program berfaedah kepada juvana 03 Langkah Menangani 3 : Peranan kerajaaan


• Meningkatkan kesedaran semua pihak dengan menyebarkan pelbagai maklumat • Melaporkan isu-isu berkaitan juvana • Mencadangkan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan isu tersebut 03 Langkah Menangani 4 : Peranan media massa


• Kaunselor di pelbagai peringkat membantu meningkatkan kesedaran juvana • Contohnya, kaunselor sekolah , kaunselor pusat pemulihan dan kaunselor agama • Mendekati juvana untuk menarik mereka ke arah kebaikan 03 Langkah Menangani 5 : Peranan kaunselor


Bagi mencukupkan 5 perenggan isi , kita akan memilih format (1+2+2) . Di mana kita akan merancang perenggan isi seperti ini ; 1. Menjejaskan masa depan kanak-kanak. 2. Dua kesan lain seperti tanggungan kerajaan meningkat dan kualiti modal insan rendah. 3. Jelaskan 2 pihak dan peranan mereka dalam menangani jenayah juvana. Contohnya, peranan ibu bapa dan peranan kerajaan. Merancang pembinaan perenggan isi


Pendahuluan Kejadian jenayah juvana yang melibatkan kanak-kanak semakin meningkat dan amat membimbangkan pelbagai pihak. Oleh itu , masalah ini perlu ditangani dengan segera.


Isi 1 Kejadian jenayah juvana yang melibatkan kanak-kanak semakin meningkat menimbulkan kesan seperti menjejaskan masa depan kanak-kanak. Masa depan kanakkanak yang terlibat dengan jenayah juvana akan malap kerana perbuatan jenayah di usia muda berpotensi merosakkan kehidupan mereka di masa depan. Hal ini kerana, rekod perbuatan jenayah mereka adalah kekal dalam sistem Kerajaan yang bakal membuatkan mereka sukar untuk meneruskan pelajaran atau mencari pekerjaan di masa hadapan. Kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah juvana juga akan tercicir dalam pelajaran kerana leka dengan perbuatan tidak senonoh sehingga mereka alpa akan tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu sebagai seorang pelajar. Seterusnya, kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah juvana akan sering merasa bimbang akibat kesukaran masyarakat untuk menerima mereka dalam komuniti Masyarakat. Tuntasnya, jenayah juvana ini berkemampuan menghancurkan segala impian kanak-kanak yang terlibat dengannya.


Isi 2 Penglibatan kanak-kanak dalan jenayah juvana yang semakin meningkat juga mendatangkan kesan seperti mengurangkan kualiti modal insan. Pengurangan kualiti modal insan akan melahirkan masa depan yang merumitkan bagi kerajaan kerana kurangnya pelapis berkualiti yang mampu menstabilkan negara di masa hadapan. Tambahan lagi , kekurangan modal insan yang berkualiti dalam kalangan kanak-kanak juga menyebabkan ketiadaan sumbangan generasi muda kepada negara. Negara akan hilang pendorong di masa hadapan yang bakal melanjutkan usaha untuk membawa lebih lagi kejayaan di negara sehingga nama Malaysia dijunjung tinggi oleh negara luar. Penglibatan kanakkanak dalam jenayah juvana inilah yang menyebabkan anak-anak kesuma harapan negara jatuh kerana hilangnya jati diri. Kurangnya moraliti dalam diri yang menghakis segala jati diri dalam jasad anak-anak watan negara. Sekiranya penglibatan kanak-kanak dalam kes jenayah juvana ini kian berterusan, negara kita akan semakin mundur saban hari.


Isi 3 Penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana yang semakin meningkat kemudiannya akan menjadikan tanggungan kerajaan semakin meningkat. Kos operasi dan pegurusan untuk membanteras dan menangkap pesalah laku jenayah juvana memerlukan kos yang tinggi. Ini adalah kerana operasi dan pengurusan tersebut memerlukan anggota polis dan anggota pihak berkuasa lain yang ramai demi menjayakan operasi membanteras jenayah juvana tersebut. Segala kerosakan yang terjadi akibat jenayah juvana juga memerlukan pembayaran yang tinggi sehingga Kerajaan terpaksa berhutang dengan bank negara untuk membiayai kos membaikpulih kerosakan-kerosakan tersebut. Tambahan lagi, pembinaan pusat pemulihan akhlak bagi kanak-kanak yang terlibat dalam jenayah juvana juga perlu dibiayai oleh wang yang banyak. Ini kerana segala biaya seperti pembinaan tapak pusat pemulihan akhlak tersebut , pengupahan pekerja yang bekerja dalam pusat pemulihan akhlak tersebut dan barang dapur memerlukan wang yang banyak untuk menampung segala bayaran tersebut. Oleh itu, penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana yang semakin meningkat bakal menambahkan lagi beban ekonomi kerajaan di negara ini.


Isi 4 Langkah menangani penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana perlu diambil oleh pelbagai pihak seperti ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak mereka. Hal ini adalah kerana terdapat banyak kajian sains yang mengatakan bahawa anak-anak akan lebih cenderung untuk melakukan perlakuan buruk kerana kurang diberi perhatian dan kasih sayang terutamanya daripada kedua ibu bapa mereka sendiri. Pemantauan dalam perkembangan anak-anak penting untuk dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak mereka tidak terpesong daipada jalan yang lurus. Seterusnya ibu bapa perlu mewujudkan suasana kekeluargaan yang akrab agar anak-anak tidak merasa tercicir dan sentiasa menganggap bahawa mereka penting kepada ibu bapa mereka. Ini menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak agar mereka tahu bahawa hubungan kekeluargaan yang akrab menjadikan mereka lebih peka akan keburukan yang menimpa keluarga mereka sekiranya mereka terbabit dalam sebarang jenayah juvana. Nasihat dan teguran juga perlu demi membentuk anak-anak yang tidak berakal cetek dan mementingkan kebaikan demi diri sendiri,keluarga dan negara. Tuntasnya, ibu bapa mempunyai peranan penting kerana merekalah orang pertama yang mengetahui segala serba serbi perangai anak mereka.


Isi 5 Langkah seterusnya dalam usaha menangani penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana boleh dilakukan oleh kerajaan. Kerajaan boleh mengambil langkah pencegahan dengan menguatkuasakan lagi subjek-subjek yang mendidik tentang moraliti seperti subjek moral, subjek pendidikan Islam , dan subjek sivik. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” merupakan peribahasa yang bersesuaian kerana ia mejelaskan bahawa anak-anak ini perlu diberi didikan awal sejak dari tadika lagi agar penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana yang semakin meningkat dapat dicegah. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu dilaksanakan agar ramai semakin takut untuk melibatkan diri dengan jenayah juvana kerana tidak mampu untuk membayar denda yang diberikan atau enggan untuk masuk penjara. Akhir sekali, kerajaan boleh menganjurkan pelbagai program berfaedah yang ditujukan khas untuk generasi muda agar mereka mendapat pencerahan lebih tentang jenaya juvana dan seterusnya mendapat kesedaran untuk menjauhkan diri dari terlibat dengan jenayah juvana sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Intihannya, terdapat pelbagai peranan yang boleh Kerajaan lakukan dalam usaha menangani penglibatan kanak-kanak dalam jenayah juvana yang semakin meningkat.


Kesimpulan Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu membantu menangani masalah ini kerana juvana merupakan aset negara pada masa hadapan.


Click to View FlipBook Version