The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mecat, 2023-10-08 02:12:17

p.am esei - pembuangan sampah sarap

esei by : nur malyanah

Keywords: pembuangan,sampah sarap,pengajian am,pam,stpm,esei

Pembuangan sampah sarap


Soalan: Pembuangan sampah sarap ke tempat-tempat tertentu memberi impak kepada kehidupan. Tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang masih berlaku. Jelaskan.


Menganalisis Definisi Pembuangan Sampah: Sampah atau bahan buangan ialah bahan sisa yang tidak diinginkan setelah berakhirnya suatu proses. sampah merupakan konsep buatan manusia,dalam proses-proses alam tidak ada sampah, yang ada hanya produk-produk yang tidak bergerak.


Analisis soalan 01 Soalan meminta kita memberikan impak Pembuangan sampah kepada kehidupan. Soalan meminta kita memberikan tindakan untuk mengatasi masalah timbunan sampah sarap. 02


Merancang pembinaan perenggan isi Bagi mencukupkan 5 perenggan isi, kita akan memilih format(2+3) . Di mana kita merancang isi seperti ini; 2.Tindakan-tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang masih berlaku 1.impak-impak pembuangan sampah sarap dalam kehidupan


Pendahuluan Timbunan sampah sarap memberi impak kepada alam sekitar dan tindakan perlu diambil agar masalah ini dapat diselesaikan serta tidak menjadi masalah kepada kita di masa akan datang.


01 Pembuangan sampah sarap ke tempat-tempat tertentu memberi impak kepada kehidupan antaranya timbunan sampah mengeluarkan bau yang busuk dan apabila hujan, air akan membawa sisa sampah ke Sungai.Hal ini menyebabkan beberapa pencemaran alam sekitar berlaku. Contohnya, pencemaran bau dan pencemaran air *Timbunan sampah mengeluarkan bau yang busuk, pencemaran bau *Apabila hujan, air akan membawa sisa sampah ke Sungai menyebabkan pencemaran air Kesan/impak:Pencemaran alam sekitar


02 *pembuangan sampah merata akan menyebabkan pembiakan nyamuk, tikus *lalat sampah akan hinggap pada makanan dan menyebabkan cirit-birit, sakit perut dan keracunan Kesan/impak:kesihatan Terjejas Pembuangan sampah sarap ke tempat-tempat tertentu memberi impak kepada kehidupan seperti kesihatan terjejas.Hal ini berlaku kerana pembuangan sampah merata sehingga menyebabkan pembiakan haiwan menjejaskan kesihatan . Contohnya, lalat, nyamuk, dan tikus.


Tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang masih berlaku seperti kitar semula. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan perlu dibuang dapat dikurangkan. Contoh seperti barangan yang boleh diguna pakai, di kitar semula. *Barangan perlu dibuang dikurangkan *Barangan yang boleh diguna pakai, kitar semula 03 Tindakan:kitar semula


Selain itu, tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang masih berlaku seperti mengadakan kempen cintai alam sekitar. Hal ini demikian kerana kita boleh mengadakan banyak aktiviti antaranya gotong-royong membersihkan kawasan perumahan dan guna alat insinerator di tempat pelupusan sampah.Misalnya, menggunakan media massa menyiarkan kempen tersebut dan kerajaan melancarkan kempen itu. Tindakan:Kempen cintai alam sekitar *Gotong-royong membersihkan kawasan *Guna alat insinerator di tempat pelupusan sampah *Media massa bertanggungjawab menyiarkan kempen *Kerajaan melancarkan kempen 04


Tindakan:Pendidikan tentang alam sekitar Akhir sekali, Tindakan perlu diambil bagi bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang masih berlaku seperti mewujudkan pendidikan alam sekitar. Pendidikan di sekolah, mendidik cinta kepada kebersihan kawasan dan kesan buruk alam sekitar yang tidak bersih. Misalnya, melawat kawasan yang indah dan bersih dan melihatkan tayangan video tentang alam sekitar yang bersih *Pendidikan formal di sekolah, mendidik cinta kepada kebersihan kawasan, kesan buruk alam sekitar yang tidak bersih *Melawat kawasan yang indah dan bersih *Tayangan video tentang alam sekitar yang bersih 05


Kesimpulan kesimpulannya, kerjasama semua pihak diperlukan untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat dan bersih.Usaha ini akan menjadikan masyarakat di negara kita hidup dengan sihat,aman, dan harmoni.


Sekian, terima kasih Oleh:Nur Malyanah. J


Click to View FlipBook Version