The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pengejaan kata majmuk,ganda,klitik,sendi nama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mecat, 2023-10-04 10:24:51

STPM bm fonologi-pengejaan kata majmuk

pengejaan kata majmuk,ganda,klitik,sendi nama

Keywords: bahasa melayu,stpm,fonologi,kata majmuk,kata klitik,kata sendi nama,kata ganda,tingkatan 6,bm,semester 1,sem 1

i. Pengejaan Kata Majmuk ii.Pengejaan Kata Ganda iii.Pengejaan Kata Klitik iv.Pengejaan Kata Sendi ‘di’ dan ‘ke’ Fonologi Niq Mal Puteri


Kata Majmuk


Pengejaan Kata Majmuk ● Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. ● Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit,bentuknya tidak boleh menerima sebarang sisipan unsur lain a) Rangkaian kata bebas Bandar raya Lebuh raya Pasar raya Kereta lembu Gambar rajah Perdana Menteri Ketua menteri Kuning langsat Tengah hari Naib Canselor Jam tangan Terima kasih


b) Istilah khusus c) Kiasan atau simpulan bahasa Model linear Lut sinar Garis pusat Telefon dail terus Pita suara Urus setia Atur cara Telefon mudah alih Kemas kini Segi tiga Cari gali Mata pelajaran Kaki ayam Buah tangan Pilih kasih Berat mulut Bulan madu Anak emas Duit kopi Tumbuh rusuk Makan angin Ayam tambatan Buah mulut Buah tangan


d) kata majmuk yang telah mantap – dieja sebagai satu perkataan antarabangsa kakitangan jawatankuasa matahari pesuruhjaya suruhanjaya bumiputera warganegara


Peraturan Penjamakan Kata Majmuk 1. Menggandakan perkataan pertama sahaja : suku kata = suku-suku kata. 2. Menggunakan penanda jamak (semua , banyak , sekumpulan , beberapa , para ,sebilangan ,sebahagian ,persatuan ): Persatuan Bekas Perajurit , Para peserta. 3. Penjamakan kata majmuk yang telah mantap – (keseluruhan kata majmuk digandakan ) : warganegarawarganegara , suruhanjaya-suruhanjaya.


Peraturan Pengimbuhan Kata Majmuk 1. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan dan pengimbuhannya terdapat dalam dua bentuk : • apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja , ejaan kata majmuk tetap dieja terpisah Contoh: Litar selari – Berlitar selari , Daya serap – Daya serapan • Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan , ejaan kata majmuk bercantum Contoh : campur aduk – mencampuradukkan , urus niaga - diurusniagakan


Pengimbuhan Kata Majmuk Terdapat dua bentuk,iaitu; 1. Apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan atau akhiran , ejaannya tetap terpisah.Contohnya; • Campur aduk – Bercampur aduk • Ambil alih – Mengambil alih • Daya Serap – Daya serapan 2. Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan – ejaannya menjadi bercantum.Contohnya; • Campur aduk – Mencampuradukkan • Daya serap – Kedayaserapan • Urus niaga - Diurusniagakan


Kata Ganda


o Dibentuk daripada proses menggandakan atau mengulang seluruh kata atau sebahagian kata. o Tanda sempang (-) akan diletakkan pada bahagian kata yang diulang. a) Kata dasar dan kata terbitan yang membentuk kata ganda penuh menggunakan tanda sempang di antara kata dasar dengan unsur ulangan. Gandaan Kata Dasar Gandaan Kata Terbitan • Benar-benar • Minum-minum • Remaja-remaja • Jurusolek-jurusolek • Pelayar-pelayar • Subsistem-subsistem Kata Ganda


b) Kata terbitan yang mengalami pergandaan sebahagian diulang menggunakan tanda sempang di antara bahagian dasar dengan unsur yang diulang. • Meleret-leret • Berminggu-mingguan • Kelima-lima • Pasang-pasangkan • Lama-kelamaan • Memporak-perandakan


c) Bagi kata ganda berentak , tanda sempang digunakan di antara dua unsurnya. • Lauk-pauk • Mandi-manda • Ramah-Tamah • Serta-merta • Tunggang-langgang


Kata Klitik


• Kata klitik ialah kata ganti nama singkat. • Terdapat empat bentuk kata klitik : kau , ku , mu , dan nya • Bentuk-bentuk tersebut perlu dicantumkan pada kata dasar yang mendahului atau mengikutinya berdasarkan keadaan. Kata Klitik Bahagian Cantuman Kata Klitik Keadaan Contoh Di hadapan kata dasar ( proklitik ) • Kau • Ku Lazimnya kata dasar terdiri daripada kata kerja. • Kaulihat • Kubawa Di belakang kata dasar ( enklitik ) • Ku • Mu • Nya Lazimnya terdiri daripada kata nama • Ibuku • Makananmu • Suratnya Jika rujuk Tuhan, huruf pertama huruf besar, cantum (-) • Kehendak-Ku • Rahmat-Mu • Takdir-Nya


Kata Sendi ( di dan ke )


Di dan Ke Di 1. Kata sendi ‘di’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat atau arah. 2. Kata sendi ‘di’ juga menunjukkan kita sudah tiba/ sudah berlaku di tempat itu. 3. Kata sendi ‘di’ tidak boleh digunakan bagi menerangkan waktu,masa ataupun zaman


Di dan Ke Ke 1. Kata sendi ‘ke’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama bagi menunjukkan tempat , arah , waktu atau masa 2. Ia ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya . 3. Kata sendi ‘ke’ juga menunjukkan kita akan/sedang menuju/melakukan sesuatu di tempat itu.


●Bentuk di dan ke mempunyai dua fungsi berdasarkan konteks penggunaannya. Ejaan ‘di’ dan ‘ke’ a) Sebagai Kata Sendi Nama • Kata sendi nama diejakan terpisah dengan kata nama atau kata arah yang mengikutinya. di ke • Di bandar • Di bawah • Di tengah hutan • Ke Dungun • Ke Selatan • Ke tepi tasik


b) Sebagai imbuhan awalan • Imbuhan awalan diejakan bercantum dengan kata dasar yang mengikutinya di ke • Dijaga • Dikesampingan • Dikenali • Kekasih • Ketua • Kemahuan


1. Ahmad sudah sampai ke Sarawak (x) Ahmad sudah sampai di Sarawak (√) 2. Niq terjun di dalam sungai (x) Niq terjun ke dalam sungai (√) 3. Sultan Mahmud memerintah di zaman itu (x) Sultan Mahmud memerintah pada zaman itu (√) Contoh penggunaan Di dan Ke


soalan 1) Berikan satu lagi contoh bagi kata majmuk yang menerima imbuhan akhiran. 2) Bagi 2 jenis klitik. 3) Berikan 2 peraturan penjamakkan kata majmuk.


Click to View FlipBook Version