The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 BMMB 1134
NAMA : NURUL AMNANI BINTI HANIM AZAHARI
KELAS: PPS2-6
NO ANGKA GILIRAN : 2022172310017
NAMA PENSYARAH : DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulamnanyy, 2023-03-25 09:57:23

TUGASAN 3 BMMB 1134

TUGASAN 3 BMMB 1134
NAMA : NURUL AMNANI BINTI HANIM AZAHARI
KELAS: PPS2-6
NO ANGKA GILIRAN : 2022172310017
NAMA PENSYARAH : DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT

Keywords: BMMB1134 PPISMP,HALANGAN BERKOMUNIKASI,ISU KETERAMPILAN BERBAHASA

KETERAMPILAN BERBAHASA TUGASAN 3 BMMB 1134 Nama : Nurul Amnani binti Hanim Azahari Kelas : PPS2-6 No Angka Giliran : 2022172310017 Nama Pensyarah : Dr. Noor Hayati binti Che Mat


ISI KANDUNGAN HALANGAN BERKOMUNIKASI ISU KETERAMPILAN BERBAHASA


PENGENALAN Komunikasi merupakan suatu kepentingan dalam kehidupan harian individu. Tanpa komunikasi, seseorang individu tidak dapat berhubungan dengan orang lain. Keterampilan berbahasa menjadikan komunikasi lebih lancar serta mampu menyampaikan maklumat dengan tepat. Namun, terdapat beberapa halangan dan isu keterampilan berbahasa wujud apabila berlakunya komunikasi antara individu.


HALANGAN BERKOMUNIKASI


MAKLUM BALAS Maklum balas merupakan salah satu elemen penting dalam komunikasi. Melalui maklum balas, penyampai boleh mengetahui sama ada pendengar menerima info yang disampaikan. Maklum balas menjadi satu komponen untuk memastikan komunikasi tersebut berkesan. Namun, ketiadaan maklum balas menyebabkan penyampai tidak mengetahui tahap kejayaan komunikasi bersama pendengar. Hal ini dikatakan demikian kerana pendengar mungkin tidak memahami konteks penyampai dan tidak mampu memberi maklum balas yang baik. Misalnya, ketika pembelajaran, murid tidak menunjukkan sebarang maklum balas terhadap soalan yang diberikan oleh guru. Maka, situasi tersebut menunjukkan bahawa komunikasi antara dua pihak tidak berjaya. Oleh itu, maklum balas juga menjadi halangan dalam komunikasi harian.


Komunikasi sehala diaplikasikan ketika penyampai tidak memerlukan maklum balas dalam penyampaian awam. Misalnya, pidato, syarahan, ceramah dan ucapan. Secara ringkasnya, hanya penyampai sahaja akan berkongsi isi, huraian dan maklumat manakala pendengar mengambil input yang diberikan. Halangan yang terdapat dalam komunikasi sehala ialah pendengar tidak diberikan peluang untuk bertanya soalan untuk mengetahui info yang lebih terperinci. Kadang kala, pendengar tidak dapat menyuarakan soalan tentang perkara yang tidak difahami lalu menjurus kepada kekurangan maklumat. Maka, pendengar memerlukan kemahiran mendengar secara aktif agar dapat menerima isi dengan baik tanpa sebarang kekeliruan. KOMUNIKASI SEHALA


Gangguan saraf penerima meliputi semua sistem anggota yang digunakan ketika berkomunikasi. Kerosakan, gangguan atau kelainan pada sistem saraf manusia akan mengganggu komunikasi antara penyampai dan pendengar. Contohnya, masalah pecah gegendang telinga dan pekak akan menyebabkan komunikasi tidak dapat dilakukan dengan lancar. Dalam konteks ini, pendengar tidak dapat menerima maklumat ekoran masalah gangguan saraf yang dihadapinya. Penyampai turut mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi kerana kehadiran gangguan terhadap fizikal mahupun mental pendengar. Oleh yang demikian, gangguan saraf penerima sangat membuahkan kesan negatif terhadap kelancaran ketika komunikasi. GANGGUAN SARAF PENERIMA


PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Halangan seterusnya ialah penyampaian melalui saluran kedua. Penyampaian menerusi saluran kedua melibatkan dua atau lebih ejen penyampai dalam suatu proses komunikasi. Bentuk penyampaian ini dilabel sebagai halangan kerana kemungkinan untuk salah faham dan kekurangan maklumat dapat berlaku. Sebagai contoh, penggunaan loghat dan bahasa yang berlainan antara ejen penyampai akan menghalang mesej disampaikan dengan baik. Pada situasi lain, ejen penyampai menokok tambah maklumat menyebabkan ketidaksahihan info sampai kepada pendengar. Oleh itu, penyampaian menerusi saluran kedua merupakan antara halangan terbesar dalam komunikasi.


GANGGUAN EMOSI Gangguan emosi melibatkan kesulitan dalam pengendalian ke atas emosi penyampai. Gangguan emosi merangkumi perubahan mimik muka, gerak laku dan intonasi. Sebagai penyampai yang baik, kita tidak boleh terhanyut dalam emosi sehingga menjejaskan komunikasi bersama. Penyampai mestilah bersikap profesional dan bijak mengawal emosi kerana perubahan kepada emosi akan menonjolkan karakteristik seseorang individu tersebut. Jika penyampai tidak mampu mengendalikan emosi dengan baik, maklumat yang ingin dikongsi tidak dapat disampaikan dengan jelas kerana terlalu terikut-ikut perasaan dan emosi. Maka, penyampaian tidak dapat mencapai objektif sebenar kerana terdapat gangguan emosi terhadap penyampai.


Secara amnya, gangguan luaran didefinisikan sebagai gangguan daripada persekitaran. Sebagai contoh, pembelajaran di dalam kelas diganggu dengan bunyi bising oleh mesin rumput di luar kelas. Hal ini akan menyukarkan proses berkomunikasi antara murid dan guru. Guru sukar untuk menerangkan maklumat ekoran bunyi kuat yang dihasilkan oleh mesin rumput. Manakala, murid yang tidak mempunyai kemahiran mendengar secara aktif tidak dapat menerima maklumat dengan jelas. Gangguan luaran seperti ini akan menjejaskan proses penyampaian maklumat sehingga membolehkan kecelaruan info berlaku. Oleh itu, penyampai haruslah mencari inisiatif baharu untuk menyampaikan maklumat dengan jelas walaupun wujud gangguan persekitaran. GANGGUAN LUARAN


ISU - ISU KETERAMPILAN BERBAHASA


ISU BAHASA Penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam penyampaian awam merupakan satu elemen penting untuk mencapai objektif proses komunikasi yang jelas. Contoh isu bahasa yang sering dibincangkan ialah bahasa rojak, penggunaan bahasa pasar dan bahasa yang tidak sopan. Laras bahasa yang dipilih haruslah sesuai digunakan berdasarkan situasi penyampaian awam. Hal ini supaya pendengar dapat menerima input dengan lebih baik. Misalnya, pengucapan awam dalam majlis formal haruslah menggunakan laras bahasa yang formal kerana kehadiran ahli konglomerat dalam kalangan pendengar. Jika penyampai menggunakan bahasa yang tidak sopan, pendengar akan berasa tidak yakin dan penerimaan maklumat terbantut. Maka, isu bahasa haruslah diperbaiki dari semasa ke semasa untuk menjadikan penyampaian awam suatu komunikasi yang berkesan.


ISU BUDAYA Kepelbagaian budaya dalam negara boleh menyebabkan ketidakberkesanan suatu komunikasi. Seseorang individu haruslah mempersiapkan diri dengan pengetahuan am mengenai budaya serumpun yang lain. Hal ini kerana penyampaian awam yang baik adalah penyampaian awam yang tidak menyentuh mana mana isu sensitiviti kaum. Jika penyampai tidak mengendahkan perkara ini, nescaya boleh membawa kepada perbalahan kaum pada masa yang akan datang. Tambahan pula, konteks penyampaian yang dipilih haruslah sesuai dengan situasi semasa agar tidak membawa kepada sebarang salah faham antara masyarakat. Misalnya, seseorang penyampai haruslah mengambil cakna tentang perkataan atau istilah yang tidak patut digunakan di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, isu budaya merupakan satu isu yang harus diambil berat oleh penyampai agar penyampai memberikan pengajaran yang baik kepada pendengar tidak kira bangsa mahupun warna kulit.


ISU MEDIA SOSIAL Pada era globalisasi ini, media sosial merupakan satu platform komunikasi yang sering digunakan tidak kira batas umur muda mahupun yang tua. Antara aplikasi media sosial yang terkenal ialah TikTok, Instagram dan Twitter. Isu media sosial yang sering dibincangkan ialah penggunaan kata slanga, susanan ayat yang tidak tepat serta lontaran kata - kata kesat. Penggunaan slanga dapat menimbulkan kekeliruan antara pengguna kerana ejaannya yang tidak tepat contohnya tidak dieja sebagai "tk". Hal ini menyebabkan kecenderungan kepada kesalahfahaman maklumat yang ingin disampaikan. Selain itu, remaja kini tidak menggunakan susunan ayat dengan baik sehingga membuatkan penerima tidak faham akan mesej yang ingin disampaikan. Penggunaan kata kesat juga mendorong kepada perbalahan dan buli di media sosial. Oleh itu, pengguna yang bijak haruslah mengetahui etika penggunaan media sosial agar tidak terjebak dalam isu media sosial.


RUMUSAN Konklusinya, kemahiran berbahasa yang baik dapat dikecapi jika kita dapat mengatasi halangan serta isu - isu keterampilan berbahasa. Penyampai yang berdedikasi akan mencari inisiatif untuk mengatasi semua cabaran agar maklumat yang ingin disampaikan diterima dengan jelas. Oleh itu, kita haruslah merungkai halangan serta isu keterampilan berbahasa dari semasa ke semasa untuk melahirkan lebih ramai lagi penyampai yang bersifat profesional.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version