PERTANDINGAN DIGITAL
FLIP SILANG BUDAYA
{PERINGKAT DAERAH}
OLEH:MYA FASIHAH BINTI RAZALI
6 AL-FARABI
[email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA,
SENAI,JOHOR.
Malaysia ialah sebuah negara berbilang budaya dan agama, dan agama rasminya adalah Islam. Sehingga Banci Penduduk dan
Perumahan 2010, 61.3 peratus daripada penduduk menganuti Islam; 19.8 peratus Buddhisme; 9.2 peratus agama Kristian; 6.3
peratus Hinduisme; dan 1.3 peratus agama tradisional China. Selebihnya dipertanggungjawabkan oleh agama lain, termasuk
Animisme, Sikh, Bahá'í dan sistem kepercayaan lain.
Malaysia (Jawi: ) مليسياsecara rasminya Persekutuan Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia
Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 330,803 kilometer
persegi (127,720 bt2).[12][13] Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung
Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur).[12] Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia,
dan Brunei[12] dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[14] Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur,
manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki oleh 28 juta penduduk[15] dan pada
tahun 2017 dianggarkan telah mencecah lebih 30 juta orang yang menduduki di Malaysia.
Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-
18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1948. Pada tahun 1957 Semenanjung Malaysia mencapai Kemerdekaan dan bebas daripada penjajah dan sekali gus menjadi
catatan sejarah terpenting bagi Malaysia. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu bersama dengan negara Sabah, Sarawak,
dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas.
Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara
kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.[16] Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber
alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor ukur tanah, sains, kejuruteraan, pendidikan, pelancongan, perkapalan, perdagangan
dan perubatan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dan diundi dari kalangan sembilan raja negeri
Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.[17][18] Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen
Westminster[19], dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.
Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika,[12] serta mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga
diiktiraf menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti.[20] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh
tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan
Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
KAUM MELAYU DI MALAYSIA
KAUM TERBESAR DI MALAYSIA
BERAGAMA ISLAM
Masyarakat terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Mereka betutur
menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan
tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu
meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan
gugusan Kepulauan Melayu.
BAJU TRADISIONAL
KAUM MELAYU LELAKI
Terdapat pelbagai jenis pakaian tradisional kaum
melayu tetapi antara yang paling popular ialah Baju
Melayu bagi lelaki.
• Baju Melayu:Baju Melayu (Jawi: باجو
)ملايوialah pakaian tradisional dan kebangsaan
lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada
dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan
panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi
dengan samping dan songkok. Baju Melayu
terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk
belanga dan cekak musang. Baju Melayu
biasanya dipakai sebagai pakaian harian
terutama sekali untuk bersembahyang, ke
pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian
adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian
rasmi Malaysia.
BAJU TRADISIONAL
KAUM MELAYU
PEREMPUAN
Terdapat juga pelbagai jenis pakaian tradisional bagi kaum
melayu perempuan tetapi yang paling popular ialah Baju
Kurung.
Baju Kurung:Baju kurung (Jawi: ) باجو کوروڠialah pakaian
tradisional untuk wanita Melayu. Baju Kurung terbahagi
kepada dua iaitu Baju Kurung Lelaki dan Baju Kurung
Perempuan. Baju Kurung lelaki juga dikenali juga sebagai Baju
Melayu. Ia menjadi pakaian rasmi untuk
negara Brunei, Indonesia, Malaysia , Singapura dan Thailand.
Terdapat dua jenis baju kurung iaitu Baju Kurung Teluk
Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang. Baju ini sesuai
dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia.
Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis
perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia,
secara amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung
sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar
sekolah rendah dan menengah. Cuma reka bentuk dan
potongan baju kurung agak berbeza-beza mengikut negeri.
PERAYAAN KAUM MELAYU
• Hari Raya Aidilfitri:Hari Raya Aidilfitri (Bahasa • Hari Raya Aildiladha:Hari Raya Aidiladha (bahasa
Arab: ʿ ;عيد الفطرĪd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa") Arab: ' عيد الأضحىEid Ul-Aḍḥa), Hari Raya Korban atau Hari
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam
juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi
Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai
merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di tindakan mematuhi perintah Allah. Namun, sebelum
seluruh dunia tidak kira bangsa sama Ibrahim dapat mengorbankan puteranya, bagaimanapun,
ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim Tuhan menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan
dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam sebagai gantinya. Sebagai memperingati intervensi ini,
bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka
mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan dimakan oleh keluarga yang mempersembahkan korban,
tekun. sementara selebihnya dibagikan kepada orang miskin dan
yang memerlukan.
• Dalam Takwim Hirah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari
ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap
tahun. Perayaan ini bermula dengan takbir Aidiladha pada
9 Zulhijjah selepas solat subuh, diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13
Zulhijjah, yang dipanggil Hari Tasyrik.
MAKANAN DAN PERMAINAN MASYARAKAT MELAYU
MAKANAN PERMAINAN TRADISIONAL
• Ketupat •
• Rendang Congkak
• Lemang
• Wau
Makanan ini selalunya dihidangkan • Baling selipar
semasa perayaan Hari Raya • Gasing
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Permainan ini selalunya dimainkan
oleh masyarakat melayu.
KAUM CINA
KAUM KEDUA TERBESAR DI MALAYSIA
BERTUTUR BAHASA MANDARIN
SELALUNYA BERAGAMA BUDDHA
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin:
Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin:
Mǎláixīyà Tángrén) adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka
merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan
mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa
pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Pakaian Tradisional Kaum Cina Pakaian Tradisional Kaum Cina
Perempuan
Lelaki
• CHEONGSAM
• .Samfoo
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan
bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat
lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya
daripada baju yang longgar dan terbelah di disesuaikan dengan suasana tempatan.
depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama
seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan
pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat
sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.
tradisional kepada Orang Manchu. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal
dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya
dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga
ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan
kanannya.
PERAYAAN KAUM CINA
• Tahun Baharu Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari
Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh
perayaan di bawah.)
• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
• Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta
berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan
Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.
• Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang
Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand,
dan juga di pekan cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat
dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết),
dan Jepun hingga tahun 1873 (旧正月 kyūshōgatsu).
MAKANAN DAN PERMAINAN KAUM
CINA
MAKANAN TRADISIONAL PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM CINA KAUM CINA
• YEE SANG ATAU YUSHENG • MAH JONG
• CANG SHOU MIAN • XIANG QI
• JIOZI • YOYO CINA
MAKANAN INI ADALAH ANTARA INI ADALAH ANTARA PERMAINAN
MAKANAN TRADISIONAL TRADISIONAL KAUM CINA
MASYARAKAT CINA
KAUM INDIA
KAUM KETIGA TERBESAR DI MALAYSIA
SELALUNYA BERTUTUR BAHASA TAMIL
BERAGAMA HINDU
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke
Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan
bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan
kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, Cina .
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PAKAIAN TRADISIONAL KAUM
INDIA PEREMPUAN
INDIA LELAKI
• Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian
• Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada
Pakaian ini diperbuat daripada kain yang lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz
dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum
generasi muda hari ini tidak berminat dengan memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
pakaian tersebut. singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih lilitan supaya tidak terurai.
yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna
pinggang dan diikat pada celah paha dan gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih
kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak
kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak
supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan.
bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka
ini banyak dipakai oleh golongan ceti. memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini
akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun
pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan
sesuai dengan si pemakai.
MAKANAN DAN PERMAINAN KAUM INDIA
MAKANAN TRADISIONAL PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM INDIA KAUM INDIA
• MURUKU • KHO-KHO
• TOSE • CHATURANGA
• IDLI • KABADI
• MAKANAN INI SELALUNYA DIHIDANGKAN • PERMAINAN INI SELALUNYA DIMAINKAN
SEMASA HARI DEEPAVALI OLEH MASYARAKAT INDIA
KEHARMONIAN ANTARA KAUM
ISU berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara ini seperti pengenalan tulisan
Jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit sebanyak mencerminkan betapa pentingnya
usaha lebih serius serta konstruktif dalam mengurus masyarakat berbilang bangsa.
Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada
kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu. Cabaran itu wujud, terutama
dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta
budaya, sekali gus memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.
Sebagai negara moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri
sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti
perlu ditangani sebaik mungkin.
Ini termasuk ancaman pelbagai krisis berbentuk penindasan dari segi ekonomi, politik dan sosial serta
isu berkaitan pencabulan hak kemanusiaan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik dan berhemah, ia
akan menjadi halangan kepada proses pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin
pelbagai peringkat, terutama harus senada dalam merealisasikan agenda perpaduan negara.
Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya, rakyat akan dapat
isyarat yang jelas mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini
adalah tanggungjawab semua warganegara.