The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan 2 BMMB3103.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Iqmah Seli, 2023-03-31 12:58:27

CENGKERANG YANG RETAK.

Cerpen ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan 2 BMMB3103.

Keywords: Kura-kura,Cengkerang,Sang Kancil

Nasi sudah menjadi bubur Maksud: Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. CENGKERANG YANG RETAK. SHAHIQMAH BINTI SELI


MARI KENALI WATAK. WATAK UTAMA: WATAK SAMPINGAN: Si Kura-kura. Sang Kancil. Si Arnab.. Si Tenggiling.. Si Itik dan Si Itok..


Pada suatu pagi, matahari bersinar dengan terangnya.Binatang-binatang di hutan berkumpul dengan riang dan gembiranya.Ada yang menyanyi dan menari. Mereka juga rancak bermain bersama-sama sehinggalah datang Si Itik yang mencairkan suasana pagi itu.


“Hai, kawan-kawan.” , kata Si Itik kepada kawan-kawannya. Binatang-binatang yang berada di sana serentak menjawab sahutan Si Itik. Si Itik menghulurkan sebuah kad jemputan kepada semua binatang yang berada di sana. Si Arnab tertanya-tanya dengan kad jemputan yang diberikan oleh Si Itik, “Kad apa ini Itik?” , lalu Si Itik pun membalas pertanyaan Si Arnab itu “Kau bacalah dulu, kau belum baca kau sudah bertanya.” “He he he, janganlah marah Itik. Aku bergurau saja.” , kata Si Arnab. Semua binatang yang ada di sana pun membuka kad tersebut lalu membacanya. Tiba-tiba ada satu suara teriakan dari Si Arnab yang membuatkan semua haiwan terkejut, “Wah, kenduri besar!” , jerit Si Arnab. Kad jemputan yang diberikan oleh Si Itik merupakan kad jemputan untuk makan-makan di rumah mereka, semua penduduk rimba dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.


Semua binatang sibuk berbincang tentang hidangan yang akan dijamah oleh mereka ketika jamuan tersebut diadakan. Tiba-tiba Si Kura-kura yang lambat menerima berita baik itu dihampiri oleh Si Itik. Si Itik memberikan kad jemputan kepada Si Kura-kura juga. “Kura-kura, ini untuk kau. Kau jangan lupa datang” , ujar Si Itik. Si Kura-kura pun dengan gembira menerima jemputan tersebut dan teruja untuk datang ke majlis itu kerana dia tidak ingin rugi dengan makanan yang pastinya banyak dihidangkan. Sebelum berangkat balik ke rumah, Si Itik mengingatkan kepada semua kawan-kawannya untuk datang tepat waktunya kerana jika lambat, nanti makanan akan habis.


Senja pun menghampiri, matahari hampir tenggelam lalu malam pun menjelang tiba. Pada malam kejadian, semua haiwan berasa teruja dan gembira menuju ke rumah Si Itik untuk menghadiri jemputan yang diberikan. Sepanjang perjalanan ke rumah Si Itik, semua haiwan melalui Si Kura-kura. Si Kura-kura jalan awal menuju ke rumah Si Itik kerana dia berjalan terlalu lambat. Pertama sekali, dalam perjalanan menuju rumah Si Itik, Si Kura-kura bertembung dengan Si Arnab, lalu Si Kura-kura pun bertanya “Ehh, Arnab kau nak ke rumah Si Itik kah?” , “Iyalah, aku tidak ingin rugi, banyak makanan tu.” , balas Si Arnab. Pada awalnya, Arnab ingin bersama-sama Si Kura-kura untuk sampai ke rumah Si Itik namun Si Arnab bosan menunggu Si Kura-kura kerana terlalu lambat berjalan. Lalu, Si Arnab pun memberitahu Si Kura-kura untuk mereka berjumpa di kediaman Si Itik sahaja. Si Kura-kura pun pasrah dan tetap meneruskan perjalanannya.


Tiba-tiba daun-daun bergoyang dengan kuatnya. Rupa-rupanya, Si Tenggiling berlalu di sebelahnya, Si Kura-kura terkejut kerana belakang badannya dilanggar oleh Si Kura-kura tanpa sengaja. “Ehh, kura-kura kau rupanya” , kata Si Tenggiling. “Iya, Tenggiling. Kau laju sangat sehinggakan tak nampak aku ni terkejut aku.” , ujar Si Kurakura. Si Tenggiling pun meminta maaf lalu berlalu pergi meninggalkan Si Kura-kura kembali keseorangan menuju ke rumah si Itik.


Setelah jauh perjalanan, dilewati oleh banyak binatang. Akhirnya, kura-kura pun sampai ke tempat tujuan. Hasratnya, untuk membuat kejutan kepada semua binatang di sana tidak kesampaian apabila dia yang mendapatkan kejutan dengan melihat semua makanan telah habis dan hanya ada sisa makanan sahaja di atas meja. Kura-kura melihat semua haiwan kekenyangan dan siap bersendawa lagi. Si Itik yang menyedari kehadiran Si Kura-kura pun menyapanya. Namun, riak wajah Si Kura-kura yang kecewa membuatkan Sang Kancil dan Si Itik saling berpandangan, sedih melihat keadaan Si Kura-kura yang telah berjalan jauh untuk menghadiri jemputan malah makanan pula habis. Si Kura-kura pun berkata “Tidak mengapalah, lain kali aku takkan pergi mana-mana kenduri lagi”. Haiwan-haiwan yang mendengarnya berasa sedih namun tidak ada daya upaya untuk membantunya.


Keesokan paginya, Sang Kancil telah datang ke rumah Si Kura-kura untuk melihat keadaannya setelah peristiwa yang berlaku di majlis Si Itik semalam. Sang Kancil mengetuk cengkerang Si Kura-kura menggunakan kakinya. Sang Kancil membawa makanan untuk Si Kura-kura bagi memujuknya untuk tidak merajuk lagi. Setelah memakan makanan yang dibawa, tiba-tiba Si Kura-kura tidak menggerakkan badannya. Lalu, Sang Kancil pun cemas dan menterbalikkan badan Si Kura-kura.


“Ehh, kau ni Kancil, apa kau buat ni?” kata Si kura-kura. “Lain kali, jangan pura-pura pengsan. Kau juga yang menerima padahnya.” Kata Sang Kancil. Si Kura-kura meminta Sang Kancil untuk menterbalikkan semula badannya lalu dia meluahkan perasaannya kepada Sang Kancil bahawa dia kecewa dan sedih kerana tidak dapat menjamah sedikit pun makanan di acara yang diadakan oleh Si Itik. Usai meluahkan perasaannya, tiba-tiba dua ekor itik terbang di udara. Sang Kancil dan Si Kura-kura pun terkejut. Si Kura-kura terpukau dan berangan-angan andai saja dia dapat terbang pasti dia akan sampai tujuan dengan cepatnya. Sang Kancil yang bijak pun tibatiba mendapat idea yang bernas untuk mewujudkan impian Si Kura-kura di samping mengubati perasaannya.


Pada petang hari, Sang Kancil, Si Kura-kura dan Si Itik dan Itok tiba di tasik tempat perjanjian yang telah ditetapkan oleh Sang Kancil. Sang Kancil pun menyuarakan tujuan untuk mereka berkumpul. Sang Kancil menyatakan bahawa Si Kura-kura ingin terbang melihat dunia luar, lalu Si Itik dan Si Itok pun kebingungan bagaimana caranya Si Kura-kura agar dapat terbang dan apa tujuan mereka dipanggil oleh Sang Kancil. Si Kura-kura terkejut dengan ujaran Sang Kancil namun hakikatnya dia berasa amat teruja dan amat mengharapkan bantuan daripada Si Itik dan Si Itok untuk membantunya terbang. Sang Kancil, Si Itik dan Itok berbincang membelakangi Si Kura-kura. Si Itik pun menyuarakan pendapat “Hmmm, tak boleh. Dia berat.” , “Iya, lagipun dia tiada sayap. Macam mana nak terbang?” , tambah Si Itok. Sang Kancil yang kebingungan juga tiba-tiba mendapat satu idea bernas dan meminta untuk Si Kura-kura, Si Itik dan Si Itok untuk berkumpul pada esok pagi di tempat yang sama.


Pada malam sebelum kejadian, kura-kura tidak dapat tidur dengan lena. Dia berasa amat teruja. Dia berasa, pergantian malam ke siang itu amat lambat. Namun, akhirnya dia telah terlelap tanpa disedarinya dan dia pun bermimpi yang dia akan pandai terbang.


Keesokan harinya, matahari cerah menyinari langit. Kura-kura pun bangun dengan gembiranya dan keluar dari rumahnya dengan penuh semangat. Setibanya di tempat pertemuan, Si Itik bertanya kepada Sang Kancil “Kancil, apa idea kau semalam tu, bagaimana nak membantu Si Kura-kura ini untuk terbang?”. Sang Kancil pun mengeluarkan sebatang kayu yang dibawa olehnya. Ketiga-tiga haiwan yang berada di situ kebingungan dengan fungsi kayu tersebut. Sang Kancil menjelaskan kepada Si Kura-kura tentang fungsi kayu tersebut.


“Kura-kura, kau kena gigit tengah-tengah kayu ini. Itik dan Itok akan gigit di antara dua hujung kayu. Jadi, kau akan dapat terbang tinggi melihat dunia luar. Tapi kau kena ingat, semasa Itik dan Itok membawa kau terbang, kau tak boleh lepaskan gigitan kayu itu. Kau jangan sesekali buka mulut, nanti kau menyesal.” Ujar Sang Kancil. Si Kura-kura pun berkata yang dia faham dan ingat akan syarat yang diberikan oleh Sang Kancil. Si Kura-kura sudah tidak sabar untuk terbang dan meminta Si Itik dan Itok bersedia untuk membawanya terbang.


Si Kura-kura pun berjaya terbang ke udara dengan menggigit kayu yang diberikan oleh Sang Kancil. Dengan rasa keterujaan, dia lupa yang dia tidak boleh membuka mulutnya. Akhirnya, dia teriak dan melepaskan gigitan kayu itu lalu terjatuh ke tepi tasik dan menimpa sebuah batu besar. Kesannya, cengkerang belakangnya retak terkena batu tersebut lalu dia pengsan.


Sang Kancil, Itik dan Itok gelisah melihat keadaan Si Kura-kura yang pengsan itu. Tersedarnya, Si Kura-kura dari pengsan, dia berasa kecewa dengan perbuatan yang telah dilakukan olehnya. Cengkerangnya retak dan tidak dapat dibetulkan lagi. Dia terus insaf dan mensyukuri nikmat yang diberikan tuhan kepada dirinya. Tetapi, nasi sudah menjadi bubur maka dia tidak boleh berbuat apa-apa.


TAMAT.


TEMA: Cerita ini mengisahkan tentang keinginan seekor haiwan iaitu kura-kura yang ingin terbang agar cepat sampai ke tempat yang ingin dituju. LATAR: LATAR TEMPAT: Sekitar kawasan hutan belantara. LATAR MASA: Waktu pagi, petang dan malam.


PERSOALAN: 1.Persoalan tentang semangat kerjasama. CONTOH: Sang Kancil, Si Itik dan Si Itok bekerjasama untuk menunaikan hasrat Si Kura-kura untuk terbang bagi mengubati hatinya yang tersakiti kerana tidak dapat menjamah makanan di majlis Si Itik. 2.Persoalan tentang nasihat yang diberikan wajar dituruti. CONTOH: Sang Kancil telah memberikan nasihat kepada Si Kura-kura untuk tidak melepaskan gigitannya pada kayu ketika di udara tetapi Si Kura-kura alpa dan akhirnya terjatuh ke tanah yang menyebabkan cengkerangnya retak dan tidak boleh diperbaiki.


NILAI MURNI: 1.Prihatin: Sang Kancil amat prihatin dengan keadaan Si Kura-kura yang tiba di majlis Si Itik tetapi makanan telah habis. 2.Bantu-membantu: Si Itik dan Si Itok senang hati untuk membantu Si Kura-kura untuk terbang melihat dunia luar. 3.Bijaksana: Sang Kancil amat bijak untuk membantu Si Kura-kura terbang iaitu dengan menggunakan kayu. PENGAJARAN: 1.Kita perlulah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. 2.Kita haruslah mendengar nasihat yang diberikan oleh orang lain agar tidak berlaku sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. 3.Kita hendaklah sentiasa membantu orang yang berada dalam kesusahan. 4.Kita tidak seharusnya menjatuhkan maruah seseorang walaupun kita mempunyai kelebihan dari dirinya.


SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version