KEHILANGAN SI OYEN Nur Adlin Aisyah
Di sebuah kampung, terdapat seekor kucing yang diberi nama Si Oyen. Si Oyen merupakan seekor kucing yang mesra dan sentiasa menjadi kesayangan semua penduduk kampung. Si Oyen dikenali dengan sikapnya yang manja, suka bermain dan sentiasa berkeliaran di kawasan kampung tersebut.
Namun, suatu hari mereka menyedari bahawa Si Oyen tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Penduduk kampung menjadi kebingungan dan tidak berani untuk keluar mencari Si Oyen kerana hari yang semakin senja. Mereka mendengar cerita seram tentang suara aneh di malam hari, bersamaan dengan kehilangan Si Oyen.
Maka, tiga sahabat cilik iaitu Kama, Wani dan Aikil memutuskan untuk mengupas misteri kehilangan Si Oyen. Mereka memulakan penyiasatan dengan menuju ke arah sebuah pondok kecil di kampung tersebut. Di pondok itu, mereka menemui rantai yang dimiliki oleh Si Oyen. Itu memberi petunjuk kepada mereka bahawa kucing itu pasti berada di sekitar itu.
Mereka meneruskan perjalanan dan pencarian. Sekalipun terdapat cabaran dan rintangan di sepanjang perjalanan, mereka tidak berputus asa. Hari menjadi gelap, bulan terus bersinar dengan terangnya, memberi petunjuk kepada mereka ke arah sebuah gua yang kecil yang tersembunyi di belakang pokok besar.
Ikut bayang di bawah bintang, hanya itulah kunci kehilangan “Gelapnya” kata Wani yang ketakutan. “Jangan takut, kita kena berani demi Si Oyen, mari masuk” jawab Aikil yang cuba memujuk rakannya. Di dalam gua, mereka menjumpai tulisan aneh di dinding yang bertulis, “Ikut bayang di bawah bintang, hanya itulah kunci kehilangan”. “Siapa yang menulis mesej ini?’’ tanya Kama.
“Tidak tahu, mungkin seseorang yang ingin memberi petunjuk kepada kita untuk mencari Si Oyen" jawab Aikil. Mereka berbincang dan berfikir akan petunjuk itu. Lalu, mereka mengambil keputusan untuk berdiri di bawah bintang-bintang yang bersinar cerah.
Tiba-tiba, bayangan seekor kucing muncul di atas rumput. Mereka menyedari bahawa bayangan itu adalah milik Si Oyen yang terhasil dari pantulan cahaya bulan yang terang. Ternyata, Si Oyen tidak benar-benar hilang tetapi sedang tidur di atas pokok besar.
“Oyen!!!’’ jerit Wani. Si Oyen terus bangun lalu meloncat ke pelukan Wani. Ternyata, petunjuk di gua membawa mereka kepada kebenaran. Mereka bersorak gembira kerana dapat menemukan Si Oyen kembali. Namun, dalam perjalanan pulang, mereka terdengar suara kecil yang memanggil tidak jauh dari mereka.
“Cucu, cucu” seruan itu terdengar semakin dekat. Tiga sahabat itu saling pandang antara satu sama lain. “Suara siapa tu?” tanya Wani dan Kama yang ketakutan. “Jangan takut, ayuh kita sama-sama cari’’ jawab Aikil. Mereka memberanikan diri mendekati bunyi tersebut. Tiba-tiba, mereka terkejut mendapati bahawa suara aneh yang didengari itu datang daripada seorang nenek tua.
“Nenek ni siapa?” tanya Kama dengan penuh rasa ingin tahu. “Kalian boleh panggil nenek, Nenek Senah” jawab nenek itu. Nenek itu menjelaskan bahawa dia sengaja menulis pesanan di gua untuk menguji keberanian mereka sama ada mereka sanggup mencari Si Oyen walaupun dengan petunjuk yang misteri. Nenek Senah tersenyum lembut sambil menceritakan bahawa dia merupakan penduduk kampung yang amat menggemari pengembaraan dan ingin melihat keberanian tiga sahabat tersebut.
“Keberanian, kesabaran, dan ketekunan kalian dalam mencari Si Oyen adalah satu pengajaran yang berharga’’ kata Nenek Senah. “Dengan keberanian dan kecekalan hati, kalian mampu menyelesaikan teka-teki dan menjumpai Si Oyen, kalian merupakan contoh yang baik bagi penduduk di kampung ini’’ lanjut Nenek Senah lagi. Kama, Wani, dan Aikil mengucapkan terima kasih kepada Nenek Senah dan berlalu pulang ke rumah bersama Si Oyen.
Pencarian Si Oyen menjadi kenangan yang indah bagi mereka. Sejak dari itu, keberanian mereka menjadi inspirasi bagi kanak-kanak di kampung itu untuk berani dan tidak mudah berputus asa. Si Oyen pula terus menjadi kucing yang disayangi oleh penduduk kampung dan kisah pencariannya menjadi cerita yang menginspirasi. Tamat
Sem. Malaysia RM16.00 Sabah/Sarawak RM18.00 Dalam kampung yang damai, Si Oyen iaitu seekor kucing mesra, tiba-tiba menghilang dan meninggalkan penduduk kampung dalam kebingungan. Tiga sahabat cilik iaitu Kama, Wani, dan Aikil, memutuskan untuk menyiasat misteri ini. Melalui petunjuk di sebuah pondok, mereka menemukan gua tersembunyi dan cuba untuk merungkaikannya. “Ikut bayang di bawah bintang, hanya itulah kunci kehilangan. ’’ Pencarian ini membawa mereka bertemu dengan seorang nenek tua, yang mengungkapkan bahwa misteri itu adalah ujian keberanian untuk menguji mereka dalam mencari Si Oyen. Ikuti kisah ini untuk bersama merungkai misteri kehilangan Si Oyen. Penerbit: Pena Gempita Sdn Bhd No 10c Ara Ampang Commercial Centre, Batu 8, Jalan Ampang, 68000 Ampang, Selangor.