The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by svrian, 2024-06-29 05:01:37

Modul Mikroekonomi STPM

Nota & Latihan

Keywords: Mikroekonomi

KANDUNGANISI KANDUNGAN MUKASURATBAB 1: PENGENALAN 1.1 DEFINISI EKONOMI 2 1.2 FAKTOR PENGELUARAN 2 1.3 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS 2 1.4 PENGKELASAN BARANG 3 1.5 TIGA MASALAH ASAS EKONOMI 4 1.6 SISTEM EKONOMI 5 1.7 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN 9 BAB 2: PASARAN BARANG DAN HARGA 2.1 PERMINTAAN 32 2.2 PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA 32 2.3 MENGAPA KELUK PERMINTAAN MENCERUN KE BAWAH 33 2.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PERMINTAAN 34 2.5 PENAWARAN 36 2.6 PERUBAHAN KUANTITI DITAWAR 36 2.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PENAWARAN 37 2.8 KESEIMBANGAN PASARAN 40 2.9 LEBIHAN PENGGUNA 46 2.1 LEBIHAN PENGELUAR 47 2.11 KEANJALAN PERMINTAAN 49 2.12 KEANJALAN PENDAPATAN 57 2.13 KEANJALAN TITK 60 2.14 KEANJALAN SILANG 60 2.15 KEANJALAN PENAWARAN 62 2.16 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN 64 2.17 DASAR KERAJAAN 66 2.18 PENCUKAIAN DAN SUBSIDI 68


KANDUNGANISI KANDUNGAN MUKASURATBAB 3: TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN 3.1 FIRMA, INDUSTRI, INPUT PENGELUARAN, JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG. 102 3.2 KONSEP-KONSEP KELUARAN 104 3.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK 107 3.4 HUBUNGAN ANTARA KOS DAN KELUARAN JANGKA PENDEK 114 3.5 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG 115 3.6 EKONOMI BIDANGAN DAN TAK EKONOMI BIDANGAN 117 BAB 4: STRUKTUR PASARAN DAN PENENTUAN HARGA DANOUTPUT4.1 JENIS-JENIS HASIL DAN UNTUNG 132 4.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA 134 4.3 PASARAN MONOPOLI 145 4.4 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI 154 BAB 5: PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN 5.1 PERMINTAAN DAN PENAWARAN FAKTOR PENGELUARAN 171 5.2 UPAH 179 5.3 SEWA 186 5.4 KADAR BUNGA 189 5.5 UNTUNG 189


ANALISIS SOALAN STPM EKONOMI KERTAS 1(944/1) BAHAGIAN B: ESEI 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 20232024BAB 1: PENGENALAN 1 Sumber ekonomi √ √ 2 Peranan Teknologi √ 3 Kehendak 4 Jenis -jenis barang √ √ 5 Masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas √ 4 Keluk Kemungkinan pengeluaran √ √ √ √6 Masalah asas ekonomi √ √ 7 Sistem ekonomi √ Bab 2: PASARAN BARANG DAN HARGA 1 Permintaan A. Hukum permintaan √ B. Terbitan keluk permintaan C. Soalan Situasi √ D. Perbezaan kuantiti diminta dan permintaan √ E. Faktor peralihan keluk √ √ 2 Penawaran A. Soalan Situasi B.Perbezaan kuantiti ditawar dan penawaran √ B. Faktor peralihan keluk 3 Keseimbangan A. Proses keseimbangan √ B. Soalan Situasi √ i )Pergerakkan Satu keluk √ √ii ) Pergerakkan Dua Keluk √ √ √ 4 Lebihan pengguna √ √5 Lebihan pengeluar 6 Keanjalan A. Keanjalan permintaan harga √ i Faktor-faktor mempengaruhi keanjalan permintaan harga √ √ ii Hubungan keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil B. Keanjalan pendapatan √ √ √ C. Keanjalan titik D. Keanjalan Silang √ E. Keanjalan Penawaran √ i Faktor-faktor mempengaruhi keanjalan penawaran √


ANALISIS SOALAN STPM EKONOMI KERTAS 1(944/1) BAHAGIAN B: ESEI 7 Peraturan dan undang-undang A. Dasar harga maksimum √ √ B. Dasar harga minimum C. Dasar kuota D. Stok penimbal 8 Pencukaian dan subsidi A. Pencukaian B. Subsidi BAB 3 : Pengeluaran dan kos pengeluaran 1 Firma dan Industri 2 1. Input pengeluran: Input tetap dan input berubah √ 3 2. Jangka masa pendek dan jangka masa panjang 4 3. Konsep-konsep keluaran 5 4. Hubungan antara TPP, MPP dan APP √ √ 6 5. Hukum pulangan berkurangan √ 7 6. Kos pengeluaran jangka pendek : i Konsep √ i Kos eksplisit dan kos implisit √ ii Hubungan MC,AC, AVC 8 7. Kos pengeluaran jangka panjang (LAC) i Bagaimana Keluk Kos Purata Jangka Panjang (LAC) dibentuk √ ii Mengapa keluk kos purata jangka panjang berbentuk U 9 Ekonomi Bidangan Dan Tak Ekonomi Bidangan A. Ekonomi Bidangan Dalaman √ √ √ √B. Tak Ekonomi Bidangan Dalaman √C. Ekonomi Bidangan Luaran √ √ √ D.Tak Ekonomi Bidangan Luaran Bab 4: Struktur Pasaran dan Penentuan Harga dan Output 1 Jenis-jenis hasil 2 Untung Perakaunan dan Untung Ekonomi √ 3 Jenis-jenis pasaran A. Pasaran Persaingan Sempurna √ i Ciri-ciri ii Penentuan keseimbangan firma (MC=MR) iii Keuntungan Jangka Pendek √ Untung Luar Biasa √ √


ANALISIS SOALAN STPM EKONOMI KERTAS 1(944/1) BAHAGIAN B: ESEI Untung Biasa √ Kerugian √ iv Penutupan operasi Jangka pendek (Kerugian) √ V teruskan operasi Jangka pendek (Kerugian) V Keseimbangan Firma dalam jangka panjang. √ Vi Penutupan operasi jangka panjang √ B. Pasaran Monopoli i Ciri-ciri √ii Penentuan keseimbangan firma (MC=MR) iii Keuntungan Jangka Pendek Untung Luar Biasa √ Untung Biasa √ Kerugian √ V Keseimbangan Firma dalam jangka panjang. Vi Perbezaan PPS dan Monopili (ciri-ciri) √ √ √ Iv Pebezaan PPS dan Monopoli pada tingkat keseimbangan (Rajah) Kelemahan PPS dan Monopoli pada tingkat keseimbangan (Rajah) Kawalan monopoli oleh kerajaan √ i Penetapan harga optimum sosial (P=MC) ii Menetapkan harga pulangan adil (P=AC) iii Monopoli milik negara V Meningkatkan persaingan C. Pasaran Persaingan Monopoli √ √ i Ciri-ciri ii Penentuan keseimbangan firma (MC=MR) iii Keuntungan Jangka Pendek Untung Luar Biasa Untung Biasa √ Kerugian √ V Keseimbangan Firma dalam jangka panjang. 4 Persaingan bukan harga A. Jenis-jenis persaingan bukan harga √ √ B. Keburukkan persaingan bukan harga BAB 5 : Pasaran Faktor dan Agihan 1 Konsep-konsep Keluaran dan Hasil √


ANALISIS SOALAN STPM EKONOMI KERTAS 1(944/1) BAHAGIAN B: ESEI 2 Penerbitan Keluk Permintaan Faktor √ √ 3 Faktor yang mempengaruhi peralihan keluk permintaan buruh 4 Penerbitan keluk penawaran faktor √ 5 Keseimbangan firma dalam penggunaan faktor(MRP=MCF) 6 Upah A. Upah wang dan Upah benar B. Faktor-faktor yang membezakan upah C. Penentuan kadar upah dalam Pasaran i Keseimbangan √ ii Situasi √ √ 7 Kesatuan sekerja A.Fungsi kesatuan sekerja C. Cara Kesatuan menuntut upah yang lebih tinggi √D. Keadaan yang mempengaruhi keyajaan Kesatuan Sekerja Dalam menuntut Kenaikan Upah. √ 8 Sewa A. Konsep :Sewa ekonomi dan perolehan pindahan B. Keluk penawaran : Sewa ekonomi dan perolehan pindahan √ C. Sewa Kuasi 9 Kadar Bunga √ 10 . Untung: Untung Ekonomi dan Untung Perakaunan √


BAB1:PENGENALAN1.1 DEFINISI EKONOMI 21.2 FAKTOR PENGELUARAN 21.3 KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DANKOS LEPAS 21.4 PENGKELASAN BARANG 31.5 TIGA MASALAH ASAS EKONOMI 41.6 SISTEM EKONOMI 51.7 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN9


BAB 1 : PENGENALAN 2DEFINISI ILMU EKONOMI Kajian bagaimana manusia memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad dengan menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad. FAKTOR PENGELUARAN Terdapat 4 faktor pengeluaran:- a) Tanah Sumber alam semula jadi yang terdapat di atas tanah atau di dalam tanah. Tanah termasuk sumber galian dalam tanah dan tumbuh-tumbuhan. Penawarannya terhad. Tanah ada mobiliti penggunaan tetapi tiada mobiliti tempat. Ganjaran tanah adalah sewa. b) Buruh Sumbangan pekerja mahir dan tidak mahir dari segi mental dan fizikal. Terlibat dalam proses pengeluaran. Ganjaran buruh adalah upah dan gaji. c) Modal Sesuatu ciptaan manusia yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Contohnya : jentera, mesin, bahan mentah dan wang. Ganjaran modal ialah kadar bunga. d) Usahawan Bertanggungjawab menyelaraskan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan. Menyelesaikan masalah bagaimana sesuatu barang dikeluarkan. Mengambil risiko. Ganjaran usahawan adalah untung. KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS. Masalah kekurangan Oleh kerana sumber ekonomi terhad manakala kehendak manusia tidak terhad, maka akan timbul masalah kekurangan Sumber ekonomi yang sedia ada hanya dapat mengeluarkan sebahagian daripada barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh manusia. Apabila sumber digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang, maka sumber tersebut tidak dapat digunakan untuk mengeluarkan barang lain. Isi rumah, firma dan kerajaan akan sentiasa mengahadapi masalah kekurangan kerana faktor pengeluaran adalah terhad. Masalah pilihan Apabila terdapat masalah kekurangan maka isi rumah, firma dan kerajaan terpaksa membuat pilihan. Contohnya : Dengan sumber yang terhad, seseorang pengguna akan membuat pilihan yang terbaik untuk memaksimumkan kepuasannya. Firma akan membuat pilihan terbaik untuk memaksimumkan keuntungan. Kerajaan akan membuat pilihan terbaik untuk memaksimumkan kebajikan. Masalah kos lepas Kos lepas adalah pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih pilihan yang terbaik. Contohnya : Seseorang pengguna mempunyai RM10 .00. Pengguna terpaksa membuat pilihan sama ada hendak membeli sebuah buku yang berharga RM10.00 atau sebuah beg yang berharga RM 10.00. Jika pengguna membuat keputusan untuk membeli buku maka kos lepasnya adalah beg yang terpaksa dikorbankan. 1.1 1.2 1.3


BAB 1 : PENGENALAN 21SOALAN-SOALAN Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan. 1) Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad menyebabkan A masyarakat terpaksa membuat pilihan dan menghadapi kos lepas B masyarakat mempunyai keupayaan membeli semakin banyak C masyarakat mengalami masalah kekurangan barang dan perkhidmatan. D masyarakat dapat memaksimumkan kepuasan 2) Di antara berikut manakah diandaikan malar semasa membentuk keluk kemungkinan pengeluaran? A Pengeluaran B Tingkat kadar penggantian sumber C Tingkat teknologi D Perbelanjaan kerajaan 3) Antara yang berikut, yang manakah barang perantaraan? A Mesin B Rumah api C Tepung gandum D Telefon bimbit 4) Barang Y (Unit) L 0 M Barang X (Unit) LM ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara A yang mengeluarkan barangX dan Y. Setiap tambahan satu unit barang Y akan menyebabkan A Pertambahan pengeluaran barang X pada kadar yang sama. B Pengurangan pengeluaran barang X yang semakin besar. C Penguarangan pengeluaran barang X yang malar. D Pengurangan pengeluaran barang X yang semakin kecil. 5) Masalah asas ekonomi berpunca daripada A Pengeluaran ekonomi yang tidak cekap. B Kehendak masyarakat yang tidak terhad. C Penggunaan sumber alam yang tidak optimum. D Pengagihan pendapatan yang tidak adil dalam ekonomi.


BAB2:PASARANBARANGDANHARGA2.1 PERMINTAAN 322.2 PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA 322.3 MENGAPA KELUK PERMINTAAN MENCERUN KE BAWAH 332.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PERMINTAAN 342.5 PENAWARAN 362.6 PERUBAHAN KUANTITI DITAWAR 362.7 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI PENAWARAN 372.8 KESEIMBANGAN PASARAN 402.9 LEBIHAN PENGGUNA 462.10 LEBIHAN PENGELUAR 472.11 KEANJALAN PERMINTAAN 492.12 KEANJALAN PENDAPATAN 572.13 KEANJALAN TITK 602.14 KEANJALAN SILANG 602.15 KEANJALAN PENAWARAN 622.16 FAKTOR-FAKTOR YANG MENPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN 642.17 DASAR KERAJAAN 662.18 PENCUKAIAN DAN SUBSIDI 68


BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA 32PERMINTAAN Permintaan menunjukkan kuantiti yang sanggup dibeli oleh pengguna pada setiap tingkat harga. 2.1.1 Hukum Permintaan P (RM) D P2 P1 D 0 Q1 Q2 Q (Unit) Rajah 2.1 Mengatakan apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah. Sebaliknya apabila harga meningkat kuantiti diminta akan berkurangan. Berdasarkan Rajah 2.1 , apabila harga jatuh dari P2 ke P1 , kuantiti diminta bertambah dari Q1 ke Q2 . Apabila harga naik dari P1 ke P2 , kuantiti diminta berkurang dari Q2 ke Q1 . PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA P (RM) P (RM) D P1 A D P2 B P1 A P2 B D D0 Q1 Q2 Q (Unit) 0 Q1 Q2 Q(Unit) Rajah 2. 2 Rajah 2. 3 Apabila harga meningkat dari Apabila harga jatuh dari P1 ke P2 , P1 ke P2 , kuantiti diminta kuantiti diminta akan meningkat akan jatuh dari Q2 ke Q1 . dari Q1 ke Q2 . Perubahan kuantiti diminta disebabkan perubahan harga barang itu sendiri. Pergerakan akan berlaku sepanjang keluk yang sama. 2.1 2.2


BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA 48SOALAN 12 a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan penggunaapabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar JAWAPAN a) Lebihan pengguna ialah selisih antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan harga pasaran. Lebihan Pengeluar ialah selisih antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga pasaran. b) Harga A S1 S0 P1 E1 E0 P0 S1 S0 Do 0 Q1 Q0 Kuantiti Keseimbangan asal dicapai pada titik Eo. Harga keseimbangan ialah Podan kuantiti keseimbangan ialah Qo. Lebihan pengguna asal ialah Po Eo. Apabila cukai dikenakan keluk penawaran akan beralih ke kiri dan SoSoke S1S1.Keseimbangan baru dicapai pada E1. Harga keseimbangan baru ialah P1, kuantiti keseimbangan ialah Q1.Lebihan pengguna baru P1AE1.Lebihan pengguna telah berkurangan sebanyak PoP1E1Eo.


BAB 2 : PASARAN BARANG DAN HARGA 9528 Dengan menggunakan gambar rajah huraikan bahagian subsidi yang diterima oleh penjual dan pembeli jika a) keanjalan permintaan anjal (5 markah) b) keanjalan permintaan tak anjal (5 markah) 29 a) Apa yang dimaksudkan dengan penawaran tak anjal? (2 markah) b) Terangkan empat faktor yang boleh menyebabkan penawaran menjadi tak anjal. (8 markah) 30 Dalam keadaan apakah:- i) beban cukai yang lebih ditanggung oleh pembeli ? (5 markah) ii) beban cukai yang lebih ditanggung oleh penjual ? (5 markah) 31 "Apakah cukai dikenakan beban cukai yang lebih besar ditanggung oleh pembeli". Jelaskan. (10 markah) 32 Terangkan bagaimana keanjalan permintaan harga dapat menpengaruhi i) hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan (5 markah) ii) lebihan pengguna selepas cukai dikenakan (5 markah)


BAB3:TEORIPENGELUARANDANKOSPENGELUARAN3.1 FIRMA, INDUSTRI, INPUT PENGELUARAN, JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG. 1023.2 KONSEP-KONSEP KELUARAN 1043.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK 1073.4 HUBUNGAN ANTARA KOS DAN KELUARAN JANGKA PENDEK 1143.5 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG 1153.6 EKONOMI BIDANGAN DAN TAK EKONOMI BIDANGAN 117


BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN 102FIRMA, INDUSTRI, INPUT PENGELUARAN, JANGKAPENDEKDAN JANGKA PANJANG. Firma Satu unit pengeluaran yang berfungsi menukarkan input pengeluaran kepada output. Industri Gabungan atau sejumlah firma yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang sama jenis atau hampir sama. Contohnya industri petrol terdiri daripada firma-firma yang mengeluarkan petrol dalam pasaran seperti Petronas, Shell dan BHP. Input Pengeluaran Terbahagi kepada dua iaitu input berubah dan input tetap. Input berubah ialah faktor yang boleh ditambah kuantitinya apabila saiz keluaran bertambah. Contoh input berubah : Buruh kasar, bahan mentah, air dan elektrik. Input tetap ialah faktor yang tidak boleh ditambah kuantitinya apabila saiz keluarannyabertambah. Contoh input tetap : Tanah dan mesin. Jangka masa pendek Satu jangka masa di mana terdapat sekurang-kurangnya satu faktor tetap dan satu faktor berubah Keluaran hanya boleh ditambah dengan menambahkan faktor berubah sahaja. Fungsi pengeluaran jangka pendek adalah Qx = f (F, V1 , V2 , V3…..) di mana Qx ialahkuantiti pengeluaran barang X, F ialah input tetap dan V1 ,V2 ,V3 ialah input -input berubah. Tiada perubahan dalam teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran. Jangka masa panjang Satu jangka masa di mana semua faktor pengeluaran adalah faktor berubah. Faktor tetap tidak wujud. Fungsi pengeluaran jangka panjang adalah Qx = f (V1 ,V2,V3…..) di mana Qx ialah kuantiti pengeluaran barang X dan V1 ,V2 ,V3 ialah input-input berubah. Terdapat perubahan dalam teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran. 3.1


BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN 123SOALAN-SOALAN Bahagian A : Soalan Aneka Pilihan. 1) Hukum pulangan sut menurun merujuk kepada kejatuhan A jumlah keluaran fizikal C keluaran sut fizikal B keluaran purata fizikal D jumlah kos 2) Jadual di bawah menunjukkan keluaran purata fizikal pada beberapa tingkat pengeluaranburuh Unit buruh Keluaran Purata 1 4 2 9 3 16 4 20 5 15 Pada tingkat buruh manakah keluaran sut fizikal mencapai maksimum? A 2 C 4 B 3 D 5 3) Keluaran 40 y APP 15 MPP 0 3 4 Buruh Rajah di atas menunjukkan keluk keluaran purata (APP) dan keluk keluaran sut (MPP). Apakah nilai Y ? A 38 C 33.75 B 39.5 D 29.75 4) Keluaran 0 1 2 3 4 Buruh MPP Pada buruh berapakah jumlah keluaran fizikal (TPP) mencapai maksimum? A 1 C 3 B 2 D 4


BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN 129Bahagian B : Soalan Esei Kos explisit & Kos Implisit 9) Dengan contoh yang sesuai, bezakan maksud kos ekspilisit dan kos implisit. Bagaimanakah kedua-dua kos ini mempengaruhi kos pengeluaran sebuah firma?( 10 markah ) Hubungan antara AC & MC 10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam suatu proses pengeluaran. ( 4 markah ) b) Nyatakan maksud kos purata dan kos sut . Dengan menggunakan gambar rajahjelaskan hubungan antara kedua-duanya. ( 6 markah ) Jenis-Jenis Kos 11 a) Apakah yang dimaksudkan dengan kos purata dan kos sut. ( 2 markah ) b) Dengan gambar rajah terangkan hubungan antara:- i) keluaran fizikal sut dan keluaran fizikal purata ii) kos purata dan kos sut ( 8 markah )


BAB 3 : TEORI PENGELUARAN DAN KOS PENGELUARAN 1313) Fungsi kos pengeluaran sebuah firma ialah C = 40 + 5Q dengan C = kos pengeluaran (RM) Q = kuantiti output (Unit) a) Merujuk kepada fungsi pengeluaran, apakah jenis-jenis kos yang ditanggung olehfirma?( 2 markah) b) Lengkapkan jadual di bawah Output (Unit) TVC (RM) TC (RM) AC (RM) AVC(RM) 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ( 4 markah) c) Bolehkah struktur kos firma ini terus wujud dalam jangka panjang? Mengapa? ( 2 markah) d) Mengapakah pada output sifar, masih wujud jumlah kos? ( 1 markah) e) Berapakah kos tetap purata pada output 8 unit? ( 1 markah) 4 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos bagi firma Y dan firma Z, dengan QY dan QZ masing-masing ialah tingkat keluaran firma Y dan Firma Z. Butiran Firma Y Z Keluaran (unit) QY QZ Kos purata (RM) 15 25 Kos tetap purata (RM) 12.5 15 Jumlah kos (RM) 1 500.00 2 000.00 a) Berapakah tingkat keluaran QY dan QZ? ( 2 markah) (b) Bagi firma Y dan Z masing-masing, hitung i) jumlah kos berubah ( 2 markah) ii) jumlah kos tetap ( 2 markah) c) Jika jumlah hasil firma Y dan firma Z masing-masing ialah RM750.00, adakah firma Y dan firma Z akan meneruskan operasinya. Berikan alasan anda. ( 4 markah)


BAB4:STRUKTURPASARANDANDANPENENTUANHARGADANOUTPUT4.1 JENIS-JENIS HASIL DAN UNTUNG1324.2 PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA1344.3 PASARAN MONOPOLI 1454.4 PASARAN PERSAINGAN MONOPOLI 154


BAB 4 : STRUKTUR PASARAN DAN PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT 134PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA 4. 2.1 Definisi Pasaran persaingan sempurna ialah satu pasaran yang terdiri daripada banyak firmayangmengeluarkan barang yang homogen dengan pengganti sempurna. 4. 2.2 Ciri-ciri i) Ramai penjual Setiap firma adalah kecil berbanding saiz pasaran. Setiap firma hanya mengeluarkan sebahagian kecil daripada jumlah penawaranbarang. Setiap penjual tidak boleh mempengaruhi harga pasaran. Setiap firma adalah pengambil harga. ii) Barang homogen Barang yang dijual oleh setiap firma adalah homogen dan merupakan pengganti sempurna.iii) Kebebasan keluar masuk Setiap firma mempunyai kebebasan keluar-masuk ke dalam industri. Tiada sekatan kemasukan firma dalam industri. Firma bebas memasuki pasaran jika untung dan bebas keluar pasaran jika rugi. iv) Firma PPS adalah penerima harga Firma PPS tidak ada kuasa mempengaruhi harga. Harga ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. v) Persaingan bukan harga tidak diamalkan Barang yang dikeluarkan bersifat homogen. Saiz setiap firma adalah kecil dalam pasaran. 4.2


BAB 4 : STRUKTUR PASARAN DAN PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT 144SOALAN 7 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma PPS yang menikmati untung luar biasa akan mencapai keseimbangan dalam jangka panjang. JAWAPAN LMC Harga (RM) LAC P0 E0 MR0=P0=AR0 E P1 MR1=P1=AR1 Keluaran 0 Q1 Q0 E0 adalah titik keseimbangan kerana MC=MR0. Harga keseimbangan ialah P0, Kuantiti keseimbagan Q0. Pada output Q0, firma mendapat untung luar biasa kerana AR>AC Firma-firma baru akan memasuki pasaran. Kesannya harga akan jatuh dari P0 ke P1. Pada harga P1 TR=TC. Firma akan mendapat untung biasa. Tiada lagi keluar masuk firma dalam pasaran.


BAB5:PASARANFAKTORDANAGIHAN5.1 PERMINTAAN DAN PENAWARAN FAKTOR PENGELUARAN 1715.2 UPAH 1795.3 SEWA 1865.4 KADAR BUNGA 1895.5 UNTUNG 189


BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN 171PERMINTAAN DAN PENAWARAN FAKTOR PENGELUARAN5.1.1 Konsep-konsep Keluaran dan Hasil. i) Jumlah Keluaran Fizikal ( TPP ) Definisi Jumlah keluaran yang boleh dikeluarkan dengan menggunakan satu jumlahinput berubah. ii) Keluaran Fizikal Purata (APP) Definisi Jumlah keluaran yang boleh dikeluarkan bagi setiap unit input berubah. APP = TPP Jumlah input berubah iii) Keluaran Fizikal Sut (MPP) Definisi Perubahan jumlah keluaran akibat tambahan satu unit input berubah. MPP = Δ TPP Δ Jumlah Input Berubah iv) Jumlah Hasil Keluaran ( TRP ) Definisi Nilai jumlah keluaran berdasarkan harga pasaran untuk keluaran. TRP = TPP ´ Harga seunit keluaran v) Keluaran Hasil Purata ( ARP ) Definisi Jumlah hasil yang diperolehi daripada setiap faktor pengeluaran yang digunakan. ARP = TRP Jumlah faktor pengeluaran vi) Keluaran Hasil Sut ( MRP ) Definisi Perubahan jumlah hasil akibat tambahan satu unit faktor pengeluaran yang digunakan. MRP = Δ TRP @ MRP = MPP ´ PΔ Jumlah faktor pengeluaran MPP ialah keluaran fizikal sut & P ialah harga keluaran seunit vii)Jumlah Kos Faktor ( TCF ) Definisi Jumlah bayaran untuk semua faktor pengeluaran yang digunakan. TCF = Bilangan faktor ´ Harga faktor 5.1


BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN 174SOALAN 1 Huraikan faktor yang boleh mengalihkan keluk permintaan buruh ke kanan. JAWAPAN 1) Permintaan barang meningkat Jika permintaan barang yang dihasilkan oleh faktor buruh meningkat, maka permintaan terhadap buruh juga akan meningkat. Oleh itu keluk permintaan buruh akan beralih ke kanan. 2) Peningkatan daya pengeluaran buruh Jika daya pengeluaran buruh meningkat maka keluk permintaan buruh akan beralih ke kanan. 3) Harga input pengganti buruh meningkat. Jika harga input pengganti buruh meningkat, permintaan buruhakanmeningkat. Oleh itu keluk permintaan buruh akan beralih ke kanan. 4) Teknik pengeluaran buruh digunakan Jika teknik pengeluaran intensif buruh digunakan, permintaan inputburuh akan bertambah. Keluk permintaan buruh akan beralih kekanan.


BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN 1917) Semakin tidak anjal penawaran sesuatu faktor pengeluaran A semakin besar perolehan pindahan B semakin besar sewa ekonomi C semakin besar sewa kuasi D semakin kecil sewa ekonomi 8) Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi sesuatu faktor pengeluaran Harga faktor D P E S D 0 Q Kuantiti faktor Kawasan OPEQ adalah A sewa ekonomi C sewa kuasi B kos lepas D perolehan pindahan 9) Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) sebidang tanah. Harga faktor D S P E D 0 Q Kuantiti faktor Yang manakah benar tentang rajah di atas A sewa ekonomi lebih kecil daripada perolehan pindahan B lebihan pengguna lebih besar daripada sewa ekonomi C sewa ekonomi lebih besar daripada perolehan pindahan D semua sewa yang diterima ialah sewa kuasi 10) Encik Ali meminjam RM 250 000 dengan kadar bunga nominal 9%setahun. Pada masa yang sama, kadar inflasi dalam ekonomi ialah 3%. Berapakah jumlahbunga benar yang dibayar? A RM30,000.00 B RM22,500.00 C RM15,000.00 D RM7,500.00


BAB 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN 1985) Fungsi permintaan dan penawaran bagi barang X dalam pasaran persaingan sempurna masing-masing diberikan sebagai P = 30-0.5Q P = Harga (RM) P = - 30 + Q Q = Kuantiti ( Unit ) Jadual di bawah menunjukkan jumlah buruh dan keluaran barang X bagi sebuah firma. Jumlah buruh Keluaran barang (Unit) ( Unit ) 0 0 10 100 20 180 30 240 40 280 50 300 a) Hitung tingkat harga jualan barang X bagi firma ini. ( 2 markah) b) Hitung keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut buruh bagi firma tersebut. ( 4 markah) c) Sekiranya upah buruh RM40, berapakah jumlah buruh diperlukan oleh pengeluardi atas untuk memaksimumkan untung. ( 2 markah) 4) Hitung keuntungan yang diperolehi firma ini. ( 2 markah)


Click to View FlipBook Version