INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )
ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
( EDUP3083 )
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: SITI NAJWANI BINTI ABD RAHIM
NO. KAD 970308-11-5646
PENGENALAN: 2017192340149
ANGKA GILIRAN: PISMP C8 AMBILAN JUN 2017
PN SHARIZAN BINTI ABD HAMID
KUMPULAN:
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK (NPDL)
NAMA PENSYARAH
AKADEMIK:
TAJUK TUGASAN:
TARIKH MULA 15 FEBRUARI 2021
TARIKH SERAHAN: 20 MAC 2021
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 TUJUAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA 4
3.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA 5
3.1 ULASAN PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA 5
4.0 KESIMPULAN 10
5.0 RUJUKAN 11
LAMPIRAN 13
2
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan negara Malaysia kini ke arah kecemerlangan dan bertaraf dunia. Guru
seharusnya melengkapan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran selaras dengan hasrat
negara agar guru yang profesional dapat dibentuk. Tahap amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional. Guru akan melalui
pelbagai perubahan sama ada dalam atau di luar profesion. Menurut Mohamad Sani Ibrahim
& Zuraidah Majid (2002), guru perlu bersedia untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping menghadapi
perubahan dari aspek istilah, kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi baru. Dalam
era goblalisasi ini, guru merupakan agen perubahan untuk membimbing murid bagi
menghadapi segala perubahan yang akan berlaku. Guru bukan sahaja mengajar, malah
membentuk nilai moral dalam diri murid. Pendidikan itu sendiri tidak dapat dibangunkan dan
diperkembang tanpa mempunyai guru-guru yang cemerlang dan berkualiti (Noriati et al.,
2010).
Pelan pembangunan diri dan kerjaya merupakan satu garis panduan hala tuju
pencapaian yang ingin dikecapi untuk diri sendiri dan kerjaya sebagai seorang guru.
Menurut Omar Abdul Karim & Wai Bing K (2005), guru terlatih yang berjaya menamatkan
latihan keguruan dengan cemerlang tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran
serta penyediaan sebagai seorang guru telah sempurna. Pelan pembangunan diri dan
kerjaya amat penting bagi membantu guru meningkatkan kemahiran dan ilmu serta
mencapai segala pencapaian yang diingini dalam profesion guru. Jadi, tugasan ini
mengupas pelan pembangunan diri dan kerjaya saya sepanjang menjadi seorang guru
secara terperinci.
3
2.0 TUJUAN PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA
Meningkatkan
prestasi kerja
individu
Tujuan Pelan
Pembangunan
Diri dan
Kerjaya
Memudahkan Membaiki
proses amalan kerja
perubahan yang tidak
berkesan
Rajah 2.0: Tujuan Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya
Pelan pembangunan diri dan kerjaya dalam rangka tujuan untuk membangunkan sekolah.
Tujuan pelan tersebut dibentuk bagi meningkatkan prestasi dan kerja individu. Sebagai
seorang guru, pelbagai ilmu pedagogi serta kemahiran harus dipelajari oleh seorang guru.
Pembentukan pelan pembangunan diri dan kerjaya dapat membantu seorang guru untuk
meningkatkan segala ilmu untuk diaplikasi sewaktu menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran sekali gus dapat mencapai prestasi yang dingini dalam profesion perguruan.
Selain itu, pelan pembangunan diri dan kerjaya dibentuk bertujuan membaiki amalan
kerja yang tidak berkesan. Setiap murid mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Teknik,
pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza bagi setiap kategori
murid. Dengan adanya pelan tersebut, guru dapat menambah baik kerja yang kurang efektif.
Pembentukan pelan pembangunan diri dan kerjaya juga bertujuan memudahkan proses
perubahan. Setiap guru harus melalui lima peringkat yang berbeza. Guru mengalami proses
perubahan daripada setiap peringkat yang dilalui. Pelan pembangunan diri dan kerjaya yang
disediakan oleh setiap guru membantu untuk mereka menyesuaikan diri dalam proses
perubahan tersebut. Proses tersebut membantu guru meningkatkan kualiti diri serta mampu
menjadi guru yang profesional dan mencapai prestasi yang dingini.
4
3.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA
- Rujuk Lampiran A
3.1 ULASAN PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA
1.1 Menamatkan Pengajian di Institut Pendidikan Guru
Saya Siti Najwani Binti Abd Rahim merupakan pelajar yang mengambil jurusan
pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Sepanjang di IPG, saya
telah belajar pelbagai ilmu termasuklah pedagogi, pengurusan murid, teori pembelajaran,
konsep dan kemahiran- kemahiran asas pengajaran. Saya juga telah menjalani praktikum di
dua buah sekolah dengan mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru di sekolah.
Pengalaman menjalani praktikum dapat saya gunakan untuk mengaplikasi pelbagai teknik,
strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari. Pengaplikasian
ini dapat membantu saya untuk lebih menguasai ilmu yang dipelajari sewaktu berada di
institut perguruan. Menurut Kelctermans (2013) dalam kajiannya menyatakan bahawa aspek
preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme
sebagaimana yang kita inginkan. Saya harus menamatkan pengajian di institut pendidikan
guru dengan baik sekiranya ingin menjadi seorang guru di sekolah rendah. Setelah bergelar
seorang guru yang sebenar, saya perlu melalui lima peringkat perkembangan seperti yang
dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu guru novis, guru novis lanjutan, guru
cekap, guru mahir dan guru pakar. Menurut Trotter (1986), seorang guru bermula daripada
peringkat novis sehinggalah menjadi seorang pakar dalam pendidikan.
1.2 Pelaksana
Setelah tamat pengajian, saya ditempatkan di sebuah sekolah kawasan pedalaman
dengan pencapaian gred DG41 Pada awal perkhidmatan, saya merupakan seorang guru
novis. Saya tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam menjalankan
tugas harian di sekolah berikutan baru sahaja ditempatkan di sekolah. Menurut Omar Abdull
Kareem dan Khuan Wai Bing (2005), guru terlatih yang berjaya menamatkan latihan
keguruan dengan cemerlang tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran dan
penyediaan guru telah pun sempurna. Saya mempunyai impian untuk menjadi seorang guru
yang ilmu pedagogi dan kemahiran yang mantap. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh
(2013), proses pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas memerlukan seorang guru
yang menguasai ilmu berkaitan amalan pedagogi. Oleh yang demikian, saya akan
melaksanakan pelbagai pendekatan secara bersemuka untuk mempelajari serta menguasai
5
ilmu dan kemahiran berkaitan pengajaran dan pengendalian tugas yang diberikan di
sekolah. Antaranya termasuklah menjadikan guru pakar sebagai mentor.
Saya juga akan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia seperti kursus pembelajaran abad ke-21, kursus pentaksiran bilik darjah dan
sebagainya. Saya juga perlu mempertingkat kemahiran komunikasi. Menurut Ahmad Iman
Arief (2007), kemahiran komunikasi merupakn salah satu ciri- ciri yang penting dalam semua
profesian pekerjaan. Penguasaan komunikasi yang baik membantu guru novis seperti saya
berinteraksi dengan komuniti sekolah. Hal ini secara tidak langsung, guru dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad
Subki Miskon, 2010). Ilmu pedagogi dan teknik kemahiran komunikasi yang dipelajari pada
peringkat ini dapat saya praktikkan sewaktu saya mengajar di dalam kelas. Pendekatan
pembelajaran dengan pelbagai kaedah dan komunikasi yang baik antara saya dan murid
mampu mewujudkan suasana pembelajaran menjadi seronok dan efektif.
1.3 Penggerak
Pada peringkat ini, saya berhasrat untuk menjadi seorang guru panitia subjek Bahasa
Melayu di sekolah tersebut. Sebelum memegang jawatan tersebut, saya perlu mempersiap
diri dengan meningkatkan prestasi serta menambah baik ilmu pedagogi dan kemahiran.
Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2013), sebagai seorang guru novis lanjutan harus
menambah serta memantapkan kefahaman fakta, konsep dan prinsip berkaitan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan. Kenyataan tersebut bertepatan dengan situasi saya
sebagai guru novis lanjutan pada peringkat ini. Saya perlu mengaplikasi ilmu yang dipelajari
sewaktu mengendalikan proses pengajaran Dalam waktu yang sama, saya perlu mendapat
bimbingan guru yang lebih pakar. Program perkongsian ilmu dapat saya jalankan bersama-
sama guru lain dan mentor bertujuan mendapatkan idea baharu berkaitan amalan pedadogi
terkini selaras dengan kemajuan dalam sistem pendidikan di negara kita. Melalui usaha ini,
saya dapat mengimplementasikan konsep komuniti pembelajaran profesional melalui
kerjasama dengan guru lain.
Di samping itu juga, untuk mencapai hasrat saya menjadi seorang guru panitia di
sekolah tersebut, saya perlu menguasai kemahiran mengurus tekanan dengan baik.
Jawatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang besar. Saya perlu bersedia untuk
menerima bebanan tugas yang banyak. Pelbagai tugas yang diberikan seperti pengurus
gerak kerja subjek Bahasa Melayu, setiausaha peperikasaan dan sebagainya akan
menyebabkan saya mengalami tekanan. Faktor bebanan tugas boleh menyebabkan guru
mengalami tekanan di sekolah (Kamaruzaman Kamaruddin, 2007). Jadi, saya perlu
mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak atau organisasi yang diiktiraf oleh
6
Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan cara menangani stress atau tekanan. Saya juga
boleh mendapatkan pandangan daripada guru senior berkaitan pengurusan kerja yang
teratur dan signifikan. Usaha pembangunan diri ini membantu saya menangani stress kerja.
Saya juga dapat melaksanakan tugas dengan efektif meskipun mempunyai tugas yang
banyak dalam satu- satu masa. Penguasaan amalan pedagogi serta pengurusan tekanan
yang baik dapat meningkatkan kualiti profesion saya sebagai seorang guru.
1.4 Pembimbing dan Mentor
Pada peringkat ini, saya merancang untuk memohon guru cemerlang dengan Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Menurut Mak Soon Sang (2007), tujuan utama KPM
memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang bertujuan memberi
peluang kepada guru yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menyerlah dalam
mata pelajaran yang diajar atau bidang pengkhususan. Sebagai persediaan, saya perlu
menceburi diri dalam pelbagai program berprofil tinggi seperti penyertaan di peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kemenjadian guru menyumbang kepada
kemenjadian murid. Pada peringkat ini juga, saya telah menguasai pelbagai strategi, teknik
dan kaedah pengajaran. Oleh itu, saya merancang untuk menjalankan projek inovasi yang
boleh diaplikasikan ketika pengajaran dan pembelajaran murid dalam subjek Bahasa
Melayu. Menurut Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing (2005), antara salah satu cara
untuk meningkatkan kemahiran guru cekap termasuklah menerusi pembudayaan inovasi.
Sebagai contoh, inovasi ‘Kotak Bahasa’, ‘Kaedah Tatabahasa’ dan sebagainya. Saya akan
merekod data sebelum dan selepas projek inovasi ini dijalankan terhadap murid. Dengan ini,
keberkesanan projek inovasi terhadap pencapaian murid ini dapat dilihat dan didokumentasi.
Saya juga akan sentiasa menambah baik projek inovasi tersebut bertujuan memastikan
lebih ramai murid dapat memantapkan ilmu bahasa dan tatabahasa dengan baik. Murid juga
lebih seronok untuk belajar melalui teknik inovasi yang dilaksanakan oleh saya.
Selain itu juga, saya akan membimbing dan menjadi mentor kepada guru yang lain
berkaitan ilmu pedagogi yang saya kuasai. Saya harus mempunyai kemahiran interpersonal
yang baik sewaktu membimbing guru lain bagi mewujudkan budaya kolaboratif. Pelbagai
program seperti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dapat saya sertai untuk
meningkatkan kemahiran interpersonal. Inisiatif ini bertujuan memupuk semangat kerjasama
dalam diri saya untuk membangunkan sesebuah organisasi bersama- sama guru yang lain.
Kerjasama yang baik dijalinkan antara saya dan guru lain membolehkan kami melaksanakan
pelbagai program sama ada dari aspek akademik atau kokurikulum yang mampu
meningkatkan prestasi murid dan sekolah dengan baik. Setelah tiga tahun daripada lantikan
guru cemerlang yang pertama, saya akan memohon guru cemerlang untuk kali yang kedua.
7
Lantikan guru cemerlang yang kedua membolehkan saya dinaikkan gred DG44 kepada
DG48.
1.5 Peneraju Perubahan
Saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
peringkat sarjana. Saya akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Melayu secara
separuh masa. Saya menyambung pelajaran bertujuan untuk mendalami ilmu bahasa
dengan lebih mendalam. Setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana, saya
merancang untuk berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru.
Jawatan sebagai seorang pensyarah membolehkan saya memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada bakal-bakal guru berdasarkan ilmu, pengetahuan dan pengalaman saya
sepanjang bergelar guru cemerlang di sekolah.
Pada peringkat ini, saya ingin membangunkan diri dengan menjadi penggerak
perubahan dalam bidang keguruan. Saya akan melakukan perubahan dari segi teknik,
strategi serta kaedah pengajaran. Menurut Meor Ahmad Nasrin dalam Berita Harian (2018),
proses pengajaran dan pembelajaran di menara gading turut berubah kepada konsep PdP
4.0 selaras era Revolusi Industri 4.0. Saya akan mengadaptasi pelbagai kaedah
pembelajaran iaitu pedagogi, heutagogi, paragogi dan cybergogi. Pengaplikasian kaedah
tersebut bertujuan memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu dan mencari
maklumat kursus secara kendiri. Hal ini sekali gus dapat memastikan semua murid
melibatkan diri secara aktif sewaktu proses pembelajaran. Selain itu, saya juga akan
memberikan tugasan menggunakan aplikasi atas talian seperti Edmodo dan Google
Classroom untuk dijawab oleh murid. Saya akan menjalankan penilaian berdasarkan
tugasan yang diberikan sama ada di dalam kelas atau secara atas talian. Pentaksiran ini
sangat penting bagi membantu murid menguasai ilmu pelajaran secara lebih efektif.
1.6 Pemikir Strategik
Seterusnya, pada peringkat ini, saya merupakan seorang guru mahir. Saya telah
mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi untuk menganalisis persekitaran pembelajaran
yang kreatif dan inovatif. Muhamad Sani Ibrahim (2001) menyatakan bahawa pada peringkat
mahir, guru boleh menganalisis dan menyusun maklumat yang kompleks berkaitan situasi
pembelajaran secara unik. Saya juga telah mempunyai pengalaman mengajar daripada
pelbagai peringkat seperti sekolah rendah dan institut pengajian tinggi. Pengalaman ini
membantu saya memahami situasi yang dihadapi sewaktu mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini, saya berhasrat untuk memohon
pencapaian sebagai pensyarah cemerlang.
8
Saya akan melanjutkan pelajaran separuh masa di peringkat PhD dalam bidang
pendidikan. Saya akan melaksanakan penyelidikan berkaitan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran saya sebagai seorang pendidik. Pada waktu yang sama, saya
akan memantapkan ilmu kemahiran teknologi maklumat. Antara bengkel yang dapat saya
sertai ialah Seminar Pendidikan Digital Era Revolusi Industri 4.0. Menurut Siti Fatimah
Ahmad dan Ab. Halim Tumuri (2010), segelintir guru di Malaysia kurang mahir
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Saya sebagai guru mahir harus melengkapkan diri dengan
kemahiran teknologi sejajar dengan dunia pendidikan masa kini iaitu abad-21.
1.7 Pemikir Holistik
Pada peringkat ini, saya berhasrat untuk menjadi seorang pakar dalam bidang bahasa.
Saya akan melalui peringkat guru pakar. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016),
guru yang berada pada peringkat pakar telah memperoleh kepakaran khusus serta
berkebolehan untuk mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan. Guru pakar ialah
guru yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang yang tertentu (Mok Soon Sang,
2007). Saya ingin menjadi sumber inspirasi, rujukan serta penasihat kepada guru- guru yang
lain sama ada dalam aspek pedagogi atau ilmu bahasa. Bagi meningkatkan pembangunan
diri, saya harus mengikuti kursus yang melibatkan kurikulum untuk meningkatkan tahap
kepakaran saya sebagai seorang guru. Penyertaan dalam sesuatu kursus tertentu
membolehkan saya sentiasa berkongsi idea dan pendapat berkaitan ilmu pendidikan
dengan guru yang lain. Saya dapat belajar ilmu baharu disamping menyebarkan ilmu
kepakaran dalam bidang yang saya kuasai. Saya percaya amalan pembelajaran sepanjang
hayat membawa banyak manfaat kepada seseorang guru. Pembelajaran sepanjang hayat
membolehkan guru meningkatkan ilmu, kecekapan dan keterampilan ke arah pencapaian
kendiri dan kepuasan diri. Hal ini secara tidak langsung, saya dapat membantu guru
memperoleh input baru berdasarkan ilmu yang dikongsi oleh saya.
Selain itu, saya juga akan berusaha menyerlahkan keterampilan diri. Dalam konteks
profesian keguruan, keterampilan adalah berdasarkan personaliti serta keperibadian
seseorang guru tersebut. Hal ini berikutan seorang guru seharusnya menunjukkan contoh
yang baik kepada masyarakat. Sekiranya saya ingin menjadi guru pakar yang berkualiti,
saya perlu menyerlahkan keterampilan diri yang unggul berikutan seorang guru pakar
merupakan sumber rujukan kepada guru yang lain bukan sahaja dari aspek kepakaran
dalam bidang tertentu, malah turut dinilai dari aspek personaliti.
9
4.0 KESIMPULAN
Rumusnya, guru sebagai pengamal ilmu dan kemahiran harus melengkapkan diri
dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Menurut Norain Mohd Nor et al (2016),
perkembangan profesionalisme guru amat penting untuk memastikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran sentiasa terpelihara. Seorang guru dapat mengembangkan profesionalisme
melalui amalan pembelajaran sepanjang hayat, budaya membaca, budaya menyelidik,
budaya musyawarah dan sebagainya. Setiap guru harus merancang pembangunan diri dan
laluan kerjaya mengikut kecenderungan diri masing- masing (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2016). Penglibatan dalam profesionalisme secara aktif dan berterusan secara
terancang dapat membantu meningkatkan prestasi dan kualiti kerja sebagai seorang guru
dengan baik. Segala usaha ini bagi membantu mendidik murid bukan sahaja ilmu
pengetahuan, malah penguasaan kemahiran abad ke-21 dan merangsang murid untuk
berfikir secara kritis dan inovatif bagi menghadapi Revolusi Perindustiran 4.0. Hal ini selari
dengan peranan ‘Guru sebagai Agen Perubahan’ yang multitasking dalam membentuk
kemenjadian murid sekali gus mengharumkan imej sekolah sebagai institusi pendidikan
yang berwibawa.
10
5.0 RUJUKAN
Ahmad Iman Arie. (2007). Kesan Pendidikan Prasekolah Terhadap Kanak-kanak. Tesis
Sarjana. Universiti Sains Malaysia.
Kamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Menengah.
Jurnal Kemanusiaan, Vol 5. No 2.
Kelctermans. (2013). Becoming a Teacher Educator: A Personal Perspective. Teaching and
Teacher Education, 21(2).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan . Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu Tuntutan
dan Satu Kemestian, Kertas dibentang di UPSITEC 2002.
Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak. (2020, Februari 12). Pendekatan Pdpc Abad ke-21.
Disunting daripada BH Online: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
malaysia/20180517/281887298958728
Mok Soon Sang. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Perak: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Norain Mohd Nor et al. (2016). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Siri
Pendidikan Guru). Kedah: Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru (Siri Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Omar Abdul Kareem, Khuan Wai Bing & Marinah Awang. (2003). A Study On Socialization
Related Learning Among New Staff in Malaysian Secondary Schools. Kertas Kerja
The Ninth Asia Pacific Management Conference , Osaka University.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Pedagogi.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Ahmad dan Ab Halim Tumuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimediadalam pengajaran j-QAF.
Jurnal Pendidikan Islam dan Arab, 53-64.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia.
11
Trotter. (1986). Stage Of Mastery. Educational Psychology Interactive.
12
LAMPIRAN A
Pelan Pembangunan Diri dan Laluan Kerjaya
(Sumber: Ubah suai Pelan Pembangunan Berterusan KPM, 2016)
13