The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by s221422520, 2024-01-15 11:16:55

TASOH LAKE RESORT

TASOH LAKE RESORT

TASOH LAKE RESORT // MAJALAH 01// Isu pertama. AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI TASOH LAKE RESORT


PENGENALAN Tasoh Lake Resort merupakan sebuah pemandangan indah kehijauan di sekeliling bukit-bukit beralun di pinggir kawasan tasik. Selain terkenal dengan ketenangan dan pemandangan yang indah, Tasoh Lake Resort juga mempunyai beberapa tujuan ke Perlis seperti menambah baik sistem pengairan sawah padi, membekalkan air kepada rakyat negeri, dan mencegah banjir di Perlis dengan berfungsi sebagai tadahan. Disebabkan ketenangannya, Tasoh Lake Resort sememangnya tempat yang sesuai untuk berehat dan bersantai, serta untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan dibandar.


CARTA ORGANiSASi YANG DIPERTUA Wan Ahmad Fazli bin Wan Kamis AUDIT DALAM PERHUBUNGAN AWAM SETIAUSAHA PENGARAH LANDSKAP PENGARAH PENGUATKUASA PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN PENGARAH PERANCANGAN BANDAR Mohammad Faizal bin Ahmad Balkish binti Syed Noh Romaniani binti Abdul Rashid Shahimi bin Shaari Nor Asma binti Noordin Norul Najwa binti Ali


PENGINAPAN DI RESORT AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK Penginapan di chalet peribadi dengan balkoni peribadi di Tasoh Lake Resort. Berjarak 3 minit dengan berjalan kaki dari Empangan Timah Tasoh, resort ini mempunnya 2 restoran dan menyediakan tempat letak kenderaan awam percuma untuk tetamu. Setiap chalet mempunyai pengcahayaan semula jadi dan bilik mandi peribadi bersama pancuran mandian air panas. Tasoh Lake Resort juga menyediakan Wi-Fi percuma di kawasan umum. Terdapat juga masakan tempatan disajikan di restoran Anjung Tasik serta restoran Tok Mek yang menawarkan hidangan tThai dan juga tempatan.


Tasoh Lake Resort ini terletak di empangan Tasik Timah Tasoh dan membawa konsep ekopelancongan dengan pemandangan panorama alam semula jadi yang sangat indah. Bukan sahaja berfungsi sebagai resort percutian, ia juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk keluarga mahupun organisasi. Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan adalah berbasikal atapun motor, kolam rekreasi, barbeku, fiying fox, program motivasi, dan banyak lagi aktiviti menarik yang lain. AKTIVITI RIADAH


Selain aktiviti riadah, Tasoh Lake Resort ini juga dapat menjanjikan syurga kepada peminat-peminat sukan air dan kaki pancing. Di mana terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti ikan Talapia, Ubi, Keli, Haruan, Gelang Pam dan lain-lain lagi sambil menikmasi bayu angin sepoi-sepoi bahasa. Terdapat juga para nelayan yang menjala ikan di situ dan pemancing boleh ikut serta jika ingin mendapat hasil yang lumayan. Bukan itu sahaja, antara aktiviti sukan air seperti yang dinyatakan adalah berakit, berkayak serta Tasoh Lake Resort ini juga menjadi lokasi pilihan untuk sukan pelayaran semenjak tahun 2010. SUKAN AIR SUKAN AIR


Jika sekiranya memancing atau aktiviti air tidak menjadi pilihan, pengunjung boleh memilih untuk melakukan aktiviti ‘Teambuilding’ kerana di sini juga dilengkapi dengan tapak perkhemahan. Bagi yang tidak mahu menginap di 51 unit chalet di Tasoh Lake Resort ini, dengan kadar harga dari RM80 hingga RM500, pengunjung boleh melakukan aktiviti perkhemahan secara persendirian mahupun secara besar-besaran. Dengan adanya panorama yang mempersonakan dan menenangkan, pengunjung boleh ‘healing’ kerana tapak perkhemahan ini luas dan sesuai untuk bawa keluarga dan anak-anak kecil. Tapak perkhemahan ini juga mempunyai banyak kemudahan dan dilengkapi dengan tandas, restoran, tempat tarikan fotografi dan penggambaran. BERKHEMAH D2E3C8


Seterusnya, pengunjung juga berpeluang menikmati matahari terbenam di Tasoh Lake Resort. Malahan di Tasoh Lake Resort juga tersedia dengan aktiviti malam, pengunjung yang menginap berpeluang menikmati keindahan Tasoh Lake Resort pada waktu malam yang disinari dengan lampu yang berwarna-warni. Setiap pelusuk kawasan Tasoh Lake Resort disinari lampu yang pelbagai warna. Lampu ini dipasang menjelang waktu malam dan ianya menjadi salah satu daya tarikan pengunjung yang datang. AKTIVITI MALAM


EMBER WAVE Ember bermaksud api dan wave bermaksud gerakan yang dinamik. Nama logo ini menyampaikan rasa kemesrian dan logo ini melambangkan semangat yang tinggi dalam emosi kumpulan kami. Identiti visual untuk logo ember wave ini telah menggabungkan ton warna yang hangat yang terdiri daripada warna merah dan oren. NAD FARHA BAT SZi HUi PAViTRA


TASOH LAKE RESORT Anda harus menikmati permandangan indah di Tasoh Lake Resort.


Click to View FlipBook Version