The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024 2025 SKPeKM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ARVANNA BINTI MATDIN KPM-Guru, 2024-04-23 11:21:31

Buku Aturcara Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024 2025 SKPeKM

Buku Aturcara Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2024 2025 SKPeKM

Keywords: Mesyuarat Agung PIBG,Buku Aturcara

~Rabu ~ 2 4 Ap r il 2 0 2 4 ~ 8.00 pag i ~ Dewan T e rbuka SK Pe kan Kota Marudu. Dirasmikan oleh ; Ybhg. Datu Roslin Bin Datu Siabok Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu SESI 2024/2025 MESYUARAT AGUNG PIBG MESYUARAT AGUNG PIBG SK PEKAN KOTA MARUDU


BIL PERKARA HALAMAN 1 ISI KANDUNGAN 2 2 RASIONAL 3 3 OBJEKTIF 3 4 KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK PEKAN KOTA MARUDU 4 5 KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SK PEKAN KOTA MARUDU 5 6 KATA-KATA ALUAN PERASMI MAJLIS 6 7 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024 7 8 SURAT JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG 8 9 JAWATANKUASA PIBG SK PEKAN KOTA MARUDU 9 10 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2024/2025 10 11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2024 12 12 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 17 13 LAPORAN KEWANGAN 19 14 PERNYATAAN USUL DAN CADANGAN 22 15 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SK PEKAN KOTA MARUDU SESI 2024/2025 28 2


I. Mendapatkan sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid. II. Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan. Ill. Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. Mesyuarat Agung ini diadakan untuk membincangkan isu-isu semasa sekolah/murid-murid dan seterusnya membantu SK Pekan Kota Marudu mencapai kecemerlangan yang optimum dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan. 3


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam JPN Sabah Sepakat Hebat, Salam PPD Kota Marudu, 'Drive To Excellence; Salam SK. Pekan Hebat, 'Sederap Langkah Menjulang Kecemerlangan'. Yang berbahagia Datu Roslin Bin Datu Siabok, Pegawai Pendidikan Daerah, Kota Marudu. Yang berusaha En. Juair Bin Masadang selaku YDP PIBG SK. Pekan Kota Marudu. Barisan Penolong Kanan SK.Pekan Kota Marudu, AJK PIBG, Guru-guru dan warga sekolah seterusnya para ibu bapa dan waris yang dihormati sekalian. Syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan hidayah-Nya dapat kita semua berkumpul di sini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG bagi Sesi 2024/25. Keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan sekalian pastinya akan menguatkan lagi semangat dan keazaman kami untuk menyemarakkan lagi pencapaian dan kejayaan sekolah ini. Hadirin sekalian, Sebagai makluman tuan-tuan dan puan-puan, Mesyuarat Agung ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu semasa sekolah dan murid-murid, seterusnya membantu SK. Pekan Kota Marudu mencapai kecemerlangan yang optimum dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang Pendidikan. Selain itu juga, adalah amat diharapkan sokongan 100% PIBG dari segi kewangan, tenaga dan kerjasama dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid. Di samping itu, mesyuarat ini membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat Pendidikan serta memberikan peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki tarafpendidikan anak-anak. Hadirin sekalian, Akhir sekali saya amat berharap semoga tuan-tuan dan puan-puan ahli PfBG dapat bersama kami warga SKPKM yang mengorak langkah membina sekolah dan organisasi kita supaya lebih mantap dan akan melahirkan lebih ramai pelajar yang berkebolehan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga sehingga ke peringkat tertinggi. Kekuatan sokongan dan dokongan tuan puan dalam organisasi membantu sekolah untuk lebih bermotivasi dan bersemangat. Sebarang kekurangan kelemahan, kita sedaya upaya cuba baiki bersama. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 4


Bismillaahirrahmaanirrahiim, Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Pekan Kota Marudu untuk sesi 2024/2025 ini. Saya menzahirkan rasa terhutang budi dan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan ahli PIBG yang telah bersama-sama membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Tidak lupa juga penghargaan kepada Guru Besar SK Pekan Kota Marudu, Guru-guru Penolong Kanan, semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana atas segala bentuk kerjasama dan bantuan kepada PIBG. Tidak dilupakan juga saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin masyarakat, badan NGO, NGO yang banyak memberikan sumbangan. Sumbangan ini berupa suntikan kewangan, material dan tenaga yang sewajarnya diberi pengikhtirafan dan penghargaan atas keprihatinan tinggi untuk menjadikan sekolah ini lebih kondusif dan selesa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kami barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 telah sedaya upaya mungkin melaksanakan tugas dan amanahkami. Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program di dalamdan luar sekolah yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Kami juga memohon maaf sekiranya disepanjang khidmat kami pada sesi ini terdapat kepincangan yang tidak dapat dielakkan. Sesunggunya kita hanya merancang tetapi Yang Maha Esa juga yang menentukannya. Saya berharap agar mesyuarat ini menjadi wadah terbaik kepada ibu bapa untuk memberikan buah fikiran atau idea bagi meningkatkan lagi kemenjadian kerjasama antara ibubapa dan guru disekolah ini. Saya berdoa agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Pekan Kota Marudu. Sekian, terima kasih. YDP PIBG 5


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saudara Pengacara Majlis, Pn. Atiah Binti Awang selaku Guru Besar SK Pekan Kota Marudu, Yang Dihormati En. Juair Bin Masadang, YDP PIBG. Penolong-Penolong Kanan, AJK PIBG, Guru-Guru, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yangmulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG sesi 2024/25 bagi SK.Pekan Kota Marudu. Terima kasih di atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak murid SK. Pekan Kata Marudu. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh pihak sekolah dan PIBG. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan dapat berjalan lancar dan teratur. Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Marudu bagi sesi 2024/2025. Sekian, terima kasih 6


7


8


YDP PIBG : En. Juair bin Masadang Timbalan YDP : En. Dahlan Samsuddin Setiausaha : Ustazah Asmah Hj Yassin Bendahari : Ustazah Dg. Rohayati binti Ag. Yahya AJK Ibu Bapa : Pn. Rhima Farinah binti Amat Pn. Jaidah@Zaidah binti Jaidin Pn. Norajijah binti Sayadi Pn. Salinah binti Aziz En. Osman bin Kanit En. Hilyadi bin Joseph En. Abdul Rahman bin Tahir En. Aminulrashid Fauzi Rahman@Baudi 9


10 PROTOKOL PN. ATIAH HJ. AWANG (GURU BESAR) EN. JUARI BIN MASADANG (YDP PIBG SK PEKAN KM) EN. DAHLAN SAMSUDDIN (TIMB. YDP PIBG) PN. RUJARLYNCE MAPANGGIL (PK PENTADBIRAN) EN. LARRY LEONG (PK HEM) EN. HILYADI BIN JOSEPH (PK KOKUM) PN. ROSIDAH JAINAL (PK PPKI) PN. CHERRY BETH GEORGE PN. PAMELA ELIZABETH SCULLY PENYELARAS BACAAN DOA PENGACARA MAJLIS PENCATAT MINIT JURU GAMBAR & VIDEO ICT / PAPARAN / MAKLUM BALAS : ONLINE PA SISTEM PENDAFTARAN : ONLINE EN. ADILEY VALI (K) EN. CHRIS ALVIN LAIKIM PN. CHERRY BETH GEORGE (K) USTAZAH SUHAILA MAHIRAH SUPARAN USTAZ MD KHAIRUN YAAKUB EN. MD SAIFUL AZWAN BIN SUNDIAN (K) PN. FAJIAH TUMAN CIK SUTINA BINTI SUKUR (K) PN. HERNEY VENJELINE HENRY LUYAN USTAZ ZUHAILI BIN HAMZAH USTAZ MD AZRI BIN HAMSA CIK ANN GLADDY JAMAUN PN. NORNY TINING (K) USTAZAH NUR SABRINA MOHD NOOR FAJRI PN. DAYANG NASIRUN PN. RHIMA FARINAH AMAT


11 CABUTAN BERTUAH : ONLINE UNDIAN : ONLINE KESELAMATAN JAMUAN PERSIAPAN DEWAN / MEJA & KERUSI HIASAN DEWAN HEBAHAN / IKLAN BUKU ATURCARA DOKUMENTASI SIJIL / SUSUN ATUR PEMBUBARAN BANNER JURU AUDIT PN. MASNIH MOHD ZAMIUN PN. AZA ELIZWIEZA RAMLEE (K) PN. ELEVONA JUSITIM PN. ARVANNA MATDIN PN. WONG NYUK LIEN USTAZAH ASMAH YASSIN (K) CIK SUTINA BINTI SUKUR USTAZ MD KHAIRUN YAAKUB CIK HARNIZAN HABLEE (K) PN. JESSICA SALAPAN PN. SETI NAPIZAH MATAHIR PN. SALINAH AZIZ PN. NORAJIJAH SAYADI USTAZAH SUHAILAH MAHIRAH (K) USTAZAH ASMAH YASSIN EN. JUAIR MASADANG EN. DAHLAN SAMSUDDIN EN. CHRIS ALVIN LAIKIM (K) USTAZ ZUHAILI BIN HAMZAH EN. AMINULRASHID FAUZI RAHMAN@BAUDI PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH PN. SUZILAWATY BINTI ARISA (K) PN. VIDA SIBI PN. PAMELA ELIZABETH SCULLY PN. SAIMAH KIWAL PN. ASMAH ABDUL HAMID PN. NUR SABIQAH BINTI SABTU PN. RASINI AKUNGSAI PN. JENNIE LESA (K) PN. EMYLIANA MADAWAT CIK SITI KHAFSAH BINTI MOHD KUNARTO EN. SEBASTIAN LOJUTI (K) EN. TERRI SAGARAON EN. BRYAN MOLIKI EN. FAROYNER FABIAN USTAZ RUSYDI FITRI ROSLI EN. ABDUL RAHMAN EN. OSMAN BIN KANIT PEMBERSIHAN SEKOLAH PN. SHANETTA JIMAL (K) PN. KARTINI MASARASA PN. NANCY LO YEN YUN PN. CHONG OI LEN PN. SITI HAFIZAH B SHEIKH RAIHAN (K) PN. NAWARUL AIDAH MUHAMAD NAZIR CIK NUR’ AZMATUN IDRIS USTAZAH DG. ROHAYATI AG YAHYA PN. JAIDAH@ZAIDAH BINTI JAIDIN


12


13


14


15 3.0 BACAAN DOA Bacaan doa telah disempurnakan oleh al fadhil Ustaz Zuhaili Bin Hamzah 3.1 UCAPAN PENASIHAT PIBG 3.1.1 Penasihat PIBG, Puan Atiah Awang mengalu-alukan kedatangan Tuan Jemson Majimal selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu yang mewakili Tuan PPD Kota Marudu dan seterusnya kepada semua AJK PIBG SK Pekan Kota Marudu. 3.1.2 Puan Atiah menerangkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG harus dijalankan sebelum 20 Mac 2023 mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak PPD. 54 orang staf telah berjaya hadir untuk menjayakan mesyuarat. Kehadiran ibu bapa pada pagi ini seramai 69 orang daripada 269 orang dan berharap kehadiran ibu bapa semakin bertambah. 3.1.3 Puan Atiah menjelaskan KPI pada tahun 2023/2024 iaitu menjadikan bilik darjah yang kondusif, ceria dan selesa. Beliau mengharapkan hubungan baik antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan kepada 462 orang murid SK Pekan Kota Marudu. 3.1.4 Puan Atiah menjelaskan tanggungjawab kemenjadian murid perlu kerjasama semua PIBG sekolah. Pihak SK Pekan Kota Marudu bersedia menerima teguran secara berhemah daripada pihak ibu bapa. 3.1.5. Puan Atiah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada Hari Minggu Bertemu Pelanggan seramai 236 orang dan mencapai rekod kehadiran aktiviti tertinggi sepanjang tahun 2022. Seramai 160 orang berjaya hadir pada Hari Apresiasi Murid dan berjaya membayar yuran PIBG. 3.1.6 Puan Atiah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua khususnya Tuan Jemson Majimal wakil PPD Kota Marudu dan ibu bapa telah meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Pihak sekolah memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan dalam mengurus sekolah sepanjang pentadbiran beliau. Beliau mengharapkan kerjasama yang berterusan daripada seluruh warga sekolah untuk menjadikan SK Pekan Kota Marudu sekolah yang lebih baik. 3.2 UCAPAN YDP PIBG 3.2.1 Yang Di-Pertua PIBG, Encik Juair bin Masadang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir mesyuaratPIBG peringkat SK Pekan Kota Marudu. 3.2.2 Encik Juair menyatakan perkembangan dalam pentadbiran sekolah oleh guru besar. Sidang mesyuarat bersetuju membayar yuran PIBG sebanyak RM10 dan tambahan untuk keceriaan bilik darjah dan tandas sebanyak RM20. 3.2.3 Encik Juair mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir mesyuarat kali ini. Beliau mengharapkan kejayaan kepada calon yang menduduki SPM khususnya bekas murid SK Pekan Kota Marudu. Semua ibu bapa perlu bekerjasama dalam pengurusan sekolah untukl kemajuan murid dan mencapai kecemerlangan sekolah.


16 3.3 PERASMIAN DAN PELANCARAN MESYUARAT AGUNG PIBG OLEH WAKIL PPDKM TUAN JEMSON MAJIMAL 3.3.1 Tuan Jemson Majimal mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puan Atiah Awang sebagai orang kuat SK Pekan Kota Marudu, tuan YDP, guru-guru penolong kanan, AJK PIBG, ibu bapa dan guru-guru. Tuan Jemson Majimal menyampaikan salam kemaafan dari Tuan PPDKM kerana tidak sempat hadir dan hanya dapat menghantar wakil. 3.3.2 Ucapan tahniah dari pihak PPD Kota Marudu kepada SK Pekan Kota Marudu, atas penilaian 5 Star atau lima bintang atas pencapaian yang cemerlang dalam pentadbiran dan keceriaan sekolah. 3.3.3 Beliau juga berharap agar mesyuarat pada hari ini dapat berjalan dengan lancar dan hasil mesyuarat akan menjadi panduan kepada matlamat dan kemajuan sekolah SK Pekan Kota Marudu. Beliau menambah ahli PIBG memainkan peranan penting dalam kemenjadian murid dan perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah. 3.4 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUN 2022 3.4.1 Minit mesyuarat PIBG 2022 telah dibentangkan oleh YDP PIBG,En.Juair Masadang. Tiada sebarang bantahan dan hal-hal berbangkit yang disuarakan. Oleh itu, minit mesyuarat telah disahkan oleh sidang. Pencadang : Pn. Mayang binti Liman Penyokong : En. Jaafar bin Kanit


17 3.5 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2022 3.5.1 Setiausaha PIBG, Ustazah Asmah Hj Yassin membentangkan aktiviti PIBG sepanjang Jun-Disember Tahun 2022.


18 3.5.2 En Juair menegaskan tidak semua ibubapa dapat hadir semua aktiviti yang diadakan di sekolah pada satu-satu masa. Namun ibubapa diingatkan untuk sedaya upaya hadir pada masa akan datang sebagai sokongan dan motivasi kepada pihak sekolah. Ibubapa juga boleh memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan atau yang difikirkan sesuai. Tindakan/Makluman: Makluman Dibentangkan oleh : Ustazah Asmah Hj Yassin Dicadang oleh : En. Majais Magatap Disokong oleh : Pn. Edah binti Mustapha


19 3.6 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 Disember 2022 3.6.1 Pembentangan Kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG Ustazah Dg. Rohayati Binti Ag. Yahya bermula 01 Jun 2022 - 31 Disember 2022.


20 Dibentangkan oleh : Ustazah Dg. Rohayati Ag. Yahya Dicadang oleh : Pn. Norlianah Masdin Disokong oleh : Pn. Jaliah Hj. Matasin


21 3.7 PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2022 3.7.1 AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pekan Kota Marudu secara rasminya telah dibubarkan oleh En. Juair bin Masadang iaitu YDP PIBG 2022/2023. 3.8 PERLANTIKAN BAHARU AJK PIBG TAHUN 2023 3.8.1 En. Larry Leong mengesahkan pembubaran AJK PIBG 2022/2023 dan mengumumkan untuk lantikan AJK PIBG yang baharu bagi tahun 2023/2024. Tindakan/Makluman: Makluman 3.8.2 En Jaffar bin Kanit mewakili beberapa ibubapa lain telah mencadangkan agar AJK 2022/2023 dikekalkan bagi sesi 2023/2024. Cadangan telah disokong oleh Pn. Kartini Masarasa dan semua sidang yang hadir.


22 3.9 PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN USUL / CADANGAN


23


24


25


26


27 3.10 Ucapan YDP PIBG yang baharu Tahun 2023 3.10.1 YDP PIBG yang baharu mengucapkan kesyukuran atas pelantikannya bersama AJK baharu yang lain. 3.10.2 YDP menyatakan kepercayaan yang diberikan merupakan satu tanggungjawab dan amanah demi kecemerlangan bagi anak-anak. 3.10.3 YDP turut menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi diperlukan daripada ibu bapa kerana terdapat penilaian penglibatan ibu bapa daripada PPD sekiranya ingin mencapai pemberian taraf 5 Bintang. 3.11 HAL-HAL LAIN 3.11.1 Tiada hal-hal lain dikemukakan untuk dibincangkan. 3.12 UCAPAN PENANGGUHAN 3.12.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2023. 3.12.2. YDP baharu juga menzahirkan ucapan tahniahnya kepada semua AJK yang menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2023. 3.12.3 YDP juga berharap agar semua pihak dapat menggembleng tenaga mengharumkan dan menaikkan nama SK Pekan Kota Marudu di negeri ini sekali gus menjadikan sekolah ini terus cemerlang pada masa akan datang. 3.12.4 Mesyuarat ditangguh pada jam 1.20 petang. Pencatat Minit : 1. Puan Jessicca Salapan 2. Cik Sutina Binti Sukur 3. Puan. Nur Sabiqah Binti Sabtu Disediakan oleh: Disemak oleh: _________________ ___________________ (ASMAH HJ YASSIN) (JUAIR BIN MASADANG) Setiausaha PIBG YDP PIBG SK Pekan Kota Marudu, SK Pekan Kota Marudu. SK - Fail PIBG


28 Penasihat :________________________________________________ Yang Dipertua PIBG : ________________________________________________ Naib Yang Dipertua PIBG : ________________________________________________ Setiausaha Kehormat : ________________________________________________ Bendahari Kehormat : ________________________________________________ AJK (Wakil Ibu bapa) : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ AJK (Wakil Guru :________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ : ________________________________________________ Juruaudit Dalaman : ________________________________________________ Juruaudit Luaran : ________________________________________________


29


31 Dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kas ih kepada: DATU ROSL IN BIN DATU SIABOK Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu EN. JUAIR BIN MASADANG YDP PIBG SK.Pekan Kota Marudu PN. AT IAH BINT I AWANG Guru Besar SK Pekan Kota Marudu Semua Ahli Jawatankuasa PIBG Ahli Jawatankuasa Pelaksana Semua Ibu bapa dan penjaga murid Warga SK. Pekan Kota Marudu dan Semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan menjayakan mesyuarat Agung PIBG SK.Pekan Kota Marudu 2024. PENGHARGAAN


Click to View FlipBook Version