RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU TAHUN 4 BUTIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tarikh 12 Januari 2023 Masa 10.30 - 11.30 pagi (1 jam) Kelas 4 Inang Bilangan Murid 25 orang Tema Mata Pelajaran Kebudayaan, Kesenian dan Estetika Tajuk Makanan Tradisional di Malaysia Kemahiran/Fokus Tatabahasa Pengetahuan Sedia Ada 1. Murid pernah mempelajari kata adjektif. 2. Murid mengenali pelbagai makanan tradisional di Malaysia. Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif mengikut konteks; (ii) perasaan Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kata adjektif perasaan berdasarkan video “Unik ke Makanan Malaysia?”. 2. Membina sekurang-kurangnya dua ayat yang menggunakan kata adjektif perasaan secara gramatis dalam permainan. 3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata adjektif perasaan yang terdapat dalam situasi main peranan dengan betul mengikut kumpulan. Kriteria Kejayaan Murid dapat: 1. Mengenal pasti kata adjektif perasaan yang terdapat dalam video “Unik ke Makanan Malaysia?”. 2. Membuat perbincangan tentang teknik main peranan berdasarkan watak yang telah diberikan. 3. Mengecam kata adjektif perasaan yang dilakonkan dalam situasi main peranan.
Strategi (S) / Pendekatan (P) / Kaedah (K) / Teknik (T) S: Berpusatkan murid P: Komunikatif K: i. Pembelajaran Koperatif ii. Main Peranan T: i. Didik Hibur ii. Drama iii. Kuiz Pentaksiran Penilaian Formatif: Kuiz dan lembaran kerja Tabiat Berfikir (HOM/KBAT) Menjana Pemikiran Kritis dan Kreatif Murid – Menyambung cerita berdasarkan kata adjektif perasaan. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 1. Ilmu: Makanan tradisional di Malaysia 2. TMK: Belajar melalui TMK. 3. Kreativiti: Membina ayat dan main peranan berdasarkan kata adjektif perasaan. Penerapan Nilai 1. Kegigihan 2. Bekerjasama 3. Kesungguhan 4. Keberanian 5. Keyakinan diri Alat/ Bahan Bantu Mengajar 1. Komputer riba - 1 2. Projektor dan LCD - 1 3. Pembesar suara - 1 4. Set kad memori-1 5. Slaid pembelajaran-1 6. Kotak misteri perasaan - 1 7. Set kad watak - 1 8. Lembaran kerja: i. Pengayaan - 15 ii. Pemulihan - 15 Seni dalam Pendidikan Seni Visual - Permainan “Cerita Berangkai”.
ASPEK BIMBINGAN GURU Tema Fokus Bimbingan (TFB) Perancangan: Perkembangan Pengajaran Elemen Bimbingan: Kemahiran Insaniah (KI): Mendengar dengan Aktif (TS3), Beretika (TS7), Menghormati dan Menerima Pendapat (TS13), Kawalan Emosi (TS8), Moral (ET1) dan Berdikari (ET5). Pedagogi Masa Ini (PMI): KBAT, TMK, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Koperatif. Refleksi Sebelum: Guru telah merancang pembinaan Rancangan Pengajaran Harian. Semasa: Guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian. Selepas: Guru menambah baik aspek nada dan kelantangan suara untuk melicinkan perjalanan PdP.
Langkah / Masa (Minit) Isi Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) 1. Guru menyediakan permainan kad memori makanan tradisional di Malaysia. 2. Contoh soalan guru: i. Apakah contoh makanan tradisional yang terdapat ----di Malaysia? ii. Pernahkah anda mencuba makanan tradisional ------ kaum lain? iii. Apakah perasaan anda semasa menikmati ---------- makanan tradisional? 3. Jangkaan jawapan murid: i. Kuih muih, pani puri dan dim sum. ii. Tidak. iii.Gembira dan seronok 4. Tajuk pelajaran: “Makanan Tradisional di Malaysia”. 1. Guru memulakan kelas dengan memapar dan menjelaskan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid pada hari ini. 2. Guru menjelaskan permainan kad memori makanan tradisional di Malaysia kepada murid. 3. Beberapa murid diminta untuk memadankan permainan kad memori makanan tradisional di Malaysia. 4. Guru bersoal jawab tentang maklumat berkaitan kad yang berjaya dipadankan dengan betul. 5. Guru memperkenal dan memaparkan tajuk pelajaran ‘Makanan Tradisional di Malaysia’. BBM: Kad memori TMK: Kad bergambar KBAT: mengingat dan memahami KI: Beretika (TS7), menghormati dan menerima pendapat (TS13) PMI: Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah EMK: Ilmu Teknik: Sumbang saran Nilai murni: Bekerjasama
Langkah / Masa (Minit) Isi Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Langkah 1 (10 minit) 1.Slaid Pembelajaran “Kata Adjektif Perasaan”. 2. Murid menyatakan pandangan berkaitan tajuk pembelajaran. 3. Tayangan video dan sesi soal jawab. 4. Jangkaan jawapan murid: ● Keliru ● Terkejut ● Gembira 1. Guru memaparkan slaid pembelajaran ‘Kata Adjektif Perasaan’. 2. Guru memaparkan konsep, contoh kata dan ayat adjektif perasaan. 3. Murid dipertontonkan dengan video “Unik ke Makanan Malaysia?”. 4. Murid diminta untuk menyatakan lima atau lebih kata adjektif perasaan yang terdapat dalam video tersebut. 5. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan kata adjektif perasaan yang telah dinyatakan. 6. Guru menyuburkan nilai murni kesungguhan kepada muridmurid. 7. Guru memberikan peneguhan. OPem. 1 BBM: Komputer riba, Projektor LCD, Slaid Pembelajaran ‘Kata Adjektif Perasaan’. TMK: Visual, Slaid. KI: TS7, TS8 PMI: KBAT EMK: TMK Teknik: Koperatif Nilai murni: Kesungguhan
Langkah 2 (15 minit) 1.Permainan “Cerita Berangkai - Makanan Tradisional” 2.Kotak misteri perasaan. 3. Murid berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk melaksanakan aktiviti. 4. Murid menulis ayat di papan putih berdasarkan kata adjektif perasaan yang berjaya dicabut. 1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil. 2.Setiap daripada ahli kumpulan mestilah mencabut satu kata adjektif perasaan daripada kotak misteri perasaan. 3. Murid diminta untuk menulis ayat berdasarkan adjektif perasaan yang dicabut daripada kotak perasaan. 4. Murid pertama setiap kumpulan akan membina satu ayat sebagai permulaan cerita berkaitan makanan tradisional di Malaysia. 5.Ahli kumpulan lain akan menyambung cerita yang telah ditulis oleh murid pertama daripada setiap kumpulan. 6. Guru memberikan mata ganjaran kepada kumpulan dengan cerita paling kreatif dan menarik. 7. Guru menyuburkan nilai murni keberanian diri. 8. Guru memberikan peneguhan. OPem. 2 BBM: Kotak misteri perasaan. TMK: Slaid, Visual. KI: TS3, TS13 PMI: KBAT EMK: Kreativiti Teknik: Perbincangan Nilai: Keberanian diri Langkah 3 (15 minit) 1.Permainan main peranan berkaitan situasi berkaitan makanan tradisional di Malaysia. 2. Contoh watak: i. Penjual kuih ii. Pembeli iii. Anak kepada penjual kuih iv. Rakan kepada pembeli v. Anak kepada pembeli 1. Guru meminta murid untuk kekal berada dalam kumpulan yang sama. 2. Setiap kumpulan akan mencabut undi untuk watakwatak tertentu dalam situasi jual beli berkaitan makanan tradisional di Malaysia. 3. Murid berbincang sesama ahli kumpulan untuk memainkan peranan dalam watak yang telah diberikan untuk menggambarkan kata adjektif perasaan. 4. Setiap kumpulan mempersembahkan main peranan berdasarkan watak yang diberikan. 5. Sementara itu, kumpulan lain perlu menyenaraikan kata adjektif perasaan yang dilakonkan dalam peta buih secara berkumpulan. OPem: 3 BBM: Kad watak, Projektor LCD, Pembesar suara. TMK: Muzik, Latar belakang. KI: ET1, ET5 PMI: Pembelajaran Koperatif EMK: Kreativiti Teknik: Perbincangan Nilai murni: Kegigihan
6. Guru menilai lalu memberikan motivasi dan komen terhadap setiap hasil main peranan murid. 7. Wakil kumpulan menyebut kata adjektif perasaan yang berjaya disenaraikan. 8. Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang terkreatif. 9. Guru mengaplikasi nilai murni kegigihan dengan murid. 10. Guru memberikan peneguhan. Langkah 4 (10 minit) 1. Pengayaan: Latihan Intensif 1. Murid menjawab soalan kuiz wordwall dalam talian. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja pengayaan kepada murid berdasarkan Tahap Pencapaian (TP) murid. 3.Aktiviti Pengayaan: ● Murid dikehendaki untuk menggariskan kata adjektif perasaan yang betul dalam lembaran yang diberikan lalu membuat peta minda. 4.Aktiviti Pemulihan: ● Murid dikehendaki menggariskan kata adjektif perasaan yang terdapat dalam petikan. BBM: Kuiz, Lembaran Kerja TMK: Peta Minda KI: TS3, TS13 PMI: Pembelajaran Berasaskan Penyelesaian Masalah EMK: TMK. Teknik: Peta Minda Nilai: Kegigihan
Penutupan (5 minit) 1. Kognitif Rumusan isi pelajaran: ●Makanan tradisional 2. Sosial Rumusan nilai murni: ● Kegigihan ● Bekerjasama ● Kesungguhan ● Keberanian ● Keyakinan diri 1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini. 2. Murid menyebut perkara yang telah dipelajari murid. 3. Guru merumuskan nilai-nilai murni yang diperoleh murid. 4. Guru menyatakan kriteria pencapaian murid. 5. Murid menyanyikan lagu “Makanan Tradisional di Malaysia”. BBM: Komputer riba, pembesar suara TMK: Lagu Makanan Tradisional di Malaysia Nilai murni: 1) Kegigihan 2) Bekerjasama 3) Kesungguhan 4) Keberanian 5) Keyakinan diri Catatan refleksi: Perasaan: __________________________________________________________________________________ Kekuatan: ____________________________________________________________________________________ Kelemahan: ____________________________________________________________________________________ Cara Atasi: ___________________________________________________________________________________ Bila Aplikasi: ___________________________________________________________________________________ Ulasan Pensyarah Penyelia/Guru Pembimbing: _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________