The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tema: Tumbuhan
Sub Tema: Bunga

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pagnbatupahat, 2021-06-28 23:04:49

Koleksi Aktiviti 1

Tema: Tumbuhan
Sub Tema: Bunga

KANDUNGAN

1. Prakata
2. Mengenal Bahagian Pokok Bunga
3. Bunga Saya
4. Kraf Bunga
5. Bunga dan Nombor
6. Flower Shape Matching
7. Bunga Kuncup dan Kembang
8. Padankan Kelopak Bunga
9. Bunga Untuk Ayah
10.Capan Bunga (Cawan)
11. Potpourri Bunga

PRAKATA

Puji dan syukur ke hadrat Allah, atas segala limpahan
rahmat dan kurniaan-Nya kepada kita semua.
Koleksi Aktiviti ini direka mengikut sub tema
supaya dapat memberi idea dan inspirasi
kepada ibubapa dan pendidik di luar sana.
Selamat berkreatif bersama anak-anak!

Musyrifah Mohd Yusof
Sarjana Pembangunan Manusia
Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Diploma Pendidikan Pemulihan

Noor Faezah Hamidon
Bacelor Sains Pembangunan Manusia
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Nor Shahida Kadiron
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak

Zulmaimah Hajar Md Jhomi
Diploma Sains serta Pendidikan (Pra Sekolah)

MENGENAL BAHAGIAN POKOK BUNGA

Bahan dan alatan : Cawan kertas (dilukiskan garisan jalur yang lurus)
Daun (kertas warna hijau)
Batang (kertas warna coklat)
Kertas A4
Gunting
Gam

Perkembangan : Fizikal (motor kasar dan motor halus)
Bahasa, komunikasi dan literasi awal

Kaedah pelaksanaan:
Kanak-kanak menggunting pada bahagian cawan kertas yang telah dilukiskan garisan
jalur yang lurus.
Kanak-kanak mewarnakan cawan kertas yang telah digunting menjadi bentuk bunga.
Kanak-kanak menampal bunga pada kertas A4.
Kanak-kanak menampal daun dan batang pada kertas A4 yang sama.
Kanak-kanak menyebut bahagian pokok bunga dengan bimbingan.

BUNGA SAYA

Bahan dan alatan : Cawan kertas (digunting menjadi bunga)
Krayon
Lidi
Pita pendua
Gunting

Perkembangan : Fizikal (motor kasar & motor halus)
Kreativiti dan Estetika

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mewarnakan cawan kertas yang telah digunting menjadi bentuk bunga
dengan menggunakan krayon.
Kanak-kanak menampal bunga cawan pada lidi.
Kanak-kanak menampal daun pada lidi.

KRAF BUNGA

Bahan dan alatan : Kertas Warna
Kadbod bentuk bulat
Batang Aiskrim
Gunting
Gam
Pita pendua

Perkembangan : Kreativiti dan Estetika
Fizikal (motor kasar dan motor halus)

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak menggunting kertas warna dengan bimbingan
Kanak-kanak menampal kertas warna pada keliling kadbod bulat dengan
menggunakangam.
Kanak-kanak menampal batang aiskrim dengan menggunakan pita pendua.

BUNGA DAN NOMBOR

Bahan dan alatan : Gambar bunga
Pensel Warna/ Krayon
Piring Kertas
Pen Marker
Gam

Perkembangan : Kreativiti dan Estetika
Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mewarnakan gambar bunga.
Kanak-kanak menampal gambar bunga mengikut nombor pada piring kertas.
Kanak-kanak mengira bilangan bunga dengan bimbingan ibu bapa.

FLOWER SHAPE MATCHING

Bahan dan alatan : Gambar bunga (dilaminate)
Kertas warna bentuk bulat dan segi tiga (dilaminate)

Perkembangan : Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak menyebut bentuk yang dilihatnya dengan bimbingan.
Kanak-kanak mencari dan memadankan bentuk pada gambar bunga

BUNGA KUNCUP DAN KEMBANG

Bahan dan alatan : Gambar bunga
Krayon/ pensel warna
Pinggan/ bekas berisi air

Perkembangan : Kreativiti dan Estetika
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mewarnakan gambar bunga dengan bimbingan.
Kanak-kanak melipat kelopak bunga.
Kanak-kanak meletakkan bunga yang telah dilipat ke dalam pinggan berisi air.
Kanak-kanak melihat proses bunga daripada kuncup menjadi kembang.

PADANKAN KELOPAK BUNGA

Bahan dan alatan : Gambar bunga
Kelopak Bunga (Kertas Warna)
Gam

Perkembangan : Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak menyebut warna pada kelopak bunga.
Kanak-kanak mengira kelopak bunga dengan bimbingan ibu bapa.
Kanak-kanak menampal kelopak bunga pada gambar bunga.

BUNGA UNTUK AYAH

Bahan dan alatan : Kertas Lukisan
Warna Air
Penutup botol

Perkembangan : Kreativiti dan Estetika
Awal Matematik dan Pemikiran Logik

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mengecop penutup botol pada kertas lukisan.
Kanak-kanak melukis batang dan daun pada bungan dengan bimbingan ibu bapa.
Kanak-kanak mengira bilangan bunga dengan bimbingan ibu bapa.

CAPAN BUNGA (CAWAN)

Bahan dan alatan : Kertas Lukisan
Warna air
Cawan /Gelas Plastik
Berus Lukisan

Perkembangan : Kretiviti dan Estetika
Motor kasar dan Motor halus

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mengecop cawan/gelas di atas kertas lukisan.
Kanak-kanak melukis batang bunga dengan menggunakan berus lukisan.
Kanak-kanak mengira bilangan kelopak bunga dengan bimbingan ibu ayah.

POTPURRI BUNGA

Bahan dan alatan : Bunga
Gunting
Bakul/kotak kecil

Perkembangan : Motor kasar dan Motor Halus
Sosio emosi dan Kerohanian

Kaedah pelaksanaan :
Kanak-kanak mengutip bunga di kawasan luar rumah.
Kanak-kanak menggunting bunga dan masukkan ke dalam bakul kecil.
Kanak-kanak meletakkan wangian ke dalam potpourri bunga dengan bimbingan ibu bapa.

PUSAT ANAK
GENIUS NEGARA

BATU PAHAT


Click to View FlipBook Version