PRAKATA
Puji dan syukur ke hadrat Allah, atas segala limpahan
rahmat dan kurniaan-Nya kepada kita semua.
Koleksi Aktiviti ini direka mengikut sub tema
supaya dapat memberi idea dan inspirasi
kepada ibubapa dan pendidik di luar sana.
Selamat berkreatif bersama anak-anak!
Musyrifah Mohd Yusof
Sarjana Pembangunan Manusia
Sarjana Muda Pengurusan Hotel
Diploma Pendidikan Pemulihan
Noor Faezah Hamidon
Bacelor Sains Pembangunan Manusia
DPLI Pendidikan Awal Kanak-kanak
Nor Shahida Kadiron
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak
Zulmaimah Hajar Md Jhomi
Diploma Sains serta Pendidikan (Pra Sekolah)
KANDUNGAN
Drop The Dot (L for Lion)
Bahan dan alatan :
Warna air, lembaran aktiviti (huruf 'L'), penitis, palet
Perkembangan :
Bahasa, komunikasi dan literasi awal
Fizikal
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak diperkenalkan huruf 'L' dan diminta untuk menyebutnya.
2. Kanak-kanak diterangkan tentang huruf 'L' adalah untuk "Lion" dan digalakkan untuk menyebutnya.
3. Kanak-kanak diminta untuk menitiskan wana air pada bulatan yang ada pada huruf 'L'.
Capan Garfu Singa
Bahan dan alatan :
Warna air (merah & kuning), garfu plastik, pelekat bentuk bulat (mata singa), marker pen, kertas A4 (dilukis bentuk
bulat)
Perkembangan :
Kreativiti dan estetika
Awal matematik dan pemikiran logik
Kaedah pelaksanaan :
1.Kanak-kanak diminta untuk mencampurkan warna air merah dan kuning untuk menghasilkan warna oren.
2. Kanak-kanak diminta untuk membuat capan warna air oren menggunakan garfu di sekeliling bentuk bulat pada
kertas A4.
3. Setelah hasil capan kering, kanak-kanak diminta untuk menampal pelekat bulat untuk dijadikan mata singa.
4. Kanak-kanak dibantu untuk melukis hidung dan mulut singa menggunakan marker pen.
Topeng Zirafah
Bahan dan alatan :
Templat topeng kepala zirafah, warna air (kuning & oren), berus lukisan, getah, penebuk lubang
Perkembangan :
Kreativiti dan estetika
Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak mewarnakan topeng kepala zirafah menggunakan warna air kuning dan oren.
2. Kanak-kanak menggunting topeng kepala zirafah dengan bimbingan.
3. Kanak-kanak dibantu untuk menebuk lubang pada topeng dan memasang getah pada kiri dan kanan lubang.
4. Kanak-kanak menyangkutkan getah pada telinga untuk dijadikan sebagai topeng muka.
Bercerita : Haiwan Di Rimba
Bahan dan alatan :
Buku cerita 'Haiwan di Rimba', kostum haiwan liar
Perkembangan :
Deria dan pemahaman dunia persekitaran
Bahasa, komunikasi dan literasi awal
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak memilih kostum haiwan liar yang ingin mereka pakai.
2. Kanak-kanak mendengar cerita yang bertajuk 'Haiwan di Rimba'.
3. Kanak-kanak melakonkan watak sebagai haiwan liar mengikut kostum yang dipakai.
Forest Habitat
Bahan dan alatan :
Gambar lukisan hutan, gambar pelbagai haiwan liar
Perkembangan :
Bahasa, komunikasi dan literasi awal
Deria dan pemahaman dunia persekitaran
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak menyebut gambar haiwan liar dan habitatnya.
2. Kanak-kanak meneliti gambar hutan.
3. Kanak-kanak memilih gambar haiwan satu persatu dan meletakkannya di habitat yang betul pada gambar hutan.
Find The Animals
Bahan dan alatan :
Replika haiwan liar, kad gambar haiwan liar
Perkembangan :
Fizikal
Awal matematik dan pemikiran logik
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak ditunjukkan beberapa kad gambar haiwan liar.
2. Kanak-kanak perlu meneliti satu persatu kad gambar haiwan dan mencari replika haiwan yang sesuai.
3. Kanak-kanak meletakkan replika haiwan di atas kad gambar haiwan yang sepadan.
Find The Shadow
Bahan dan alatan :
Kad gambar haiwan berwarna, kad gambar bayang-bayang haiwan (diwarnakan hitam)
Perkembangan :
Deria dan pemahaman dunia persekitaran
Awal matematik dan pemikiran logik
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak diberikan kad gambar bayang-bayang haiwan.
2. Kanak-kanak perlu mencari kad gambar haiwan (berwarna) untuk dipadankan pada kad gambar bayang-bayang
haiwan.
3. Kanak-kanak diminta untuk menyebut nama haiwan berdasarkan gambarnya.
E for Elephant
Bahan dan alatan :
Lembaran kerja (Huruf 'E'), gambar (telinga, belalai, kaki gajah), pensel warna, gunting, gam
Perkembangan :
Fizikal
Kreativiti dan Estetika
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak mewarnakan huruf 'E' dan gambar bahagian badan gajah.
2. Kanak-kanak menggunting huruf 'E' serta bahagian badan gajah (telinga, belalai dan kaki gajah) dengan bimbingan.
3. Kanak-kanak menampal telinga, belalai dan kaki gajah pada tempat yang telah ditanda 'x' pada huruf 'E'.
Dengar Betul-Betul
Bahan dan alatan :
Lukisan pelbagai gambar haiwan liar, pensel warna
Perkembangan :
Deria dan pemahaman dunia persekitaran
Fizikal
Kaedah pelaksanaan :
1. Kanak-kanak mendengar klu yang diberi berkaitan haiwan liar.
2. Kanak-kanak mewarnakan gambar haiwan liar berdasarkan klu yang diberi.
Contoh : Haiwan ini mempunyai belalai dan telinga yang besar.
Jawapannya: Gajah. Kanak-kanak perlu mewarnakan gambar gajah.
TERIMA KASIH
SEMOGA MEMBERI MANFAAT
KEPADA SEMUA
.