BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
ASPEK TATABAHASA
5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan
kata tugas dengan betul mengikut konteks.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
anak-anak yang cikgu sayangi. Apa
khabar? Cikgu harap anak-anak berada di
rumah dalam keadaan sihat sejahtera.
Tajuk pelajaran pada hari ini ialah Aspek
Tatabahasa: KATA TUGAS.
Pada akhir pdpc hari ini, cikgu
harap anak-anak akan dapat:
i. Menyatakan maksud kata tugas
ii. Menyenaraikan jenis-jenis kata tugas
iii. Menggunakan kata tugas dengan betul
Apakah maksud kata tugas?
Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat,
klausa atau frasa dan mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung,
penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas
lain.
Mari kita pelajari jenis-jenis kata tugas
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS 17 JENIS KATA CONTOH
KATA PENYAMBUNG AYAT TUGAS
1. Kata hubung dan, atau, tetapi, serta, lalu,
malahan, sambil, kemudian,
yang, bahawa, untuk, kerana,
sekiranya, jikalau, agar,
semoga, andai kata, hingga,
meskipun, supaya,
kendatipun, semasa,
sementara, ketika, walaupun,
setelah, tatkala,sungguhpun,
sebab, apabila
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS 17 JENIS KATA CONTOH
KATA PRAKLAUSA TUGAS
2. Kata seru cis, aduh, celaka, wahai,
aduhai, amboi, oh, eh, wah,
syabas
3. Kata tanya mengapa, bila, kenapa,
berapa, bagaimana, siapa
4. Kata perintah jangan, usah, tak usah, sila,
jemput, minta, harap, tolong
5. Kata pembenar ya, benar, betul
6. Kata pangkal ayat maka, hatta, adapun,
kalakian, sebermula,
arakian, alkisah, syahadan
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS 17 JENIS KATA CONTOH
TUGAS
KATA PRAFRASA DAN
KATA PASCAFRASA 7. Kata bantu telah, pernah, akan, sudah,
sedang, mula, baru, masih,
belum, hendak, mahu,
enggan, harus, mesti, patut,
boleh, dapat, mungkin
8. Kata penguat terlalu, paling, makin, agak,
cukup, kurang, sekali, betul,
benar, nian, amat, sangat,
sungguh
9. Kata penegas -kah, -lah, -tah, juga, jua,
pun, sahaja, memang, lagi,
hanya, cuma
10. Kata nafi bukan, tidak
11. Kata pemeri adalah, ialah
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS 17 JENIS CONTOH
KATA TUGAS
di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi,
12. Kata sendi nama demi, tentang, mengenai, seperti, bagai,
umpama, laksana, sejak, terhadap, akan, oleh,
KATA PRAFRASA DAN hingga, antara, untuk, dengan, dalam, sampai,
KATA PASCAFRASA selain
13. Kata arah atas, bawah, antara, tepi, belakang, tengah,
dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, selatan,
14. Kata bilangan samping, timur, barat, hadapan, utara, segi
15. Kata adverba
tiga, berkotak-kotak, banyak, para, semua,
setengah, lima ribu, keempat-empat, seperlima
jarang-jarang, sentiasa, kerap kali, sekali gus,
begitu, agaknya, diam-diam, berhari-hari,
tergesa-gesa, selama-lamanya, kecil-kecilan,
mati-matian, (sakit) kuat, sering (di kedainya),
(terbang) meninggi
EMPAT KELOMPOK KATA TUGAS 17 JENIS KATA CONTOH
KATA PASCAKATA TUGAS
16. Kata penekan sesungguhnya, nampaknya,
sebetulnya, sebaik-baiknya,
seandainya, sekiranya,
bahawasanya
17. Kata pembenda lajunya, pentingnya,
datangnya, perginya,
berdirinya, sakitnya,
turunnya, lantangnya
Terima kasih kepada anak-anak yang
bersama dengan cikgu dalam kelas
Bahasa Melayu pada hari ini. Teruskan
mengulang kaji pelajaran sepanjang
cuti persekolahan sempena Perintah
Kawalan Pergerakan ini.
#Dudukdirumah
#Kitamestimenang