Roti Karya: wys
Di sebuah pekan, tinggal sepasang suami isteri yang bahagia.
Mereka mempunyai seorang anak emas yang bernama Ah Ming.
Mereka tinggal di sebuah rumah yang besar.
Ibu Ah Ming akan menyediakan berbagai-bagai lauk pada setiap hari.
Selain itu, ibu Ah Ming juga akanmenyediakan bekal yang lazat kepada Ah Ming untuk dibawa ke sekolah.
Rakan-rakan Ah Ming suka mengelilinginya sewaktu rehat. “Ming, apa yang kamu makan hari ini?” tanya Ali. “Wah, ada ikan!” Chun Han mencelah.
Rakan-rakan Ah Ming gemar makan bersama-samanya kerana Ah Ming seorang yang pemurah.
“Ming, sedapnya tauhu yang dimasak oleh mak awak!” kata Ramu.
“Terima kasih Ramu, pasti mak saya gembira mendengar pujian kamu. ” jawab Ah Ming.
Pada suatu hari, Ah Ming mengikuti ibu dan ayahnya berkunjung ke bandar.
Pada masa yang sama, hujan melanda pekan yang didiami oleh Ah Ming sekeluarga.
Hujan lebat yang berterusan menyebabkan pekan itu dilanda banjir kilat.
Banyak rumah di pekan itu musnah akibat bencana, termasuklah rumah Ah Ming.
Mereka kehilangan harta benda dan tiada tempat tinggal.
Walaupun sedih, tetapi mereka perlu meneruskan kehidupan. Setelah berbincang, ibu dan ayah Ah Ming membawanya pulang ke kampung.
“Ma, kita belum sampai?” tanyaAh Ming selepas bangun tidur. “Belum lagi, Ming” jawab ibunya.
“Aduh, sakitnya kepalaku!” kata Ah Ming sambil mengelus kepalanya yang sakit kerana terhentak. Dia melihat jalan yang dilalui dari tingkap. Jalan itu dipenuhi dengan batu-bata.
Setelah tiba di kampung, Ah Ming terpegun melihat rumah yang kecil itu.
“Pa, pa. ” ibu Ah Ming memanggil sambil mencari ayahnya. “Eh, kamu dah sampai!” jawab datuk Ah Ming sambilmenoleh ke arah mereka.
“Ming, kamu tinggal di sini buat sementara waktu, dengar cakapah ye. ” pesan ibu Ah Ming.
Sejak hari itu, Ah Ming tinggal di rumah datuknya.
Ah Ming suka akan rumah datuknya. Di situ ada padang hijau yang luas. Ah Ming suka bermain bola dengan kawankawan baharunya di situ.
Tasik yang cantik juga terdapat di situ. Datuk Ah Ming selalu membawanya ke situ untuk memancing.
Tapi, masakan datuk tidak sedap. Semuanya direbus.
Bekal Ah Ming pun berubah menjadi roti.
Hari ini ialah roti yang disapu jem coklat.
Esok ialah roti dengan jem strawberi.
Lusa pula roti dengan jem kacang. “Eh, roti hari ni lain!” bisik Ah Ming dalam hatinya.
“Ah ye, sedap roti hari ini. ” kata Ah Ming kepada datuknya. Selepas Ah Ming balik dari sekolah, datuk Ah Ming sudah sibuk menyediakan makan malam mereka di dapur.
Pada keesokan harinya, rak dapur disusun dengan beberapa botol jem kacang yang berlainan jenama.
Roti yang disapu jem kacang menjadi bekal tetap Ah Ming.
Lama-kelamaan, roti dengan jem kacang tidak lagi sedap.
Ah Ming termenung melihat bekalnya sewaktu rehat.
“Ming, saya dengar mi sup yang baru dijual oleh mak cik kantin itu sedap, jom kita cuba. ” ajak Dinesh.
Ah Ming pun beratur dengan Dinesh untuk membeli.
Selepas makan semangkuk mi itu, Ah Ming sudah kenyang. Dia takut dimarah oleh datuknya. Oleh itu, dia membuang rotinya ke dalam tong sampah.
Semenjak hari itu, Ah Ming akan membuang rotinya ke dalam tong sampah setelah makan makanan yang dibeli di kantin.
Pada suatu malam, Ah Ming tidur dengan nyenyak di atas katilnya.
Tiba-tiba, dia berasa badannya sedang mencuba sedaya upaya untuk berlari.
Perasaan hairan mendorong Ah Ming untukmenoleh kepalanya ke belakang. Dia terkejut apabila ternampak makhluk yang berupa roti sedang mengejarnya.
“Argh! Argh! Argh!”jerit Ah Ming dengan kuat kerana takut.
“Argh!” Ah Ming terbangun dari kejutan lalu menangis. “Kenapa kamu menangis, Ming?” tanya datuknya. “Ah ye, ada roti besar mengejar saya tadi. ” jawab Ah Ming sambil menangis teresak-esak.
“Maafkan saya ah ye, saya tak patut buang roti itu ke dalam tong sampah walaupun saya tidak suka makannya lagi. ” sambung Ah Ming.
“Rupanya pasal roti, salah ah ye juga, ahye tidak mahir memasak sebenarnya, tidak sedar lagi yang kamu akan jemu makan roti yang sama. Ah ye tahu kamu anak yang baik, lain kali beritahu terus dengan ah ye, ah ye tidak akan salahkan kamu, jangan kita membazir, tak baik, Ming.” datuk Ah Ming memujuknya.
“Eh, kamu tidak membeli hari ini, Ming?” tanya Dinesh dengan hairan. Semasa waktu rehat, Ah Ming tidak pergi ke kantin.
“Tidak, saya makan bekal yang disediakan oleh datuk saya. ” jawab Ah Ming dengan senyuman.
Bekal Ah Ming hari ini ialah sandwic!
Pada hari itu, Ah Ming pulang ke rumah dengan sangat gembira.
“Sedap bekal hari ni, Ming?” tanya datuk Ah Ming. “Sedap, ah ye! Tapi... saya nak makan roti yang lain lagi esok. ” jawab Ah Ming. “Tiada masalah, Ming. ” jawab datuknya.