The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku yang ditulis oleh Jubin Bin Kamudi dari Unit Desanet Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis: Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan Korporat' hasil karya N. A. Salleh.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Sandakan, 2023-06-25 07:57:37

Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis: Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan Korporat

Ulasan buku yang ditulis oleh Jubin Bin Kamudi dari Unit Desanet Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis: Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan Korporat' hasil karya N. A. Salleh.

Keywords: Book review, Ulasan buku, Sandakan Regional Library, Perpustakaan Wilayah Sandakan, Sandakan Branch Library, Perpustakaan Cawangan Sandakan, Sabah State Library, Perpustakaan Negeri Sabah,Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis: Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan Korporat,N. A. Salleh

ULASAN BUKU Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis: Untuk Majlis Rasmi Badan Kerajaan dan Korporat. N. A. Salleh. Kajang, Selangor: Al Falah, 2008. 248 Muka Surat. Penulis merupakan seorang graduan Bachelor Pendidikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (PBMP) Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis amat berpengalaman menjadi pengacara pelbagai majlis. Beliau pernah mengikuti Kursus Asas Pengacara dan Pengurusan Majlis dan Protokol. Semua pengalaman ini memberi beliau keyakinan untuk menulis buku ini. Menurut penulis, sebenarnya tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Oleh itu, sekiranya kita dipilih mejadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting. Pada saya buku ini terbahagi kepada 6 bahagian utama. Bahagian 1 memperkenalkan kepada kita tugas pengacara majlis dan kepentingannya dalam mengedalikan majlis. Dalam bahagian ini juga pembaca diberikan tip-tip untuk menjadi seorang “Star Emcee”.


Bahagian 2 pembaca diberikan teknik penulisan teks pengacaraa majlis, pantun dan bahasa berirama. Contoh pantun dan bahasa berirama mengikut acara atau situasi untuk dijadikan panduan. Bahagian 3 pula, merupakan bahagian yang menyentuh aspek kesalahan bahasa yang boleh dijadikan panduan dalam menulis skirp pengacaraan. Biasanya kita melakukan kesalahan bahasa ini semasa bercakap dan menulis. Bahagian 4, bahagian yang meberikan panduan kepada kita untuk panggilan hormat dan pantang larang dalam mengendalikan majlis. Panggilan ini mestilah bersesuaian dengan pangkat dan anugerah yang diterima oleh seseorang itu, sama ada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berusaha dan sebagainya. Pantang larang pula bila kita diminta menjadi pengacara majlis oleh pihak istana, maka kita dilarang mengenakan pakaian yang berwarna kuning. Dalam Bahagian 5, kita dihidangkan cara memulakan dan mengakhiri majlis. Contoh-contoh cara memulakan dan mengakhiri majlis kita boleh dapati dalam buku ini.


Akhir sekali, Bahagian 6 memuatkan aneka contoh teks pengacaraan majlis yang boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis. Buku ini sangat bermanfaat untuk saya meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang pengacaraan majlis. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Cawangan Sandakan atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Diulas oleh, Jubin Bin Kamudi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan


Click to View FlipBook Version