ULASAN BUKU Isu-Isu Alam Sekitar Dekad 90-An. Khor Kok Peng. Pulau Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, 1998. 97 Muka Surat. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan pelajar menengah dan universiti yang mengambil subjek alam sekitar atau yang ingin meluaskan skop pengetahuan tentang subjek-subjek yang berkait rapat dengan survival hidup kita di planet Bumi, juga kepada pembaca biasa yang ingin mengetahui isu-isu alam sekitar yang hangat di perdebatkan, terutamanya dalam forum-forum antarabangsa. Fenomena El Niño dan La Niña telah diberikan liputan meluas oleh media pada akhir dekat 90-an ini,seolah-olah kedua-dua fenomena itulah yang paling banyak menimbulkan bencana di dunia. 15 buah artikel yang terdapat dalam buku ini memperkatakan pelbagai isu alam sekitar yang menjadi tumpuan dan perdebatan umum sekitar dekat 90-an. Kesan buruk daripada kedua-dua fenomena tersebut seperti cuaca panas yang melampau, hujan lebat yang berterusan, banjir besar, hakisan tanah dan sebagainya. Tetapi berbeza dengan kedua-dua fenomena semula jadi tersebut yang hanya berlaku pada sesuatu tempoh sahaja, pencemaran, kerosakan dan
bencana alam sekitar yang dilakukan oleh menusia terjadi setiap hari. Selain membincangkan isu alam sekitar, beberapa bab dalam buku ini juga turut menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi pertanian moden dan kejuruteraan genetik, krisis air, perlombongan, kemunculan penyakit-penyakit baru dan isu-isu yang berkaitan dengan pengklonan haiwan yang boleh memberikan kesan buruk kepada kewujudan kita di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Cawangan Sandakan atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Diulas oleh, Charles @ Sarlos bin Tawag Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan