The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku yang ditulis oleh Sharifah Binti Arif dari Seksyen Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian' hasil karya Suprio Guntoro.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Sandakan, 2023-06-25 08:29:33

Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian

Ulasan buku yang ditulis oleh Sharifah Binti Arif dari Seksyen Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian' hasil karya Suprio Guntoro.

Keywords: Book review, Ulasan buku, Sandakan Regional Library, Perpustakaan Wilayah Sandakan, Sandakan Branch Library, Perpustakaan Cawangan Sandakan, Sabah State Library, Perpustakaan Negeri Sabah,Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian,Suprio Guntoro,Synergy Media

ULASAN BUKU Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian. Suprio Guntoro. Kuala Lumpur: Synergy Media. 72 Muka Surat. Seperti yang kita sedia maklum populasi ternakan setiap tahun terus bertambah seiring dengan meningkatnya permintaan produk-produk hasil daripada haiwan ternakan. Tidak dapat disangkal lagi makanan sering menjadi faktor penghalang dalam mengembangkan usaha penternakan di sebabkan kos semakin meningkat. Oleh yang demikian, penternak harus lebih kreatif dalam memanfaatkan sumber yang ada untuk menjimatkan kos. Apakah sumber itu? Sisa pertanian merupakan sumber makanan ternakan pada masa hadapan. Sisa dari tanaman pertanian yang selama ini hanya dibuang berpotensi sebagai makanan ternakan, seperti kulit buah koko, isi buah kopi, gajus dan lumpur sawit. Penelitian menunjukkan bahawa, melalui sentuhan teknologi maju, sisasisa tersebut dapat ditingkatkan nilai nutrisi dan nilai cernanya. Buku ‘Makanan Ternakan dari Sisa Pertanian’ ini memuatkan teknologi dan inovasi baru berhubung dengan manfaat sisa pertanian sebagai sumber makanan tambahan kepada penternak-penternak di luar sana. Data dan maklumat dalam buku ini bukan sahaja bersifat ilmiah tetapi juga applicable kerana ia berdasarkan hasil penilitian dan kajian. Pelbagai inovasi yang


dikemukan telah diuji dalam keberhasilan penemuan sumber makanan masa hadapan. Khususnya kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang penternakan disarankan membaca buku ini sebagai panduan dan buku ini boleh didapati di seluruh cawangan Perpustakaan Negeri Sabah. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Cawangan Sandakan atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Diulas oleh, Sharifah Binti Arif Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan


Click to View FlipBook Version