The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan buku yang ditulis oleh Salina Binti Titi dari Seksyen Perkhidmatan Pembaca Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Andropaus: Kenyataan dan Harapan' hasil karya Nik Hazlina Nik Hussain dan Shaiful Bahari Ismail.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Sandakan, 2023-06-25 10:32:12

Andropaus: Kenyataan dan Harapan

Ulasan buku yang ditulis oleh Salina Binti Titi dari Seksyen Perkhidmatan Pembaca Perpustakaan Cawangan Sandakan untuk buku yang bertajuk 'Andropaus: Kenyataan dan Harapan' hasil karya Nik Hazlina Nik Hussain dan Shaiful Bahari Ismail.

Keywords: Book review, Ulasan buku, Sandakan Regional Library, Perpustakaan Wilayah Sandakan, Sandakan Branch Library, Perpustakaan Cawangan Sandakan, Sabah State Library, Perpustakaan Negeri Sabah,Andropaus: Kenyataan dan Harapan,Nik Hazlina Nik Hussain,Shaiful Bahari Ismail

ULASAN BUKU Andropaus: Kenyataan dan Harapan. Nik Hazlina Nik Hussain & Shaiful Bahari Ismail. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2013. 134 Muka Surat. Wanita yang berumur 40-an sering dikaitkan dengan isu menopaus, iaitu penamat era kesuburan. Jangan terperanjat lelaki juga boleh mengalaminya dan lebih sadis lagi ia berlaku lebih awal berbanding dengan wanita. Peningkatan tahap kesihatan di negara ini, selain perubahan gaya hidup, membolehkan penduduknya menikmati hidup yang lebih berkualiti. Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2012 mendapati jangka hayat penduduk pun meningkat iaitu jangka hayat wanita Malaysia ialah 77.1 tahun, manakala kaum lelaki ialah 72 tahun. Bagi wanita, menopaus berlaku akibat kekurangan aras hormon estrogen. Bagi lelaki ianya dipanggil andropaus yang terjadi akibat kemorosotan hormon seks lelaki iaitu testosteron. Aras hormon testosteron lelaki berada pada tahap kemuncak ketika linkungan usia 30-an dan mengalami kemorosotan kira-kira 10 peratus bagi setiap dekad. Kemorosotan itu semakin ketara apabila seorang lelaki mencecah usia 40 tahun. Kesan penurunan ini akan menjejaskan


kesihatan dan kesejahteraan hidup lelaki kerana testosteron merupakan ‘hormon utama’ dan fungsinya mempunyai kesan ke atas seluruh badan. Mungkin kaum lelaki tidak mempercayai bahawa mereka sebenarnya mengalami fasa kemorosotan atau kedinginan seksual dan fakta ini bukanlah suatu khayalan tetapi kenyataan kehidupan yang nyata serta harus diterima dengan rela hati. Buku ‘Andropaus: Kenyataan dan Harapan’ ini ditulis khas untuk semua golongan lelaki Malaysia tidak mengira usia, status, agama dan bangsa dengan harapan agar mereka dapat memahami semua aspek tentang kesihatan yang menjurus pada kemorosotan hormon ini. Secara tidak langsung mereka dapat melengkapkan diri mengambil langkah proaktif demi meningkatkan taraf kesihatan dan menangani masalah andropaus dengan lebih berhemah. Semoga buku ini mampu menyinari kehidupan semua lelaki yang bergelar suami agar kualiti hubungan kelamin mampu dijalin dengan lebih harmoni, aman dan bahagia.


Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Cawangan Sandakan atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Diulas oleh, Salina Binti Titi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan


Click to View FlipBook Version