E-PORTFOLIO PSVK3453 AALLVVIIAANNAALLIISSSSAA LLOOTTHHII
Biodata Diri Nama: Alvianalissa Lothi Nombor Angka Giliran: 2021012340089 Program/Unit: PISMP Bahasa Melayu Nama Kursus: PSVK3453 Asas Kraf Tradisional Nama Pensyarah: Tuan Thadius Gugau Tarikh Hantar: 19 Oktober 2023 Nama: Alvianalissa Lothi Nombor Angka Giliran: 2021012340089 Program/Unit: PISMP Bahasa Melayu Nama Kursus: PSVK3453 Asas Kraf Tradisional Nama Pensyarah: Tuan Thadius Gugau Tarikh Hantar: 19 Oktober 2023
Pertama sekali, saya amat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa atas izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan PSVK3453 Asas Kraf Tradisional dengan jayanya. Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kursus iaitu Tuan Thadius Gugau kerana telah banyak membimbing saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan portfolio ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang sudi berkongsi maklumat dan informasi yang berguna berkaitan tugasan melalui perbincangan bersama. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam proses penghasilan Portfolio PSVK3453. Saya amat menghargai segala pertolongan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada saya bagi menyiapkan tugasan dan berharap agar tugasan ini menepati kriteriakriteria yang telah ditetapkan. PENGHARGAAN Thadius Gugau (Pensyarah PSVK3453) Thadius Gugau (Pensyarah PSVK3453)
PENGENALAN KURSUS PSVK3453 Kursus ini berfokus kepada memahami konsep mengenal Asas Kraf Tradisional dan dimensi baharu. Umumnya, bidang mengenal kraf tradisional memberi kesedaran tentang jenisjenis kraf tradisional yang terdapat dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik penghasilan, alat dan bahan, motif, corak serta hiasan. KONSEP MENGENAL KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional ialah perusahaan atau hasil kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan kreatif oleh masyarakat dan diwarisi secara turun-temurun. Jenis kraf tradisional terdiri daripada alat domestik, permainan, pertahanan diri, perhiasan diri, batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar.
LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL R BELAKANG KRAF TRADISIONAL “Kraf“ merujuk kepada barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dihasilkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan. “Tradisional“ merujuk kepada tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kraf tradisional merupakan aktiviti yang memerlukan kemahiran tangan yang diwarisi secara turuntemurun dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, anyaman dan sebagainya. Merupakan warisan bangsa dan pusaka peninggalan nenek moyang pada suatu masa dahulu serta dihasilkan mengikut reka bentuk, hiasan dan fungsi tertentu.
Tudung saji Cerek tembaga Alatan Domestik Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta untuk memudahkan urusan harian masyarakat tradisional terdahulu yang diwarisi turuntemurun. Tepak sirih Nyiru Batu kisar Mempunyai nilai estetika yang tinggi dan kini dijadikan sebagai barang hiasan. Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti kayu, mengkuang, lidi, rotan, perak, tembaga atau logam lain.
Pisau - Untuk memotong daun mengkuang Gunting - Untuk memotong dan membentuk tudung saji Tali rafia atau benang - Untuk mengikat dan menyatukan bahagian tudung saji Daun mengkuang - Untuk membuat tudung saji Air - Untuk merendam dan melembutkan daun mengkuang Cat warna - Untuk mewarnakan tudung saji ALAT & BAHAN MENGHASILKAN TUDUNG SAJI MENGKUANG 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tudung saji merupakan penutup makanan yang dianyam daripada daun mengkuang, daun pandan, rotan, buluh atau diperbuat daripada plastik. Berfungsi untuk melindungi makanan daripada lalat. TUDUNG SAJI
PROSES MENGHASILKAN TUDUNG SAJI MENGKUANG 1) Pilih daun mengkuang yang segar dan bersih. 2) Buang duri daun mengkuang. 3) Asingkan daun mengkuang mengikut saiz. 4) Ikat daun mengkuang dan rebus selama 30 minit. 5) Rendamkan daun mengkuang selama dua malam. Setelah itu, jemurkan mengkuang sehingga kering. 6) Mula menganyam mengkuang mengikut saiz yang dikehendaki. 7) Letakkan bingkai pada tudung saji. 8) Tudung saji dicat dan dicorakkan mengikut kreativiti dan telah siap dihasilkan.
Gasing Sepak raga Congkak Wau Batu seremban Permainan Tradisional Alat permainan tradisional turut dikenali sebagai permainan rakyat yang menjadi amalan generasi terdahulu untuk mengisi masa lapang. Merupakan warisan budaya masyarakat Melayu yang tidak ternilai harganya. Sumber hiburan masyarakat terdahulu kerana media elektronik belum wujud.
Pisau atau gergaji - Untuk memotong dan membentuk buluh Perekat kayu - Untuk menyambung bahagianbahagian rangka buluh Kain kertas - Untuk membentangkan kertas pada rangka wau bulan Kertas tisu - Untuk menghiasi dan melukis corak wau bulan Cat, pensil warna, atau penanda - Untuk melukis dan menghiasi wau bulan Tali - Untuk mengikat benang wau bulan ke rangka Benang wau - Untuk menghiasi wau bulan Pembaris - Untuk mengukur dan memotong kertas tisu dengan betul Gunting - Untuk memotong kertas dan benang wau Buluh- Untuk membuat rangka wau bulan ALAT & BAHAN MENGHASILKAN WAU BULAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Wau ialah layang-layang yang diperbuat daripada kertas dan buluh. Bermula sebagai permainan mengisi waktu lapang petani selepas lelah menuai padi dan kini telah diangkat serta diperkenalkan di mata dunia dengan penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa. WAU
PROSES MENGHASILKAN WAU BULAN 1) Proses memilih buluh. 2) Meraut buluh. 3) Membuat rangka. 4) Membuat dan menampal corak. 5) Memasang tali teraju. 6) Wau bulan telah siap dihasilkan.
Lawi ayam Tombak Keris Perisai Golok Alatan Pertahanan Diri Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Digunakan sebagai senjata memburu pada zaman dahulu. Turut digunakan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan Melayu.
Alat pemotong logam - Seperti gergaji logam, palu, dan alat pengasah untuk membentuk bilah keris. Alat pemahat - Untuk mengukir dan menghias mata keris, hilt, dan sarung. Alat perekat - Digunakan untuk menyambung bahagian-bahagian keris. Alat pemahat pamor - Untuk membuat corak pamor pada mata keris. Alat ukir dan penggiling besi - Digunakan untuk menghias hilt dan bilah dengan corak dan bentuk yang sesuai. Bilah logam - Bahan utama untuk mata keris. Bahan pamor - Campuran pelbagai logam yang digunakan untuk membentuk corak pamor pada mata keris. Kulit kayu - Untuk membuat sarung keris. ALAT & BAHAN MENGHASILKAN KERIS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua. Digunakan untuk mempertahankan diri misalnya sewaktu bersilat, dan mula digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Merupakan senjata unik yang mempunyai kepentingan budaya, sering dianggap sebagai lambang kekuatan, kehormatan, dan warisan sejarah Melayu. Mempunyai bilah yang nipis dan melengkung dengan hujung yang tajam. Disimpan di dalam sarung yang dihiasi dengan hiasan emas atau perak. KERIS
1) Proses memilih besi. 2) Mencantum dan mencampurkan besi. 3) Mengetuk dan membentuk besi. PROSES MENGHASILKAN KERIS PROSES MENGHASILKAN KERIS 4) Melurah dan menyiapkan bilah keris. 5) Membuat sarung serta hulu. 6) Keris telah siap dihasilkan.
Dokoh Cucuk sanggul Alat perhiasan diri merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak kira lelaki mahupun wanita, dan biasanya digunakan ketika menghadiri majlis-majlis istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Menjadi lambang keunikan masyarakat Melayu hingga kini. Biasanya diperbuat daripada emas, perak dan tembaga sementara motif dan corak yang digunakan berunsurkan flora dan fauna. Anting-anting Pending Gelang kaki Alat Perhiasan Diri
ALAT & BAHAN MENGHASILKAN DOKOH 1. Alat pemotong logam - Seperti gergaji logam atau gergaji berlian untuk memotong besi. 2. Alat pemahat logam - Untuk membentuk dan mengukir badan dokoh besi. 3. Alat pengikir - Digunakan untuk meratakan dan membentuk permukaan besi. 4. Alat pengukir - Untuk mengukir hiasan dan motif pada dokoh besi. 5. Besi berkualiti tinggi - Bahan utama untuk membuat badan dokoh besi. 6. Benang atau tali - Untuk menyambung bahagian- bahagian dokoh. 7. Cat atau bahan pelapis - Untuk melindungi dokoh besi daripada karat dan memberikan warna atau lapisan pelindung. 8. Perekat logam - Digunakan untuk menyambung bahagian-bahagian dokoh atau untuk mengekalkan bentuknya. Dokoh Melayu adalah sejenis kalung tradisional yang merupakan antara unsur penting dalam pakaian tradisional Melayu. Ia merujuk kepada hiasan berbentuk bulan sabit pada kalung. Digunakan untuk menghiasi dan menambah keanggunan pakaian tradisional, iaitu memberikan kesan yang lebih kemas dan elegan. Digunakan dalam acara-acara istimewa seperti perkahwinan, upacara keagamaan, atau majlis rasmi. DOKOH
PROSES MENGHASILKAN DOKOH BESI 1) Pilih besi berkualiti tinggi sebagai bahan utama. 2) Potong besi menjadi bentuk dan ukuran yang sesuai untuk badan dokoh. 3) Membentuk badan dokoh mengikut corak dan reka bentuk yang diingini. Dokoh besi sering dihiasi dengan pengukiran dan hiasan, seperti motif flora, fauna, atau corak geometri. 4) Haluskan permukaan dokoh dengan teliti menggunakan alat pengikir untuk kesan yang licin dan berkilat. 5) Dokoh besi boleh dicelup atau diberi lapisan dengan bahan yang sesuai untuk melindunginya daripada karat atau untuk mewarnakannya. 6) Dokoh telah siap dihasilkan. PROSES MENGHASILKAN KERIS PROSES MENGHASILKAN DOKOH BESI
Batik celup Batik terap Batik canting Batik Batik ialah sejenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Perkataan batik berasal daripada perkataan Jawa yang bermaksud menulis titik-titik. Diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke-15 dan batik kini popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Batik biasanya digunakan dalam pelbagai upacara, tradisi dan perayaan. Di Malaysia, batik dijadikan pakaian rasmi tertentu terutamanya kepada pihak yang berkhidmat di agensi kerajaan. Motif batik biasanya berunsurkan flora, fauna, geometri, benda dan abstrak.
Canting Lilin batik - Melukis corak pada kain batik. Ia perlu dicairkan sebelum digunakan. Kuas batik - Digunakan untuk menghasilkan kesan lukisan corak yang lebih halus dan terperinci. Lilin Pewarna batik Kain ALAT & BAHAN MENGHASILKAN BATIK CANTING 1. 2. 3. 4. 5. 6. Batik canting ialah corak pada kain batik yang dilukis dengan tangan secara manual dan bebas serta melibatkan penggunaan lilin panas. Merupakan sebahagian daripada pakaian tradisional Melayu, seperti baju kurung, baju kebaya, atau songket. Digunakan dalam acara kebudayaan, festival dan sebagainya untuk mewakili identiti budaya masyarakat Melayu. BATIK CANTING
1) Regangkan kain putih yang dijadikan kain dasar. 2) Lukiskan corak batik menggunakan pensel berdasarkan motif flora, fauna, geometri, organik dan sebagainya. 3) Mula mencanting campuran lilin cair ke atas permukaan kain dasar menggunakan alat canting. PROSES MENGHASILKAN KERIS PROSES MENGHASILKAN BATIK CANTING 5) Mematikan warna menggunakan sodium silikat agar warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut ke dalam air selama empat jam. Setelah itu, basuh dan rebus kain dengan air yang dicampur dengan soda ash untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain. Kemudian, basuh dan bilas kain sekali lagi. 6) Jemurkan kain batik sehingga kering dan batik canting telah siap dihasilkan. 4) Warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. Antara teknik-teknik mewarna batik ialah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush) dan sebagainya.
Tekat gubah Tekat timbul benang emas Tekat perada Tekat Tekat merupakan seni tekstil warisan Melayu yang agung. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain jenis baldu yang memerlukan pemidang untuk merenggangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan dan berkhatam Al-Quran. Dalam kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Bermotifkan flora, fauna, geometri dan awan larat
Pemidang kayu - Untuk meregang kain dasar Cuban - Untuk melilit dan menggulung benang emas Jarum Gunting Benang emas - Untuk membuat sulaman dan tekat Benang ijuk - Dililit rapi dengan benang emas untuk dijadikan sebagai garisan luar corak tekat Benang putih - Untuk menjahit atau mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur Kain lapik Manik dan labuci - aksesori untuk menghiasi ruangan kosong Kain dasar - Jenis baldu Mempulur - Sebagai bentuk atau struktur utama tekat ALAT & BAHAN MENGHASILKAN TEKAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tekat timbul benang emas menggunakan motif dan corak daripada mempulur sebagai tulang untuk membentuk corak motif. Mempulur merupakan kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. TEKAT TIMBUL BENANG EMAS TEKAT TIMBUL BENANG EMAS
PROSES MENGHASILKAN TEKAT BENANG EMAS 1) Membentuk mempulur. 2) Persiapan pemidang dengan meregangkan kain putih di atas pemidang kayu, diikuti dengan kain baldu. Kedua-dua kain dijahit agar baldu menjadi tegang. 3) Proses menyulam dimulakan dengan meletakkan mempulur di atas kain baldu. Benang emas yang dililit pada cuban diletakkan merentasi mempulur, diikuti dengan ikatan dan jahitan benang putih yang melalui bahagian bawah mempulur dan benang emas. Proses diulang sehingga seluruh mempulur ditutupi benang emas. PROSES MENGHASILKAN KERIS PROSES MENGHASILKAN TEKAT BENANG EMAS
Ukiran larik Tebuk timbul Tebuk tembus Ukiran Ukiran adalah seni tradisi Melayu yang dihasilkan dengan mengukir atau menggores kayu mengikut reka corak tertentu. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu dilihat pada binaan rumah tradisional di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Memerlukan kemahiran dalam memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran, kemudian mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. Bermotifkan flora, fauna, angkasa atau kosmos, geometri dan kaligrafi.
Pahat - Menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tidak diperlukan Ketam kayu - Melicin dan meratakan permukaan kayu Cetar - Membentuk asas kayu secara kasar Tukul kayu - Mengetuk pahat dalam proses mengukir Gergaji kecil - Memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan Kikir pari - Meratakan corak yang dilukis Kertas pasir - Melicinkan permukaan corak yang telah diukir Gergaji berhalang - Memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran Pisau wali - Mengukir corak yang dikehendaki Mesin gerudi - Menebuk lubang Sesiku - Mendapatkan ketepatan sudut Kayu cengal, sena, merbau atau jelutong Syelek atau pewarna kayu lain Gam kayu ALAT & BAHAN MENGHASILKAN UKIRAN TEBUK TIMBUL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Teknik ukiran yang dibuat pada papan atau bongkah kayu, dengan menebuk sebahagian daripada permukaan bongkah. Lebih menekankan nilai seni hiasan dan estetika berbanding kegunaan. Contohnya, ukiran ini membentuk hiasan pada perahu. UKIRAN TEBUK TIMBUL BERSILAT UKIRAN TEBUK TIMBUL BERSILAT Kukuran Jantan Motif: Bunga Bakawali dan naga Corak: Awan Larat Fungsi: Memarut isi kelapa
PROSEPSRMOSENESGMHAENSIGLKUAKNIRKERIS PROSES MENGUKIR Melukis corak pada kertas Menekap corak pada kayu Memahat Melurut dan mengukir dengan pisau wali Melicin Mengilat dengan syelek
Tenunan Rungus Tenunan benang kapas Tenunan songket Tenunan Tenunan adalah proses sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng dengan benang pakan untuk dijadikan sehelai kain. Perusahaan tenunan kebanyakannya terletak di negeri Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang. Biasanya digunakan di upacara adat istiadat dan keagamaan serta dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi. Antara corak tenunan yang biasa digunakan ialah susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan susunan bercorak. Motif tenunan pula merangkumi flora, fauna dan alam benda.
Kek Anak geliging Lidi Belira Torak, cuban dan pelenting Pasong dan papan gulung Benang loseng Benang pakan Bahan pewarna ALAT & BAHAN MENGHASILKAN SONGKET 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Songket ialah sejenis tenunan yang menggunakan benang emas atau perak. Songket dahulunya hanya dipakai oleh golongan bangsawan seperti kerabat diraja dan kini digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai pakaian pengantin, pakaian penari tradisional, pakaian semasa menghadiri majlis rasmi, dan hiasan pada jubah konvokesyen universiti tempatan. Corak dan motif songket memaparkan ciri- ciri unik identiti orang Melayu iaitu susunan bunga penuh, bunga tabur dan bercorak manakala motif yang digunakan adalah seperti flora, fauna dan alam benda. TENUNAN SONGKET TENUNAN SONGKET Contoh motif flora & fauna:
PROSEPSROMSENGHASILKAN DOKOH BESI PROSES MENGHASILKAN KERIS 1) Melerai benang menggunakan rahak dan pelenting. Benang berwarna akan dimasukkan ke dalam rahak dan diputar pada pelenting. 2) Proses menganing - Menyusun benang loseng dalam pemidang bagi mendapatkan ukuran panjang benang. 3) Benang kemudian dipindahkan ke papan gulung. Benang yang telah siap digulung akan digantung pada papan pasong. 4) Proses menyapuk - Benang loseng dimasukkan dalam gigi jentera, kemudian pembentukan dua lapisan benang loseng. 5) Lidi disusun pada benang berasaskan corak tertentu. 6) Proses menenun dilakukan dengan menjalin benang secara berselang seli antara benang loseng dengan benang pakan menggunakan kek. PROSES MENENUN
Anyaman gadas Anyaman sulam Anyaman kelarai Anyaman Anyaman ialah proses menjalin atau menjaring helaian buluh, rotan, lidi, mengkuang, pandan dan sebagainya. Seni anyaman Melayu boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu iaitu dinding rumah yang dianyam dengan buluh, rumah beratapkan daun nipah dan sebagainya. Bentuk anyaman dibuat berdasarkan fungsinya dalam kehidupan harian. Misalnya, anyaman bakul dan topi digunakan oleh masyarakat petani dan nelayan.
Kayu lidi Gunting / Cutter Glue stick Berus cat Cat syelek Surat khabar ALAT & BAHAN ANYAMAN BAKUL SURAT KHABAR 1. 2. 3. 4. 5. 6. Anyaman bakul kertas surat khabar merupakan sejenis kraf dimensi baharu iaitu anyaman terdahulu telah diperbaharui dari segi penggunaan bahan, teknik, fungsi dan nilainya. Bahan untuk membuat anyaman telah dipelbagaikan seperti kertas, surat khabar dan sebagainya serta proses pembuatannya tidak sesukar anyaman tradisional dahulu. Bakul surat khabar yang dihasilkan boleh dijadikan hiasan dalaman rumah, bekas tisu, bekas surat mahupun bekas cincin untuk hantaran. ANYAMAN BAKUL SURAT KHABAR ANYAMAN BAKUL SURAT KHABAR
PROSEPSROMSENGHASILKAN DOKOH BESI PROSES MENGHASILKAN KERIS PROSES MENGANYAM BAKUL SURAT KHABAR 1) Sediakan alat dan bahan yang diperlukan. 2) Lipat surat khabar kepada 4 bahagian secara melintang dan potong surat khabar mengikut garis lipatan. 3) Gulung surat khabar menggunakan lidi. 4) Gamkan hujung surat khabar yang telah digulung dan keluarkan lidi dari gulungan tersebut. 5) Surat khabar telah siap digulung. 6) Membuat tapak bakul anyaman. 7) Teruskan menganyam mengikut saiz yang bersesuaian. 8) Menganyam bahagian tepi bakul.
9) Sapukan syelek pada bakul yang telah siap dianyam. 10) Bakul yang telah siap disyelek kemudian dibiarkan sehingga kering. 11) Anyaman bakul daripada surat khabar telah siap dihasilkan.
Tembikar mambong Pasu Sarawak Labu sayong Tembikar ialah kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk dengan suhu sekitar 1000 darjah celsius mengikut jenis tembikar yang ingin dihasilkan. Digunakan untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, makanan, bekas memasak dan sebagainya. Tembikar Tempayan Geluk
Penepek - Untuk memampat tanah dan labu yang masih basah agar menjadi bentuk yang dikehendaki Sudip - Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah Pengukir - Mempunyai ukiran motif pada kedua-dua bahagian hujungnya untuk menerap hiasan pada labu Batu luru - Untuk melicinkan permukaan labu Pinggan ayan / piring capah - Berfungsi sebagai roda pemutar Tanah liat ALAT & BAHAN MENGHASILKAN LABU SAYONG 1. 2. 3. 4. 5. 6. Labu sayong ialah sejenis labu tembikar berbentuk labu air berwarna hitam dari Mukim Sayong. Berfungsi sebagai bekas menyimpan air yang boleh mengekalkan air yang sejuk dan memperlahankan pengaliran haba. LABU SAYONG
PROSES MENGHASILKAN KERIS 1) Menyediakan tanah liat yang telah ditapis bagi mengasingkan kotoran. 2) Membentuk tanah liat di atas pinggan ayan yang diputar-putar. 3) Membentuk asas Labu Sayong. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. PROSES MENGHASILKAN LABU SAYONG 4) Labu yang siap dibentuk akan dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luruh. 5) Labu dihiasi dengan motif sesudah kering. 6) Labu dibakar dan kemudian dimasukkan ke dalam sekam padi. Labu sayong telah siap dihasilkan.
Hasnan, M. (n.d.). Jurnal kraf tangan Kg Pichin. Academia. https://www.academia.edu/ 39175892/JURNAL_KRAFTANGAN_KG_PICHIN SENARAI RUJUKAN Life as an Art Student: Mengenal kraf tradisional. (n.d.). Lili Zala Blogspot. http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/mengenal-kraf-tradisional.html Guru Seni: Info-Kraf tradisi. (n.d.). Guru seni. http://gurusenivisual.blogspot.com/p/kraf-tradisi.html Afizah, N. (n.d.). Kraf tradisional. Academia. https://www.academia.edu/31828042/KRAF_TRADISIONAL Nabila Azlan, Maria Murugiah, Sofia Amanee & Inderanetra. (2021, September 16). Kraf tangan pelbagai negeri mewarnai seni tradisi Malaysia. Bandar Aktiviti Seni KL. https://baskl.com.my/kraftangan-pelbagai-negeri-mewarnai-seni-tradisi-malaysia/
TERIMA KASIH TERIMA KASIH