The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Firdaus Helmi, 2022-02-27 21:29:20

E-Buletin Edisi 1-2022 (Malay)

E-Buletin Edisi 1-2022 (Malay)

LANGKAWI INTERNATIONAL FOLDING E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
BIKE FESTIVAL (LIFBF) 2022
Edisi 1/2022 (Januari)

DUBAILADA DI EXPO 2020
‘Energising Sustainability’

Pertandingan Mencipta Slogan
Korporat LADA

SELAMAT MAJU JAYA BSMKP - Ke Arah Tadbir Urus
Organisasi Yang Lebih
YBRS. TUAN ROHAIZAD BIN RASHID Bersemangat

MISI BANTUAN
Langkawi Prihatin

WWW.LADA.GOV.MY

ISI
KANDUNGAN

1 PERUTUSAN KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF LADA

NOTA KETUA EDITOR 2

BERITA UTAMA LADA DI EXPO 2020 DUBAI

5-8 9-11

PENYERAHAN PROJEK MISI BANTUAN LANGKAWI
KECIL KOMUNITI SIAP BAGI PRIHATIN
TAHUN 2021
13-14
12

LANGKAWI INTERNATIONAL
FOLDING BIKE FESTIVAL
(LIFBF) 2022

15 PERSATUAN RASMI LADA

KSKL Mulakan Tahun Baru Dengan Gaya Hidup Aktif

16 PERHIMPUNAN BULANAN LADA
(EDISI JANUARI 2022)

17-18 PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN
KORPORAT LADA

19-22 ZOOM IN LADA

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan
Ke Arah Tadbir Urus Organisasi Yang Lebih Bersemangat

23-24 SELAMAT MAJU JAYA,
YBrs. TUAN ROHAIZAD BIN RASHID

25-26 KARYA KREATIF WARGA LADA

Tips Mengilatkan Lantai Rumah
Pemandangan Senja di Pantai Cenang, Langkawi

27-28 MUNIFICENT

29-30 AKRAB LADA

31-32 KALENDAR ACARA DAN PROGRAM
– FEBRUARI 2022

33-40 POSTER HEBAHAN JANUARI 2022

41 STATISTIK & LAPORAN AKAUN
MEDIA SOSIAL LADA

42 SIDANG EDITOR

PERUTUSAN KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF LADA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Alhamdulillah, tahun baru 2022 kini telah pun menjelang tiba. Tahun
2021 berlalu dengan pelbagai lakaran memori cabaran yang berjaya kita
tempuhi. Justeru, terlebih dahulu saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua warga
LADA kerana sentiasa memberikan komitmen dan dedikasi yang tidak
berbelah bagi dalam merealisasikan visi dan misi LADA.
Kejayaan terbesar yang bukan sahaja dikecapi oleh LADA malah
keseluruhan Langkawi pada tahun lalu ialah pembukaan semula sektor
pelancongan pulau legenda ini pada 16 September 2021 menerusi projek
rintis gelembung pelancongan Langkawi. Limpahan kemasukan
pelancong masih dapat dilihat sehingga hari ini, justeru membantu
mengembalikan semula kerancakan ekonomi seluruh penduduk pulau
Langkawi. Kemanisan ini lebih jelas dirasai melalui pelbagai
pengiktirafan tempatan dan antarabangsa yang berjaya kita raih
sepanjang tahun lalu. Saya juga amat berbangga kerana pelbagai projek
dan program pembangunan untuk kemaslahatan komuniti serta
usahawan tempatan dapat kita laksanakan dengan tuntasnya.
Keseimbangan pencapaian cemerlang sebeginilah yang jelas
menunjukkan bahawa LADA sememangnya memberi fokus dan usaha
yang sama rata terhadap kedua-dua pembangunan industri pelancongan
dan komuniti di Langkawi melalui perancangan strategik serta tadbir
urus yang berkesan.

Selaras dengan itu, tahun ini juga merupakan tahun penting
yang menandakan permulaan pelaksanaan Pelan Strategik
LADA 2022-2026. Besar harapan saya agar pelan ini dapat
menjadi penyataan utama tindakan, gerak kerja dan komitmen
setiap bahagian dan unit LADA dalam melaksanakan aspirasi
jabatan untuk manfaat semua pemegang taruh.
Warga LADA juga diharap dapat mengamalkan nilai teras yang
telah diperkenalkan iaitu Berpasukan, Integriti dan
Profesionalisme atau ringkasnya BIP. Setiap bahagian dan unit
harus saling membantu mengikut kepakaran masing-masing
agar tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh.
Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 saya ucapkan
k e pa d a s el u r u h ‘ K el u ar ga LA DA’. M ar i l ah ki t a s ama- s am a
membulatkan niat untuk melaksanakan tugas dengan penuh
amanah dan keikhlasan agar usaha kita diberkati tuhan dan
dibimbing ke arah kecemerlangan buat kesekian kalinya.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nasaruddin Abdul Muttalib

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi

1

NOTA KETUA
EDITOR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat aturan-Nya E-Buletin LADA Edisi 1/2022
dapat diterbitkan. E-Buletin LADA telah mula dihasilkan sejak 2020 untuk
merekodkan segala aktiviti dan informasi yang melibatkan LADA sepanjang tahun.
Mulai tahun 2022, penerbitannya yang sebelum ini dilakukan secara suku tahunan
akan mula dilaksanakan pada setiap bulan bagi memastikan kandungan yang
dimuatkan ialah maklumat LADA yang semasa dan terkini.
Bagi mewujudkan variasi kandungan yang lebih menarik, penambahbaikan lain
juga dilaksanakan, khususnya penambahan pelbagai slot baru yang menggalakkan
penglibatan seluruh warga LADA dalam penghasilan E-Buletin ini. Slot-slot tetap
baru yang menarik dan memberi fokus kepada kakitangan LADA diwujudkan,
antaranya termasuklah slot ‘Persatuan Rasmi LADA’, ‘Zoom In LADA’, ‘Karya Kreatif
Warg a LAD A’, d an ‘ Munif ic e nt ’. K e se m ua slot ini d iharap d ap at m e nonjolkan sisi
LADA yang lebih bertenaga, di samping menjadi wadah utama ekpresi kritis dan
kreatif seluruh warga agensi ini. Akhir kata, kami di pihak Sidang Editor berharap
agar E-Buletin LADA Edisi 2022 dapat menjadi saluran maklumat yang lebih
informatif dan menarik dalam bentuk yang ringkas dan padat.
Sekian, terima kasih.

Nordiana Nordin
Ketua Editor
E-Bulet in LA DA

2

3

BERITA
UTAMA

4

LADA DI EXPO 2020
DUBAI SEMPENA MINGGU

EKOPELANCONGAN
BERITA UTAMA | Pelancongan

Langkawi telah menyertai Ecotourism Week @ Malaysia
Pavilion di Expo 2020 Dubai bersama pihak Tourism
Malaysia dari 26 hingga 31 Disember 2021. Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA), Panorama Langkawi
Sdn. Bhd. (PLSB), naturalis Langkawi dan ejen
pelancongan Morahols Travel Sdn. Bhd. telah
berganding bahu mempromosikan Langkawi di ekspo
pelancongan terkemuka dunia ini.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang minggu
tersebut seperti demonstrasi batik Langkawi dan
pertunjukan fesyen oleh Jafiqa Couture Batik Langkawi,
demonstrasi origami daun kelapa, aktiviti ‘fun
photography’, mesyuarat B2B (business-to-business)
bersama agensi pelancongan antarabangsa dan program
Langkawi Day.

5 Beberapa wakil media antarabangsa seperti TV News
Media, TravTalk Middle East, AWAAN, Asian News
Trends, Global Trend Monitor dan Expo TV 1 telah
menemu ramah LADA dan menyiarkan tentang Langkawi
di platform masing-masing.
TravTalk Middle East khususnya telah memberi liputan
istimewa kepada LADA dan Langkawi dalam bentuk
video serta ruangan khas wawancara eksklusif bersama
YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib dan iklan
promosi pelancongan menerusi majalah industri
kembara, pelancongan dan hospitalitinya yang
terkemuka di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Majalah
TravTalk Middle East (Edisi Disember 2021 dan Februari
2022).

Selain itu, saluran VOD utama Timur Tengah, AWAAN turut memberi liputan khusus bukan sahaja
kepada LADA malah Langkawi dan Malaysia menerusi rancangan bual bicaranya, AWAAN Studio
Expo. Rancangan ini memberi fokus kepada liputan menyeluruh Astaka Malaysia (Malaysia
Pavilion) sepanjang berlangsungnya Minggu Ekopelancongan di Expo 2020 Dubai ini melalui
temu bual bersama YBrs. Tuan Nasaruddin serta Hj. Syed Abd Rahman, Duta DiveHeart Malaysia
dan Tuan Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology and
Climate Change Corporation (MGTC). Antara perkara yang dibincangkan termasuklah Dasar
Pelancongan Negara Malaysia 2020-2030, aspek-aspek hijau dan kelestarian dalam pembinaan
struktur Astaka Malaysia di Expo 2020 Dubai serta pelaksanaan pelancongan lestari dan
bertanggungjawab di negara ini yang mengambil kira keperluan semua individu termasuklah
golongan kurang upaya.

LADA juga menjalankan kolaborasi bersama Dubai Tourism, syarikat
penerbangan dan beberapa agensi pelancongan antarabangsa untuk
membawa masuk pelancong dari Timur Tengah. Potensi bagi
mengembalikan penerbangan antarabangsa juga dibincangkan bersama
pelbagai pihak sepanjang berlangsungnya Ecotourism Week ini.
Sepanjang minggu tersebut juga, LADA turut menjadi pusat rujukan bagi
The Royal Commission for AlUla (RCU) bagi perkongsian maklumat tentang
pentadbiran dan kaedah mempromosikan geopark Langkawi.

6

Wawancara Eksklusif
Majalah TravTalk Middle
East Bersama KPE LADA

(Edisi Februari 2022)

7

8

Penyerahan PROJEK
KECIL KOMUNITI

SIAP BAGI TAHUN 2021
BERITA UTAMA | Komuniti

Sebanyak tiga lagi projek kecil komuniti yang telah
selesai diserahkan oleh Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA) kepada komuniti tempatan pada 20
Januari 2022 yang lalu.
Kali ini, YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua
Pegawai Eksekutif LADA telah turun padang bagi
menyempurnakan sesi penyerahan ketiga-tiga projek
siap tersebut yang melibatkan Dewan Orang Ramai
Kampung Mata Ayer, Surau Haji Din Kuala Melaka serta
Jeti Nelayan dan Pelancongan Kubang Badak.
Penyerahan tiga projek ini menandakan selesainya
keseluruhan 16 projek kecil komuniti LADA yang
dilaksanakan menerusi Unit Khidmat Korporat bagi
tahun 2021. Pelbagai projek telah diusahakan bagi
meningkatkan kualiti taraf hidup serta melancarkan
urusan harian seluruh penduduk Langkawi.
Semoga semua projek kecil komuniti LADA ini dapat
memberi manfaat bukan sahaja khusus kepada para
penerima, malah keseluruhan penduduk Pulau Langkawi.

9

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi Surau Taman Seri Berlian
– sumbangan bekalan peralatan ‘mini green screen – Karpet dan sistem pembesar suara

studio’ kepada sekolah terpilih di Langkawi

Tabika KEMAS Kampung Kuah – Kerja Masjid Al-Qadim Kuah – Kerja baik pulih kerangka dan
baik pulih kemudahan Tabika KEMAS bumbung bangunan pengurusan jenazah di masjid

Surau Kampung Kuah – Sumbangan Karpet surau baru Surau Sekolah Kebangsaan Kelibang
– Sumbangan bekalan karpet surau

Masjid At-Tasnim Kampung Bayas Maahad Tahfiz An-Nabawi Langkawi 10
– Peralatan sistem pembesar suara – Jam azan digital

Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Nur Al-Naim Bukit Temin Surau Kampung Nyior Chabang – Kerja pembaikan bumbung
– Pembinaan pagar ‘chain-link’ sepanjang 180 m dan naik taraf ruangan sedia ada

Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Al-Huda Padang Matsirat Surau Haji Long Kampung Teluk Yu – pemasangan jeriji besi
– Pembinaan pagar tembok sepanjang 110 m tingkap, penggantian karpet dan pemasangan papan tanda

Dewan Orang Ramai Kampung Mata Ayer Surau Haji Din Kuala Melaka – Kerja naik taraf tandas,
– Kerja baik pulih bumbung stor simpanan barang dan stor simpanan pinggan mangkuk

11 Jeti Nelayan dan Pelancongan Kubang Badak
– Pemasangan HDPE pontoon

MISI BANTUAN

LANGKAWI PRIHATIN

BERITA UTAMA | Komuniti

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama rakan
pintar iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL), PUSPANITA
LADA, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), Langsura Geopark
Sdn. Bhd. (LGSB), Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB), Telaga Harbour
Sdn. Bhd. dan Elegant Services Sdn. Bhd. telah melancarkan
Tabung Bencana Langkawi Prihatin.
Sumbangan keseluruhan sebanyak RM32,200 telah berjaya dikutip
melalui tabung yang dilancarkan ini. Pada 13 Januari 2022, hasil
kutipan sumbangan juga telah disampaikan kepada lima buah
sekolah dan lima buah surau terpilih yang terkesan akibat bencana
banjir di daerah Klang. Majlis penyampaian sumbangan tersebut
telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor
dengan kerjasama pejabat pendidikan tersebut serta Pejabat
Daerah dan Tanah Klang. Sumbangan telah disampaikan oleh
pasukan Langkawi Prihatin yang diketuai oleh YBrs. Tuan Wan
Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA.

12

LANGKAWI
INTERNATIONAL
FOLDING BIKE
FESTIVAL (LIFBF) 2022

BERITA UTAMA | Pelancongan

Langkawi International Folding Bike Festival (LIFBF)
2022 merupakan acara pelancongan pertama pada tahun
ini yang dianjurkan oleh Langkawi Tourism Association
(LTA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA). Penganjuran acara yang turut
mendapat sokongan pelbagai agensi serta jabatan di
Langkawi ini telah berjaya menarik penyertaan dari
seluruh Malaysia serta negara jiran Singapura, Indonesia
dan Thailand.

Acara ini dianjurkan selama dua hari iaitu pada 15 dan 16
Januari 2022 di Dataran Chenang, Langkawi. Acara ini
dianjurkan untuk menggalakkan orang ramai menyertai
aktiviti berbasikal bersama keluarga. Acara utama yang
menjadi tarikan ialah kayuhan santai (Fun Ride) sejauh
30 kilometer. Menerusi laluan ini, peserta dapat
merentasi kawasan desa dan sawah padi, selain turut
disajikan dengan pemandangan indah dan hijau
memu kau di s eLkaint agrk aKwa mi . p u n g Kedawang dan Kampung
Bohor Can tik,

13

Di samping itu, acara ini juga bertujuan
mempromosikan Langkawi sebagai destinasi
penganjuran acara atau aktiviti berbasikal
melalui Langkawi Cyclotourism Trail yang
t e lah d ilancarkan p ad a t ahun le p as.Selain itu,
festival ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pameran
dan jualan aksesori basikal.
Melalui kerjasama antara LTA, Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) menerusi Pejabat Belia dan Sukan
Langkawi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi, acara ini
dianjurkan dengan pematuhan terhadap Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Kawalan keselamatan turut diutamakan bagi
memastikan acara tersebut berlangsung dengan
lancar.

14

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN LADA

MUL AKAN TAHUN
BARU DENGAN GAYA
HIDUP AKTIF

15 Kredit Gambar :
Encik Saiful Rizam bin Superi
(Bahagian Perancangan)
& Laman Facebook Rasmi KSKL

PERHIMPUNAN 16
BULANAN LADA

EDISI JANUARI 2022

Majlis Perhimpunan Bulanan LADA telah berlangsung
dengan jayanya pada 26 Januari 2022 di Auditorium dan
Dewan Besar LADA. Bertemakan tahun baru, majlis yang
dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat
Pengurusan (BSMKP) ini telah dihadiri oleh semua warga
LADA.

MENARIK SEPANJANG PERHIMPUNAN

Ucapan pendahuluan oleh wakil BSMKP iaitu Cik
Rasanubari Asmah Rahmah binti Abd Hamid yang
mengumumkan beberapa inisiatif dan penambahbaikan
yang bakal dilaksanakan dalam pembangunan sumber
manusia LADA.

Amanat YBrs. Tuan KPE kepada seluruh warga kerja
LADA untuk mengamalkan nilai-nilai teras BIP
(Berpasukan, Integriti dan Profesionalisme).

Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan buat para
pemenang dan peserta Pertandingan Mencipta Slogan
Korporat LADA.

Tayangan klip video khas Sambutan Tahun Baru 2022
LADA dan Buletin LADA (bersama hos istimewa KakCaq).

Persembahan nyanyian ‘Gemuruh’ oleh pasukan koir
LADA.

Majlis Sanjungan Budi, Sulaman Kasih bagi meraikan
perpisahan YBrs. Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK.,
BCK., (bekas) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Pengurusan) LADA.

Amanat YBrs. KPE LADA

“Kita warga LADA perlu sentiasa menjalankan tugas yang
diamanahkan secara berpasukan bagi melahirkan suasana
kerja yang harmoni dan berintegriti tanpa mengambil
kesempatan untuk faedah atau kepentingan diri. Kita juga
perlu membudayakan profesionalisme dengan sentiasa
meningkatkan ilmu, kemahiran dan tahap perkhidmatan
secara cekap, cepat dan berkesan bagi memenuhi jangkaan
pelanggan. Ringkasnya, Berpasukan, Integriti dan
Profesionalisme atau BIP adalah DNA Keluarga LADA.”

KEPADA SEMUA PEMENANG DAN PESERTA!

1 Ikhwan bin Mohd Said
2
3 (Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

Slogan: Dedikasi Melakar Aspirasi
Hadiah: Wang Tunai RM500.00 & Sijil Penghargaan

Khairulizuan bin Mohamad

(Bahagian Pengurusan Aset)

Slogan: Pembangunan Holistik, Pencapaian Realistik
Hadiah: Wang Tunai RM300.00 & Sijil Penghargaan

Noorkatini binti Sirat

(Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)

Slogan: Memacu Pelancongan Lestari, MenyantunI

Komuniti

Hadiah: Wang Tunai RM150.00 & Sijil Penghargaan

Penerima Sijil Penghargaan

- Muhamad Yusuf bin Mohamad Ali - Hilal Aminur Rashid bin Suhaimi
(Unit Pemantauan & Pelaksanaan) (Bahagian Teknologi Maklumat)

- Suhaimi bin Baharun - Mohamad Faizal bin Othman
(Bahagian Pelancongan) (Bahagian Pelancongan)

- Siti Harishah binti Awang Omar - Noor Hayati binti Abdul Rahman
(Bahagian Kewangan) (Bahagian Kewangan)

- Nur Aina Alisa binti Mokhtar
(Panorama Langkawi Sdn. Bhd.)

17

SlogaPn K ptandingan MenacitptaLADA

18

BSMKP
KE ARAH TADBIR URUS

ORGANISASI YANG
LEBIH BERSEMANGAT

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan
(BSMKP) merupakan bahagian yang memainkan peranan
utama dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan,
pentadbiran dan tadbir urus aset di LADA.

Bahagian ini berfungsi untuk menentukan hala tuju
pentadbiran am menerusi perancangan, kawalan dan
pengurusan yang cekap dan berkesan. Bahagian ini juga
bertindak sebagai hub pengkalan data bagi mengemas
kini maklumat-maklumat perjawatan dan kakitangan
LADA.

Beberapa pelaksanaan inisiatif dan penambahbaikan
teras pembangunan sumber manusia pada peringkat
persekutuan telah diumumkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Selaras dengan itu,
BSMKP kini sedang menjalankan proses pemindahan ilmu
sebelum insiatif dan penambahbaikan tersebut mula
dilaksanakan di LADA.

19

INISIATIF & PENAMBAHBAIKAN

oleh BSMKP

Pelaksanaan sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi jabatan yang dinamakan sebagai
MyPerformance untuk pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (P&P) serta pelaksana mulai 1
Januari 2024. Fungsi MyPerformance ini telah tersedia namun belum diaktifkan dalam sistem HRMIS
semua pegawai tetap dan akan menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Mulai tahun
2022 hingga 2023, JPA menetapkan pelaksanaan familiarisasi sistem ini terhadap semua agensi kerajaan
termasuklah LADA.

Penambahbaikan Dasar Latihan Sumber Manusia menerusi penghasilan Dasar Pembangunan Sumber
Manusia (DPSM) oleh JPA (Januari 2022). Dasar yang dikeluarkan pada Januari 2022 ini menyasarkan
pembangunan kompetensi dalam kalangan pegawai awam supaya mereka dapat memenuhi keperluan
semasa serta bersedia menghadapi cabaran akan datang.

Justeru, BSMKP akan membangunkan garis panduan dalaman berkaitan pembangunan sumber
manusia berprestasi tinggi. Mulai tahun ini juga, setiap pegawai dan kakitangan perlu melengkapkan
40 jam latihan atau kursus, berbanding menghadiri empat hari kursus pada tahun-tahun sebelum ini.

Di LADA sendiri, BSMKP kini sedang berada pada peringkat akhir pindaan AKPE Perbelanjaan
Berhemah, AKPE Garis Panduan Kawalan COVID-19 dan AKPE Perubatan LADA yang telah mengambil
kira beberapa perkara yang dimajukan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) LADA.
Pengurusan Tertinggi LADA juga telah memutuskan calon Pengurus dan Timbalan Pengurus BSMKP
yang dijangkakan bakal melapor diri sekitar bulan Mac ke atas. Dengan ini, BSMKP dan BPA akan
kembali bergabung. Penggabungan ini diharapkan akan dapat memantapkan pengurusan sumber
manusia yang berprestasi tinggi serta mengukuhkan pentadbiran organisasi dan pengurusan aset
LADA yang bersepadu.

20

Kenali B

SeksyenPengurusanSumberManusia

Unit Perkhidmatan

Unit Pembangunan Organisasi

21

Unit Latihan dan Kompetensi

BSMKP

SeksyenKhidmatPengurusan

Unit Pentadbiran Am

Unit Keselamatan dan Logistik

22

Unit Perolehan

Terima Kasih & S
DI TEMPAT BARU
YBRS. TUAN ROHAIZAD BIN RASHID

Pengenalan Ringkas
Berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Sudah berkecimpung dalam perkhidmatan awam selama
30 tahun sejak 1991 di serata Kedah.
Menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Pengurusan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
LADA.
Pegawai Tadbir Negeri (Gred N54) yang dipinjamkan ke
LADA dari 14 Mei 2020 hingga 2 Februari 2022.
Kini telah memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah di
Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Serdang,
Kedah.

23 Beberapa Sumbangan Sepanjang
Tempoh Perkhidmatan di LADA

Melancarkan urusan pembangunan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)
LADA pada peringkat awal dengan memudah cara perhubungan antara LADA dan
Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (BPA JPM), iaitu pencetus
kepada penghasilan sistem ini.

Mencetus transformasi pengurusan rekod secara digital di LADA mulai 6 Januari
2021, menjadikan LADA antara agensi kerajaan terawal di Langkawi bahkan juga
Kedah yang mempraktikkan Digital Document Management System (DDMS)
dalam pengurusan rekod jabatan.

Menyumbang kepada kejayaan LADA dalam pensijilan semula MS ISO 9001:2015
pada 5 September 2020 tanpa sebarang ketidakakuran dalam proses kerja LADA.
Pensijilan ini diberikan sehingga 4 September 2023.

Menjadi penasihat kepada pasukan LADA yang berjaya memenangi Pertandingan
Mereka Cipta Video HRMIS sempena Sambutan Bulan HRMIS 2020 anjuran
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Terlibat aktif dan rajin turun padang untuk bertemu komuniti Langkawi melalui
program bersama komuniti serta program atau acara pelancongan.

Selamat Bertugas

Menyumbang buah fikiran dalam penyediaan Dasar Strategik Pelaburan & 24
Pengurusan Aset (DSPPA) LADA.

Menjadi ketua delegasi dalam usaha menyediakan Pelan Hala Tuju Pengurusan
Aset Tak Alih LADA.

Turut berperanan sebagai Ketua Pegawai Maklumat dan Ketua Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan.

Penasihat kepada persatuan-persatuan jabatan seperti Kelab Sukan dan
Kebajikan LADA, PUSPANITA LADA dan Surau Al-Amin LADA.

Ahli Lembaga Pengarah bagi anak-anak syarikat LADA:
1) Langkawi Port Sdn. Bhd. (1 Ogos 2021 - 3 Februari 2022)
2) Langsura Geopark Sdn. Bhd. (1 Oktober 2020 - 31 Julai 2021)

Menerima pengiktirafan Pingat Darjah Setia Diraja Kedah (SDK.) daripada KDYMM
Sultan Kedah, tambahan kepada Pingat Darjah Ahli Mahkota Kedah (AMK.) dan
Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK.) yang pernah diterima sebelum
ini.

TIPS MENGILATKAN
LANTAI RUMAH

Perkongsian istimewa oleh:
**mamakancil**

Bahan-bahan
1. Cuka makan
2. Pelembut pakaian (softener) – mana-mana jenama

asalkan wangi
3. Air panas.

Cara-cara

Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan masukkan ke
dalam botol mop semburan untuk diratakan ke seluruh
lantai rumah. Hasilnya rumah akan berbau wangi dan
lantai akan berkilat serta tahan lebih lama daripada
dihinggapi debu.

Selamat mencuba!

25

PEMANDANGAN SENJA
DI PANTAI CENANG,
LANGKAWI

Karya: Puan Irliyani binti Isa
(Bahagian Perancangan)

26

A MUNIFICENT

LANGKAWI

The archipelago of Langkawi located in the northwest of
Malaysia has everything to offer to tourists from the world
over. Being among Asia Pacific’s most preferred holiday
destinations, the island also becomes top-of-mind for
many Europeans when choosing their next vacation spot.
Langkawi has reaped full benefits of premier island
destination in Malaysia because of the well-planned
administration under Tun Dr Mahathir bin Mohamad’s
stewardship, Malaysia’s former Prime Minister and the
current Member of Parliament for Langkawi. As an
all-year-round holiday haven, the island had once
remarkably received 3.92 million tourists in 2019 alone.
As a must-visit destination in a lifetime, Langkawi has
something for everyone to enjoy, ranging from the
spectacular man-made attractions to the naturally
wondrous geotrails never before seen in this world. The
archipelago is adorned with natural setting of beguiling
mountains, tropical rainforest, lakes, mangrove and
limestone forests, beaches, islands, and caves.
Conveniently fitted in-between are the exciting man-made
attractions like Langkawi SkyCab (cable car), Underwater
World, Crocodile Adventureland, and Wildlife Park, not to
forget the latest one namely Splash Out Langkawi water
theme park. Soon to be opened is the first eco-marine park
in Asia that allows visitors to interact with a variety of
marine animals.

27

TOURISM INNOVATION IN LANGKAWI

Admittedly, no other island destination in Malaysia like
Langkawi has gone through a major process of revolution in
becoming a premier holiday destination in Southeast Asia.
It took one visionary man with forward thinking to bring the
island from backwater to the world stage. The architect of
Langkawi is none other than once the oldest Prime Minister
in the world, Tun Dr Mahathir. A leader who implemented
strategic innovation in administration during his first term
as the Prime Minister, his progressive idea has placed
Langkawi among top ten island destinations in the world.
In just a span of 10 years from 1987 to 1997, the island had
gone through major development with airport, jetty, road
map system, and other basic infrastructures built by the
government to cater to international needs. At the same
time, Tun Dr Mahathir also attracted big names of local
5-star hotels to invest in Langkawi on a special approval as
he monitored the development progress on monthly basis.
Eventually, he also accorded the island with free port
status on 1st January 1987. Since then, many local
entrepreneurs began to flock into Langkawi, looking for
better and promising future. Fortune for locals continues
pouring in until today, as there are many inspiring success
stories shared day by day from within this legendary island.

Pengarang:
Encik Azmil Munif bin Mohd Bukhari

Bahagian Pelancongan

28

AKRAB DALAM
PERKHIDMATAN
AWAM

Kelompok sokongan terlatih dan bertauliah yang
berperanan sebagai perantara bagi rakan sekerja dan
pegawai psikologi atau sumber manusia di kementerian
atau jabatan.
Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk
membimbing kakitangan yang menghadapi permasalahan
dan cabaran dalam dunia pekerjaan dan membantu
mereka untuk meningkatkan potensi diri ke tahap yang
optimum.

29

CARTA ORGANISASI AKRAB
LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

PENASIHAT I PENAUNG PENASIHAT II

YBRS. TUAN HAJI AHMAD FUAD BIN YBRS. TUAN NASARUDDIN BIN ABDUL MUTTALIB YBRS. TUAN WAN KAMARUL FAISAL
CHE ANI @ ABD GHANI KPE BIN WAN KAMARDIN

BENDAHARI PENYELARAS SETIAUSAHA
P(BSMKP)
AZURA BINTI AHMAD TAJUDIN MAHANI BINTI MUHAMAD
PENYELARAS
TIMBALAN BENDAHARI TIMBALAN SETIAUSAHA
IKHWAN BIN MOHD SAID
SHAHIDAH BINTI DEMAN NORASILAH BINTI AMIR
PENGERUSI

MUHAMMAD FAKHARIE BIN CHE PEE

TIMBALAN PENGERUSI

MARIAM BINTI TAJUDIN

AJK KOMPETENSI DAN PROGRAM AJK SOSIAL DAN KEBAJIKAN
MOHD SYAFIQ BIN MD LANI KHAIRULIZUAN BIN MOHAMAD

AJK PENERBITAN DAN PROMOSI AJK TUGAS-TUGAS KHAS
NORDIANA BINTI NORDIN NORAZIZAH BINTI ABDUL JALIL

30

Kalendar Aca

– Februari 2022

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI

9 & 10 – Program Lonjak Langkawi
(Bengkel Teknik
Menjawab Soalan
Peperiksaan)

6,9 & 14 – Program Prihatin
Komuniti Cina Sempena
Sambutan Tahun Baru
Cina 2022

31

ra & Program

PROGRAM PELABURAN & PEMUDAH
CARA PERNIAGAAN

21 – Program Pembiayaan Mikro
BangKIT Bank Islam

22 & 23 - Kursus Pemasaran Digital &
Peluang Pemasaran Perniagaan
di Platform AgroBazaar Online

27 – Sesi Libat Urus Langkawi
Bangkit Bersama Usahawan &
Penggiat Industri Pelancongan
Langkawi

ACARA PELANCONGAN

9 & 13 – LADA Langkawi International
Regatta Perdana 2022 Kali Ke-18

21 – World Wetlands Day: Mangrove
Tree Planting Programme

32

33

POSTER
HEBAHAN

34

35

36

37

38

39

40

STATISTIK & LAPORAN AKAUN MEDIA SOSIAL

LADA SEHINGGA JANUARI 2022

2022

41

E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Edisi 1/2022 (Januari)

SIDANG EDITOR

Penaung: YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib
Penasihat: YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani
Ketua Editor: Puan Nordiana binti Nordin
Pengarang: Cik Adilah binti Zabir
Jurugambar: Encik Zamri bin Ibrahim
Encik Muhamad Hazril Haikal bin Hamzah

Jawatankuasa : Encik Muhammad Izzat bin Ghazali
E-Buletin LADA
Unit Pemantauan dan Pelaksanaan

Cik Nor Amira binti Man

Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan

Puan Norazizah binti Abdul Jalil

Bahagian Kewangan

Puan Rosma binti Morad

Bahagian Pengurusan Aset

Puan Zalina binti Matt Saman

Bahagian Pelancongan

Puan Noor Munirah binti Mohamad

Bahagian Perancangan

Encik Mohd Ridzuan bin Maghribi

Bahagian Kejuruteraan Teknikal

Cik Fatimah binti Baharuddin

Unit Undang-Undang

Encik Mohd Shahrul Nizam bin Awang

Bahagian Teknologi Maklumat

Puan Wan Suffurinaz binti Wan Sulaiman

Unit Integriti

Cik Wan Aida Munirah binti Wan Ismail

Unit Audit Dalam

Encik Mohd Mazlan bin Othman

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan

Grafik/Reka Letak: Encik Muhamad Hazril Haikal bin Hamzah 42
Urus Setia & Edaran: Encik Mohamad Firdaus Helmi bin Fazil
Terbitan:
Unit Khidmat Korporat/
Bahagian Teknologi Maklumat

Lembaga Pembangunan Langkawi

E-BULETIN LADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Edisi 1/2022 (Januari)

Diterbitkan oleh:

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI
Kompleks LADA, Peti Surat 60,
Jalan Persiaran Putra
07000 Langkawi Kedah
Tel: 04-9600 600
Faks: 04-9600 509

Aduan? Cadangan? Maklum balas?
Sila Layari SISPAA

WWW.LADA.GOV.MY


Click to View FlipBook Version