The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB3163
NUR FARAH AIN BINTI SULAIMAN
IPG KAMPUS IPOH
V4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARAH AIN BINTI SULAIMAN IPG-Pelajar, 2023-10-20 05:33:24

TUGASAN 2 BMMB3163

TUGASAN 2 BMMB3163
NUR FARAH AIN BINTI SULAIMAN
IPG KAMPUS IPOH
V4

BMMB3163 C A B ARA N MA S A H A D A P A N KE B U D A Y A A N KE B A N G S A A N H a r i a n PPEENNDDIIDDIIKKDISEDIAKAN OLEH: NUR FARAH AIN BINTI SULAIMAN NAMA PENSYARAH: PUAN FADZILAH BINTI ABDUL RAHIM


PENGHARGAAN Saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Fadzilah binti Abdul Rahim, pensyarah matapelajaran BMMB3163 di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang melengkapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah saya tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari saya sebagai tanda berterima kasih. Licin badan si ikan keli, Tinggalnya ia di dalam perigi, Saya hamba lemah sekali, Terima kasih atas bantuan diberi. KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Kenyataan Tan Sri Gahazi Shafie (1985), telah menjelaskan tentang cabaran bagi membentuk negara Malaysia yang unggul dipenuhi dengan onak dan duri. Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi bukti akan adanya konflik jika matlamat kebudayaan kebangsaan Malaysia tidak dicapai secara optimum. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan, masyarakat dan organisasi bukan kerajaan amat memainkan peranan yang penting dalam usaha mengekalkan integrasi nasional di Malaysia. Tuntasnya, penulisan ini akan menjurus kepada pengaruh yang mencabar keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia pada masa hadapan . Usaha Malaysia dalam mencapai matlamat kebudayaan kebangsaan adalah berlandaskan kelestarian hubungan antara etnik-etnik di bumi Malaysia itu sendiri. Umum mengetahui bahawa rakyat di negara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik yang bervariasi seperti Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Bajau, dan Kadazandusun. Oleh hal yang demikian, satu dasar sosial telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam usaha memperkukuh identiti nasional negara dengan menerapkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia (Goay Teck Chong et. al, 2013). Kepelbagaian kaum dan kumpulan etnik di Malaysia ini telah menyebabkan berlakunya perbezaan dari aspek bahasa, kepercayaan, budaya serta agama. Oleh hal yang demikian, komposisi populasi sebegini telah mewujudkan cabaran-cabaran yang akan menggugat keamanan negara PERPADUAN KAUM KUNCI UTAMA KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN PENGENALAN 10 OKTOBER 2023 CABARAN MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


PENGARUH YANG MENCABAR KEHARMONIAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 10 OKTOBER 2023 CABARAN MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 1 2 3 4 pengaruh politik pengaruh ekonomi pengaruh pendidikan pengaruh sosial Rajah ini menjelaskan pengaruh-pengaruh yang akan menjadi cabaran terbesar dalam kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Cabaran-cabaran yang diterima oleh kebudayaan kebangsaan di Malaysia boleh dirungkai berlandaskan isu-isu semasa dalam integrasi nasional di Malaysia. Vyas (1993), mendefinisikan integrasi nasional sebagai penduduk dalam sesuatu wilayah hidup bersama dengan saling menghormati budaya, agama, bahasa, dan perbezaan-perbezaan yang lain dalam kumpulan etnik tertentu. Oleh hal yang demikian, dalam usaha mencapai matlamat kebudayaan kebangsaan, sudah pasti cabaran-cabaran yang harus dihadapi bukanlah semudah yang disangka kerana ia merangkumi aspek pengaruh politik, ekonomi, sosial, bahasa, dan pendidikan


ISU POLITIK PERKAUMAN PENGARUH POLITIK KOMPOSISI MENTERI MENGIKUT KAUM DALAM KABINET PERPADUAN Umum mengetahui bahawa kerajaan yang menaungi Malaysia pada masa kini dikenali sebagai kerajaan perpaduan iaitu kerajaan yang dibentuk melalui gabungan beberapa parti politik utama, antaranya ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Democratic Action Party (DAP) dan tiga parti lain (Azhar, 2023). Rajah di atas menunjukkan parti-parti politik yang telah bertanding dalam pilihan raya umum kali ke-15. Berlandaskan rajah berikut, dapat disimpulkan bahawa dalam konteks politik di Malaysia isu perkauman boleh dibangkitkan kerana wujudnya politik perkauman. Dalam pada masa yang sama, jika diteliti dengan lebih mendalam isu yang boleh dibangkitkan ialah pendominasian kaum dalam kerajaan perpaduan hasil daripada keputusan undian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Umum mengetahui bahawa kerajaan yang menaungi Malaysia pada masa kini dikenali sebagai kerajaan perpaduan iaitu kerajaan yang dibentuk melalui amun inilah yang berlaku dalam negara Malaysia. Melihat dari dimensi yang berbeza, kerajaan perpaduan yang dibentuk merupakan satu tindakan bijak yang diambil oleh perdana menteri Malaysia dalam usaha mengekalkan kebudayaan kebangsaan. Namun begitu, rakyat mula mempersoalkan pentadbiran kerajaan yang dibentuk apabila terdapat hanya seorang sahaja menteri yang terdiri daripada kaum India dalam kabinet kerajaan perpaduan. Hal ini telah menjelaskan bahawa perjuangan hak kaum India berada pada tahap yang kritikal apabila kaum mereka hanya diwakili oleh seorang menteri sahaja. Buktinya, komposisi menteri yang menaungi kerajaan Malaysia terdiri daripada 16 orang menteri bangsa Melayu, enam orang menteri Sabah dan Sarawak, lima orang menteri kaum Cina, namun seorang sahaja menteri terdiri daripada kaum India . Walaupun realiti ini pahit untuk diterima, namun inilah yang berlaku dalam negara Malaysia. KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 10 OKTOBER 2023 MALAYSIA


ISU POLITIK PERKAUMAN PENGARUH POLITIK Oleh hal yang demikian, isu ini telah menimbulkan kegusaran rakyat tentang hak mereka, khususnya kaum India. Hal ini demikian kerana, komposisi menteri yang menaungi kerajaan Malaysia yang digambarkan dalam di atas telah menyebabkan wujudkan sifat tidak puas hati dalam kalangan pengundi kaum India (Astro Awani, 2023) seperti yang dinyatakan dalam rajah di atas. Perkara ini secara tidak langsung boleh menyebabkan keharmonian kebudayaan kebangsaan tergugat. Hal ini kerana, sebarang dasar yang digubal oleh kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama oleh menteri-menteri kabinet. Rentetan itu, penjajaran hala tuju negara haruslah bertunjangkan aspirasi semua kaum dan bukan hanya tertumpu kepada Melayu, Cina, Sabah dan Sarawak, dengan mengetepikan kaum India. Tuntasnya, jelaslah bahawa aspek politik merupakan aspek yang amat mencabar kerana ia melibatkan usaha individu dalam kelompok etnik untuk memperjuangkan identiti dan ideologi entik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung akan menebalkan lagi budaya asabiyyah (semangat perkauman). KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 10 OKTOBER 2023 MALAYSIA


Umum mengetahui bahawa sejak dahulu lagi etnik Melayu telah berkecimpung dalam sektor pertanian yang menggunakan teknologi yang rendah manakala etnik Cina pula mendominasi sektor ekonomi yang lebih berpotensi untuk berkembang maju seperti perdagangan, perniagaan serta perlombongan yang menggunakan teknologiteknologi yang lebih canggih. Namun begitu, etnik India pula lebih cenderung dengan perladangan di estet getah serta kelapa sawit dan hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam jurang perbezaan pendapatan masyarakat. Ketidakseimbangan yang berlaku terhadap jurang pendapatan ini bukan sahaja telah mengakibatkan hubungan silaturrahim antara etnik di Malaysia semakin renggang, malah ia telah menjadi isu hangat yang akan dibincangkan oleh individu apabila berbicara perihal punca ketidakharmonian kebudayaan kebangsaan di negara ini. Justeru, jelaslah bahawa isu pendominasian kaum harus diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan bagi merapatkan semula nisbah jurang pendapatan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan keharmonian kebudayaan kebangsaan yang telah dibina (Aiman Asrol, 2023). E K O N O M I Cabaran dari aspek ekonomi merupakan antara cabaran terbesar yang mampu untuk menggugat keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Hal ini kerana, perkembangan ekonomi masa kini telah memperlihatkan pendominasian sektorsektor ekonomi dan dunia pekerjaan oleh kumpulan etnik tertentu. Hal sebegini telah mendorong kepada persaingan yang tidak sihat berpunca daripada perasaan tidak berpuas hati dengan kemajuan pertumbuhan ekonomi etnik lain. Tambahan lagi, pendominasian sektor ekonomi yang berlaku turut memberi impak yang amat besar terhadap jurang pendapatan rakyat di Malaysia. ISU PENDOMINASIAN SEKTOR EKONOMI PENGARUH EKONOMI KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 10 OKTOBER 2023 MALAYSIA


BUDAYA HEDONISME MENELAN BUDAYA ASLI ETNIK DI MALAYSIA Cabaran seterusnya yang harus dihadapi oleh negara Malaysia dalam mendepani era teknologi masa kini dapat dilihat dengan jelas dari skop global (dunia) iaitu isu budaya hedonisme. Isu hedonisme merupakan isu hangat yang sering dibicarakan oleh umat manusia, iaitu kepelbagaian dimensibagi suatu fenomena merangkumi aspek seperti ekonomi, budaya, politik serta ideologi (Waters, 1995; Mittelman, 1996). Oleh itu, fenomena ini telah mendorong kepada perubahan drastik dalam kehidupan setiap kumpulan etnik di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung menggugat kedudukan budaya asli masyarakat Malaysia dari terus diwarisi oleh generasi masa kini. Hal ini kerana, hedonisme ini dikatakan saling berkait rapat dengan kolonialisasi di mana orang-orang Eropah cuba untuk menakluki dunia dengan membawa budaya mereka untuk diserap ke dalam budaya etnik lain (Omar Jah, 2001). ISU BUDAYA HEDONISME 10 OKTOBER 2023 PENGARUH SOSIAL MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Budaya hedonisme telah menggugat pertumbuhan sosial masyarakat di Malaysia tanpa mengambil kira aspek sensitiviti agama dan budaya kaum masing-masing. Budaya hedonisme semakin kerap dilihat dalam masyarakat di Malaysia kerana mereka beranggapan bahawa hiburan merupakan objektif utama dalam hidup mereka. Tamsilnya, isu pergaulan bebas yang mendorong kepada zina semakin kerap dilihat terpampang dalam akhbar-akhbar seperti yang digambarkan dalam di atas. Isu pergaulan bebas yang diamalkan oleh masyarakat barat tidak sewajarnya menjadi ikutan oleh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan sensitiviti agama, khususnya bagi individu berbangsa Melayu. Hal ini telah menyebabkan masyarakat semakin lalai tentang sensitiviti etnik lain hingga menyebabkan berlakunya kekacauan dalam usaha mengekalkan keharmonian kebudayaan kebangsaan. Justeru, jelaslah bahawa sekiranya cabaran dari aspek sosial ini dipandang remeh, maka keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia akan mula goyah dan tidak kukuh ISU BUDAYA HEDONISME 10 OKTOBER 2023 PENGARUH SOSIAL MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Cabaran dari aspek pengaruh pendidikan turut wujud dalam usaha mengekalkan keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Penggubalan dasar “pecah dan perintah” oleh British amat memberi impak yang besar terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, sebelum Laporan Razak 1956, terdapat empat bidang pendidikan yang berbeza iaitu Melayu, India, Cina dan Inggeris. Perkara ini dilihat sebagai satu cabaran yang dasyat kerana ia masih diamalkan sehingga kini dan dikenali sebagai sekolah vernakular. Namun begitu, isu sekolah vernakular merupakan satu isu hangat yang sering diperdebatkan dari dahulu lagi. Menurut Nizam (2013), sekolah vernakular boleh didefinisikan sebagai sekolah yang menjadikan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini bermaksud, setiap murid akan menuntut di sekolah berlandaskan etnik mereka dan menggunakan bahasa ibunda murid itu sendiri. Tamsilnya murid melayu bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam PdP, dan begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Justeru, isu pendidikan yang telah memisahkan murid berlandaskan etnik mereka ini akan mengakibatkan murid tidak cakna dengan budaya, bahasa mahupun sensitiviti kumpulan etnik yang lain. Perkara ini seterusnya akan menjadi punca utama kepada kekacauan dalam kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Tambahan lagi, proses komunikasi yang berlaku sesama etnik sahaja ini menyebabkan wujudnya keterbatasan dalam komunikasi harian antara etnik kerana tiada persefahaman dalam berbahasa. Justeru, hal-hal sebegini akan menebalkan lagi sifat etnosentrisme dan kekitaan dalam kalangan rakyat terhadap kumpulan etnik yang lain. Nazaruddin Hj. Mohd Jali (2001) menegaskan bahawa sikap masyarakat seperti etnosentrisme adalah asas kepada cabarancabaran yang lain. Oleh itu, cabaran ini haruslah dipandang serius agar tidak berlakunya permasalahan lain yang lebih serius. ISU SEKOLAH VERNAKULAR 10 OKTOBER 2023 PENGARUH PENDIDIKAN MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


SEKOLAH VERNAKULAR 10 OKTOBER 2023 PENGARUH PENDIDIKAN MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


PENUTUP 10 OKTOBER 2023 MALAYSIA KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Usaha untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan negara yang berbilang kaum seperti Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan ia tidak mampu untuk dijalankan oleh satu pihak sahaja. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha telah diambil oleh semua pihak bagi menangani cabaran dalam mengekalkan keharmonian kebudayaan kebangsaan di Malaysia. Walaupun usaha yang diambil adalah berbeza, namun ia bermatlamatkan perkara yang sama iaitu mencapai matlamat utama kebudayaan kebangsaan. Denison Jayasooria (2010), telah menegaskan bahawa perpaduan kaum yang mantap merupakan kunci kepada keharmonian kebudayaan kebangsaan.


Aiman Asrol. (2023). Kerajaan Akan Rapatkan Nisbah Jurang Pendapatan Luar Bandar, Bandar. Diakses pada 9 Oktober 2023 melalui pautan https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/dewan-negara-kerajaan-inginrapatkan-nisbah-jurang-pendapatan-luar-bandar-bandar/ Astro Awani. (2023). PRN: Pengundi India tidak lari, cuma tidak puas hati – Ganabatirau. Diakses pada 10 Oktober 2023 melalui pautan https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-pengundi-india-tidak-lari-cuma cuma-tidak-puas-hati-ganabatirau-433432 Azfar. (2023). Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kerajaan Perpaduan?. Universiti Putra Malaysia. Denison Jayasooria. (2010). National Unity Advisory Panel: Oppurtunities & Challenges In A Multi Ethnic Society. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi. Ghazali Shafie. (1985). Hubungan Antarabangsa: Ucapan Terpilih. Creative Enterprise. Goay Teck Chong et. al, (2013). Pengajian Am Penggal 1. Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Nazaruddin Hj. Mohd Jali. (2001). Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Prentice Hall. Nik Zainun & Fatimi Hanafi. (2016). Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasional di Malaysia. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Pusat Pengajian Teras (PPT), KUIS. Nizam. (2013). Sekolah – Vernakular. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman dan Arbaiyah Mohd Noo,2016, Perpaduan Politik Asas Integrasi Nasiona Di Malaysia, Omar Jah. (2001). Globalization And Socio-Cultural Changes In The Muslim World. Paper presented at the Seminar the Impact of Globalization on the Islamic World: Issues and Challenges in the 21st Century. Vyas, M.K,. (1993). National Integration and The Law: Burning Issues and Challenges. Deep & Deep Publications. Waters, M. (1995). Globalization. Routledge. RUJUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Click to View FlipBook Version