The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-1454592, 2021-04-23 01:34:29

akaun present

akaun present

Nama : Vinz Chan Yun Qi

Tingkatan : 5Orange

Subjek : Prinsip Perakaunan

Tajuk : Belanjawan Tunai

3.3 Belanjawan Tunai

Kepentingan Belanjawan Tunai
-Belanjawan Tunai ialah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi
suatu tempoh tertentu.
-Kepentingan Belanjawan Tunai kepada perniagaan adalah seperti
berikut :
• Membuat perbandingan penerimaan dan pembayaran tunai
• Mengenal pasti kecairan tunai
• Mengawal penerimaan dan pembayaran tunai
• Mencari sumber tambahan untuk menampung kekurangan tunai
• Mngurus perbelanjaan mengikut keutamaan
• Rujukan untuk permohonan pinjaman

Penerimaan dan Pembayaran dalam Belanjawan Tunai
• Penerimaan tunai merupakan anggaran semua penerimaan yang

melibatkan wang tunai atau cek oleh perniagaan dalam suatu
tempoh tertentu.
• Pembayaran merupakan anggaran semua pembayaran
perniagaan yang dibayar secara tunai atau cek oleh perniagaan
dalam suatu tempoh tertentu.

Lebihan dan Kurangan dalam Belanjawan Tunai
• Lebihan diperoleh sekiranya jumlah penerimaan melebihi jumlah

pembayaran.
• Kurangan pula berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi

jumlah penerimaan.

Contoh

Pada 1 April 2018, baki tunai Perniagaan Ziyad berjumlah RM28 000. Berikut adalah
anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2018.

i) Anggaran jualan bagi bulan April ialah RM30 000. Jualan dijangka meningkat

sebanyak 20% pada bulan-bulan berikutnya.

ii) Anggaran blian tunai :

RM

April 15 000

Mei 20 000

Jun 25 000

iii) Pada bulan Mei, perabot kedai berharga RM2 500 dibeli secara tunai.

iv) Pada bulan Jun, perniagaan dijangka akan mengubah suai premis dengan kos

perbelanjaan berjumlah RM6 000.

v) Mulai bulan Mei, dua lot premis akan disewakan kepada peniaga lain dengan

kadar sewa RM400 sebulan bagi satu lot premis.

vi) Anggaran belanja bulanan :

RM

Gaji pekerja 1 600

Kadar bayaran 500

Promosi 300

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2018

Penyelesaian

Perniagaan Ziyad
Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 30 Jun 2018

Butiran April May Jun

RM RM RM

Baki b/b 28 000 40 600 52 500

Penerimaan

Jualan Tunai 30 000 36 000 43 200

Sewa - 800 800

Jumlah Penerimaan 30 000 36 800 44 000

Pembayaran

Belian Tunai 15 000 20 000 25000

Perabot - 2 500 -

Ubah suai premis - - 6 000

Gaji pekerja 1 600 1 600 1 600

Kadar bayaran 500 500 500

Promosi 300 300 300

Jumlah Pembayaran 17 400 24 900 33 400

Lebihan / (Kurangan) 12 600 11 900 10 600

Baki h/b 40 600 52 500 63 100

SEKIAN
&

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version