SANITASI DALAM PENYEDIAAN
DAN PENYIMPANAN MAKANAN
2.1.1 MENYATAKAN MAKSUD SANITASI DALAM PERKHIDMATAN
PENYEDIAAN MAKANAN
SANITASI
bermaksud sistem kawalan kebersihan awam, termasuk
bekalan air bersih, pembuangan sampah dan
pembuangan najis.
SANITASI DALAM PERKHIDMATAN PENYEDIAAN
MAKANAN
Ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam
penyediaan makanan supaya tidak tercemar
ASPEK
KEBERSIHAN
DIRI
*setiap pengendali makanan perlu
- Menghadiri kursus Latihan
pengendalian makanan
-pemeriksaan kesihatan dan
suntikan Typhoid
ASPEK
MEMASAK MAKANAN
2.2.3 Menghuraikan 7 prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan
sanitasi makanan
1. Pendaftaran premis
• Tempoh sah laku selama tiga tahun. Pembaharuan perlu dibuat apabila tamat tempoh
• Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan bertanggungjawab untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan
2. Kehendak am premis makanan
• Kehendak am premis makanan berfokus pada lokasi, reka bentuk am, bekalan air, kebersihan
premis makanan, sistem kawalan perosak di premis makanan dan pelupusan sampah
3. Kehendak khas premis makanan
• Kehendak khas premis makanan lebih tertumpu pada reka bentuk, reka letak serta susun atur
perabot dan peralatan dalam premis
4. Pengendali makanan
• Pengendali makanan diwajibkan untuk menghadiri latihan pengendalian makanan dan
pemeriksaan perubatan sebelum mula bertugas
5. Perlindungan makanan
• Perlindungan makanan melibatkan proses penyediaan memasak, menyaji dan menyimpan bahan
makanan
6. Pengendalian makanan khusus
• Makanan yang cepat rosak memerlukan perhatian dan pengendalian yang teliti
7. Pengangkutan makanan
• Pengangkutan makanan melibatkan makanan yang dimasak di tempat lain dan dihantar ke
tempat lain. Pengendalian makanan semasa dalam kenderaan dari segi pengekalan suhu
makanan dan kebersihan kenderaan adalah antara peraturan yang perlu dipatuhi
SOALAN LATIHAN
*
1. Nyatakan maksud sanitasi dalam dalam perkhidmatan
penyediaan makanan
2. Berikan 6 prinsip kebersihan makanan
3. Terangkan 3 kepentingan amalan sanitasi yang baik
dalam pengendalian dan penyediaan makanan
4. Huraikan 7 prosedur dan peraturan yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa berkaitan sanitasi makanan