Peristiwa 13 Mei 1969 yang Menghalang
Kesepaduan Nasional Malaysia.
NAMA AHLI KUMPULAN: BUNGA RAYA
1) AHMAD NUR IRFAN BIN ZAINI (14DTK20F1020)
2) IZZAT HAIKAL BIN ABBAS (14DTK20F1029)
3) MIQDAT SHAUQI BIN AFANDI (14DTK20F1038)
1|Page
Penghargaan
Kami dari kumpulan Bunga Orked bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya kami dapat menyelesaikan tugasan folio ini dengan lancar. Kami berterima kasih
atas sesiapa sahaja yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung.
Sepanjang kumpulan kami telah bertungkus lumus menyiapkan folio ini, pelbagai ilmu kami
telah pelajari dan kami juga telah banyak berlajar tentang Rusuhan Kaum yang berlaku 13
Mei 1969 yang kian dilupakan oleh generasi muda kini. Folio ini juga dapat disiapkan berkat
atas sokongan ahli keluarga kami dan tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Isi Kandungan
1.0 Latar Belakang Peristiwa 13 Mei 1969………………………3
2.0 Kronologi yang Membawa Kepada Rusuhan Kaum 13 Mei
1969
2.1 Isu Perkauman dalam Kempen Pilihan Raya 1969…………….4
2.2 Kejayaan Parti Pembangkang Dalam Pilihan Raya…………….4
2.3 Perarakan Parti Pembangkang………………………………..5
2.4 Sentimen Perkauman Ketika Perarakan……………………….6
2.5 Perarakan Kematian Cina………………………………...….7
2.6 Rusuhan Pertama……………………………………………8-
10
2.7 Rusuhan Kedua……………………………………………..11-
12
3.0 Kesimpulan.………………………………………………….13
4.0 Kesan Peristiwa 13 Mei 1969………………………………..14
2|Page
1.0 Latar Belakang Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam
dalam sejarah Malaysia. Pada waktu ini, semangat perkauman amat kuat berlaku dalam
kalangan orang Melayu dan juga Cina di Tanah Melayu. Parti-parti politik seperti MCA,
MIC, PAS, GERAKAN dan Parti Buruh dan lain-lainnya menyuburkan perasaan
perkauman kerana tujuannya semata-mata menarik populariti seseorang pemimpin.
Kebanyakan parti pada masa itu ditubuhkan pada dasar perkauman ataupun
keagamaan. Parti yang terbuka kepada semua kaum boleh dikatakan tidak akan
mendapat sambutan sebagaimana Parti IMP oleh Dato’ Onn. Isu perkauman terus
dimainkan oleh ahli politik hingga membawa kepada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
2.0 Kronologi yang membawa kepada rusuhan
Kaum 13 Mei 1969
3|Page
2.1 Isu perkauman dalam kempen pilihan raya 1969.
Ketika kempen pilihan raya 1969, parti pembangkang membangkitkan soal
soal Bangsa Malaysia yang berkaitan dengan:
- Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).
- kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera.
- Hak kerakyatan orang bukan Melayu sedangkan perihal ini sudah termaktub
dalam perlembagaan.
Terdapat ahli politik yang mengambil kesempatan daripada isu-isu ini demi
manfaat dalam pilihanraya.
2.2 Kejayaan Parti Pembangkang Dalam Pilihan Raya
Pada pilihan raya umum 1969, Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) gagal
memperolehi majoriti 2/3 kerusi, tetapi masih boleh membentuk kerajaan
persekutuan. PAS menang 12 kerusi. Parti pembangkang seperti Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik(DAP), Parti Progresif
Rakyat(PPP) telah menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat.
Pembangkang telah memenangi sebanyak 51.5% undi berbanding dengan
Perikatan yang hanya menang sebanyak 48.5% undi sahaja. MCA pada kali ini
kalah teruk dan Perikatan hanya bergantung kepada kekuatan UMNO sahaja.
Namun keengganan Gerakan untuk mewujudkan kerajaan campuran telah
menyebabkan Perikatan masih berkuasa di Negeri Selangor.
4|Page
2.3 Perarakan Parti Pembangkang
Parti pembangkang yang telah menang pilihan raya meraikan kemenangan
mereka dengan berarak di sekitar bandar Kuala Lumpur pada 11 Mei 1969.
Pada asalnya, perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Tetapi terdapat segelintir pengikut perarakan menghamburkan
sentiment-sentimen perkauman ketika berarak. Perarakan masih berlangsung
hingga 12 Mei 1969, kaum Cina berarak menerusi Kampung Baru sambil
melaungkan penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian 13 Mei 1969.
DAP dan Gerakan(majoriti kaum Cina) telah mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan tersebut telah melencong dari laluan yang ditetapkan
dan melalui kawasan Melayu di Kampung Baru dan bersorak di situ. Hal ini
berterusan hingga ke 13 Mei 1969.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan bergerak ke Jalan Campbell dan Jalan Hale seterusnya
menghala ke Kampung Baru. Sedangkan Kampung Baru adalah kubu UMNO dan
diduduki lebih 30,000 orang Melayu ketika itu. Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.
2.4 Sentimen Perkauman Ketika Perarakan
5|Page
Dikatakan kaum Cina berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan
mereka sebagai simbol kemenangan mereka yang seakan-akan menyapu bersih
kerusi parlimen sambil melaungkan slogan-slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut seolah-olah mereka akan menyapu
(‘menyingkir’) orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur. Dalam masyarakat Melayu,
penyapu mempunyai maksud yang negatif iaitu (sial). Dalam perarakan tersebut
ada juga yang mencaci dan meludah dari atas lori keatas orang Melayu di tepi
jalan.
Dalam perarakan yang disertai oleh kaum Cina itu, pelbagai perkataan yang
menyinggung perasaan orang Melayu telah dikeluarkan seperti “Melayu Mati”,
“Malai Si”,”Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya”, “ Melayu Balik Kampung”, “Halau
Semua Polis” sehinggalah menunjukkan kemaluan mereka. Perarakan yang
diadakan oleh DAP dan Gerakan ini lebih kepada perarakan perkauman dan
bukannya perarakan untuk menyambut kemenangan.
6|Page
2.5 Perarakan Kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang
jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi
perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan namun
permohonan maafnya sudah terlambat.
7|Page
2.6 Rusuhan Pertama
Perarakan yang diadakan oleh parti pembangkang daripada kalangan kaum
Cina telah menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu
tambahan pula mereka merasakan mereka hampir hilang kuasa di bumi sendiri.
Melihat perarakan yang diadakan oleh pihak pembangkang ini telah menyebabkan
orang Melayu risau dengan masa depan yang akan mereka hadapi. Oleh itu,
mereka telah mengambil keputusan untuk turut mengadakan perarakan sebagai
tindak balas kepada pihak pembangkang.
Dengan cadangan Haji Ahmad Razali, Menteri besar Selangor iaitu Dato’
Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan meraikan kemenangan
UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969 sebagai tindak
balas terhadap tindakan parti pembangkang (DAP & GERAKAN).
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan balas pada 7.30 malam, 13
Mei hari Selasa, tetapi orang Melayu sudah mula berkumpul di depan rumah
8esame8 besar Selangor pada awal pagi. Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur
juga turut serta dalam perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga Perak.
Mereka yang menyertai perarakan tersebut telah menyediakan senjata mereka
seperti parang, keris, buluh runcing dan lain-lain bagi menghadapi sebarang
kemungkinan.
8|Page
Menurut laporan MAGERAN, pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul
6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu
yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO
dengan membaling botol kaca dan batu kepada mereka. Pergaduhan ini berlaku di
Setapak dan merebak dengan cepat ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung
Baharu, Pudu dan Kampung Pandan. Ramai yang terkorban dalam rusuhan ini
sehingga Yang Di Pertuan Agong terpaksa mengistiharkan darurat di Kuala Lumpur.
Orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda mengetahui
pergaduhan ini lalu pada pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari
Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris.
Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar Kuala Lumpur dan juga kereta.
Orang Cina yang terserempak dibunuh. Kesannya 8 orang Cina terbunuh dalam
rusuhan pertama. Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa
45 minit dari Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road),
Kampung Datuk Keramat, Kampung Padan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul.
Tentera Askar Melayu dikerahkan lebih awal untuk menjaga keselamatan
sekitar Kuala Lumpur. Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan Askar
Melayu dikerahkan untuk mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal
dengan mengunakan gas pemedih mata, perintah berkurung 24 jam (curfew
order) yang diumumkan oleh radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen pada
8 malam.
9|Page
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak
askar mula meronda 10 kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang
tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak
kerana berdiri di hadapan koridor rumah sendiri. Laporan wartawan asing
menyatakan segelintir Askar Melayu melepaskan tembakan rambang kepada
kedai dan rumah milik orang cina tanpa sebab.
Pada hari seterusnya, pukul 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan
bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan
majoritinya adalah orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka
teruk akibat tetakan senjata tajam dan juga tembusan peluru. Hanya sebahagian
mangsa sahaja yang dapat dihantar untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang
terkorban diangkut oleh pihak PDRM menggunakan lori ke Balai Polis Travers.
Kebanyakan mayat dalam keadaan yang tidak sempurna.
10 | P a g e
2.7 Rusuhan Kedua
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam 11esame
Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari
panggung lalu penonton Cina di dalam panggung tersebut serta-merta beredar.
Penonton Melayu pula langsung tidak tahu membaca tulisan Cina. Kesan daripada
itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung
dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam
tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam
keadaan yang sangat mengerikan.
Dua orang askar melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang yang bernama
Rahim Desa seorang kawannya yang berjawatan kapten yang tinggal di Kuala
Lumpur itu turut menonton wayang di Odeon dan terkena tetakan di kepala dan
berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang.
11 | P a g e
Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam
Federal, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur menonton filem They Came To Rob Las
Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi. Ketika itu beliau menonton wayang
12esame12 isterinya berbangsa Irish. Beliau , isteri dan anaknya duduk di tingkat
atas.
Sekitar jam 8.15 malam, pawagam itu dikepung dan diserang oleh 60 pemuda
samseng Cina berlilit kepala dan tangan dengan kain merah . Mereka bersenjata
besi runcing, parang, lembing, botol kaca dan bersi paip. Radzi Ketika itu tidak
berbaju batik seperti kebiasaannya dan mengaku bernama ‘Razy’ dan berbangsa
Serani , bukan Melayu. Wajah isterinya Ellisha Abdullah dan anaknya Susan
Karen Radzi telah menyelamatkan nyawanya 12esame itu. Ketika itu beliau
bertugas sebagai Timbalan Pendakwaraya (DPP) merangkap Penasihat
UndangUndang Negeri Selangor . Beliau memiliki pistol kerana pernah belajar di
maktab tentera dan boleh menggunakan beberapa senjata api. Mereka diarahkan
berkumpul di sebuah kelab yang dijadikan kubu bekalan senjata kumpulan
samseng itu. Beliau 12esame12 memandu kereta miliknya Mini Minor R2222 ke
Balai Polis Sentol dan kemudian bersembunyi di Balai Polis Petaling Jaya. Beliau
turut mengedarkan makanan dan ubat-ubatan kepada rumah orang awam di
sekitar Kuala Lumpur.
Manakala di Pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang
melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya
persekutuan pula, penduduk melayu di Kampung Kerinchi telah membuang pasu
di atas lebuh raya tersebut yang mengakibatkan kesesakan lalulintas dan
kemalangan.
12 | P a g e
3.0 Kesimpulannya
Ketika rusuhan tersebut Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak berarak ke
Kampung Baru tetapi dihalang oleh polis. Begitu juga dengan Tentera Selempang
Merah dari Muar dan Batu Pahat yang dihalang oleh pihak polis di Balai Polis
Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya
menjadi kebal dan boleh terbang. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar
kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala
orang Cina.
Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang-orang Melayu
di Kampung Baru.
Walaubagaimanapun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu,
Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma
ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
“politik”. Seperti yang dinyatakan pergaduhan tidak berlaku di negeri seperti
Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu
pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sendiri di negeri-negeri
tersebut seperti di selatan Thai.
Peristiwa 13 Mei 1969 memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa
“kalah jadi abu, menang jadi arang” kerana konflik itu merugikan semua kaum,
selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa.
Antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei adalah kerana orang Melayu berasa
mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi, lalu diperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru.
Dilaporkan, kejadian selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ketiga itu
telah menyebabkan kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dan
sekurangkurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak serta 753 bangunan rosak
atau terbakar.
13 | P a g e
4.0 Kesan 13 Mei 1969
Parlimen Dibubarkan
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan
mengambil alih tampuk pemerintahan selama 18
bulan yang diketuai oleh Tun Abd Razak (Timbalan
Perdana Menteri Dan Menteri Pertahanan) .
Pengisytiharan Darurat oleh Kesan 13 Penubuhan Majlis
DYMM Yang Dipertuan Agong atas Mei 1969 Perundingan Negara
nasihat Perdana Menteri Malaysia. (Januari 1970). Satu dialog
antara wakil golongan
Dasar Pendidikan masyarakat diadakan untuk
Kebangsaan dikaji menguatkan persepaduan
semula. antara kaum.
Dasar Ekonomi Baru (1970) Hasil pertamuan ini lahirlah
konsep RUKUN NEGARA
sebagai menifestasi
ideologi kebangsaan.
Penyusunan Semula Politik -KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
Menubuhkan Barisan Nasional bagi NEGARA
mengurangkan perpecahan politik. -KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN
14 | P a g e