KELAB BOLA BALING
SK SEKSYEN 18,
SHAH ALAM
KEMAHIRAN HANTARAN DAN MENERIMA BOLA
KEMAHIRAN
HANTARAN
a) Hantaran bahu
JENIS HANTARAN b) Hantaran lantun
YANG BIASA c) Hantaran paras dada
DIGUNAKAN d) Hantaran lompat
ADALAH SEPERTI e) Hantaran sisi
BERIKUT :
HANTARAN BAHU
• Biasanya, cara ini dilakukan semasa
membuat hantaran jauh.
• Kelebihan cara ini ialah persediaan
hantaran ini boleh mengelirukan pihak
lawan.
• Dari keadaan bersedia, pemain boleh
terus mengelecek, menjaring, menukar
hala hantaran atau memusingkan
badannya.
HANTARAN LANTUN
• Dilakukan apabila membuat hantaran
secara mengejut.
• Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang
bertindak balas pantas.
• Hantaran ini biasanya dilakukan
dengan sebelah tangan.
HANTARAN SISI
• Cara hantaran sisi juga digunakan bila
membuat hantaran jarak dekat dan
pantas.
• Pemain tidak perlu memusingkan
badannya untuk menghadap ke arah
penerima hantarannya apabila hantaran
sisi dilakukan.
• Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan
memang sesuai bagi pemain yang
mempunyai tapak tangan yang besar.
HANTARAN PARAS
DADA
• Berasal daripada kemahiran yang sama
dalam permainan bola keranjang.
• Sesuai untuk hantaran jarak dekat di
aras dada.
• Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan
dari jari-jari tangan.
• Tangan hendaklah ikut lajak di akhir
tolakan.
HANTARAN LOMPAT
• Ini adalah satu lagi gerak keliru yang
berasal dari permainan bola keranjang.
• Biasanya apabila seorang penyerang
melompat untuk menjaring tidak
berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada
kawannya supaya bola tidak terlepas
kepada pihak lawan.
KEMAHIRAN
MENERIMA BOLA
PRINSIP UTAMA
• Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan
bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan
menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.
CARA • Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
MENANGKAP • Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka,
BOLA 1 : pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang
hala pergerakan bola itu.
• Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke
hadapan untuk menangkap bola.
• Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.
CARA MENANGKAP
BOLA 2 :
• Dengan kedua-dua belah tangan –
bola rendah
• Untuk menangkap bola rendah
pemain perlu merendahkan
badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola
yang menuju kepadanya. Jari-jari
menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
CARA • Menangkap bola dengan sebelah tangan
MENANGKAP • Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila
BOLA 3 : penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan
daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat.
• Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya.
• Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak
tangan yang menangkap bola hendaklah berada di
belakang bola.
CARA MENANGKAP
BOLA 4 :
• Menangkap bola tinggi
• Jika perlu pemain hendaklah melompat
untuk menangkap bola hantaran tinggi.
• Faktor yang sangat penting dalam situasi
ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada
masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan
dihulur ke atas untuk menangkap bola.
• Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah
dibawa rapat ke badan supaya dapat
mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
• Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
• Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.
• Tidak menggunakan pergelangan tangan.
• Genggaman yang tidak kemas.
• Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
TAMAT
KELAB BOLA BALING SK SEKSYEN 18, SHAH ALAM