The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wandzul030212, 2022-06-09 05:46:40

Kesihatan Dan Perpaduan

Kesihatan Dan Perpaduan

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KESIHATAN DAN
PERPADUAN

"KEKAYAAN TERBESAR ADALAH
KESIHATAN."

WAN MUHAMMAD MUHAMAD DANIEL BIN TUAN ABDULLAH HANIF
MUHAMAD FAIRUZ BIN TUAN MAN
DZULHIJJAZ BIN WAN
ZAHARI

(06DET21F1038) (06DET21F1032) (06DET21F1056)

1. KATA-KATA ALUAN
2. PENGHARGAAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. PENDAHULUAN
5. PENGENALAN
6. KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN
7. PERPADUAN PADA HARI INI
8. KESIHATAN DAN PERPADUAN
9. KESIMPULAN
10. LAMPIRAN
11. RUJUKAN



Seindah Bicara, Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t. Segala puji bagi
Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, tuhan yang Maha

Pemurah, lagi Maha Pengasih, Tuhan yang menguasai hari pembalasan,
KepadaMulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus,

iaitu jalan-jalan orang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-
orang yang engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan
efolio yang telah diamanahkan kepada kami. Tugasan yang telah diberikan oleh

Ustaz Mohd Hisham bin Md Said.

Dalam kesempatan ini, Saya ingan mengucapkan tahniah kepada semua ahli
kumpulan yang sudah berjaya dalam menyiapkan tugasan efolio yang bertajuk

Kesihatan dan Perpaduan. Terima kasih kerana telah berkerjasama dalam
meyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Mengenali dan memahami kesihatan Mengetahui kepentingan
dan perpaduan. menjaga kesihatan.

Memupuk perpaduan rakyat
melalui kesihatan.

Sejak akhir-akhir ini, isu yang berkaitan dengan kesihatan dan perpaduan dalam
masyarakat malaysia sering kali diuar-uarkan dalam media arus perdana di Malaysia.
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, peribahasa ini sesuai dengan tajuk kesihatan dan
perpaduan kerana negara malaysia sedang membangun dengan pesat dalam aspek
teknologi. Hal ini demikian kerana masyarakat sekarang lebih cenderung menggunakan
gajet berbanding bersukan mengakibatkan kesihatan terjejas dan menjejaskan perpaduan
dalam masyarakat malaysia. Oleh itu, kita dapat melihat bahawasanya negara Malaysia
dan rakyat Malaysia sedang membangun dan mengikut sejajar dengan arus kemodenan.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan baik dan juga buruk dalam pembangunan teknologi
kepada masyarakat. Contoh keburukan kepada kesihatan ialah seseorang itu malas untuk

melakukan senaman dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Contoh kesan buruk
kepada perpaduan kaum adalah seseorang lebih cenderung berinteraksi menggunaan

gajet dan tidak tahu untuk berinteraksi secara berdepan dengan orang sekeliling.

Oleh itu, isu ini perlu dibincangkan dengan lebih mendalam bagi mengelakkan perkara ini
terus berleluasa. Mari ikuti kami dalam mengupas topik ini dengan lebih mendalam.

Definisi bagi kesihatan, menurut WHO, kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan
sosial. Kesihatan fizikal merangkumi tujuh aspek iaitu sihat dan sempurna tubuh badan, keadaan dalam dan persekitaran rumah
yang bersih dan teratur, keadaan alam sekeliling yang tidak menjejaskan hidupan, tempat tinggal yang sempurna, pemakanan

yang seimbang, bekalan air yang bersih, dan udara yang bersih..

Kesihatan mental dan rohani merangkumi empat bidang utama iaitu : daya pemikiran dan sikap yang positif, dapat
menyesuaikan diri dengan keluarga, takan sebaya dan masyarakat, ada perasaan kasih dan sayang, dan ada rasa penerimaan,

penghargaan dan bersyukur.

Kesihatan sosial pula adalah perhubungan yang baik dengan ahli keluarga, rakan sebaya, jiran dan juga masyarakat setempat.

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan
dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang berkaitan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam

bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Kesihatan dan Perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan
masyarakat dengan tidak membezakan agama, bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan

bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang
berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat
terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.



1. Meningkatkan produktiviti kehidupan

- Salah satu kepentingan memastikan kesihatan dan
kebersihan diri berada pada tahap yang tinggi kerana ia
dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang.
Apabila kita dikurniakan kesihatan yang baik, kita mampu
melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan tidak
langsung membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Kita
dapat memberikan lebih tumpuan pada aktiviti yang kita
lakukan dan kita dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Setiap aktiviti yang dilakukan dengan baik adalah kerana
persekitaran yang bersih. Justeru itu, kesihatan dan
kebersihan diri yang baik dapat menjamin kemajuan
dalam setiap perkara untuk dikecapi.

2. Menghindari penyakit dan masalah kesihatan

- Selain itu, menghindari penyakit berjangkit dan masalah
kesihatan juga merupakan kepentingan dalam menjaga
kesihatan dan kebersihan diri. Tamsilnya, apabila seseorang itu
aktif bersukan, kekuatan sistem kardiovaskular individu tersebut
akan bertambah kuat dan dapat menghindar daripada
serangan jantung. Disamping itu, amalan membasuh tangan
menggunakan sabun selama 20 saat juga adalah penting agar
kita tidak membawa bakteria atau virus ang mungkin akan
mengakibatkan penyakit berjangkit. Amalan gotong-royong
membersihkan kawasan sekitar juga dapat membantu mencegah
pembiakan nyamuk aedes dan sisa lain yang mampu menjadi
punca kepada penyakit-penyakit berjangkit. Kesannya,
masyarakat dapat hidup dengan sejahtera tanpa menghiraukan

masalah kesihatan atau penyakit berjangkit.

3. Mendisplinkan diri

- Pada waktu yang sama, amalan menjaga kesihatan dan
kebersihan diri adalah penting bagi memupuk sikap displin dalam
setiap individu. Hal ini demikian kerana, apabila individu tersebut

ingin melaksanakan aktiviti seperti bersukan, mereka perlulah
mematuhi peraturan dan etika dalam aktiviti tersebut. Sebagai

contoh, sukan olahraga dimana atlet perlu mengikuti jadual
latihan dan konsisten untuk menjaga kekuatan fizikal dan mental

sebelum menyertai kejohanan tertentu. Selain itu, dari sudut
kebersihan, amalan memberus gigi di waktu pagi telah pun
menjadi rutin harian semua manusia. Secara tidak langsung,
perkara di atas telah membuatkan kita untuk lebih berdisplin
berbanding dahulu hasil daripada usaha untuk menjaga kesihatan

diri.

4. Menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik

- Seterusnya, penjagaan kesihatan dan kebersihan diri penting kerana
ia dapat menonjolkan imej dan perwatakan yang menarik seseorang
individu. Jika anda perlu menemuduga calon pekerja anda, apakah
kriteria yang anda utamakan terlebih dahulu ? Sudah semestinya calon
yang mempunyai perwatakan yang menarik berserta pakaian yang rapi
dan imej yang kemas. Dasawarsa ini, pelbagai produk kesihatan yang
boleh membantu kita untuk mendapatkan imej yang menarik disamping

baik untuk kesihatan. Contohnya, penggunaan gel rambut dapat
membantu golongan lelaki merapikan rambut mereka kemas agar ia

kelihatan elok di mata setiap orang yang memerhati dan wangi-
wangian untuk para wanita untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan orang ramai. Natijahnya, apabila imej dan

perwatakan yang menarik hasil daripada penjagaan kesihatan dan
kebersihan diri, ia akan memudahkan kita untuk bergaul dengan orang

ramai serta diterima oleh masyarakat.

KEPENTINGAN
1) menjadi tarikan pelancong dengan semangat perpaduan yang ditonjolkan
2)dapat mengurangkan salah faham antara kaum. Bagi mengelakkan tragedy 13 Mei 1969 berulang
3) dapat melahirkan anak bangsa yang berpendidikan tinggi dan tinggi nilai murni dalam jiwa
4) dapat melahirkan anak muda yang berpotensi tinggi selari dengan Hasrat yang terkandung di dalam rukun
negara

CARA MENGEKALKAN PERPADUAN
1) mengadakan aktiviti gotong-royong
2) membudayakan amalan kunjung mengunjung ke rumah rakan-rakan berlainan kaum
3) menghantar anak ke sekolah kebangsaan

akhir kalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa negara kita dapat berkembang maju dengan lebih lancar di bawah
dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh perdana Menteri yang ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Sekiranya
rakyat Malaysia mengaplikasikan mesej dalam peribahasa “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni” dalam
kehidupan seharian. Oleh itu semangat perpaduan dapat diingati sampai bila-bila

Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik
utama dalam perbualan setiap masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih
atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan kencing

tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan
saling menunding jari antara satu sama lain.

aktiviti yang dianjurkan berkaitan perpaduan dan kesihatan
1) hari sukan negara
2) kempen derma darah
3) aktiviti bergotong royong

Kesan kesihatan jika tiada perpaduan rakyat
1) keharmonian negara terjejas
2) wujudnya masyarakat tidak bermoral
3)wujud sikap pentingkan diri dalam masyarakat
4) kestabilan ekonomi negara terjejas

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab menjaga kebersihan
sekeliling kita dan dapat memupuk perpaduan antara kaum dengan menjaga kebersihan bersama-sama
dengan penduduk sekitar yang berbilang kaum. Hal ini kerana kerjasama antara kaum menjaga kesihatan

sejagat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.

Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita seharusnya cuba
untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya matlamat hidup tidak terpesong.

Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita supaya masalah yang
bertimbun mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya menanam
semangat perpaduan yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk bekerjasama dalam bidang

kesihatan.

Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi



RUJUKAN

• https://mypt3.com/karangan-perpaduan-kaum-pt3
• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-

kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh
• https://wubloggers.blogspot.com/2018/04/cara-cara-mengekalkan-

perpaduan-kaum.html
• https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-kesihatan-diri.html


Click to View FlipBook Version