Inspirasi dari
Ketokohan Wanita
Solehah
Persatuan Pencinta Ilmu dan Budi (PPIBK)
Isi Kandungan m/s
Ucapan Aluan
Pengenalan
Tokoh 1 : Sayyidah Khadijah Al Kubro
Tokoh 2 : Sayyidah Aisyah Al Humaira
Tokoh 3 : Sayyidah Fatimah Az Zahra
Tokoh 4 : Sayyidah Asiyah binti Muhazin
Tentang PPIBK
Sayyidah Khadijah Al Kubro
Oleh:
Sahniza Binti Ardi
Siti Rahmah Binti Sepawi
Sayyidah Khadijah Al-Kubra adalah seorang wanita yang cukup hebat. Memiliki sifat
kesempurnaan dan peribadi yang unggul seorang muslimah keseluruhannya. Peribadinya yang
cukup mempesonakan, indah dibicarakan, khabar kehidupannya terlakar dalam sejarah islam dan
mendapat jolokan nama yang agung iaitu, Ummul Wara’. Beliau adalah Ummul Mukminin1,
Sayyidah Khadijah al-Kubra. Beliau seorang wanita yang unik, bahkan sepatutnya diletakkan nama
beliau di barisan hadapan dalam senarai srikandi Islam. Di mutakahir ini, inilah sosok inspirasi
wanita zaman berzaman yang perlu dibajai dalam jiwa muslimah.
Takkan mampu dihitung pengorbanan jiwa dan raga yang telah dicurahkan oleh wanita contoh atau
wanita contoh sepertinya. Tanpanya, kemungkinan ummat Islam tidak dapat mengecapi nikmat
iman dan islam sepertimana yang kita kecapi pada hari ini. Beliau ialah contoh terunggul seorang
ibu, isteri, muslimah, teman, dan sahabat kepada Insan Kamil2, Rasulullah SAW. Beliau seorang
isteri yang sangat taat dan banyak berkorban serta menyangga dakwah suami tercinta dengan
sepenuh hati tanpa mengenal erti jemu dan kalah.
Dalam sebuah riwayat yang sohih lagi thabit, tidak diragukan lagi tentang kedua-duanya, bahwa
Rasulullah SAW, bersabda :
“Sebaik-baik wanita (pada masanya) ialah Maryam, dan sebaik-baik wanita (umat ini) ialah
Khadijah.”
Ini ialah hadith yang thabit dan telah dihukum sohih oleh sebilangan besar Ulama’ tanpa di
ragui lagi.3 Beliau adalah orang pertama memeluk islam selepas Rasulullah SAW mendapat wahyu
pertama di Gua Hira’. Beliau seorang isteri yang Sodiqqah4 yang menaruh sepenuh kepercayaan
dan membenarkan setiap kalam-kalam Rasulullah SAW di saat orang lain mendustakan Baginda
SAW.
1 Ibu orang-orang Islam
2 Manusia yang sempurna
3 Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, Manaqib Sayyidah Khadijah, (Sofa Production, 2010), hlm 81
4 Benar
Biografi Sayyidah Khadijah Al-Kubra
Beliau ialah Sayyidah Khadijah binti Khuwailid Ibn Asad Ibn Abdul ‘Uzza Ibn Qusay al-Asadiyyah.
Bertemu (keturunannya) dengan (keturunan) Nabi Muhammad SAW pada moyangnya, Qusay
yang telah menyatukan qabilah-qabilah Quraisy.
Bondanya Fatimah binti Zaaidah Ibn al-Asam, dari keturunan Bani ‘Amir Ibn Luai Ibn Ghalib.
Alangkah mulianya keturunan yang suci bersih ini; yang merupakan keturunan Kekasih yang
termulia, Muhammad SAW. Allah SWT telah memelihara kesucian Sayyidah Khadijah dari noda-
noda kotoran kaum Jahiliyyah, maka Allah SWT telah melindungi kemuliaan dan maruah Sayyidah
al-Zakiyyah5 ini. Allah SWT juga yang menjaganya dalam mengadapi setiap ujian dan cubaan
dengan pertolongan dan perlindunganNya yang ampuh. Beliau dilahirkan lebih kurang 15 tahun
sebelum keputeraan Nabi Muhammad SAW. Dibesarkan di dalam keluarga yang suci dan sebaik-
baik keturunan, di dalam sesempurna kehidupan dan sebaik-baik akhlak, sehingga beliau menjadi
wanita sempurna budi pekerti dan akhlak.
Mahligai Terbina Atas Redha Yang Maha Mulia
Seorang penyair berkata :
“Sayyidah Khadijah yakin Baginda SAW adalah perbendaharaan yang diidam-idamkannya dan
mutiara sejati.”
Sayyidah Khadijah sendiri membuat keputusan memilih al Zaki al Amin6. Beliau berkahwin dengan
seorang yang mulia di sisi Allah, iaitu Muhammad Ibn Abdullah SAW. Mendapat julukan Habibullah
(kekasih Allah). Dalam suatu riwayat, Sayyidah Khadijah mengutus Nafisah binti Umaiyah kepada
Baginda SAW sebagai orang tengah (perisik). Lalu Nafisah berkata kepada Nabi SAW :
“Apakah yang menghalangmu daripada berkahwin”?
“Aku tidak mempunyai apa-apa!” jawab Baginda SAW.
“Jika kamu dicukupkan dan diberikan harta kecantikan dan perempuan yang sekufu (sesuai),
bagaimana?” tanya Nafisah.
“Siapakah orangnya?” tanya Baginda SAW lagi.
“Dia adalah Khadijah” Jawab Nafisah.
Kemudian Nabi SAW menerima Sayyidah Khadijah. Berkata seorang penyair :
5 Penghulu Orang Suci.
6 Orang yang suci lagi dipercayai
“Khadijah Rha melihat ketaqwaan, kezuhudan, sifat segan dan pemalu telah tertanam dalam diri
Rasulullah SAW;
Telah sampai berita kepada Khadijah Rha bahawa Rasulullah SAW telah dinaungi oleh awan dan
pohon yang besar;
Dan hadith-hadith, bahawa janjian Rasulullah SAW akan diutuskan telah pun hampir dan akan
terlaksana;
Lalu Khadijah Rha meminta Rasulullah SAW menikahinya. Alangkah bahagianya, Apabila cita-cita
yang suci telah tercapai.”
Allah SWT telah mengilhamkan kepada Nabi SAW persetujuan untuk menikahi Sayyidah Khadijah.
Maka, pernikahan ini adalah satu langkah yang diberkati dan tepat (mendapat taufiq Allah).
Pernikahan tersebut dipersetujui oleh bapa-bapa saudara Nabi SAW, kemudian pembesar-
pembesar Quraisy yang hadir dengan diketuai oleh Abu Talib selaku juru cakap mereka dan juga
khatib. Maka perkahwinan dari keturunan yang mulia tersebut telah disaksikan oleh bangsa Quraisy
dan sesungguhnya perkahwinan Khadijah Binti Khuwailid dengan Muhammad Ibn Abdullah SAW
dengan mas kahwinnya sebanyak 400 dinar. Nabi kita Muhammad al Amin SAW mengahwini
Sayyidah Khadijah Umm al Mukminin Rha, ketika berusia genap 25 tahun dan Sayyidah Khadijah
Rha pula berusia 40 tahun.
Lahir Permata Tercinta Dari Keturunan Mulia
Sayyidah Khadijah yang mulia melahirkan untuk al Khair al Bariyyah7 seramai enam orang zuriat.8
Antaranya ialah :
1. Al-Qasim9 bin Muhammad (putera sulung, anak pertama yang wafat dan dikebumikan di
tanah airnya Makkah)
2. Abdullah bin Muhammad (putera kedua, disebut juga al-Tayyib10 atau al-Tahir11 kerana lahir
selepas kemunculan Islam)
3. Ibrahim 12
7 Sebaik-baik manusia
8 Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, Manaqib Sayyidah Khadijah,hlm. 84-89
9 Ia menjadi nama panggilan Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu al-Qasim (ayah kepada Qasim). Al-Qasim lahir
sebelum Baginda di angkat menjadi Nabi. Wafat ketika berumur dua tahun, sebelum kenabian Baginda SAW. Lihat,
Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, terj : Ustaz Muhadir Haji Joll, Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap
Rasulullah, , h. 53.
10 Yang baik
11 Yang suci
12 Ibrahim, dilahirkan di Madinah oleh Ibunya, Mariyah al-Qibthiyyah. Umur Ibrahim tidak panjang. Dia meninggal
dunia ketika berumur 70 hari. Walau bagaimanapun, ada riwayat lain mengatakan dia meninggal ketika berumur
4. Zainab binti Muhammad (puteri sulung Baginda SAW, berkahwin dengan Abu al-‘Aas ibn
al-Rabi’. Wafat pada 8 H dan dikebumikan di perkuburan Baqi’. Maqamnya amat dikenali
di sana)
5. Ruqayyah dan Ummu Kalthum binti Muhammad (kedua-duanya pernah dijodohkan dengan
dua orang anak Abu Lahab yang celaka dan terhalang dari rahmat Allah namun diceraikan
sebelum melakukan hubungan suami isteri dan mereka tidak menyambung hubungan
mereka selepas itu, dengan kurniaan Allah. Ruqayyah berkahwin dengan Sayyiduna
Uthman ibn ‘Affan dan berhijrah bersamanya ke Habsyah untuk menyelamatkan iman
mereka. Beliau wafat ketika masih menjadi isteri Sayyiduna Uthman dan di maqamkan di
Baqi’. Kemudian Sayyiduna Uthman mengahwini Ummu Kalthum dan kemudian wafat juga
ketika masih menjadi isteri beliau)
6. Fatimah al-Gharra’13 (puteri bongsu Baginda Rasulullah SAW. Terkenal dengan gelaran al-
Batul14 dan al Zahra.15 Berkahwin dengan saidina Ali bin Abi Talib yang melayaninya
dengan baik dan mencintainya dengan tulus ikhlas. Dikurniakan 2 orang putera iaitu al-
Hasan dan al-Husin penghuni syurga. Wafat pada tahun 11 H ketika berumur 30 tahun.
Menurut riwayat yang paling sohih, fatimah dikebumikan di Baqi’.
Namun, Baginda juga mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan Mariah
al-Qibtiyah perempuan yang dihadiahkan oleh Maquqis, Raja Mesir dan Iskandariah kepada Nabi
SAW iaitu Ibrahim bin Muhammad.
Kedudukan Sayyidah Khadijah di Sisi Baginda Rasulullah
Sayyidah Khadijah merupakan peranan penting dalam kehidupan Rasulullah SAW. Beliau
merupakan pendamping hidup yang sangat istimewa di hati Rasulullah SAW. Sayyidah Khadijah
mempunyai ruang tersendiri di hati Rasulullah SAW, penghulu Nabi-Nya sangat menyayangi beliau.
Selama 15 tahun Sayyidah Khadijah mendampingi Baginda Rasulullah SAW sebelum dinobatkan
menjadi nabi, wanita mulia ini merupakan orang pertama yang percaya dan beriman kepada risalah
Baginda Rasulullah SAW selepas diangkat menjadi nabi dan rasul. Beliau merupakan satu-satunya
manusia yang rela mengorbankan jiwa raganya demi persiapan dan pejuangan kenabian
Muhammad SAW.16 Setelah berkahwin dengan Baginda Rasulullah SAW, beliau merupakan
7 bulan ataupun 8 bulan. Lihat, Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap Rasulullah, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi
al-Maliki, terj : Ustaz Muhadir Haji Joll, h. 53.
13 Yang unggul
14 Wanita yang zuhud
15 Wanita yang harum namanya
16 Misbah Em Majidy, Stop Neraka : Kisah orang-orang baik yang di Jamin Syurga Allah (KEMILAU PUBLIKA :
Selangor, 2012), hlm. 303
sebaik-baik isteri bagi Rasulullah. Sayyidah Khadijah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri
dengan ketulusan dan kecintaan.
Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Sayyidah Khadijah begitu setia menyertai Baginda
dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti menyiapkan
bekalan dan keperluannya. Kecintaan Sayyidah Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada
suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah
SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredhaan Allah.
Seandainya beliau menuruti naluri kewanitaannya, sudah tentu beliau tidak rela ditinggalkan dalam
jangka waktu yang lama oleh suaminya walaupun hanya semalam.
Sayyidah Khadijah adalah manusia terkaya Quraisy. Beliau puas merasakan kesejahteraan dan
kenikmatan hidup. Andai harta kekayaannya dipakai untuk diri dan keluarganya, pasti harta itu tidak
akan habis digunakan untuk tujuh keturunan. Namun demi cintanya kepada Rasulullah dan Allah,
beliau membelanjakan harta itu di jalan Allah, bahkan rela berlapar bersama Rasulullah. Tidak
menghairankan jika malaikat pembawa risalah (Jibrail) menyampaikan salam untuk dirinya.17
Jika ada seseorang yang berusaha menghapuskan kecintaan Rasulullah SAW kepada Sayyidah
Khadijah, nescaya beliau akan bersikap tegas. Dalam riwayat sahih dijelaskan, suatu hari Aisyah
menyoal tentang Khadijah di hadapan Rasulullah, maka dengan tegas baginda berkata : “Demi
Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang
ingkar, yang percaya padaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya
saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”
Begitulah Rasulullah SAW berkata tentang keperibadian Sayyidah Khadijah, isterinya.18
Kenapa Harus Mencintai dan Meneladani Sayyidah Khadijah
Setiap orang yang beriman sama ada lelaki ataupun perempuan dituntut untuk saling mencintai
dan mengasihi saudaranya. Rasulullah SAW pernah bersabda, : ‘Tidak sempurna iman salah
seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri’. Erti
kecintaan disini ialah kecintaan dalam kebaikan. Sebagaimana kita suka mendapat kebaikan dari
saudara kita begitu juga mereka dan juga sebaliknya. Mencintai orang-orang yang soleh adalah
lebih tinggi darjatnya dan pahalanya serta manfaat berbanding kecintaan terhadap orang-orang
beriman yang biasa. Disini, dapat kita lihat kenapa dituntut untuk mencintai dan meneladani
Sayyidah Khadijah. Antaranya ialah :
17 Ibid,. 208
18 Diari Muslimah 2012, (BUMIRESTU CREATIVE : Selangor, 2012), tokoh dan sirah.
1. Cinta beliau tulus kepada Allah dan Rasul-Nya, pengorbanan serta amal soleh tanpa
kepentingan duniawi, akan dibalas Allah dengan kenikmatan syurga di negeri akhirat.
2. Merupakan wanita pertama yang berjasa ke atas umat Islam kerana pengorbanannya.
Setelah berkahwin dengan Baginda Rasulullah SAW, beliau memberikan seluruh hartanya
demi perjuangan dakwah Baginda.
3. Nabi SAW memilih beliau sebagai contoh teladan kepada umatnya, terutama kaum wanita.
4. Hubbun Nabiy (Cinta Nabi) dan setengah hati dalam menjalankan sunnah nabi SAW, bakal
melahirkan kemuliaan dan keluhuran, sama ada di dunia mahupun akhirat.
5. Tulus hati memuliakan Rasulullah SAW dan membantu perjuangan Islam, akan beroleh
kenikmatan abadi di negeri akhirat.
6. Merupakan seorang isteri yang sentiasa bersangka baik terhadap semua perkara yang
dilakukan oleh suaminya, Rasulullah SAW.
7. Sentiasa bersama-sama Rasulullah saat susah dan senang Baginda.
Tahun Wafatnya Sayyidah Khadijah
Sayyidah Khadijah dipanggi Ilahi pada 11 Ramadhan 3 tahun sebelum hijrah Nabi SAW.19 Beliau
hidup bersama Rasulullah SAW sejak 15 Tahun sebelum Baginda menerima wahyu (sebelum
menjadi Nabi) sehingga tiga tahun sebelum Baginda berhijrah ke Madinah. Beliau meninggal dunia
di pangkuan Rasulullah SAW.20
Ketika ini, solat jenazah belum disyariatkan, maka Rasulullah SAW tidak mensolatkan jenazah
Sayyidah Khadijah. Salah satu keistimewaan Sayyidah Khadijah yang tidak diperolehi isteri Baginda
yang lain ialah Rasulullah SAW sendiri turun ke dalam kubur Sayyidah Khadijah meratakan tanah
di atasnya dan memperelokkan tempat persemadiannya. Semoga Allah meredhai mereka sekalian
hingga hari Kiamat. Usia beliau ketika wafat adalah 65 tahun dan dikebumikan di Perkuburan Ma’la
yang lebih dikenali dengan nama al-Hajun. 21
19 Menurut pendapat yang paling sahih. Sebahagian pendapat yang lain mengatakan, pada 4 tahun sebelum hijrah,
bahkan ada pendapat mengatakan 7 tahun sebelum hijrah.
20 Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, terj : Ustaz Muhadir Haji Joll, Kenal Untuk Cinta Biografi Lengkap
Rasulullah, , h. 48.
21 Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, Manaqib Sayyidah Khadijah, hlm. 106-107
Sayyidah Aisyah Al Humaira
Oleh :
Amirah binti Suhadat
Sayyidah Aisyah Al-Humaira’ R.A merupakan salah seorang wanita yang sangat istimewa. Beliau
merupakan isteri yang paling Rasulullah ﷺcintai setelah Sayyidah Khatijah Al-Kubro R.A. Beliau
merupakan ilmuan wanita yang pertama di dalam sejarah dunia Islam dan wanita yang paling
banyak menghafal dan meriwayatkan hadis daripada baginda Rasulullah ﷺ. Kerana itulah beliau
merupakan benteng bagi pemikiran Islam serta obor yang menerangi para pencari dan pencinta
ilmu. Kecerdasan dan kecintaanya terhadap ilmu menyebabkan Rasulullah ﷺsangat mencintai.
Beliau juga satu-satunya isteri yang Rasulullah ﷺnikahi ketika masih lagi perawan dan membesar
sepenuhnya di dalam madrasah kenabian (dibawah tarbiyah Rasulullah )ﷺ.
Biografi Sayyidah Aisyah Al-Humaira’
Beliau adalah Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq bin Abi Quhafah Uthman bin Amir bin Umar bin
Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lua’yyi bin Fihr bin Malik. Manakala nasab dari
sebelah ibunya pula Aisyah binti Ummi Rauman binti ‘Amir bin Uwaimir bin Abdu Syams bin ‘Itab
bin Udzinah bin Sabi’ bin Ghanam bin Malik bin kinanah. Nasab beliau bertemu dengan nasab
Rasulullah ﷺpada belah datuknya yang ke tujuh. Manakala dari sebelah ibunya bertemu pada
datuknya yang kesebelas atau dua belas.
Sayyidah Aisyah R.A terkenal dengan nama panggilan As-Siddiqah. As-Siddiqah yang bermaksud
“perempuan yang berkata benar”. Nama timangan lain bagi Sayyidah Aisyah adalah Humaira’
(kemerah-merahan). Ini kerana pipi Sayyidah Aisyah R.A bewarna kemerah-merahan. Nabi
Muhammad ﷺseringkali memanggilnya dengan “Bintus-Siddiq”22 (anak perempuan lelaki yang
berkata benar).
Sayyidah Aisyah R.A juga turut dikenali dengan panggilan Ummul Muminin, yang bererti ibu bagi
seluruh orang Mukmin. Selain itu, beliau juga digelar Ummu Abdillah, iaitu ibu saudara Abdullah.23
Di ceritakan pada suatu hari Sayyidah Aisyah R.A berkata kepada Nabi Muhammad ” ﷺWahai
Rasulullah ﷺ, semua orang mempunyai kunyah kecuali saya”. Nabi Muhammad ﷺbersimpati
22 Ditakhrij oleh Ibnu Majah dalam Sunan-Nya, Bab Al-Tawaqqi’ ‘Ala al-‘Amali, no 4198, oleh Imam
Tarmizi dalam Sunannya dalam kitab Tafsir, No 3175.
23 Hadis ini dicatat oleh para Perawi Hadis seperti ibnu Majah, Tirmizi, Ahmad, Humaidi, Abu Ya,la dan
Baihaqi.
diatas kesedihan Sayyidah Aisyah R.A lalu menyuruhnya menggunakan gelaran Ummu Abdillah,
iaitu ibu kepada Abdullah.24
Kecerdikkan Terserlah
Tanda-tanda kecerdikkan Sayyidah Aisyah R.A telah terserlah sejak kecil lagi. Ini dapat dilihat
daripada kefasihan tutur katanya dan tingkah lakunya. Seperti kanak-kanak lain, Sayyidah Aisyah
R.A suka bermain bersama kawan-kawan yang datang ke rumahnya. Antara keistimewaan
Sayyidah Aisyah R.A adalah, beliau sangat menjaga tingkah lakunya lebih-lebih lagi sewaktu Nabi
Muhammad ﷺdatang mengunjunginya. Walaupun sedang sibuk bermain, beliau akan segera
menyimpan barang mainannya. Kawan-kawan Sayyidah Aisyah R.A pun turut menghilangkan diri.
Tetapi , oleh kerana baginda Rasulullah ﷺsangat suka dan sayangkan kanak-kanak, beliau akan
memanggil mereka datang suapaya terus bermain dengan Sayyidah Aisyah R.A.
Sayyidah Aisyah R.A berkata dan bercerita bahawa “ Aku pernah bermain dengan kawan-kawanku.
Semasa Nabi Muhammad ﷺdatang, mereka pun lari dan menyembunyikan diri. Tetapi, beliau
menyuruh kami terus bermain”.25 Sayyidah Aisyah R.A suka bermain anak patung dan buaian. Pada
suatu hari, Nabi Muhammad ﷺdatang kepadanya semasa dia sedang bermain. Beliau terlihat
patung kuda yang bersayap dua. Lalu beliau pun bertanya, “Ini apa wahai Aisyah?” “Kuda,”
jawapan Sayyidah Aisyah. “Adakah kuda bersayap dua?” Nabi Muhammad ﷺbertanya. “
Bukankah kuda Nabi Sulaiman A.S banyak sayapnya?” Nabi Muhammad ﷺtertawa mendengar
jawapan Sayyidah Aisyah R.A yang spontan itu.26
Perkahwinan Yang Baroqah
Sayyidah Aisyah R.A merupakan isteri pilihan Allah buat baginda Rasulullah ﷺ. Telah disebutkan
dalam satu riwayat bahawa “Rasulullah ﷺberkata kepada Sayyidah Aisyah R.A, “Aku melihatmu
dalam mimpiku selama tiga malam berturut-turut. Malaikat datang bersamamu disebalik kain
sutera. Kemudian malaikat berkata, “Ini isterimu.” Lalu aku menyingkap penutup wajahmu dan aku
melihat ternyata di sebalik penutup itu adalah engkau. Maka aku katakan, “Jika ini perintah
daripada Allah ﷻ, pasti akan terlaksana.”27 Perkahwinan diantara Sayyidah Aisyah R.A dan baginda
24 Abdullah adalah anak saudara kepada ASayyidah Aisyah R.A. hadis ini di catat oleh Abu Dawud dan
Ahmad/
25 Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya bab Fi Fadhli Aisayah No. 2440, Ibnu hibban salam
Sahihnya (13/173) No. 5863)
26 Misykatul Mashabih Bab”Usyratun Nisa’ dari Kitabun Nikah No. 3265. Hadis ini juga diriwayatkan oleh
Abu Daud dalam Suanannya, pada Bab aL-Libu Bail Banat No. 4932.
27 Riwayat Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Ta’bir, N0 7012, dan Kitab Al-Manaqib No. 3895, Kitab
Nikah, No. 5078, dan Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab Fadha-ilush Shahabah, No. 2438, dan Ahmad dalam
Musnadnya (6/41) No. 24118, dan No. 6/128, pada No. 25015.
Rasulullah ﷺtelah berlangsung sewaktu Sayyidah Aisyah masih lagi berusia enam tahun. Majlis
perkahwinan yang penuh baroqah ini berlangsung secara sederhana dan mahar bagi Sayyidah
Aisyah R.A adalah sebanyak 500 dirham. Setelah berkahwin dengan baginda Rasulullah ﷺ,
Sayyidah Aisyah R.A masih lagi tinggal bersama keluarganya selama 3 tahun. Ketika Sayyidah
Aisyah R.A berusia 9 tahun, beliau telah berpindah dan tinggal serumah dengan baginda
Rasulullah ﷺ. Dengan itu, bermulalah kehidupannya sebagai seorang isteri di sisi kekasih Allah ﷻ.
Beliau telah membesar di bawah didikan dan mendapat tarbiah sepenuhnya daripada baginda
Sayyidina Rasulullah ﷺ. Selain itu beliau sangat beruntung kerana bukan sahaja bergelar seorang
isteri kekasih Allah, tetapi beliau juga merupakan anak murid Rasulullah ﷺ. Beliau juga satu-satunya
perempuan pada telah meriwayatkan ribuan hadis daripada baginda Sayyidina Rasulullah ﷺ.
Aisyah Di Hati Rasulullah ﷺ
Sayyidah Aisyah R.A mempunyai tempat yang sangat istimewa dihati Rasulullah ﷺ. Baginda
selalu memanjakannya, bergurau dengannya, bahkan kerana kemurahan Rasulullah ﷺ, kadangkala
baginda harus bersabar dengan beberapa tingkahlakunya dan perkataannya. Sayyidah Aisyah R.A
juga merupakan seorang isteri yang manja dan bijak memenangi hati Rasulullah ﷺ. Suatu ketika,
Rasulullah ﷺ, ditanya tentang siapakah isteri yang paling dicintainya. Dengan tegas Rasulullah ﷺ,
menjawab, “Aisyah”.
Diantara bukti yang menunjukkan kedudukan Sayyidah Aisyah R.A di hati Rasulullah ﷺadalah;
Demi Allah, suatu hari aku melihat Rasulullah ﷺberdiri di pintu bilikku dan pada
ketika itu orang Habsyah sedang mengadakan pertunjukan di masjid. Baginda melindungiku
dengan bajunya, lalu aku pun menonton pertunjukan mereka..28
Dalam riwayat lain, beliau berkata;
Orang Habsyah pernah masuk ke masjid dan mengadakan pertunjukkan. Rasulullah
ﷺberkata kepadaku, “Hai Humaira’, apakah kau ingin menonton pertunjukkan mereka?”
Aku menjawab, “Ya.” Baginda lantas berdiri di pintu, lalu aku meletakkan daguku di bahu
Baginda dan aku sandarkan mukaku di pipinya. Rasulullah ﷺlantas bertanya , “Apakah sudah
cukup?” Aku membalas, “wahai Rasulullah ﷺ, jangan terburu-buru.” Baginda lantas berdiri
kemudian berkata,”Cukup?” Aku menjawab lagi, “jangan terburu-buru, wahai Rasulullah.”
Aisyah mengulas, ‘Sesungguhnya aku bukan semata-mata suka menonton pertunjukkan
28 Hadis Riwayat Ahmad no. 26328
mereka, tetapi yang lebih membuatku gembira adalah kaum wanita mengetahui
kedudukanku di sisi baginda.”29
Di antara bukti yang lain adalah pernah suatu ketika seorang jiran Rasulullah ﷺberketurunan Pasri
dan pandai memasak al-Maraq (sejenis makanan) dan menyediakan makanan untuk Rasulullah ﷺ,
lalu datang menjemput baginda. Baginda lantas bertanya, “Dan ini?” (Apakah aku boleh mengajak
isteriku ini?) Dia menjawab, “tidak.” Rasulullah ﷺpun menjawab, “Kalau begitu,tidak mengapalah.
Setelah 2 kali baginda di jemput ke undangan mereka dan Rasulullah ﷺtetap juga bertanya dengan
soalan yang sama dan masih lagi menerima jawapan yang sama serta jawapan Rasulullah ﷺjuga
masih lagi tetap sama. Iaitu “tidak”. Untuk kali yang ketiga, dengan jemputan yang sama, soalan
yang sama dan jawapan daripada mereka juga adalah “ya”. Mereka berdua (Rasulullah ﷺdan
Sayyidah Aisyah R.A) lantas bangun dan saling berkejaran sehingga sampai di rumah si
pengundang.30
Di dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari maksudnya; Jangan sakiti aku
dengan mengusiknya (sebab menyakitinya sama seperti menyakitiku) sesungguhnya wahyu tidak
datang kepadaku sewaktu aku dibawah satu selimut dengan seorang wanita pun dalam kalangan
para isteriku kecuali ketika bersama Aisyah.
Daripada hadith-hadith diatas kita dapat lihat bagaimana istimewanya kedudukan Sayyidah Aisyah
R.A di hati Rasulullahﷺ. Sayyidah Aisyah R.A berada di tempat yang istimewa dihati Rasulullah ﷺ
adalah disebabkan keperbadiannya yang begitu indah, akhlaknya yang sungguh sempurna serta
kecintaan dan kegigihannya dalam mempelajari dan menuntut ilmu bersama-sama dengan
Rasulullah ﷺ. Selain itu, diantara semua isteri-isteri baginda Rasulullah ﷺ, Allah ﷻtelah
mengurniakannya kecerdikkan aqal yang luar biasa kepadanya.
29 Riwayat an-Nasa’I dalam as-Sunan Al- Kubra No. 8902
30 Hadith Riwayat Muslim
Sayyidah Fatimah Az Zahra
Oleh:
Shamsiah Mahli
Alhamdulillah, segala puji dan syukur selayaknya hanya dipersembahkan ke hadrat Allah SWT,
Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Selawat dan salam buat
Sayyiduna Rasulullah SAW, semoga sentiasa subur rasa cinta dan mahabbah kita kepada Sayyidi
Mustofa Rasulullah SAW. Semoga kita nanti dibawah pimpinan Sayyidah Fatimah Az Zahra,
penghulu wanita syurga. Penulisan saya yang tidak seberapanya ini adalah bertujuan untuk
memberikan nasihat kepada diri saya agar sampai makna untuk saya bersungguh-sungguh
mengenali peribadi seorang wanita yang mulia di sisi Rasulullah SAW dan berusaha untuk
mengikuti dan mencontohi wanita penghulu syurga ini.
Kelahiran Sayyidah Fatimah Az Zahra
Sayyidah Fatimah Az Zahra ra adalah puteri terakhir Rasulullah SAW. Lahir di usia Nabi Muhammad
SAW 35 tahun iaitu lima tahun sebelum kenabian baginda SAW. Kelahiran Sayyidah Fatimah Az
Zahra ra disambut oleh Rasulullah SAW dengan sujud syukur ke hadrat Illahi.
Barangkali kita semua masih ingat peristiwa pertelingkahan di antara kabilah-kabilah Quraisy dalam
menentukan siapakah yang paling layak meletakkan semula batu Hajarul Aswad ke tempatnya
setelah Kaabah selesai dibaiki semula. Sayyidah Fatimah Az Zahra ra lahir disaat orang-orang
Quraisy sedang membaiki Kaabah. Pada saat itulah peristiwa perletakan batu Hajarul Aswad
ditempatnya semula telah diselesaikan dengan kewibawaan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad
SAW. Kewibawaan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW itulah yang menandai kelahiran
Sayyidah Fatimah ra.
Di kala Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama, Sayyidah Fatimah Az Zahra ra berusia
lima tahun dan ketika kewafatan Sayyidah Khadijah ra, hanya Sayyidah Fatimah Az Zahra ra yang
masih tinggal bersama mereka kerana puteri-puteri Rasulullah SAW yang telahpun berkahwin.
Gelaran Ummu Abiha
Sayyidah Fatimah Az Zahra ra mendapat gelaran ummu abiha (wahai ibu untuk ayahnya) daripada
ayahandanya Rasulullah SAW. Sayyidah Fatimah Az Zahra bukan sahaja anak kepada Rasulullah
SAW malah Rasulullah SAW mengganggap puterinya Sayyidah Fatimah sebagai ibu beliau kerana
Sayyidah Fatimahlah yang telah membantu Rasulullah SAW dalam urusan rumah tangga dan
mengurus ayahnya setelah kewafatan Sayyidah Khadijah Al Kubro ra.
Tahun kewafatan Sayyidah Khadijah ra dan bapa saudara Rasulullah saw, Abu Talib merupakan
tahun yang paling menyedihkan Rasulullah SAW. Sayyidah Khadijah ra merupakan seorang wanita
yang kaya raya, baik hati, dermawan dan dipandang mulia oleh masyarakat. Orang-orang yang
menghadapi kesulitan, tiada wang dan sebagainya akan berjumpa dengan Sayyidah Khadijah ra.
Ternyata beliau tidak pernah mengecewakan mereka yang datang memohon pertolongan
daripadanya. Orang-orang kuffar Quraisy tatkala merancang untuk menyakiti baginda Nabi SAW
akan berfikir banyak kali sama ada mahu melakukannya atau tidak kerana mereka mengenang jasa
Sayyidah Khadijah ra yang pernah membantu mereka dalam kesusahan.
Namun setelah kewafatan Sayyidah Khadijah ra, orang kuffar Quraisy semakin kencang
mengecam, menghina, mencaci baginda Rasulullah SAW. Ketika Sayyidah Fatimah ra berada di
rumah, seorang kanak-kanak perempuan telah mengetuk keras pintu rumah Rasulullah SAW dan
memberitahu kepada Sayyidah Fatimah ra tentang apa yang diperlakukan orang kafir Quraisy
terhadap ayahnya.
Sayyidah Fatimah ra bergegas mendapatkan ayahnya di depan kaabah yang sedang sujud
sementara kotoran tahi unta berada di punggung baginda SAW. Kotoran tahi unta telah
dilemparkan oleh Abu Jahal laknatullah. Dengan penuh rasa bangga dan sombong Abu Jahal
laknatullah mengambil tahi unta dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil
diperhatikan oleh Abu Lahab dan kuncu-kuncunya. Tidak puas dengan tahi unta, Abu Jahal
laknatullah kemudian menginjak injak leher baginda Rasulullah SAW dengan bongkak
mengatakan; “Siapa yang akan dapat membantu kamu wahai Muhammad tatkala lehermu berada
dibawah kakiku?”
Namun Rasulullah SAW tidak pernah beranjak, memanjangkan sujudnya sehingga beliau
merasakan tangan kecil Fatimah ra membersihkan punggungnya, belakangnya, lehernya dan
rambutnya. Fatimah ra membersihkan belakang ayahandanya dengan menggunakan tangan kanan
sedangkan tangan kirinya mengusap air matanya sendiri sambil berkata kepada
ayahandanya; “Wahai ayah, mengapa mereka telah memperlakukakan mu seperti ini”.
Rasulullah SAW menyelesaikan tahiyyat akhir dan memberi salam. Beliau memandang puteri
dengan tersenyum dan berkata; “Wahai Fatimah akan datang satu hari di mana kenabian ayahmu
ini sampai ke Rom dan Parsi”.
Wanita didikan Rasulullah SAW
Sayyidah Fatimah Az Zahra dididik oleh ayahandanya Rasulullah SAW dengan didikan yang luar
biasa, memiliki hati yang sangat kuat dan tegar, ahli puasa di waktu siang dan ahli ibadah di waktu
malam, jiwa juang yang tinggi, jiwa dakwah. Dalam satu riwayat menyebutkan bahawa setiap
Jumaat selepas Asar, Sayyidah Fatimah ra akan berada ditempat ibadahnya, berzikir dan
bermunajat dengan linangan air mata, berdoa semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya
sehingga para ulama menyebutkan bahawa waktu selepas asar sebagai jam-jam Fatimah Az Zahra.
Gelaran Al Batul
Sayyidah Fatimah r.a juga digelar sebagai Fatimah Al batul iaitu orang yang sungguh-sungguh dan
tidak pernah putus-putus ibadah nya kepada Allah SWT. Sayyidah Fatimah ra selalu berdoa agar
ibadahnya tidak pernah putus kerana haid dan nifas. Allah SWT memakbulkan doa beliau sehingga
diriwayatkan bahawa Sayyidah Fatimah ra tidak pernah datang haid dan tidak pula mengalami
nifas. Beliau ketika melahirkan anaknya di waktu maghrib, semasa Isya’ beliau telah berada di
dalam keadaan suci.
Gelaran Az Zahra
Antara gelaran lain yang disandang oleh Sayyidah Fatimah r.a adalah Az Zahra yang bermaksud
perempuan yang semerbak mewangi dan baunya sangat wangi. Wanginya Sayyidah Fatimah Az
Zahra ini adalah wangian yang hanya dapat dicium oleh para malaikat sahaja. Sehingga menjadi
perbualan dari para malaikat; “Bau wangi apakah dari bumi ini?” Maka jawab sebahagian para
malaikat yang lainnya bahawa “Bau wangi ini adalah dari Fatimah yang sedang beristighfar, berzikir
dan bersujud”.
Suri Tauladan Tertinggi Buat Wanita.
Ketika berkahwin dengan Saidina Ali r.a, dijaga rumah tangganya dengan luar biasa. Tiada
perkataan yang sering diungkapkan Sayyidah Fatimah r.a kepada suaminya melainkan yang indah-
indah belaka. Diriwayatkan dalam satu kisah ketika Sayyidah Fatimah ra berbual-bual dengan
Sayyidina Ali r.a. Kata Fatimah r.a ; “Wahai Ali, tahukah akan dikau bahawa di kota Madinah ini ada
seorang lelaki yang aku sering ingin mengetahui akan khabarnya. Jika dia pergi berperang, aku
akan memastikan untuk mendapat khabar sama ada dia pulang dengan selamatnya atau tidak”.
Saidina Ali r.a sedikit cemburu sambil berkata; “Adakah kamu menyesal mengahwiniku dan
menyesal kerana tidak menikahinya?” Sayyidah Fatimah ra senyum sambil berkata; “Tidak pernah
sama sekali kerana lelaki tersebut adalah kamu”.
Darjat dan kedudukan Sayyidah Fatimah Az Zahra r.a
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah saw bersabda; “Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Siapa
yang menyakitinya beerti menyakiti aku, siapa yang kasih kepadanya beerti dia mengasihiku”. Ini
membuktikan betapa tingginya darjat Sayyidah Fatimah Az Zahra di sisi Allah SWT dan Rasulullah
saw. Berkata Rasulullah SAW kepada puterinya Sayyidah Fatimah ra, “Wahai Fatimah apakah
engkau tidak redha, Allah SWT telah menjadikanmu sebagai pemimpin wanita syurga (Sayyidah
Nisa’ Ahlil Jannah).
Jika kamu ingin menjadi wanita ahli syurga, kenallah dengan wanita pemimpin ahli syurga,
dekatkanlah diri dengan pimpinanmu, ikutilah jalan hidupnya.
Rujukan
1. Catatan Ringkas semasa menghadiri Kuliyyah Muslimah “ Sayyidah Fatimah Az Zahra: Wanita
Permata Ummah” yang disampaikan oleh Al Fadhilah Ustazah Halimah Alaydrus pada 15
September 2012, Dormani Hotel, Kuching.
2. Riwayat Hidup Siti Fatimah Az Zahra r.a, H.M.H Al Hamid Al Hussaini (1989) Victory Agencie,
Kuala Lumpu
Sayyidah Asiah binti Muhazim
Oleh:
Mariati binti Roslan
Menikah dengan suami hartawan apatah lagi seorang Raja pastinya menjadi idaman para wanita.
Namun, sejauh manakah kemewahan, harta benda dan pangkat menjamin kebahagiaan di dunia
dan akhirat? Ikuti kisah seorang wanita beriman yang ditakdirkan bersuamikan seorang Raja pada
zamannya, namun akhirnya mati dibunuh oleh suaminya sendiri kerana keimanannya kepada Allah
swt. Sehinggakan nama Asiah disebutkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dalam hadis
berikut :
“Cukuplah bagi kalian (sebagai contoh ikutan) dari kalangan kaum wanita sekalian alam; Mariam
puteri Imran, Khadijah puteri Khuwailid, Fatimah puteri Muhammad dan Asiah.” 31
Dilamar Sang Raja
Asiah merupakan wanita yang dikurniakan Allah swt dengan kecantikan dan kewarakan,
dibesarkan dalam keluarga yang mulia iaitu keluarga Imran. Kecantikan dan kewarakannya yang
menjadi sebutan ramai ketika itu menyebabkan Raja Firaun berkenan mencari pengganti bekas
isterinya, dilamar melalui utusannya Haman.
Keluarga yang beriman pastinya tidak akan sudi bermenantukan Raja yang Zalim dan mengaku
dirinya Tuhan hatta Raja Firaun merupakan Raja terkaya dan paling berkuasa di wilayahnya
sekalipun. Lamaran Firaun ditolak mentah-mentah oleh Asiah. Murkalah Firaun sehingga beliau
mengancam akan membunuh ibu bapa Asiah. Terpaksalah Asiah menerima lamaran Sang Raja
demi keselamatan kedua orang tuanya. Dengan doa dan tawakal, Asiah memohon kepada Allah
swt agar melindungi kehormatan dan maruah dirinya. Berkahwinlah Asiah dengan Firaun dan Allah
swt mencipta iblis serupa dengan Asiah yang tidur bersama Firaun, maka terpeliharalah
kehormatan Asiah sepanjang perkahwinannya dan tidaklah mereka memiliki cahaya mata sehingga
akhir hayatnya.
31 Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau mensohihkannya.
Selama tinggal di istana Firaun, walaupun Asiah mempunyai segala-galanya; emas permata,
ratusan pembantu, semua keperluannya serba cukup dan mewah namun tidak sedikitpun
melekakannya daripada mengingati Allah swt.
Mimpi Ngeri Firauan
Firaun bermimpi bahawa seorang bayi lelaki akan membunuhnya, apabila ahli tafsir mimpi
menterjemahkan mimpi tersebut; bahawa seorang bayi lelaki dari bani Israel akan membunuhnya.
Firaun merasa takut lalu memerintahkan agar semua bayi lelaki yang lahir pada tahun itu dibunuh
hidup-hidup.
Arahan bunuh tersebut sampai ke pengetahuan ibu Nabi Musa as. Hati ibu mana yang tidak risau
apabila mengetahui anaknya yang baru lahir bakal dibunuh. Maka, sedaya upaya ibu Nabi Musa as
menyembunyikan anaknya. Bidan yang diupah Firaun untuk menjadi mata-mata; mennyambut
kelahiran Nabi Musa as ketika lahir, namun dengan rahmat Allah swt, bidan tersebut kasihan dan
belas, merahsiakan keadaan bayi lelaki tersebut. Ibu Nabi Musa as masih risau kerana setiap ceruk
bandar ada saja mata-mata Firaun mencari bayi lelaki untuk dibunuh. Ibu dan kakak Nabi Musa as
kemudian sebulat suara dan digerakkan hati mereka oleh Allah swt untuk menghanyutkan Nabi
Musa as di Sungai Nil. Tangisan Nabi Musa as yang masih bayi pasti meruntun jiwa sang Ibu,
namun dengan tawakal sepenuhnya kepada Allah swt, sang ibu melepaskannya jua.
Mendapat Bayi Bakal Nabi
Suatu hari ketika Asiah dan pembantunya berjalan di tepi Sungai Nil, terjumpalah mereka sebuah
bakul yang dihanyutkan di sungai tersebut. Apabila dibuka, terperanjatlah mereka mendapati
seorang bayi lelaki berada di dalamnya. Dibawalah bayi lelaki ini menghadap Firaun dan diberikan
nama Musa yang kemudiannya bayi inilah diangkat menjadi Nabi. Firaun berang dan mahu
membunuh bayi tersebut. Namun, dipujuk oleh Asiah; sebagai bukti Asiah menyediakan dua bekas;
satu berisi emas dan satu lagi nyalaan api. Dilepaskankan bayi yakni Nabi Musa as untuk
merangkak memilih bekas yang dimahukannya. Nabi Musa as ditakdirkan memilih nyalaan api,
menyimpulkan bahawa tidak mungkin bayi ini yang akan memusnahkan Firaun, Firaun bersetuju
agar bayi lelaki ini dipelihara oleh Asiah.
Bayi tadi kemudiannya menangis kerana kehausan, diberikan susu dan air namun bayi ini tetap
tidak berhenti menangis. Buntu, dan akhirnya Asiah berikhtiar mencari ibu susuan buat Nabi Musa
as. Maka, ditakdirkan Allah swt bertemulah Asiah dengan ibu Nabi Musa as. Sebaik saja menyusu,
Nabi Musa as berhenti menangis. Akhirnya, ibu Nabi Musa as sendiri yang menjaga Nabi Musa as
di rumahnya dalam keadaan tiada siapa yang tahu tentang hubungan mereka anak-beranak.
Selepas hampir dua tahun tinggal bersama ibunya kemudian membesarlah Nabi Musa as di istana
Firaun sehingga dewasa.
Mengaku Beriman Kepada Allah Taala
Keimanan Asiah terserlah semenjak peristiwa tukang sikat rambut anak perempuan Firaun yang
bernama Masyitah mengaku beriman kepada Allah swt secara terang-terangan. Masyitah dengan
tidak sengaja menyebut Bismillah ketika sikat rambut terjatuh dari tangannya selepas menyisir
rambut anak perempuan Firaun. Lalu sampailah berita tersebut kepada Firaun. Semua ahli
keluarga Masyitah dibunuh seorang demi seorang di hadapannya. Namun, Masyitah tetap beriman
kepada Allah swt tanpa rasa gentar.
Marah dengan seksaan yang menimpa Masyitah, Asiah pun dengan berani mengaku beriman
kepada Allah swt di hadapan Firaun. Murkalah Firaun dan mengarahkan tenteranya untuk memaku
Asiah di tengah padang pasir. Apabila dipaksa oleh Firaun agar Asiah murtad dari keimanannya,
Asiah tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mengarahkan agar batu besar dihempapkan ke atas
Asiah. Sungguh keimanan Asiah tidak disia-siakan oleh Allah swt, sebelum roh Asiah dicabut dari
jasadnya dan dihempap batu, Asiah sempat berdoa kepada Allah swt agar dibinakan disisi-Nya
rumah di syurga sepertimana dinyatakan di dalam ayat Al-quran, Surah At-Tahrim ayat 11;
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Allah mengemukakan satu perbandingan (yang
menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-
orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata:
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku
dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang
zalim”
Pengajaran
Sebagai wanita muslim, kita mestilah meneladani para wanita solehah yang selalu diceritakan di
dalam Al-Quran dan Hadis. KIsah Asiah menunjukkan bahawa walaupun hidup dalam kemewahan,
diuji dengan mempunyai suami yang ingkar kepada Allah swt, diseksa dan akhirnya dibunuh namun
semua ini tidak pernah melupakannya kepada Allah swt. Malah di saat akhir kematiannya, Asiah
sempat berdoa memohon sebuah rumah di sisi-Nya di syurga. Semoga kita menjadikan keimanan
Asiah sebagai panduan di dalam mendepani cabaran dunia masa kini, sentiasa bersabar, berdoa
dan menjadikan Allah swt sebagai tujuan utama kehidupan di dunia dan di akhirat.
Rujukan :
• Kisah-kisah Para Nabi dan Rasul, Abdullah bin Ahmad Mubarak, Al-Hidayah Publication,
ms 327-470
• 10 Tokoh Wanita Idola Muslimah, Sakinah Salleh, PTS Publication, ms 141-162
• Ibrah Kisah Isteri Firaun, https://ikimfm.my/ibrah-kisah-isteri-firaun/
• Kisah Asiah Isteri Firaun, https://iluminasi.com/bm/kisah-asiyah-isteri-firaun-zaman-nabi-
musa-yang-merupakan-seorang-islam.html
• Asiah binti Muzahim, https://buletinmitsal.wordpress.com/sosok/asiyah-binti-muzahim/
• Siri Wanita-wanita Sempurna, https://www.youtube.com/watch?v=z_3aFUEyzEU