The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ni4041919, 2023-03-05 00:47:47

E-book Kesusasteraan Melayu

Ebook Kesusasteraan Melayu

E-book Kesusasteraan Melayu Nama : NURUL IZZAH BINTI IBRAHIM Unit : PPISMP BM3 Nama Pensyarah : PUAN ZULAINI BINTI HUSIN BMMB1124


Isi Kandungan Pengenalan Konsep Kesusasteraan Melayu Secara Ringkas Fungsi Sastera Melayu Secara Ringkas Contoh Karya Puisi Tradisional yang Sedia Ada Dua Karya Penghasilan atau Gubahan Puisi Tradisional Ciptaan Sendiri Ulasan dan Perbincangan Hasil Karya yang Dicipta Rumusan Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. E-book Kesusasteraan Melayu


1.PENGENALAN Kesusasteraan Melayu ialah ciptaan seni dan hasil karya oleh orang-orang Melayu dalam mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi. Seiring dengan perkembangan zaman dan masa, sastera menjadi suatu identiti unik masyarakat Melayu malahan berjaya mengubah hubungan sastera dengan kehidupan masa ini. Perubahan sedemikian telah menjadikan sastera sebagai satu bidang kegiatan yang khusus dan bernilai sehingga dahulunya sastera sebagai hak milik bersama, sekarang sudahpun menjadi suatu usaha berkaitan pernyataan diri dan hak cipta yang terpelihara. E-book Kesusasteraan Melayu


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan boleh diertikan sebagai seni yang menggunakan bahasa untuk menunjukkan sesuatu yang indah melalui sajak, novel dan lainlain. Sastera juga mempunyai maksud yang sama dengan Bahasa Inggeris iaitu literature. Mengikut pandangan Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, istilah sastera bermula dengan perkataan susastera daripada bahasa Sanskrit mempunyai makna buku atau huruf yang indah. 2. Konsep Kesusasteraan Melayu Secara Ringkas E-book Kesusasteraan Melayu


Sastera Melayu berfungsi membina pemikiran yang bijaksana untuk memimpin manusia mencapai kemajuan yang baik demi kemaslahatan hidup. Terdapat pelbagai fungsi sastera Melayu. Antaranya ialah berfungsi sebagai alat pendidikan seperti teksteks sastera menjadi bahan bacaan wajib para pelajar. Seterusnya sebagai instrumen perpaduan seperti semangat perpaduan yang ada dalam karya sastera sama ada tersurat dan tersirat. 3. Fungsi Sastera Melayu Secara Ringkas E-book Kesusasteraan Melayu


3. Fungsi Sastera Melayu Secara Ringkas Selain itu ialah berperanan sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Misalnya cerita Si Tanggang mengajar anakanak untuk tidak derhaka kepada kedua ibu bapa. Selanjutnya ialah sebagai medium dakwah. Sebagai contoh, sastera berkaitan agama seperti Syair Perahu Disamping itu, sebagai medium protes dan kritik sosial. Tamsilannya, gambaran dan realiti kehidupan manusia. Akhir sekali ialah hiburan. Contohnya, sastera yang membawa keseronokan dan unsur kelucuan seperti cerita penglipurlara. E-book Kesusasteraan Melayu


4. Contoh Karya Puisi Tradisional yang Sedia Ada 1.Pantun Adat Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah tidaklah bercabang, Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang. Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang, Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang . Khazanah Pantun Dewan Bahasa dan Pustaka. E-book Kesusasteraan Melayu


Terpelihara pukat membawa rezeki, Terpelihara perahu dapat dikayuh, Terpelihara adat mulialah budi, Terpelihara Melayu sifat senonoh. Terpelihara belat dapatlah ikan, Terpelihara perahu sampai ke seberang, Terpelihara adat selamatlah badan. Terpelihara ilmu dihargai orang. Khazanah Pantun Dewan Bahasa dan Pustaka. E-book Kesusasteraan Melayu


2. Syair Nasihat Dengarkan tuan ayahnda berperi, Kepada anaknda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahnda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri Ayuhai anaknda muda remaja, Jika anaknda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajin pada bekerja. Penghujung Thamarat al-Muhimmah (Abu Hassan Sham) E-book Kesusasteraan Melayu


2. Syair Nasihat Menuntut ilmu jangan segan, Ilmu yang benar jangan yang buka, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Penghujung Thamarat al-Muhimmah (Abu Hassan Sham) E-book Kesusasteraan Melayu


5. Dua Karya Penghasilan atau Gubahan Puisi Tradisional Ciptaan Sendiri 1.Pantun Menjaga Hubungan Bersikap jujur dalam bicara, Tandanya ikhlas tiada berbohong, Bertanya khabar sanak-saudara, Tandanya prihatin bukannya sombong Ubat disapu usah tergesa, Elak jari makin terluka, Ibu dan bapa hormat sentiasa, Elak mendapat gelaran derhaka. E-book Kesusasteraan Melayu


Banyak khasiat air kelapa, Boleh diminum hilangkan dahaga, Sesama jiran bertegur sapa, Semangat kejiranan pasti terjaga Jika dibaja tanam-tanaman, Kelak suburnya hingga ke akar, Kunjung mengunjung rakan dan taulan, Ukhwah terjalin semakin mekar. E-book Kesusasteraan Melayu


2. Syair Menjaga Maruah Diri Kepada anaknda muda bestari, Dengar pesanan ibunda beri, Jaga selalu maruah diri, Agar selamat sehari-hari. Wahai anaknda yang penuh cinta, Ingat maruah ibarat mahkota, Peliharalah ia daripada nista, Jangan tertipu manisnya kata. E-book Kesusasteraan Melayu


Anaknda bagai intan berlian, Dirimu mahal tiada bandingan, Tepislah segala pujuk rayuan, Kerana maruah bukan bidaan. Duhai anaknda luangkan masa, Untuk mendengar agar berjasa, Usah terlalu ikutkan rasa, Akibat nafsu maruah binasa. E-book Kesusasteraan Melayu


6. Ulasan dan Perbincangan Hasil Karya yang Dicipta 1.Pantun Menjaga Hubungan Rangkap 1 : Rangkap 1 menceritakan tentang kepentingan kita sebagai seorang anak, harus hormat dan taat kepada kedua ibu bapa agar tidak digelar sebagai anak derhaka yang tidak mengenang jasa. Ubat disapu usah tergesa, Elak jari makin terluka, Ibu dan bapa hormat sentiasa, Elak mendapat gelaran derhaka. E-book Kesusasteraan Melayu


Rangkap 2 : Bersikap jujur dalam bicara, Tandanya ikhlas tiada berbohong, Bertanya khabar sanak-saudara, Tandanya prihatin bukannya sombong Rangkap 2 menggambarkan bahawa sikap bertanya khabar terhadap saudara-mara merupakan sikap yang baik iaitu prihatin tentang keadaan semasa dan tidak hanya mementingkan diri sendiri contohnya bersifat sombong. E-book Kesusasteraan Melayu


Jika dibaja tanam-tanaman, Kelak suburnya hingga ke akar, Kunjung mengunjung rakan dan taulan, Ukhwah terjalin semakin mekar. Rangkap 3 : Rangkap ini menyatakan bahawa ukhwah yang terjalin iaitu ikatan persahabatan kita bersama kawan-kawan akan semakin erat jika saling berkunjung antara satu sama lain. E-book Kesusasteraan Melayu


Banyak khasiat air kelapa, Boleh diminum hilangkan dahaga, Sesama jiran bertegur sapa, Semangat kejiranan pasti terjaga Rangkap 4 : Rangkap ini menjelaskan kita sebagai jiran tetangga mestilah bertegur sapa dengan jiran-jiran yang lain supaya semangat kejiranan yang ada tidak luntur malah kekal sepanjang masa E-book Kesusasteraan Melayu


6. Ulasan dan Perbincangan Hasil Karya yang Dicipta 2. Syair Menjaga Maruah Diri Kepada anaknda muda bestari, Dengar pesanan ibunda beri, Jaga selalu maruah diri, Rangkap 1 : Agar selamat sehari-hari. Penyair sebagai seorang ibu memberitahu kepada anaknya supaya mengikut nasihatnya untuk sentiasa menjaga maruah diri. Hal sedemikian penting agar dirinya selamat setiap hari. E-book Kesusasteraan Melayu


Wahai anaknda yang penuh cinta, Ingat maruah ibarat mahkota, Peliharalah ia daripada nista, Rangkap 2 : Jangan tertipu manisnya kata. Penyair menyeru anak kesayangannya dan mengibaratkan maruah sebagai mahkota iaitu lambang kemuliaan. Lalu penyair meminta supaya memelihara maruah daripada tercalit keburukan dan elakkan dari terpedaya oleh kemanisan kata-kata palsu. E-book Kesusasteraan Melayu


Anaknda bagai intan berlian, Dirimu mahal tiada bandingan, Tepislah segala pujuk rayuan, Kerana maruah bukan bidaan. Rangkap 3: Di dalam rangkap ini, penyair mengatakan bahawa diri anaknya itu bagaikan intan dan berlian iaitu sangat berharga dan tidak terbanding. Oleh itu, penyair menyuruh anaknya tidak tertipu dengan pujuk rayu kerana maruah dirinya bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli. E-book Kesusasteraan Melayu


Duhai anaknda luangkan masa, Untuk mendengar agar berjasa, Usah terlalu ikutkan rasa, Akibat nafsu maruah binasa. Rangkap 4: Pada rangkap terakhir ini, penyair meminta supaya anaknya meluangkan waktu bagi mendengar segala nasihatnya untuk menunjukkan jasanya sebagai seorang anak. Malahan, penyair turut berpesan agar tidak terlalu mengikut rasa jiwa mudanya kerana disebabkan nafsu yang tidak terkawallah membuat maruahnya hancur. E-book Kesusasteraan Melayu


7. Rumusan Kesimpulannya, sastera sangat kaya dengan keunikan, kesenian, dan keindahan yang mampu memukau sesiapa sahaja yang menghayat kaya den. Malahan, keindahan itu boleh dilihat dengan jelas melalui gaya bahasa, struktur cerita dan peranan didakdik yang didukung oleh sastera itu sendiri. Oleh yang demikian, kita sebagai bangsa Melayu wajar menyokong dan meneruskan karya sastera serta mewarisinya kepada generasi akan datang supaya sastera tidak dilupakan dan kekal menjadi kebanggaan masyarakat Melayu yang tinggi nilainya. E-book Kesusasteraan Melayu


8. Rujukan Abdul Aziz (Ungku). (2011). Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Rahmat, Abdul Rani Hassan, Hasnah Awang, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsuddin Abu Bakar. (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Carian Umum. (n.d.). Carian Umum. From https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kesusasteraan Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. E-book Kesusasteraan Melayu


Click to View FlipBook Version