KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
KURSUS:
FIQH MUAMALAT 1 (ECO2073)
TAJUK:
SYUF’AH & HAK AL-IRTIFAK (HAK KEJIRANAN)
KELAS: DBF3B
NAMA AHLI NO. ID
MOHAMAD IDZHAM BIN MOHAMAD NIZAM BMF20-07-011
BMF20-07-013
MUHAMMAD AMIRUL LUQMAN BIN ZAID BMF20-07-010
MOHAMAD ALIFF ZAILAN BIN MOHD NZAIR BMF20-07-002
BMF20-07-083
WAFIY AIZUDDIN BIN IDRUS
MOHAMAD SYAHMI ADLI BIN ADNAN
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ASHIKIN BINTI SALLEH
TARIKH HANTAR:
14 MEI 2021
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
ISI KANDUNGAN 4-5
Penghargaan 6-7
Pendahuluan 8
Isu-isu semasa 1: Syuf’ah 9
Pandangan ulama
Cadangan kaedah penyelesaian 10-11
Isu-isu semasa 2: Hak al-irtifak 12
Pandangan ulama 13
Cadangan kaedah penyelesaian 14
Kesimpulan 15
Rujukan
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kami berjaya
menyiapkan laporan bagi tugasan berkumpulan untuk kursus Fiqh Muamalat 1 (ECO 2073).
Kumpulan kami yang terdiri daripada Mohamad Idzham bin Mohamad Nizam, Muhammad
Amirul Luqman Bin Zaid, Mohammad Aliff Zailan Bin Nasir, Wafiy Aizuddin Bin Idrus dan
Mohamad Syahmi Adli Bin Adnan dari kelas DBF3B telah memberikan semangat kerjasama
yang mantap dan komitmen yang amat jitu dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan
kali ini.
Sekalung penghargaan juga kami berikan kepada pensyarah Fiqh Muamalat 1 kami iaitu Puan
Ashikin Binti Salleh yang telah mencurahkan bakti dan jasa-jasa beliau sepanjang mengajar
kami dalam kursus ini. Segala ilmu dan nilai murni yang dicurahkan kepada kami amat kami
hargai dan kami sedikit sebanyak telah menggunakannya dalam menyiapkan tugasan ini.
Kesemua laporan ini telah dikaji dengan teliti oleh ahli-ahli kumpulan kami tentang tajuk
Syuf’ah dan Hak Al-Irtifak supaya dapat menghasilkan laporan yang berkualiti dan kami
sekaligus telah dapat menambah pengetahuan tentang tajuk yang telah ditugaskan kepada
kami ini dengan lebih mendalam.
3
PENDAHULUAN
Syuf’ah secara bahasa diambil dari kata syaf’, yang bermaksud pasangan. Menurut
fuqaha’, syuf’ah ialah hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan
menggantikan harta atau bayaran.
Syuf’ah adalah hal yang sudah dikenali oleh orang-orang Arab pada zaman Jahiliiyyah.
Dahulunya, jika seseorang hendak menjual rumah atau kebunnya, maka jiran tetangga,
kawan rapat atau kawan-kawannya datang men ‘syuf’ah’ nya, dijadikannya ia sebagai orang
yang lebih berhak membeli bagian itu.
Dari sinilah disebut Syuf’ah, dan orang yang meminta syuf’ah disebut syafii’.
Lalu syafii’ mengambil bahagian kawannya yang telah menjual dengan pembayaran yang
telah ditetapkan dalam akad. Ada yang mengatakan bahawa dinamakan syuf’ah kerana
pemiliknya menggabung sesuatu yang dijual kepadanya, yang mana sebelumnya terpisah.
Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir RA, ia berkata:
لاَ َي ِح ُّل لَ ُه أَ ْن.َق َضى َر ُسو ُل َّلهل ِا صلى الله عليه وسلم بِال ُّش ْف َع ِة فِى ُك ِِّل ِش ْر َك ٍة لَ ْم تُ ْق َس ْم َر ْب َع ٍة أَ ْو َحائِ ٍط
َيبِي َع َح هتى ُي ْؤ ِذ َن َش ِري َك ُه َفإِ ْن َشا َء أَ َخ َذ َوإِ ْن َشا َء تَ َر َك َف ِإ َذا َبا َع َولَ ْم ُي ْؤ ِذ ْن ُه َف ْه َو أَ َح ُّق بِ ِه
Maksudnya: “Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah dalam semua persekutuan yang belum
dibahagi; samada rumah ataupun kebun, tidak halal bagi seseorang menjualnya sehingga dia
mengkhabarkan kepada kawannya. Jika dia mahu, dia berhak mengambil dan jika mahu, dia
berhak ditinggalkan. Apabila dijual, namun belum memberitahukannya, maka ia lebih berhak
terhadapnya.”
(Riwayat Muslim, no. 1608)
4
Al-Irtifaq ( )االرتفاقadalah kalimah bahasa Arab yang berasal dari kata irtafaqa ( )ارتفقyang
membawa maksud bersandar ( )اتكأkepada sesuatu seperti bantal. Ia juga bermaksud
memenuhi ()امتأل1. Menurut istilah fuqaha' pula Al-Irtifaq ( )االرتفاقialah hak yg ditetapkan ke
atas harta tidak alih ( )العقارuntuk manfaat harta tidak alih ( )العقارyang lain, pemiliknya bukan
pemilik harta tidak alih ( )العقارyang pertama2. Antara contoh hak yang sering dibincangkan
ialah hak penggunaan jalan awam dalam kalangan anggota masyarakat.
Berdasarkan takrifan dan definisi di atas, mungkin akan timbul kekeliruan untuk memahami
hak al-irtifaq ( )االرتفاقkerana ia seakan-akan sama dengan maksud hak manfaat. Maka perlu
untuk difahami bahawa terdapat beberapa perbezaan antara hak al-irtifaq ( )االرتفاقdan hak
manfaat. Antara perbezaannya sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama ialah:
1. Hak al-irtifaq ( )االرتفاقadalah hak kepada harta tidak alih tertentu sedangkan hak manfaat
adalah hak khusus kepada individu tertentu. Contoh hak al-irtifaq ( )االرتفاقberkaitan hak
melalui satu-satu jalan untuk sampai ke kawasan tanah bersebelahan termaktub kepada
semua yang mempunyai tujuan yang sama. Manakala hak manfaat pula menjadi milik individu
yang memiliki harta tertentu untuk menggunakan dan memanfaatkan barang tersebut atau
untuk memberikan keizinan kepada orang lain menggunakan dan memanfaatkannya.
2. Hak al-irtifaq ( )االرتفاقsemuanya berkaitan dengan harta tidak alih ( )العقارdan umum
seperti jalan, jambatan dan sungai, manakala hak manfaat merangkumi harta alih dan tidak
alih.
3. Hak al-irtifaq ( )االرتفاقtidak akan tamat dan boleh diwarisi sedangkan hak manfaat akan
tamat dengan kematian pemiliknya2.
5
ISU-ISU SEMASA
1) Syuf’ah
Merujuk kepada kes Mohd Akram lawan Mohd Amin (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Melaka,
2012). Kes ini merupakan perbalahan antara dua orang adik-beradik mengenai penggunaan
tanah yang mereka berdua miliki secara bersama dengan pegangan ½ bahagian setiap orang
yang tidak dipecahbahagi. Si abang mendakwa adiknya telah menggunakan tanah tersebut
tanpa kebenaran dan keizinannya. Dengan menggunakan tanah tersebut, si adik menjadi kaya
raya. Si abang tidak mendapat apa-apa hasil dari tanah tersebut. Oleh itu, si abang mengambil
tindakan guaman terhadap adiknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak kurang daripada
RM783,794.34 yang dikatakan telah terhutang berdasarkan penggunaan tanah yang dimiliki
bersama tanpa kebenaran.
Mohd Akram menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberi apa-apa kebenaran secara
lisan mahupun bertulis kepada Mohd Amin. Jika surat kebenaran itu wujud, tandatangan
dalam surat tersebut bukan tandatangannya, malah tandatangan tersebut telah dipalsukan
oleh Mohd Amin. Mohd Amin secara berterusan menggunakan hartanah tersebut tanpa
keizinannya. Menurutnya lagi, disebabkan perniagaan MA Enterprise diteruskan juga, dia tidak
mendapat sebarang keuntungan daripada adiknya Mohd Amin bagi kegunaan hartanah
tersebut. Mohd Akram menyatakan bahawa beliau telah kehilangan kegunaan hartanahnya
itu dalam erti kata tidak boleh membuat apa-apa perniagaan atas hartanah tersebut. Bagi
Mohd Akram, itu tidak adil dan Mohd Amin pula telah memperkayakan dirinya. Ini adalah
suatu pengkayaan yang tidak adil.
Kaedah penyelesaian untuk isu ini ialah pihak kerajaan boleh memperkenalkan konsep syuf’ah
dalam Kanun Tanah Negara sebagai salah satu kaedah penyelesaian untuk jangka masa
panjang. Selain itu, kaedah pecah sempadan atau pecah bahagian boleh digunapakai untuk
menyelesaikan isu tanah berkongsi geran ini dan tentunya kaedah ini melibatkan kos dan
persetujuan semua tuan tanah yang terlibat. Surat perjanjian persefahaman di antara tuan
tanah dengan pihak-pihak yang berkepentingan atas tanah ini boleh dibuat secara bersama.
6
Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir RA, ia berkata:
لاَ َي ِح ُّل لَ ُه أَ ْن.َق َضى َر ُسو ُل َّلهل ِا صلى الله عليه وسلم بِال ُّش ْف َع ِة فِى ُك ِِّل ِش ْر َك ٍة لَ ْم ُت ْق َس ْم َر ْب َع ٍة أَ ْو َحائِ ٍط
َيبِي َع َح هتى ُي ْؤ ِذ َن َش ِري َك ُه َف ِإ ْن َشا َء أَ َخ َذ َوإِ ْن َشا َء تَ َر َك َفإِ َذا بَا َع َولَ ْم ُي ْؤ ِذ ْن ُه َف ْه َو أَ َح ُّق بِ ِه
Maksudnya: “Rasulullah SAW menetapkan syuf’ah dalam semua persekutuan yang belum
dibahagi; samada rumah ataupun kebun, tidak halal bagi seseorang menjualnya sehingga dia
mengkhabarkan kepada kawannya. Jika dia mahu, dia berhak mengambil dan jika mahu, dia
berhak ditinggalkan. Apabila dijual, namun belum memberitahukannya, maka ia lebih berhak
terhadapnya.”
(Riwayat Muslim, no. 1608)
7
PANDANGAN ULAMA
Berdasarkan hadis Imam Muslim itu, Rasulullah SAW menjelaskan syuf’ah itu adalah pemilikan
ke atas harta pertubuhan samada rumah atau kebun yang mempunyai hak pemilikan bersama
telah dijual oleh salah satu pihak yang ada pemilikan kepada pihak lain yang tidak termasuk
dalam perjanjian pemilikan itu serta tidak pula meminta izin dengan pihak yang satu lagi
dalam pemilikan itu. Baginda menjelaskan perbuatan tersebut haram sebab tidak
menkhabarkan kepada rakan pemilikan yang lain dan juga menyatakan jika pihak atau rakan
yang lain itu mahukan hak yang dijual kepada pihak ketiga itu lebih berhak ke atas hak
tersebut dengan membayar balik harga yang sama mereka beli dari pihak yang menjualnya.
Syuf’ah ini pengambilan harta secara paksa atas harta perkongsian yang telah dijual kepada
pihak luar tanpa kerelaan atau persetujuan pihak yang serikat dengan cara menebus harga
jual. Sebagai contoh, Alif dan Izham memiliki sebuah tanah secara bersama. Tanpa keizinan
Alif, Izham menjual haknya kepada Wafiy. Dengan itu, Alif menggunakan hak syuf’ah dengan
mengambil secara paksa hak yang dijual kepada Wafiy dengan membayar harga tanah itu
dijual kepada Wafiy.
Para ulama berpandangan disyariatkan syuf’ah adalah untuk menhindari bahaya dan
pertengkaran yang mungkin akan timbul. Ini kerana hak milik syafii’ terhadap harta yang dijual
yang hendak dibeli oleh orang lain menolak mudharat yang mungkin timbul dari orang lain.
Ulama berpendapat syuf’ah ini untuk mencegah kemadharatan dan menghindari permusuhan.
Kerana hak kepemilikan syafii’ dari pembelian orang lain (pihak lain) akan dapat mencegah
kemungkinan adanya kemudharatan dari orang lain yang baru saja ikut serta (rakan kongsi
yang baru). Imam Syafi’e berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan mudharat adalah
kerugian dalam pembahagian, risiko adanya pihak baru yang ikut serta dan lain-lain. Ada juga
ulama berpendapat bahawa maksud kemudharatan adalah risiko dalam perkongsian itu
sendiri.
8
CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN
Syuf'ah secara bahasa diambil daripada perkataan syaf' yang bermaksud pasangan. Menurut
fuqaha, syuf'ah membawa maksud hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang
lain dengan menggantikan harta atau bayaran. Syuf’ah adalah hal yang sudah dikenali oleh
orang-orang Arab pada zaman Jahiliiyyah. Dahulunya, jika seseorang hendak menjual rumah
atau kebunnya, maka jiran tetangga, kawan rapat atau kawan-kawannya datang men ‘syuf’ah’
nya, dijadikannya ia sebagai orang yang lebih berhak membeli bagian itu. Dari sinilah disebut
Syuf’ah, dan orang yang meminta syuf’ah disebut syafii’. Lalu syafii’ mengambil bahagian
kawannya yang telah menjual dengan pembayaran yang telah ditetapkan dalam akad. Ada
yang mengatakan bahawa dinamakan syuf’ah kerana pemiliknya menggabung sesuatu yang
dijual kepadanya, yang mana sebelumnya terpisah. Dalam kes ini, syuf'ah dapat dilakukan
kerana menurut Mohd Akram, beliau tidak mendapat apa-apa pulangan daripada penggunaan
hak bersama oleh Mohd Amin. Jadi, kita dapat lihat bahawa jika kita mengikut konsep syuf'ah,
Mohd Amin perlu membayar Mohd Akram bagi menggantikan pengambilan beliau terhadap
hak bersama yang dikongsi oleh mereka. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan kemudharatan
yang mungkin akan berlaku ke atas rakan kongsi akibat dari penggunaan hak bersama
tersebut. Ia juga memberi peluang untuk rakan kongsi memiliki harta berkenaan secara
persendirian serta mengelak daripada perselisihan sekiranya harta itu kekal milik bersama.
Selain itu, ia juga dapat menghalang harta yang dikongsi pemilikannya itu berpecah dan
dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil yang mungkin merugikan semua pihak iaitu
rakan kongsi itu sendiri.
9
ISU-ISU SEMASA
2) Hak Al-Irtifak
Terdapat isu hak irtifak iaitu, seorang lelaki dan wanita yang berjiran di sebuah kawasan
perumahan di Ipoh, Perak dihadapkan ke mahkamah kerana bergaduh dan didakwa dengan
sengaja mendatangkan kecederaan antara satu sama lain. Pergaduhan antara dua individu
berusia 40-an itu tercetus hanya kerana sampah. Kes tersebut bagaimanapun selesai dan
kedua-dua mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ipoh. Tampak remeh, tetapi isu
pembuangan sampah merupakan isu yang besar dalam komuniti berjiran. Siapa yang tidak
marah apabila kawasan kediaman yang dijaga rapi, bersih dan kemas tiba-tiba dilonggokkan
dengan sampah oleh jiran tetangga. Sampah tersebut ditinggalkan di kawasan koridor
kediaman kami sehingga berbau busuk dan berulat. Malahan menganggu orang daripada
berjalan di laluan koridor tersebut akibat longgokan sampah itu. Dek kerana tidak tahan
dengan sikap pentingkan diri dan tidak menjaga kebersihan mereka, mereka terpaksa
mengambil keputusan drastik berpindah ke rumah baharu.
Berdasarkan isu di atas, mungkin sesetengah individu terlupa bahawa syariah Islam
sentiasa mengambil berat dalam hal kemasyarakatan. Atas sebab itu, Syariah menetapkan
Hak Irtifaq untuk mereka yang hidup berjiran. Hak Jiran seperti isu ini ialah Hak ruangan
laluan. Contohnya, Jika perumahan seperti flat ruangan laluan di koridor jiran kita tidak ada
jalan masuk kecuali melalui ruangan laluan rumah kita, maka dia berhak dapatkan laluan itu.
Isu di atas merupakan masalah jiran yang membuang sampah di ruangan laluan koridor jiran
lain yang menganggu hak irtifaq. Ini adalah kerana membuang sampah di ruangan laluian
koridor tanpa keizinan jiran menyebabkan terjejas hak kejiranan sekaligus menghalang laluan
dan menyebabkan kekotoran sehingga dapat mengundang penyakit akibat persekitaran tidak
bersih.
Hak laluan ini bermaksud hak seseorang untuk sampai ke harta miliknya seperti rumah
atau tanah menggunakan jalan atau laluan sama ada jalan umum atau jalan khusus milik
beliau sendiri atau orang lain. Hukum hak ini berbeza mengikut kategori jalan iaitu Jika jalan
atau laluan tersebut adalah laluan umum, maka setiap orang mempunyai hak
menggunakannya dengan perkara yang dibenarkan seperti melaluinya, membuka lorong lain
sambungan daripadanya dan membina anjung. Boleh juga berhentikan kenderaan atau
mewujudkan gerai jualan tetapi terikat dengan dua syarat iaitu selamat, iaitu tidak
10
membahayakan pengguna lain kerana kaedah menyebut ‘tidak boleh dimudarat atau
memudaratkan dan mendapat keizinan hakim.
Jika memudaratkan pengguna lain maka dilarang tindakan tersebut, tetapi jika tidak
memudaratkan perlu mendapatkan keizinan hakim terlebih dahulu menurut Imam Abu
Hanifah. Namun menurut Imam Abu Yusof dan Imam Muhammad bin Hasan al-Shaibani, tidak
perlukan kebenaran hakim. (Ibn al-Humam, 2003: 7/41) Menurut al-Shafi’iyyah dan al-
Hanabilah, tindakan tersebut tidak perlukan kebenaran hakim. (al-Sharbini, 1997: 2/474, Ibn
Qudamah, 1997: 7/32).
Pandangan ini berdasarkan kepada hadith nabi SAW:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendahului sesuatu yang belum diambil oleh muslim lain,
maka dia lebih berhak”.3
Menurut al-Malikiyyah pula sepakat melarang daripada seseorang membina sesuatu
pada jalan umum muslimin atau menambah jalan lain untuk sampai kepada miliknya (rumah
atau tanah). (Ibn Juza, 2013: 559) ii. Jika jalan atau laluan tersebut adalah laluan khusus,
maka hak penggunaannya hanya khusus kepada pemiliknya sahaja atau yang berkongsi
dengan pemiliknya tidak dibolehkan kepada orang lain membuka pula jalan lain daripada jalan
tersebut melainkan dibenarkan oleh pemiliknya. Orang lain berhak menggunakan jalan
tersebut ketika berlakunya kesesakan di jalan umum dan pemiliknya tidak boleh menutupnya
ketika itu. Tidak dibenarkan kepada salah seorang yang berkongsi hak jalan khusus tersebut
membina sesuatu seperti anjung atau ruang tertentu kecuali setelah mendapat kebenaran
pemilik-pemilik yang lain4.
11
PANDANGAN ULAMA
Berdasarkan hadis Imam Al-Baihaqi, Nabi SAW menerangkan bahawa dalam bab irtifaq ini
boleh dilihat dengan mengetahui akan siapakah yang terlebih dahulu dalam mengambil
sesuatu benda itu, maka orang yang lebih dahulu itu adalah orang yang lebih berhak untuk
memiliki. Oleh yang demikian, sudah jelas dalam bab ini bahawa tentang siapa yang memiliki
adalah dengan mengetahui siapa yang lebih dahulu dalam mengambil sesuatu itu. Di sini,
tidap dapat tidak lagi kita untuk menghormati hak orang lain kerana mengkhianati hak orang
lain kerana mengkhianati hak orang adalah perkara yang dilaknat dalam agama Islam.
Pandangan ulama ke atas isu hak al-Irtifaq:
Berdasarkan kajian kami, ulama berpandangan bahawa setiap manusia mempunyai hak untuk
melakukan sesuatu ke atas harta miliknya, tetapi jika harta tersebut dikongsi bersama hak
manfaatnya, maka perlu perlu diraikan kesan terhadap jiran. Apabila tindakan dan
penggunaan hak-hak tertentu di bawah hak al-irtifaq menyebabkan kemudaratan kepada jiran
atau ahli komuniti setempat, maka perbuatan itu perlu dihentikan kerana ia sesuatu yang
dilarang. Hadis ( )ضرار وال ضرر الadalah merupakan sandaran dan hujah para ulama dalam
pandangan mereka menitikberatkan semangat kejiranan dan kesatuan komuniti dalam
kehidupan Muslim terutamanya. Di samping itu potongan hadis diatas ini juga memberikan
satu isyarat bahawa Nabi SAW sendiri telah memberikan amaran dan peringatan peri penting
menjaga hak orang lain terutamanya jiran bersebelahan kita bertujuan menjamin
keharmonian sistem sosial masyarakat. Perkara berkaitan kepentingan hubungan antara jiran
telah membawa negara kita mempunyai peraturan khusus berkaitan dengan rukun tetangga
di mana dalam akta tersebut telah menyatakan dengan jelas bahawa antara fungsinya ialah
menjadi pengantara dalam mendamaikan pertikaian dan perselisihan sesama anggota
masyarakat.
12
CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN
Kaedah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan isu tersebut ialah dengan mengadakan
aktiviti kemasyarakatan. Contohnya, mengadakan gotong-royong membersihkan taman dari
sampah-sampah yang dibuang merata di sekitar kawasan taman perumahan. Apabila
diadakan gotong-royong, masyarakat dapat berganding bahu antara satu sama lain dan dapat
menjaga kebersihan taman bersama-sama. Dengan menolong satu sama lain, hubungan
antara kejiranan dapat dieratkan dan dengan ini tidak akan berlaku pergaduhan antara
kejiranan. Di samping itu, apabila kita mempunyai sesuatu masalah, mereka akan dengan
senang hati untuk menolong kita kerana mempunyai hubungan yang erat antara satu sama
lain. Seterusnya, dengan melakukan aktiviti gotong-royong sampah dapat dibuang dan
penyakit dapat dielakkan. Contohnya, demam denggi. Demam denggi disebabkan oleh
nyamuk aedes yang bertelur didalam takungan air, dengan mengadakan gotong-royong
masyarakat dapat membersihkan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk
aedes ini. Dengan ini, penyakit demam denggi dapat dielakkan serta mempunyai kawasan
persekitaaran yang bersih. Seterusnya, salah seorang hendaklah bertolak ansur. Jiran
merupakan sebuah keluarga bagi kita. Dalam hidup berjiran, kita tidak boleh hidup dengan
mementingkan diri sendiri bagai enau melepaskan pucuk masing-masing. Sifat individualistik
akan menggugat keharmonian hidup bermasyarakat. Bersikap hidung tinggi juga dapat
merenggangkan hubungan kita antara jiran. Jadi jika mempunyai masalah antara jiran, kita
hendaklah mengalah agar hubungan kejiranan dapat dipertahankan. Seterusnya, dengan
membuat tempat pembuangan sampah di kawasan taman tersebut. Dengan ini setiap jiran
perlulah mempunyai kesedaran untuk membuang sampah di tempat yang disediakan. Dengan
ini akan dapat menjamin taman berada dalam keadaan yang bersih dan ceria dari sampah-
sampah yang dibuang di merata tempat. Dengan begini, jiran tidak akan bergaduh kerana
masing-masing sudah mempunyai temlat pembuangan sampah. Setiap orang perlulah
sentiasa menjaga kawasan pembuangan itu agar tidak menimbulkan masalah untuk jiran yang
lain.
13
KESIMPULAN
Alhamdulillah Segala pujian bagi Allah S.W.T kerana memudahkan urusan kami untuk
menyiapkan tugasan berkumpulan kali ini. Sesungguhnya melalui tugasan ini telah mengajar
kami tentang keteguhan dan semangat tidak berputus asa. Tugasan ini telah memberikan
kami banyak ilmu pengetahuan tentang syuf’ah dan hak irtifak dan ini dapat mengukuhkan
pengetahuan kami tentang ilmu yang dipelajari ini dan ilmu ini dapat digunakan pada masa
akan datang. Hal ini kerana ramai orang masih tidak tahu tentang syuf’ah dan hak irtifak yang
betul. Oleh itu, terdapat sesetengah masyarakat akan melakukan kesalahan yang dapat
amenimbulkan isu-isu syuf’ah dan hak irtifak. Selain itu, tugasan kali ini juga telah
menyedarkan kami bahawa semua kesenangan yang dikecapi itu haruslah melalui pelbagai
kesusahan dan halangan sebelum berjaya. Kami memohon maaf jika terdapat sebarang
kesalahan dan kesilapan dari segi bahasa yang kami gunakan untuk tugasan kali ini. Terima
kasih.
14
RUJUKAN
1. Al-Zabidi, Muhammad Murtadha al-Husaini (1989), Taj al-'Arus min Jawahir al-Qamus.
25/351
2. Ibrahim Bik, Ahmad (1980), al-Mu'amalat al-Syar'iyyah al-Maliyah
3. Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Kitab Ihya’ al-Mawat, hadis no. 11779, Jilid. 6, halaman
236
4. Ibn ‘Abidin, Muhammad Amin (2003). Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar
5. Muhammad Akramin Kamarul Zaman, Abdul Hadi Borham, Mohd Abdul Nasir Abd Latif,
(2018), Hak Al-Irtifaq menurut Islam, dipetik dari
https://www.researchgate.net/publication/330001625_Hak_al-
Irtifaq_alartfaq_Menurut_Islam
6. Khairiyah Hanafi 29 Disember 2020, dari artikel Jaga Adab Jangan Pentingkan Diri, dipetik
dari https://www.kosmo.com.my/2020/12/29/jaga-adab-jangan-pentingkan-diri/
15