persoalan
novel pantai
kasih
kumpulan 9
-nurnajlaa
-sofia humaira
nor syamimie
novel pantai kasih : persoalan
(novel tingkatan 4)
1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandung.
(a) Raiha amat menyayangi anak tunggalnya, Rohayu atau Avu
walaupun anaknya itu merupakan orang kelainan upaya ja
menghidap sindrom Down.
(b) Dia berasa amat sedih atas kematian tragis anaknya yang
disambar api dalam kebakaran kereta mewah milik suaminya
Doktor Sadiz.
2. Dendam kesumat merosakkan kehidupan masyarakat.
Doktor Sadiz bertindak membakar kereta mewah miliknya
yang terletak di parkir sebuah rumah tumpangan akibat
rasa dendam dan marahnya kepada isterinya, Raiha yang
disangkakan sengaja membawa lari Rohayu kerana
keberatannya untuk menghantar anak mereka itu ke Pusat
Rawatan Khas bagi kanak-kanak yang
mengalami sindrom Down.
3. Kenangan pahit mengubah personaliti seseorang.
Kematian anak tunggal kesayangannya dalam suatu
kebakaran kereta, keretakan rumah tangga yang dibina
atas dasar cinta suci bersama-sama dengan Doktor
Sadiz, dan kecundangnya keputusan mahkamah keluarga
terhadap kes kematian tragis anaknya yang memihak
kepada suaminya menyebabkan Raiha mengalami konflik
dan tekanan dalam hidupnya.
4. Bapa kandung yang kejam dan tidak bertanggungjawab.
(a) Doktor Sadiz telah memaksa isterinya, iaitu Raiha menggugurkan
janin dalam kandungannya setelah mendapat tahu daripada ujian
ultrasound bahawa janin tersebut mempunyai masalah tumbesaran.
(b) Doktor Sadiz juga berkeras bahawa dia tidak akan menerima
kehadiran bayi itu.
5. Amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
(a) Raiha memegang amanah dengan menjalankan operasi
pembedahan penggantian sendi pinggul terhadap pesakit Uno Siron
nong.
(b) Beliau sering mengunjungi pesakit itu untuk melihat sebarang
implikasi yang berlaku selepas pesakit itu menjalani operasi
pembedahan penggantian sendi pinggul.
6. Ketegasan dalam membuat satu-satu keputusan.
Ketegasan Raiha untuk mengekalkan janin dalam
kandungannya dengan menolak permintaan suaminya agar
menggugurkan janin itu telah membawa kepada titik
permulaan krisis dan keretakan rumah tangganya yang
dibina bersama-sama dengan
Doktor Sadiz.
7. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
(a) Walaupun Raiha dan Doktor Sadiz berkahwin atas dasar cinta,
namun tiada pihak yang dapat menyangka bahawa rumah tangga
yang dibina oleh mereka itu akhirnya retak sewaktu Raiha
mengandungkan anak mereka dan berlarutan sehingga
kelahiran anak tunggal mereka, iaitu Rohayu.
(b) Kisah keretakan rumah tangga mereka berakhir apabila
Doktor Sadiz telah menemui ajalnya dalam suatu kemalangan
jalan raya.
8. Tanggungjawab membantu sesama manusia tanpa
mengira darjat atau kedudukan individu. Dengan penuh
tanggungjawab, Raiha bersungguh-sungguh memberikan
rawatan terbaik semasa menjalankan pembedahan
penggantian sendi pinggul terhadap Unong Siron setelah
lima operasi pembedahan sebelumnya gagal tanpa mengira
latar belakang dan status pesakitnya itu.
sekian, terima kasih!