The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BROSUR MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DIALOG PRESTASI SPM STAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kauselingsmajas, 2023-12-06 21:25:43

BROSUR MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DIALOG PRESTASI SPM STAM

BROSUR MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DIALOG PRESTASI SPM STAM

Jawatankuasa Pengelola ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, kerjasama dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Dialog Prestasi & Majlis Solat Hajat SPM & STAM 2023 ILUSTRASI : Unit Bimbingan dan Kaunseling Setulus Ingatan STAM & SPM 2023 8 DISEMBER 2023 | JUMAAT | 8.45 pagi—12.00tgh | Kantin sekolah/Dewan SPM/Surau As-Salam سكوله منعه عرب جائيم الشاكرين سلندر مالك SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN SELANDAR MELAKA “AGAMA DIJULANG, AKADEMIK DIUTAMAKAN, BAKAT TERPUJI & TERBILANG”


Usaha kita semua memang tidak dapat disangkal untuk kejayaan calon SPM Dan STAM namun tidak lengkap jiwa kita sebagai umat Islam andainya tidak tunduk memohon pertolongan ALLAH agar dapat mencapai kejayaaan dalam peperiksaan. Diharap dengan majlis solat hajat ini dapat memberi ketenangan menghilangkan gugup dan memberi keyakinan kepada anak-anak SMAJAS untuk menjawab peperiksaan nanti. Memohon petunjuk dan keberkatan daripada ALLAH S.W.T amat penting bagi pelajar muslim untuk menghadapi peperiksaan. Begitu juga memohon keampunan daripada ibubapa dan guru supaya pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. Justeru itu, program ini diharap dapat memberi ruang kepada pelajar untuk memohon restu dan kemaafan daripada guru agar dapat menenangkan hati. 1. Memberi atau restu kepada pelajar yang akan menduduki SPM dan STAM 2. Memohon petunjuk dan keampunan dari Allah SWT agar mendapat keberkatan dalam meneruskan perjuangan pendidikan. 3. Memberi peluang kepada pelajar untuk memohon keampunan daripada ibubapa dan guru-guru. 4. Mempertingkat kerjasama dan hubungan baik antara pelbagai pihak dalam menjana kualiti pendidikan pelajar SM Arab JAIM Assyakirin. M a t l a m a t O b j e k t i f Ya Allah, Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudahmudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka. Ya Allah, Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah. Ya Allah, Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai. Ya Allah, Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah. Ya Allah, Anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM DAN STAM. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah. Ya Allah, Peliharalah kesihatan anak anak kami di hari peperiksaan ni. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. D o a U n t u k m u At u r c a r a 8.45 pagi :- :- KETIBAAN IBU BAPA/PENJAGA *SPM : DI DEWAN PEPERIKSAAN* *STAM : DI KANTIN SEKOLAH* 9.00 pagi :- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan dan pembentangan Keputusan Percubaan SPM Oleh TUAN PENGETUA ( Dewan SPM) Ucapan dan pembentangan Keputusan Percubaan STAM Oleh GPK 1 ( Kantin Sekolah) Penyerahan slip keputusan Percubaan 11.00 pagi :- *SURAU AS-SALAM* BACAAN YAASIN SOLAT HAJAT 12.00 tgh :- Majlis bersurai


J a w a t a n k u a a s a Ke r j a Pengerusi : En Zainurin Bin Md Yasin ( Pengetua ) Timb. Pengerusi : Pn Hairul Bariyah Binti Haron ( GPK 1 ) Naib Pengerusi 1 : En Fahrurrazi Bin Sulaiman ( GPK HEM ) Naib Pengerusi 2 : Pn Hjh Norli Binti Ismail( GPK Ko ) Naib Pengerusi 3 : En Mohd Azlan Bin Abu Kasim ( GPK Tingkatan Enam ) Penyelaras kecemerlangan : Pn Fazliana Binti Othman (GKMP Sains Matematik) Penyelaras Solat Hajat : En Kamil Bin Mohd Iskah ( GKMP PAIBA) Setiausaha : Pn Nor Azrina Binti Aziz ( Kaunselor ) Setiausaha SPM : En Afifi Saleh Bin Abdul Rahman J a w a t a n k u a s a I n d u k Imam Solat Hajat Al– Fadhil Ustaz Dzulhelmi Bin Sopian Bacaan Yaasin Ustaz Zulhilmi Bin Ismail Pengacara Majlis Ustaz Muhammad Hakim Bin Mohd Talib Persiapan Tempat En Abdul Hafidz bin Abd Aziz (Dewan SPM) En Mohd Shukor Bin Ismail ( Kantin sekolah) En Mohammad Nur Ikmal Bin Senin (Kantin Sekolah) Buku Program Pn Nor Azrina Binti Aziz Jurufoto En Muhammad Hanif Bin Haris Protokol dan Sambutan Pn Hafeezah Binti Husin En Abdul Rahman Bin Che Cob Pendaftaran Kehadiran Ibu Bapa Pn Mariam Binti Arshad ( STAM) En Mohamad Rizal bin Mohd Aris (SPM) Kawalan Disiplin Pelajar En Mohd Dzaly Irwan Bin Othman En Mohd Ariff bin Kamal Pengurusan SLIP Peperiksaan Setiausaha Peperiksaan SPM dan STAM Pn Wan Noor Aainaa Izyani Binti Wan Ibrahim En Zulkifli Bin Harun En Afifi Saleh Bin Abdul Rahman En Kamil Bin Mohd Iskah Siaraya AJK Pengawas Dokumentasi Guru Kelas J a w a t a n k u a s a K e r j a


Click to View FlipBook Version